Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Total questions: 21

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi simpan kira?

a)

Mengukur prestasi sesebuah perniagaan.

b)

Menjadi bukti bahawa suatu urus niaga telah berlaku.

c)

Melaporkan kedudukan kewangan kepada pihak yang berkaitan.

d)

Membolehkan pihak pengurusan membuat rancangan perniagaan.

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan simpan kira?

a)

Mengelas Dan merancang urus niaga.

b)

Menganalisis Dan melaporkan maklumat kewangan.

c)

Merekod urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu.

d)

Mengelas, merekod, Dan mentafsir maklumat kewangan.

3.

Pernyataan yang manakah menerangkan simpan kira?

I. Merekodkan Dan meringkaskan urus niaga

II. Melibatkan proses menganalisis maklumat kewangan

III. Mempunyai skop yang lebih kecil daripada perakaunan

IV. Melibatkan proses yang lebih banyak daripada perakaunan

a)

I Dan II

b)

I Dan III

c)

II Dan IV

d)

III Dan IV

4.

Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan?

a)

Memudahkan proses pembuatan keputusan.

b)

Memastikan segala prinsip perakaunan dipatuhi.

c)

Membolehkan proses kitaran perakaunan diikuti.

d)

Menyediakan penyata kewangan mengikut format yang tertentu.

5.

Apakah tujuan penubuhan Institut Akauntan Malaysia (MIA)?

a)

Menggubal piawaian perakaunan.

b)

Mengawal selia amalan profesion perakaunan.

c)

Mengendalikan peperiksaan profesion perakaunan.

d)

Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan.

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah badan perakaunan.

"Menjadi penasihat awam dalam aspek piawaian perakaunan."

a)

MIA

b)

IASB

c)

MASB

d)

MICPA

7.

"Kerani akaun merekodkan rak pameran pada harga belian, iaitu RM12,000 walaupun harga pasaran ialah RM6,000."

Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi oleh kerani akaun tersebut?

a)

Materialiti

b)

Kos sejarah

c)

Konservatisme

d)

Wang sebagai ukuran

8.

Apakah prinsip perakaunan yang perlu dipatuhi dalam menggunakan kaedah dan amalan dalam penyediaan akaun?

a)

Kos sejarah

b)

Ketekalan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Entiti berasingan

9.

Syarikat Suria mempunyai modal sebanyak RM5 juta. Pada tahun kewangan 20X4, pekerja dI bilik stor telah membeli sebuah meja berharga RM100 untuk tujuan meletak barang kegunaan. Akan tetapi, belian perabot tersebut tidak dicatat dalam Kunci Kira-kira.

Apakah konsep perakaunan yang diamalkan?

a)

Kos sejarah

b)

Ketekalan

c)

Materialiti

d)

Entiti berasingan

10.

Aniq merekodkan belanja baiki komputer peribadinya RM200 ke dalam akaun perniagaan.

Apakah konsep perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Aniq?

a)

Kos sejarah

b)

Ketekalan

c)

Materialiti

d)

Entiti berasingan

11.

Peniaga Nana telah membayar yuran tuisyen anaknya dengan Wang perniagaan dan mencatatkan urus niaga tersebut sebagai belanja perniagaan.

Apakah konsep perakaunan yang tidak diamalkan?

a)

Kos sejarah

b)

Ketekalan

c)

Materialiti

d)

Entiti berasingan

12.

Apakah prinsip perakaunan yang perlu dipatuhi agar hasil dapat dipadankan dengan belanja sebenarnya?

a)

Asas perakaunan akruan

b)

Ketekalan

c)

Materialiti

d)

Entiti berasingan

13.

Kedai Runcit Helmi memulakan perniagaan pada 1 April 20X2. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir pada setiap enam bulan. Tempoh perakaunan yang pertama bagi perniagaan tersebut ialah_____________.

a)

1 April 20X2 hingga 30 September 20X2

b)

1 April 20X2 hingga 31 Disember 20X2

c)

1 April 20X2 hingga 31 Mar 20X3

d)

1 April 20X2 hingga 30 April 20X3

14.

Faedah simpanan tetap tahun lepas telah diterima pada tahun ini dan perniagaan telah mencatatkannya sebagai hasil tahun ini.

Apakah konsep perakaunan yang tidak dipatuhi?

a)

Tempoh perakaunan

b)

Usaha berterusan

c)

Asas perakaunan akruan

d)

Entiti berasingan

15.

Mengapakah konsep Wang sebagai ukuran mempunyai batasannya?

a)

Belanja dan pendapatan terakru tidak boleh direkodkan.

b)

Aset yang mempunyai nilai yang rendah tidak perlu direkodkan.

c)

Nilai aset yang direkod mungkin berlainan daripada nilai pasaran.

d)

Urus niaga yang diukur dalam nilai Wang sahaja boleh direkodkan.

16.

Apakah maksud konsep usaha yang berterusan?

a)

Mengekalkan kos aset semasa yang direkodkan.

b)

Peniaga berusaha untuk menjayakan perniagaan.

c)

Mengamalkan amalan perakaunan yang berterusan.

d)

Beroperasi untuk suatu jangka masa yang tidak terhad.

17.

Apabila seseorang peniaga mengeluarkan barang niaga untuk kegunaan peribadi, urus niaga tersebut akan direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaan.

Apakah konsep perakaunan yang digunakan?

a)

Ketekalan

b)

Materialiti

c)

Entiti berasingan

d)

Tempoh perakaunan

18.

Syarikat Farmosa Berhad yang memiliki aset bukan semasa RM30 juta menganggap belian mesin cetak RM200 sebagai belanja perniagaan.

Apakah prinsip perakaunan yang diamalkan?

a)

Ketekalan

b)

Materialiti

c)

Entiti berasingan

d)

Tempoh perakaunan

19.

Apakah proses yang menunjukkan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?

a)

Sistem perakaunan

b)

Prinsip perakaunan

c)

Kitaran perakaunan

d)

Konsep perakaunan

20.

Dalam kitaran perakaunan, apakah peringkat seterusnya selepas Imbangan Duga disediakan?

a)

Membuat pelarasan

b)

Mengepos ke lejar

c)

Membuat catatan penutup

d)

Menyediakan penyata kewangan

21.

Apakah peringkat selepas penyediaan Imbangan Duga Terlaras dalam kitaran perakaunan?

a)

Mengepos ke lejar

b)

Membuat pelarasan

c)

Merekod Buku Catatan Pertama

d)

Menyediakan penyata kewangan