NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa 2023
Total questions: 25
Worksheet time: 4mins
Antara berikut, yang manakah BUKAN tujuan Dekad Bahasa Kebangsaan diadakan?
Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Meningkatkan ekonomi ke arah mencapai status negara maju.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Usaha untuk mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia diselia oleh .....
Pilih ejaan yang betul.
Jawatankuasa
Jawatan kuasa
Pilih ejaan yang betul.
Bumi putra
Bumi putera
Bumiputera
Bumiputra
Pilih ejaan yang betul.
Pelusok
Pelosok
Pelusuk
Pelosuk
Pilih ejaan yang betul.
Olah raga
Olahraga
Za'ba merupakan seorang tokoh pemikir dan sasterawan bahasa Melayu. Apakah nama penuh beliau?
Zainal Abidin bin Al Amin
Zainal Abidin bin Ahmad
Zainol Abidin bin Alias
Zainal bin Bakar
Yang manakah bukan puisi tradisional?
Syair
Nazam
Gurindam
Sajak
Terdapat sekurang-kurangnya 13 melodi/irama untuk melagukan syair. Antara berikut, yang manakah bukan salah satu melodi tersebut?
Dupa Cendana
Selendang Delima
Siti Zubaidah
Rakis
Cikgu Zuraida meminta (A) anak muridnya mencari maksud (B) berapa frasa (C) berpandukan Kamus Dewan. (D) Tiada kesalahan.
Ayat di atas mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
A
B
C
D
Jumlah kerugian (A) akibat kebakaran yang (B) membabitkan sebuah pusat beli-belah di bandar ini kelmarin (C) ditaksirkan bernilai berjuta-juta ringgit. (D) Tiada kesalahan.
Ayat di atas mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
A
B
C
D
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
Peribahasa yang paling sesuai dengan pernyataan di atas ialah ...
alang-alang berdakwat biar hitam
mencurah air ke daun keladi
melepaskan batuk di tangga
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang paling sesuai dengan pernyataan di atas ialah ...
bulat hati
besar hati
berat hati
ada hati
Amir tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa kepadanya. ......................., dia akan mengadakan jamuan untuk mereka saban tahun.
Namun begitu
Kemudian
Lagipun
Oleh itu
Pekebun sayur itu ______________ dua buah bakul yang berisi sayur-sayuran dengan sebatang kayu yang diletakkan dibahunya.
mengelek
mengandar
menjunjung
memikul
Kawasan lombong itu sangat ___________ dan orang ramai tidak dibenarkan mandi di situ.
merbahaya
marabahaya
berbahaya
membahaya
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Cindai adalah sejenis _____.
kain
pokok
bunga
jampi
Sajak terkenal berjudul Guru oh Guru, Ke Makam Bonda dan Bunga Popi adalah karya Sasterawan Negara ________.
A. Samad Said
Noordin Hassan
Shahnon Ahmad
Usman Awang
Peribahasa berikut menggambarkan pasangan yang sepadan kecuali .....
bagai cincin dengan permata
bagai pinang dibelah dua
bagai kera mendapat bunga
seperti bulan dengan matahari
Pilih ejaan yang betul.
Kad pra bayar
Kad prabayar
Kad pra-bayar
Pilih ejaan yang betul.
Silaturahim
Silaturrahim
Silatturahim
Siapakah tokoh sastera Melayu dan Sasterawan Negara ini?
Anwar Ridhwan
A. Samad Said
Shahnon Ahmad
Usman Awang
Bahasa Melayu Klasik:
Kata 'inderaloka' bermaksud ...
syurga
indah
dunia
angkasa
Noordin Hassan dipilih sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1993. Pelibatan beliau dalam kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama dan teater.
Antara berikut, yang manakah BUKAN karya beliau.
Bukan Lalang Ditiup Angin
Cindai
Jangan Bunuh Rama-Rama
Ranjau Sepanjang Jalan
Terdapat berapa kesalahan tatabahasa dalam gambar berikut?
Satu
Dua
Tiga
Empat
