wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGAJIAN AM

Total questions: 22

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
  1. 1. Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?

a)

Penduduk yang berbilang kaum

b)

parti politik yang memimpin negara

c)

Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara

d)

Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara

2.
  1. 2. Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?

a)

Mempunyai identitinya sendiri

b)

Mempunyai penduduk yang tetap

c)

Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan

d)

Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar

3.
  1. 3. Yang manakah ciri-ciri asas bagi sebuah negara berdaulat?

a)

Tidak dijajah oleh kuasa luar

b)

Diterajui oleh parti politik tertentu

c)

Berupaya menjalin hubungan diplomatik

d)

Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

4.
  1. 4. Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?

a)

Mengawal pergerakan manusia dan barangan

b)

Memperluas sumber kekayaan negara

c)

Menguruskan pilihan raya umum

d)

Menjamin keselamatan negara

5.

"Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran"

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Pemusatan kuasa

b)

Pengasingan kuasa

c)

penyelarasan kuasa

d)

pembahagian kuasa

6.
  1. 6. Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

7.
  1. 7. Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Kabinet meluluskan undang-undang

b)

Mahkamah membatalkan undang-undang

c)

Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama

8.
  1. 8. Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara

b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

9.
  1. 9. Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?

a)

Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya

b)

Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet

c)

Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik

d)

Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas.

10.
  1. 10. Yang manakah benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Ketua Negara dipilih dalam pilihan raya

b)

Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

c)

Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

d)

Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat

11.
  1. 11. Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun

b)

Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila dibubarkan

c)

Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan parlimen

d)

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan

12.
  1. 12. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana

a)

rombakan kabinet

b)

kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Perletakan jawatan setiausaha Dewan Rakyat

13.
  1. 13. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mendengar petisyen pilihan raya

b)

Menyemak sempadan pilihan raya

c)

Meminda undang-undang pilihan raya

d)

Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

14.
  1. 14. Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan raya?

a)

Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

Saraannya di bawah peruntukan parlimen

c)

Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

Terima jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

15.
  1. 15. Pernyataan yang manakah yang benar tentang ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

b)

Saraan ditentukan oleh YDPA

c)

Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis parlimen

d)

Dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

16.
  1. 16. Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pendungi pos?

a)

Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

17.
  1. 17. Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?

a)

Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

Calon yang menang gagl menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

18.
  1. 18. Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya?

a)

Rakyat bebas memilih wakil mereka

b)

Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti

c)

Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah pilihannya

d)

Parti politik bebas berkempen mengikut undang-undang

19.
  1. 19. Nyatakan dua sebab amalan Doktrin Pengasingan Kuasa dilaksanakan di negara ini.

a)

Mengelakkan pemusatan kuasa oleh Parlimen

b)

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan (3 Badan)

c)

Meningkatkan kecekapan pemerintahan negara

d)

Menjamin Hak masyarakat

20.
  1. 20. Nyatakan dua sebab Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara.

a)

Perlembagaan merupakan panduan kepada pemerintahan negara

b)

Undang-undang lain tidak terbatal sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

c)

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara kerana merupakan sumber rujukan kepada semua unndang-undang

d)

Mahkamah Persekutuan boleh membatalkan Perlembagaan Persekutuan

21.
  1. 21. Pilih pernyataan yang salah mengenai keadaan yang menyebabkan seseorang pemilih tidak layak mengundi pada hari mengundi.

a)

Nama tiada dalam daftar pengundi

b)

Memperoleh kewarganegaraan asing

c)

Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

d)

Menjalani hukuman penjara kurang 12 bulan

22.
  1. 22. Pilih pernyataan yang betul mengenai keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau DUN

a)

Dibatalkan kemenangannya oleh Mahkamah

b)

Dipenjara kurang daripada 1 tahun

c)

Didenda kurang RM2000 oleh mahkamah

d)

Meninggal dunia