WorksheetsBab 3: Kelestarian Alam Sekitar (Sem 3)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Rajah menunjukkan pembuangan bahan toksik dari kilang.
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan pembuangan bahan toksik dari kilang?
Menyebabkan organisma akuatik mati
Menyebabkan kepupusan spesies
Menyebabkan kehilangan sumber ekonomi
Meningkatkan pH air dan tanah
Merosakkan otak, ginjal dan sistem saraf
Rajah menunjukkan pembakaran bahan api fosil yang membebaskan gas-gas berasid seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang membentuk hujan asid apabila terlarut dalam air hujan.
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan hujan asid?
Menipiskan lapisan ozon
Merosakkan bangunan dan jambatan
Merendahkan pH tanah dan menjadikannya kurang subur untuk tumbuhan
Menyebabkan pencemaran air
Merendahkan pH air sungai atau kolam dan menjadikannya tidak sesuai untuk organisma akuatik
Rajah menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar akibat haba yang terperangkap oleh gas P di lapisan atmosfera bumi.
Apakah gas P?
oksigen
hidrogen
karbon monoksida
Rajah menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar akibat haba yang terperangkap oleh gas P di lapisan atmosfera bumi.
Namakan fenomena yang berlaku.
I : Hujan asid
II : Pemanasan global
III : Kesan rumah hijau
IV : Banjir kilat
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja
Nyatakan kesan buruk pemanasan global kepada alam sekitar:
Ais di kawasan kutub akan __________ dan paras air laut akan __________. Kawasan rendah di tepi pantai akan __________ air.
mencair, menaik, ditenggelami
mencair, menurun, ditenggelami
mengeras, menurun, kehilangan
mencair, menaik, kehilangan
Berikut merupakan aktiviti manusia yang meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera KECUALI
Pembalakan
Pembakaran terbuka
Penggunaan kloroflurokarbon (CFC)
Pembakaran bahan api fosil
Maklumat berikut menunjukkan gas-gas yang menyebabkan pencemaran alam sekitar:
> Sulfur dioksida
> Nitrogen dioksida
Apakah kesan gas-gas tersebut?
Eutrofikasi
Hujan asid
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Sungai X dicemari oleh air kumbahan yang tidak dirawat. Kepekatan oksigen dalam air sungai tersebut menurun secara mendadak. Apakah yang mungkin telah berlaku?
R: Pertumbuhan pesat bakteria
S: Air sungai mempunyai kepekatan nitrat yang tinggi
T: Rumpai air tumbuh subur dalam sungai
R dan S
R dan T
S dan T
R, S dan T
Maklumat berikut berkaitan dengan proses P yang berlaku pada ekosistem.
>Nitrat mengalir ke dalam tasik
>Pertumbuhan pesat alga dan tumbuhan terapung
Apakah proses P?
Pengkolonian
Penyesaran
Eutrofikasi
Nitrifikasi
Nilai keperluan oksigen biokimia (BOD) yang tinggi menunjukkan
I : air sangat tercemar
II : bilangan bakteria banyak
III : kandungan oksigen terlarut tinggi
IV : bilangan haiwan akuatik berkurang
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Fenomena manakah menyebabkan peningkatan suhu bumi?
Hujan asid
Penipisan lapisan ozon
Jerebu
Kesan rumah hijau
Berikut menunjukkan empat jenis bahan pencemar:
S - Sisa domestik
T - Sisa pertanian
U - Sisa industri
V - Tumpahan minyak
Antara berikut, bahan manakah menyebabkan pencemaran air?
T dan U
S, U dan V
T, U dan V
S, T, U dan V
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk menyiasat tahap pencemaran pada sampel air menggunakan larutan metilena biru 0.1% sebagai petunjuk.
Sekiranya warna biru metilena berubah dengan cepat dalam masa 20 minit berbanding dengan air paip yang tidak berubah warna, apakah kesimpulan yang dapat diambil dari pemerhatian ini?
Sampel air mengandungi oksigen terlarut yang tinggi
Sampel air mempunyai nilai keperluan oksigen biokimia (BOD) yang rendah
Kepekatan nitrat dalam sampel air rendah
Terdapat banyak mikroorganisma yang tumbuh di dalam sampel air
Biodiesel adalah tenaga boleh baharu yang berpotensi sebagai alternatif kepada minyak petrol dan diesel.
Berikut merupakan kelebihan biodiesel KECUALI
Mengurangkan pembebasan gas monoksida
Mempunyai kandungan sulfur yang minimum
Mengurangkan kesan rumah hijau
Menyebabkan kehabisan bahan api fosil
Tenaga solar telah digunakan secara meluas di Malaysia. Apakah kelebihan penggunaan tenaga solar dalam penjanaan tenaga elektrik?
Mendapatkan tenaga secara konsisten daripada cahaya matahari
Kos penyelenggaraan yang rendah
Tiada pencemaran udara atau pembebasan bahan toksik
Sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Kawalan biologi merupakan cara yang paling baik untuk mengurangkan populasi haiwan perosak tanpa merosakkan alam sekitar. Haiwan yang manakah digunakan untuk mengurangkan populasi tikus di ladang kelapa sawit?
Burung pipit
Burung hantu
Ayam
Anjing
Antara berikut, yang manakah merupakan cara untuk memulihara hutan?
Bersihkan lebih banyak hutan untuk pembangunan
Lakukan pembalakan terpilih
Perkenalkan lebih banyak kawasan hutan untuk pembalakan
Biarkan pembakaran hutan terpadam secara semula jadi
Apakah tujuan memasang pemendak elektrostatik pada cerobong asap kilang?
Untuk membersihakan serombong
Untuk menarik jelaga dan zarah-zarah karbon
Untuk menapis gas-gas berasid yang dibebaskan oleh kilang
Untuk mengubah hidrokarbon dalam gas sisa kepada gas yang tidak bertoksik
Apakah kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah pencemaran plastik?
Membakar plastik secara terbuka
Menanam plastik di dalam tanah
Membuang plastik ke dalam sungai
Menggunakan plastik yang terbiodegradasi
Mikroalga marin digunakan untuk mengurangkan kandungan karbon dioksida melalui proses fotosintesis.
Pernyataan di atas merupakan contoh aplikasi __________.
Kenderaan Hijau
Bangunan Hijau
Teknologi Emisi Negatif
Tenaga Solar
