Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mathslamik Pensyarah & Staff

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Islam mewajibkan umatnya untuk membayar zakat dengan kadar 2.5% daripada harta setelah cukup nasabnya. Hitung jumlah zakat yang perlu dikeluarkan oleh Encik Suhaimi sekiranya dia mempunyai duit simpanan berjumlah RM 23,000 dan simpanan emas sebanyak 100g. Diberi harga emas semasa pengiraan zakat tersebut ialah 1 g = RM 284.

a)

RM 284

b)

RM 575

c)

RM 710

d)

RM 1,285

2.

Pada tahun 2021, Kamal telah meninggalkan 3 hari puasa dan hanya sempat menggantikan sehari sahaja puasanya sehingga tiba Ramadhan tahun 2022. Pada tahun 2022, dia telah meninggalkan puasa sebanyak 4 hari dan dapat menggantikan dua hari sahaja untuk tahun tersebut sehingga tiba Ramadhan tahun 2023. Jika harga fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah RM 4.00, hitung jumlah fidyah yang perlu dibayar oleh Kamal beserta dengan puasa ganti pada Ramadhan tahun 2023.

a)

RM 8.00

b)

RM 16.00

c)

RM 24.00

d)

RM 28.00

3.

Encik Hisham mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Pada malam Hari Raya Aidilfitri, isterinya melahirkan seorang anak perempuan. Sekiranya Encik Hisham ingin membayar zakat fitrah bagi dirinya dan semua ahli keluarganya pada pagi 1 Syawal, berapakah jumlah zakat fitrah yang wajib dikeluarkan oleh beliau? Diberi kadar zakat fitrah tahun tersebut ialah RM 7.00 per kepala.

a)

RM 7.00

b)

RM 14.00

c)

RM 35.00

d)

RM 42.00

4.

Solat rawatib ialah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan sebelum dan selepas solat 5 waktu. Berapakah jumlah rakaat solat yang dilakukan oleh Fadhil dalam sehari sekiranya dia melakukan solat rawatib setiap kali solat 5 waktu dan solat witir 3 rakaat sebelum tidur?

a)

17 rakaat

b)

36 rakaat

c)

37 rakaat

d)

40 rakaat

5.

Diberi harga bagi satu bahagian daging korban untuk suatu tahun hijrah ialah RM 680. Suhaila menyimpan sebanyak RM 120 setiap bulan selama 10 bulan untuk mencukupkan harga bagi 2 bahagian daging korban. Hitung jumlah wang yang perlu ditambah oleh Suhaila menjelang Hari Raya Aidiladha.

a)

RM 120

b)

RM 160

c)

RM 680

d)

RM 1,360

6.

Hari raya dan hari syak (30 Syaaban) merupakan contoh hari-hari yang diharamkan berpuasa bagi umat Islam. Berapakah jumlah bilangan hari yang diharamkan berpuasa bagi umat Islam dalam setahun?

a)

2

b)

3

c)

6

d)

15

7.

Secara purata, kitar haid yang normal bagi seorang wanita ialah 28 hari dengan fasa kedatangan haid (keluar darah haid) ialah 7 hari. Jika Maisarah habis fasa kedatangan haid ialah pada 10 Februari 2023, bilakah dia akan mengalami fasa kedatangan haid yang seterusnya?

a)

3 Mac 2023

b)

4 Mac 2023

c)

5 Mac 2023

d)

6 Mac 2023

8.

Jarak saie dari Safa ke Marwah ialah 450m satu pusingan. Berapakah jumlah jarak saie yang perlu dilakukan oleh seseorang jemaah haji dalam menyempurnakan rukun haji tersebut?

a)

3.15 km

b)

3.60 km

c)

6.30 km

d)

7.20 km

9.

Encik Izhar ingin membeli takaful dengan nilai muka sebanyak RM 150,000. Kadar premium tahunan bagi setiap RM 1000 nilai muka yang ditawarkan kepada Encik Izhar ialah RM 2.12. Berapakah premium bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Izhar?

a)

RM 26.50

b)

RM 73.58

c)

RM 150.00

d)

RM 318.00

10.

Menurut dalil dalam surah al-Qadr, ibadah yang dilakukan pada malam lailatul qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Hitung jumlah gandaan rakaat solat yang dilakukan oleh seseorang itu sekiranya dia menunaikan solat terawikh 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat pada malam lailatul qadr.

a)

30,412 rakaat

b)

243,333 rakaat

c)

334,583 rakaat

d)

2,676,666 rakaat

11.

Diberi ukuran panjang saf dari makmum pertama hingga makmum kelima apabila 5 orang makmum berdiri dalam satu saf ialah 2.38 meter. Panjang satu saf dalam surau tersebut ialah 20 meter. Hitung kapasiti penuh surau tersebut jika terdapat 40 saf ke belakang.

a)

800 orang

b)

1680 orang

c)

1904 orang

d)

4000 orang

12.

