wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TINGKATAN 4 PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Total questions: 57

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

1.      Antara berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?

I   Pembentukan misi

II Pembentukan objektif

III    Pembentukan taktik

IV   Pembentukan strategik

a)

A.     I dan II

b)

B.     I dan IV

c)

C.    II dan III

d)

D.     III dan IV

2.

2.    Apakah maksud visi perniagaan?

a)

A.    Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

B.    Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

C.   Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

D.   Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

3.

3.  Antara berikut, yang manakah persoalan perlu dijawab untuk membentuk suatu pernyataan misi yang berkesan?

I        Apakah yang kita lakukan

II      Bilakah kita lakukan

III    Bagaimanakah kita lakukan

IV    Untuk siapa kita lakukan

a)

A.    I dan II

b)

B.    I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

4.

4. Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

A.    Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

B.    Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

C.   Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

d)

D.   Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

5.

5.  Pernyataan yang manakah benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

A.    Terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian, koperasi dan yayasan

b)

B.    Didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

c)

C.   Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna

d)

D.   Mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang minimum

6.
  1. 6. Pernyataan berikut menunjukkan sebuah organisasi perniagaan.

  2. Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?

a)

A.     Menghasilkan produk yang berkualiti baik

b)

B.     Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan

c)

C.     Menetapkan harga produk yang kompetitif

d)

D.     Memaksimumkan keuntungan perniagaan

7.

7.  Antara berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?

I        Majlis Belia Malaysia

II      Syarikat Pertiwi KK Sdn.Bhd.

III     Kedai Makanan Sedap Mak Sami

IV    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary

a)

A.       I dan II

b)

B.       I dan IV

c)

C.       II dan III

d)

D.       III dan IV

8.

8.  Pernyataan yang manakah merupakan objektif organisasi sektor awam?

a)

A.    Membantu perniagaan meningkatkan keuntungan

b)

B.    Menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan

c)

C.   Menstabilkan harga barang dan perkhidmatan melalui dasar percukaian

d)

D.   Melindungi industri tempatan dan industry asing yang beroperasi di Negara

9.

9.  Antara berikut, yang manakah merupakan objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

A.    Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi

b)

B.    Menjual barang keperluan kepada orang kurang berkemampuan

c)

C.   Mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian

d)

D.   Berusaha untuk mendapatkan derma, hadiah, atau sumbangan demi menambahkan dana organisasi

10.

10.      Pernyataan berikut berkaitan pertubuhan sukarela.

Tumpuan pertubuhan sukarela ialah

a)

A.    Melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

B.    Membantu kerajaan melaksanakan projek tertentu

c)

C.   Menyediakan perkhidmatan kepada ahli dan masyarakat

d)

D.   Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

11.

11.      Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri SMART.

Antara berikut, yang manakah mungkin sekali ialah X?

I        Ringkas

II      Jangka masa

III     Boleh dicapai

IV    Boleh difahami

a)

A.     I dan II

b)

B.     I dan IV

c)

C.     II dan III

d)

D.     III dan IV

12.

12.      Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan.

Apakah ciri-ciri SMART tersebut?

a)

A.   Spesifik

b)

B.   Munasabah

c)

C.   Jangka masa

d)

D.   Boleh diukur

13.
  1. 13. Apakah yang dimaksudkan dengan carta gantt?

a)

A.   Carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

b)

B.   Carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

c)

C.   Carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh yang masa telah ditetapkan

d)

D.   Carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

14.

14.      Pernyataan berikut berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut.

Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Siti?

a)

A.   Munasabah

b)

B.   Ringkas

c)

C.   Boleh diukur

d)

D.   Boleh dicapai

15.

15.    Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan penetapan X.

Apakah X?

a)

A.   Visi

b)

B.   Misi

c)

C.   Objektif

d)

D.   Sasaran

16.

16.      Encik Ibrahim  telah  menubuhkan sebuah  perniagaan yang  menjual baju kurung di Cheras,  Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2016. Apakah  misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Ibrahim?

a)

A.   Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan

b)

B.   Menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur

c)

C.   Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung

d)

D.   Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan

17.

17.      Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan penetapan objektif?

a)

A.   Membantu perniagaan membuat perancangan

b)

B.   Menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

C.   Menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

D.   Memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat

18.

18.      Apakah maksud titik pulang modal?

Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah wang yang diterima bersamaan dengan jumlah wang yang dibelanjakan

a)

A.   Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung

b)

B.   Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan

c)

C.   Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap

d)

D.   Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap

19.

19.      Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk Y.

Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk Y sekiranya harga jualan produk itu ialah RM15 seunit?

a)

A.   36000 unit

b)

B.   42000 unit

c)

C.   56000 unit

d)

D.   60000 unit

20.
  1. 20. Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?

a)

A.   Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi

b)

B.   Mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi

c)

C.   Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan

d)

D.   Menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat organisasi

21.

21.    Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat BKK Sdn.Bhd.

