Font size
WorksheetsPop Quiz - Tatacara Menjawab Panggilan Pelanggan Melalui Telefon
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Jawab semua panggilan dalam tempoh 3 hingga 4 deringan (≤10 saat).
BETUL
SALAH
Antara berikut yang manakah TEPAT menerangkan faedah menjawab telefon dengan beretika.
Memberi keuntungan kepada organisasi
Membina kerjasama antara pelanggan dan organisasi
Menonjolkan tahap profesionalisme yang tinggi
Memudahkan urusan pelanggan
Apabila menjawab panggilan telefon, kita hendaklah menyapa secara kasual.
BETUL
SALAH
Antara berikut, pilih TIGA tindakan yang perlu kita lakukan apabila menjawab panggilan daripada luar (Jabatan)?
Menawarkan bantuan perkhidmatan
Ucap Salam Sejahtera dan Selamat Pagi/Tengahari/Petang
Pengenalan Diri
Nama Agensi/Lokasi
Manakah antara berikut merupakan tabiat buruk yang perlu dielakkan apabila menjawab telefon?
Diam dan tidak memberi respons
Elak/kurangkan bunyi bising
Meminta izin sebelum meminta pemanggil menunggu
Dengar tanpa mencelah
Apakah tabiat buruk semasa menjawab telefon yang dipaparkan oleh gambar ini?
Menyampuk pemanggil ketika bercakap
Memperlekehkan pemanggil
Tidak mengucapkan terima kasih atau selamat tinggal
Makan dan minum semasa menjawab telefon
Berikut merupakan contoh sapaan kasual KECUALI
Apa yang anda inginkan?
Apa yang saya boleh bantu?
Hello
Tunggu sekejap
Menyapa pemanggil dengan cara betul adalah langkah pertama dalam ....
Mendapatkan pelanggan yang setia
Menjaga imej organisasi
Menjalin perhubungan dengan pelanggan
Membuka ruang untuk meningkatkan ekonomi organisasi
Berikut merupakan etika menjawab telefon KECUALI
Jawab dengan nada suara yang menyenangkan
Menggunakan slang atau terminologi yang khusus dengan agensi
Tamatkan panggilan dengan positif dan ucapkan terima kasih
Guna bahasa dengan jelas dan bercakap dengan yakin
Berikut merupakan dialog yang dapat digunakan untuk mencatat pesanan KECUALI
Boleh saya dapatkan nombor telefon anda?
Boleh saya dapatkan nama anda?
Boleh saya dapatkan nama syarikat anda?
Ulang semula pesanan tadi
