Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS SUKAN TINGKATAN 5 BIDANG 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh psikologis sukan klinikal?

a)

Mengatasi masalah berkaitan kemahiran psikomotor

b)

Mengajar atlet berkenaan teori psikologi untuk diaplikasikan dalam sukan

c)

Merawat atlet yang mengalami gangguan emosi seperti

kemurungan

d)

Menjalankan kajian berkaitan motivasi, mengawal dan menguruskan stress sebelum pertandingan

2.

Sebagai penyerang pasukan bola sepak sekolah, Muhammad telah menetapkan matlamat prestasi bagi dirinya. Antara matlamat berikut, yang manakah merupakan penetapan matlamat Muhammad?

a)

Menjuarai pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan

b)

Melepasi saingan peringkat awal dan berjaya ke peringkat akhir

c)

Memastikan semua pemain memahami strategi menyerang yang terbaik

d)

Mendapatkan ketepatan jaringan 90 peratus daripada percubaan semasa menjaring

3.

Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada perlakuan asertif?

a)

Pemain tenis membaling raket ke arah pihak lawan

b)

Pemain bola menyiku pihak lawan untuk melepaskan kawalan

c)

Pemain ragbi membuat takel terhadap pihak lawan semasa bertahan

d)

Seorang peninju melakukan tumbukan yang tepat ke muka pihak lawan

4.

Antara situasi berikut, atlet manakah yang mengaplikasikan kemahiran imageri luaran?

a)

Seorang penjaring bola jaring membayangkan teknik yang betul ketika menjaring dan tindakan sekiranya jaringan gagal

b)

Seorang pemain bola keranjang membayangkan keseluruhan gelanggang, pemain pasukannya, pemain pasukan lawan dan rentak permainan hari itu

c)

Seorang penjaga gol bola sepak melihat dirinya sedang berdiri pada sudut tertentu di hadapan gol, melompat pada masa tepat

bagi menyelamatkan bola

d)

Seorang pemain hoki melihat dirinya bersedia untuk melakukan hantaran sudut, melihat kedudukan rakan- rakan yang bersedia untuk menerima tolakan bola darinya dan menolak bola tersebut

5.

Apakah konsep bagi aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan?

a)

Main

b)

Rekreasi

c)

Sukan

d)

Permainan

6.

Farah Ann merupakan atlet gimnastik negara yang akan bertanding dalam Sukan Asia 2018. Atlet ini mengalami perasaan gementar untuk menghadapi kejohanan tersebut. Nyatakan bidang kerjaya yang boleh dirujuk

a)

Pendidik

b)

Penyelidik

c)

Pakar perunding

d)

Psikologis sukan klinikal

7.

Khairul Hafiz jantan telah menetapkan sasaran untuk mencapai 10.15 saat acara 100 meter bagi bagi Sukan Asia 2018. Apakah jenis penetapan matlamat beliau?

a)

Matlamat hasil

b)

Matlamat proses

c)

Matlamat prestasi

d)

Matlamat jangka panjang

8.

Maklumat menunjukkan konsep asas sukan. Berdasarkan maklumat di bawah, apakah konsep tersebut?

- Mengikut turutan masa

- Tiada tekanan

- Tiada penamat

a)

Main

b)

Sukan

c)

Rekreasi

d)

Pendidikan jasmani

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan positif penglibatan dalam sukan terhadap individu? (Pilih DUA jawapan)

a)

Meningkatkan mobiliti sosial

b)

Memupuk semangat kekitaan

c)

Mengukuhkan nilai perpaduan

d)

Memupuk semangat patriotisme

10.

Terdapat pelbagai bidang kerjaya psikologi sukan. Antara berikut yang manakah bukan berkaitan dengan psikologi sukan?

a)

Pendidikan psikologi sukan yang bertanggungjawab menyebar ilmu psikologi sukan kepada pelajar dan atlet.

b)

Perunding psikologi sukan yang memberi khidmat teknik pelbagai kemahiran dalam psikologi sukan.

c)

Melatih atlet secara sistematik untuk meningkatkan kemahiran spesifik.

d)

Pakar psikologi sukan yang membantu atlet menyelesaikan masalah persenoliti, mental dan kemurungan serius.

11.

Pemain bola sepak sedang mengambil sepakan penalti. Pemain tersebut merasa gementar kerana bimbang

reaksi penonton sekiranya tendangannya gagal menghasilkan gol. Apakah jenis kebimbangan yang dialami oleh

pemain tersebut ?

a)

Kebimbangan Seketika – Kognitif.

b)

Kebimbangan Tret

c)

Kebimbangan Seketika – Somatif

d)

Kebimbangan Personal

12.

Di antara berikut penyataan yang manakah menunjukkan sukan sebagai institusi sosial dalam masyarakat ?

a)

Menunjukkan semangat patriotik.

b)

Mementingkan pencapaian matlamat individu.

c)

Mempunyai undang-undang dan peraturan.

d)

Menyatupadukan individu dari pelbagai latar belakang.

13.

Faktor-faktor yang manakah boleh mempengaruhi keagresifan? (Pilih TIGA jawapan)

a)

Suhu persekitaran.

b)

Peningkatan tempoh masa permainan.

c)

Penggunaan alatan yang kurang sesuai.

d)

Perasaan marah akibat dikasari oleh pihak lawan.

14.

Antara situasi berikut, pilih pernyataan yang menggambarkan matlamat atlet bermotivasi intrinsik?

a)

Menyertai sukan untuk dikenali oleh murid dan guru-guru

b)

Melibatkan diri dalam sukan untuk mendapatkan biasiswa

c)

Melibatkan diri dalam sukan untuk meningkatkan kecekapan kemahiran

d)

Memenangi setiap perlawanan untuk mendapat ganjaran kemenangan

15.

Perbezaan keagresifan ketara dan keagresifan instrumental ialah

a)

tekanan pertandingan

b)

niat semasa melakukan perlakuan tersebut

c)

tahap kecederaan akibat perlakuan tersebut

d)

situasi yang membawa kepada perlakuan tersebut

16.

Pengertian main berbeza dengan sukan kerana

a)

main ditentukan dengan kemenangan

b)

main mempunyai peraturan yang formal

c)

main mempunyai tempoh masa yang spesifik

d)

main merupakan pergerakan dan peraturan yang spontan

17.

Menjelaskan daya dan tork dalam pergerakan. Antara yang berikut yang manakah SALAH

a)

Daya dalaman (Intrinsik)

  • daya penguncupan otot
b)

Daya Luaran (Ekstrinsik)

  • Daya untuk memulakan, menghentikan, dan mengubah arah pergerakan sesuatu jasad.
c)

Daya dalaman bertindak ke atas jasad

d)

Daya dalaman (Intrinsik)

  • bertindak ke atas tulang
18.

Disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya merujuk kepada bidang ilmu sains sukan.........

a)

A. natomi

b)

B, Fisiologi

c)

C Kawalan motor

d)

Kecergasan fizikal

19.

Nyatakan ujian yang bersesuaian untuk mengukur komponen kecergasan berikut:

-Daya Tahan Otot

a)

Ujian kekuatan genggaman tangan

b)

Ujian tekan tubi

c)

Ujian lompat jauh berdiri

d)

Ujian lari pecut 30 meter

20.

Apakah komponen kecergasan yang menerangkan keupayaan seseorang memindahkan daya dengan cepat

a)

Kekuatan otot

b)

Ketangkasan

c)

Kuasa

d)

Koordinasi