Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

A4 2023 Rev1

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama rawatan CPR diberikan kepada seseorang yang terkena renjatan elektrik?  

a)

Untuk mengawal denyutan jantung. 

b)

Untuk mengawal dan memulihkan pernafasan.

c)

Untuk mengawal peredaran darah denyutan jantung.  

d)

Untuk mengawal peredaran darah dalam salur koronari.

2.

Kadaran bagi kabel 25 mm2 XLPE adalah 600 / 1,000 V mengikut standard MS 2107 dan IEC 60502. Berapakah nilai kadaran bagi Uo?

a)

240 V

b)

415 V

c)

600 V

d)

1,000 V

3.

Yang manakah diantara berikut adalah kaedah yang praktikal untuk mengurangkan nilai susutan voltan pada kabel bawah tanah voltan rendah?

a)

Meningkatkan jarak pengalir atau kabel.

b)

Meningkatkan saiz kabel

c)

Meningkatkan nilai voltan

d)

Mengurangkan jarak pengalir atau kabel.

4.

Siapakah yang bertangungjawab untuk menyelenggara pepasangan dalam keadaan baik dan berfungsi serta langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

                           i.          pemunya

                          ii.          pengurusan

                         iii.          penghuni pepasangan

                        iv.          pengkhidmat

a)

i dan ii

b)

i, ii  dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

5.

Berapakah Jumlah Surcaj yang lewat dibayar selama 8 bulan oleh pemegang lesen pesendirian keatas janakuasa 1 MVA.

a)

RM69.90

b)

RM1165.00

c)

RM2200.00

d)

RM176.00

6.

Sesuatu pepasangan yang didapati dengan curang mengguna elektrik,  pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen boleh mengambil tindakan berikut.

a)

Membatalkan pepasangan

b)

Melakkan pepasangan tersebut.

c)

Memberi notis amaran dan memotong bekalan dalam masa duapuluh empat jam selepas notis.

d)

Memotong bekalan elektrik dengan memberi notis tidak kurang dari empat puluh lapan jam setelah memaklumkan secara bertulis kepada Suruhajaya dalam masa tiga hari berkerja.

7.

Proses pertukaran “automatic change over” bagi set janakuasa tunggu sedia dan palang bas utama adalah dengan bantuan…

                           i.          Sesentuh “normally open no volt coil “

                          ii.          Gegelung geganti “under voltage”.

                         iii.          Sesentuh  “normally open and close under voltage relay”

                        iv.          Gegelung  “normally open and close under voltage relay”

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii dan iii

8.

Manakah kenyataan berikut adalah BETUL tentang  mechanical interlock system  bagi bus-coupler.

a)

Disediakan dengan tiga “castel key” yang terletak di setiap pemutus litar.

b)

Ketiga-tiga “castel key” boleh dikendalikan (ON) dalam tempoh yang sama.

c)

Disediakan dengan dua “castel key” sahaja dan hanya dua pemutus boleh beroperasi pada satu masa.

d)

Semua pemutus litar boleh dikendalikan tanpa “castel key”.

9.

Manakah pemasangan berikut yang menggunakan piawaian IEC 60364-7?

a)

Bangunan komersial

b)

Hospital

c)

Kilang

d)

Sekolah

10.

Apakah yang akan terjadi sekiranya paras minyak pelincir di dalam enjin diesel terlalu kurang di dalam takungan minyak

a)

pengaliran minyak pelincir tidak lancar

b)

sistem akan masuk angin

c)

enjin akan menjadi panas

d)

keadaan enjin seperti biasa

11.

  Berikut tiang manakah yang memerlukan umbang?

 

                           i.          tiang tamatan.

                          ii.          tiang sesalur terus bersudut.

                         iii.          tiang pembahagian.

                        iv.          tiang sesalur terus dengan tamatan tee.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv.

c)

i, iii dan iv.

d)

ii, iii dan iv.

12.

Yang manakah di antara berikut adalah bahan-bahan pepasangan yang perlu dibumikan?

 

                           i.          Pendakap D.

                          ii.          Penebat belenggu.

                         iii.          Belenggu “U”.

                        iv.          Bolt dan nat.

a)

i, ii dan iii.

b)

i, ii dan iv.

c)

ii, iii dan iv.

d)

i, iii dan iv.

13.

Bilik pengubah pembahagian di tempat anda bekerja mengeluarkan asap. Setelah penjaga jentera elektrik voltan tinggi memutuskan bekalan, anda diarahkan olehnya untuk membuat pemeriksaan ke atas bilik dan pengubah tersebut. Yang manakah diantara langkah-langkah mesti  anda lakukan?

