wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EHPH 2184 : Technique of Collecting Evidence and Exhibit

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah jenis-jenis eksibit dokumentari KECUALI

a)

Laporan pakar

b)

Rakaman percakapan saksi

c)

Resit belian

d)

Larva nyamuk

2.

Peringkat bagi pengendalian barang kes terbahagi kepada tiga (3) iaitu sebelum, semasa dan selepas bicara. Kebiasaannya, mahkamah akan mengeluarkan perintah bagi pelupusan barang kes menurut peruntukan dibawah Seksyen 406(A) Kanun Tatacara Jenayah.

 

Apakah yang perlu dilakukan pada barang kes tersebut sekiranya mahkamah tidak mengeluarkan perintah pelupusan?

a)

Barang kes perlu diserahkan kepada Majistret

b)

Barang kes perlu dilupuskan serta merta oleh Pegawai Penyiasat.

c)

Barang kes perlu dilupuskan oleh orang yang menuntutnya tanpa perlu permohonan kepada mahkamah.

d)

Barang kes perlu diserahkan kepada Pegawai Pendakwa untuk tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang bahagian tersebut.

3.

Berapkah tempoh masa barang kes perlu disimpan selepas perbicaraan kecuali bagi barang kes yang dipulangkan melalui Seksyen 413(2) Kanun Tatacara Jenayah dimana kemungkinan rayuan dibuat?.

a)

14 jam.

b)

5 hari bekerja

c)

14 hari bekerja

d)

14 hari

4.

Bagi kesalahan dibawah Seksyen 14, Akta 342 dimana seseorang individu tersebut gagal untuk mengasingkan diri di stesen kuarantin bagi rawatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Berkuasa.

 

Apakah jenis bukti yang perlu dikumpulkan bagi kesalahan tersebut?

I.Laporan polis.

II.Laporan perubatan.

III.Rakaman percakapan.

IV.Bukti kamera pengawasan (jika ada).

a)

I dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

5.

Kebiasaannya, pengambilan barang kes di bawah Akta-akta Kesihatan Awam adalah melalui kaedah siasatan dan rampasan. Adakah Pejabat Kesihatan Daerah perlu memohon waran daripada mahkamah

untuk membuat rampasan tersebut?​ Ya atau Tidak

(a)  

6.

Semasa prosedur pengambilan sampel makanan (kimia-pestisid), barang kes berikut perlu ada sebagai bukti dokumentari dan bukan dokumentari KECUALI.

a)

Lak rasmi (seal).

b)

Resit pembelian sampel.

c)

Sampel makanan (200gm).

d)

Brown paper

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan "chain of custody" dalam konteks pengendalian bahan bukti?

a)

Arahan kepada saksi-saksi untuk dipanggil memberi keterangan

b)

Kebolehan memastikan identiti dan integriti bahan bukti terjaga (dokumentasi)

c)

Proses menganalisis DNA bahan bukti

d)

Turutan bahan bukti yang dipersembahkan di mahkamah

8.

Semasa sesi soal siasat, apakah yang perlu dilakukan oleh pegawai penyiasat

bagi memastikan admissibility (kebolehterimaan) bahan bukti

a)

Memaksa suspek membuat pengakuan

b)

Membuat tawaran kepada suspek sebagai pertukaran pengakuan

c)

Membacakan kepada suspek Hak Miranda

d)

Menahan maklumat berkaitan bahan bukti daripada suspek

9.

Apakah tujuan mendokumentasikan prosedur pengambilan bukti

a)

Mereka penceritaan menarik daripada podcast jenayah sebenar

b)

Mencegah bahan bukti daripada digunakan di mahkamah

c)

Mewujudkan rekod yang jelas tentang bagaimana bahan bukti dikumpul, dikendalikan dan dipelihara

d)

Untuk berkongsi butiran kes dengan orang awam

10.

Antara yang berikut, yang manakah adalah prinsip asas semasa mengumpul bahan bukti fizikal?

a)

Menggunakan barang kegunaan harian untuk membungkus bahan bukti

b)

Memegang bahan bukti dengan tangan kosong untuk mengelakkan pencemaran

c)

Mengumpul semua bahan bukti yang ada walaupun tidak relevan

d)

Menggunakan alatan dan kaedah yang sesuai untuk mengelakkan pencemaran