Jarak antara rumah Ikram dengan masjid ialah 300 m, jarak antara kedai runcit dengan masjid ialah 50 m ke arah rumah Ikram, manakala jarak antara masjid dengan bank pula ialah dua kali ganda antara jarak rumah Ikram dengan kedai runcit. Hitung jarak yang dilalui oleh Ikram sekiranya dia dari rumah menuju ke bank, kemudian ke kedai runcit dan solat di masjid.

a)

800 m

b)

1050 m

c)

1400 m

d)

1600 m

13.

Berapakah jumlah sebatan yang akan diterima oleh seorang penzina perempuan yang belum berkahwin sekiranya kesalahannya dibicarakan menurut hukum hudud?

a)

50 kali sebatan

b)

50 kali sebatan dan dibuang daerah selama setahun

c)

100 kali sebatan

d)

100 kali sebatan dan dibuang daerah selama setahun

14.

Puan Maznah ingin menggadaikan rantai emas miliknya seberat 65 gram. Nilai marhum emas pada hari tersebut ialah RM 278 segram, nilai pinjaman pula ialah 70% daripada nilai marhum emas. Kadar upah yang ditawarkan RM 0.082 sehari bagi segram emas. Sekiranya Puan Maznah bercadang untuk menggadaikan emas miliknya selama 60 hari, berapakah jumlah penebusan yang perlu dibayar olehnya jika dia menebus rantai emas itu pada hari ke-55?

a)

RM 12,649.00

b)

RM 12,943.07

c)

RM 12,969.80

d)

RM 18,364.07

15.

Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM 300 000 dengan premium bulanan RM 100. Berapakah had maksimum tuntutan yang boleh dibuat oleh Encik Daud apabila beliau mengalami risiko yang telah diinsuranskan ?

a)

RM 30 000

b)

RM 100 000

c)

RM 150 000

d)

RM 300 000

16.

Dalam ilmu falak, matahari istiwa (rembang/transit) adalah ketika pusat matahari melintasi satah Meridian Samawi Tempatan. Meridian Samawi Tempatan adalah unjuran Longitud Stesen Tempatan. Waktu istiwa boleh ditentukan secara fizikal dengan melihat pergerakan bayang-bayang sesuatu tiang yang tegak. Antara yang berikut, yang manakah stesen rujukan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam menentukan bermula dan berakhirnya waktu solat menurut Almanak Falak Syarie?

a)

Kg. Gedangsa (latitud U 3° 44’ dan longitud T 101° 23’)

b)

Cheras, KL (latitud U 3° 11’24’’ dan longitud T 101° 45’ 30’’)

c)

Pulau Kuraman (latitud U 5° 14’ 53’’ dan longitud T 115° 08’ 23’’)

d)

Pulau Daat (latitud U 5° 17’23’’ dan longitud T 115° 20’ 34’’)

17.

Jadual menunjukkan fi pelaksanaan wasiat oleh Majlis Agama Islam Selangor. Hitung jumlah fi yang dikenakan ke atas Encik Solihin sekiranya dia ingin mewasiatkan hartanya yang berjumlah RM 55 000?

a)

RM 550

b)

RM 825

c)

RM 950

d)

RM 1100

18.

Dalam Mahzab Syafie, denda satu dam ibadah haji atau umrah adalah bersamaan dengan satu ekor kambing dan daging sembelihan tersebut perlu disedekahkan atau individu tersebut harus berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, dimana setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang. Diberi harga bagi sekilogram beras ialah RM5.00, hitung jumlah dam yang dikenakan, dalam RM, sekiranya seseorang tidak mampu menyembelih kambing dan tidak mampu berpuasa.

a)

RM 18.00

b)

RM 30.00

c)

RM 54.00

d)

RM 108.00

19.

Surah ar-Rahman ialah merupakan salah satu surah Madaniyyah yang mengandungi 78 ayat. Berapa kalikah ayat فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ diulang dalam surah ar-Rahman?

a)

31

b)

32

c)

33

d)

34

20.

Encik Arif telah mengemukakan permohonan untuk mewasiatkan hartanya kepada dua orang anak angkatnya (Amin dan Suhaila) dan masjid qariahnya. Setelah kematiannya, didapati harta bersih selepas ditolak kos urusan pengebumian dan hutang-hutang Encik Arif ialah RM 700 000. Beliau telah wasiatkan 2/3 daripada hartanya kepada Amin, 1/4 kepada Suhaila dan bakinya kepada masjid. Menurut hukum syarak, Encik Arif hanya boleh mewasiatkan 1/3 sahaja daripada keseluruhan hartanya. Hitung jumlah wang, dalam RM, yang perlu diberikan kepada masjid qariah, menurut wasiat ini.

a)

RM 19,444.44

b)

RM 58,333.33

c)

RM 233,333.33

d)

RM 466,666.67