 

                           i.          Buka pintu bilik tersebut dan biarkan seketika sehingga asap dan bau berkurangan.

                          ii.          Jika terdapat kebakaran, hubungi pengurus dan penyelia.

                         iii.          Sebelum memulakan kerja pembaikan, semua terminal kabel di discas ke terminal bumi.

                        iv.          Buat pemeriksaan, senggaraan dan pengujian. Jika dapati pengubah pembahagian dalam kedaan tidak sempurna maka tukar pengubah.

a)

i, ii dan iii.

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv.

d)

ii, iii dan iv.

14.

Apakah jenis sambungan pengubah kuasa merujuk pada Rajah 1?

a)

Star – Star

b)

Delta – Star

c)

Star – Delta.

d)

Delta – Delta

15.

Dalam perlindungan arus lebihan, komponen yang bertindak secara tidak langsung (indirect acting) terdiri daripada.

 

                           i.          geganti

                          ii.          pengasing

                         iii.          pemutus litar

                        iv.          pengubah instrumen

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Nyatakan fungsi diod berputar yang terdapat dalam sebuah janakuasa.

a)

Menukarkan voltan arus ulang-alik ke voltan arus terus yang diperolehi dari penguja rotor.

b)

Menukarkan voltan arus terus ke voltan arus ulangalik yang diperolehi dari penguja stator.

c)

Memastikan voltan arus terus pada nilai + 10V.

d)

Menstabilkan voltan keluaran janakuasa.

17.

Berapakah arus beban penuh bagi sebuah janakuasa 3 fasa 415 V 50 Hz 100 kVA pada faktor kuasa 0.8 menyusul?

a)

200 Amp.

b)

p39 Amp.

c)

120 Amp.

d)

139 Amp.

18.

Apakah tujuan sambungan kepada peralatan elektronik pada janakuasa diputuskan atau dilitarpintaskan semasa pengujian rintangan penebatan dilakukan?

a)

Mengelakan dari janakuasa beroperasi secara tiba-tiba..

b)

Melindungi peralatan elektronik tersebut dari voltan tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan.

c)

Memastikan bacaan yang tepat pada pengujian disebabkan peralatan elektronik tersebut akan menggangu voltan semasa ujian dilakukan

d)

Berdasarkan dari praktis yang biasa diamalkan oleh pengguna.

19.

Semasa janakuasa G1 disegerakkan dengan janakuasa G2, apakah yang akan berlaku jika arus medan (field current) pada janakuasa G2 ditinggikan.

 

                           i.          voltan pada busbar akan meningkat

                          ii.          sumbangan kuasa reaktif (var) janakuasa G2 akan menurun.

                         iii.          sumbangan kuasa reaktif (var) janakuasa G2 akan meningkat.

                        iv.          sumbangan kuasa reaktif (var) janakuasa G1 akan menurun.

a)

i, ii & iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii dan iv

d)

i dan iv

20.

Apakah yang perlu dilakukan jika jarum synchroscope berpusing arah berlawanan jam semasa proses penyegerakan janakuasa sistem voltan rendah dilaksanakan?

a)

Arus medan perlu ditingkatkan

b)

Kuasa masukan kepada penggerak utama perlu ditingkatkan

c)

Kuasa masukan kepada pengerak utama perlu dikurangkan

d)

Suis penyegerakan perlu ditutup selepas ia menunjukkan perbezaan sudut fasa sifar

21.

Geganti statik dikenali sebagai

a)

geganti magnetik yang mempunyai gegelung dan sesentuh yang tidak bergerak.

b)

geganti magnetik yang menggunakan gegelung berongga dan plunger sebagai bahagian bergerak.

c)

gegelung yang bertindak secara langsung dengan jalur bimetallik yang disambungkan secara bersiri dengan beban

d)

geganti elektronik yang mengesan kerosakan dan melengkapkan litar pemutus.

22.

Di dalam pembinaan talian atas terdapat satu tiang sesalur terus bersudut yang mempunyai sudut peralihan 500 dan sesalur yang dibina terdiri daripada dawai 4 x 7/4.39 milimeter dan 1 x 3/3.35 milimeter. Tiang tersebut terletak di pinggir jalanraya di mana bagi pembinaan umbang biasa, kawasan tanah tidak mencukupi. Nyatakan jenis umbang yang sesuai dibuat.

a)

Umbang penolak luar.

b)

Umbang terbang

c)

Tiang sokong.

d)

Umbang penolak luar dan tiang sokong.