Hitungkan jumlah hasil Syarikat BKK Sdn Bhd dalam jualan kek.

a)

A.   RM 2100

b)

B.   RM 3000

c)

C.   RM 3900

d)

D.   RM 6000

22.

22.      Pernyataan  yang   manakah  benar   tentang  maksud   memaksimumkan keuntungan?

a)

A.   Memperoleh keuntungan  tertinggi akibat daripada peningkatan produktiviti pekerja

b)

B.   Memperoleh keuntungan tertinggi akibat daripada pengurangan kos pengeluaran

c)

C.   Memperoleh   keuntungan   tertinggi  akibat   daripada   penggunaan   faktor pengeluaran dengan cekap

d)

D.   Memperoleh keuntungan tertinggi  akibat daripada pertambahan pengeluaran barang atau perkhidmatan

23.

23.      Pernyataan yang manakah merupakan konsep kecekapan?

a)

A.     Memaksimumkan hasil dengan kos yang minimum

b)

B.     Meminimumkan kos dengan pengeluaran output yang maksimum

c)

C.     Memaksimumkan hasil dengan pengeluaran output yang maksimum

d)

D.     Memaksimumkan hasil dengan meningkatkan harga barang yang dijual

24.

24.      Antara berikut, yang manakah merupakan faktor sesebuah perniagaan bertahan dalam industri?

I        Kewangan

II      Pengeluaran

III     Ekonomi negara

IV    Sumber manusia

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

25.
  1. 25. Bagaimanakah peniaga dapat meningkatkan keuntungan syarikat?

a)

A.   Menjual barang pada harga di bawah kos

b)

B.   Mengurangkan kos dalam pengeluaran

c)

C.   Meningkatkan perbelanjaan dalam pembelian input

d)

D.   Menambahkan bilangan pekerja dalam pengeluaran

26.

26.      Apakah maksud daya saing tinggi?

a)

A.    Kemampuan sesebuah perniagaan untuk terus beroperasi di pasaran

b)

B.    Kemampuan sesebuah perniagaan untuk terus berkembang pada masa depan

c)

C.   Kemampuan sesebuah perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang   

   maksimum

d)

D.   Kemampuan sesebuah perniagaan untuk bersaing dengan pesaing yang lain

  di pasaran

27.

27.      Pernyataan yang manakah benar tentang syer pasaran?

a)

A.   Jumlah penduduk yang terdapat di sebuah pasaran

b)

B.   Jumlah barang yang dijual oleh perniagaan di sebuah pasaran

c)

C.   Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan

d)

D.   Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan

28.
  1. 28. Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?

a)

A.   Aktiviti promosi dapat dikurangkan

b)

B.   Meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan

c)

C.   Memperoleh pendapatan yang tinggi daripada jualan

d)

D.   Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan

29.

29.      Antara berikut, yang manakah merupakan strategi promosi jualan yang biasa digunakan oleh sebuah organisasi perniagaan?

I        Sampel percuma

II      Mengadakan peraduan

III     Beli satu, percuma satu

IV    Jualan pada harga yang lebih tinggi

a)

A.     I dan II

b)

B.     I dan IV

c)

C.     II dan III

d)

D.     III dan IV

30.

30.      Pernyataan yang manakah berkaitan dengan perkhidmatan yang biasa disediakan oleh sesebuah perniagaan?

a)

A.     Waranti

b)

B.     Pemasangan

c)

C.     Penghantaran

d)

D.     Khidmat nasihat

31.

31.      Pernyataan yang manakah merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?

a)

A.    Gagal dalam persaingan

b)

B.    Kualiti produk terjejas

c)

C.   Produktiviti pekerja menurun

d)

D.   Pengeluaran produk berkurang

32.
  1. 32. Maklumat berikut menunjukkan keadaan perniagaan Kedai Ramli.

  2. Apakah langkah penyelesaian masalah tersebut?

a)

A.   Memberhentikan pekerja

b)

B.   Mengurangkan gaji pekerja

c)

C.   Mengurangkan pengeluaran barang

d)

D.   Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan

33.

33.      Butiran yang manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

A.   Insurans kilang

b)

B.   Belanja alat-alat kecil

c)

C.   Upah pekerja produktif

d)

D.   Kos belian bahan mentah

34.

34.      Maklumat berikut berkaitan dengan kesan kegagalan perniagaan menapai objektif.

Apakah kesannya pada Syarikat Jamil?

a)

A.   Gaji pekerja ditangguhkan

b)

B.   Nilai saham syarikat meningkat

c)

C.   Syarikat terpaksa berhenti operasi

d)

D.   Sukar untuk memperoleh pinjama

35.

35.      Pernyataan yang manakah benar tentang kos tetap dan kos berubah?

a)

b)

c)

d)

36.

36.      Pernyataan yang manakah menerangkan maksud analisis SWOT?

a)

A.   Menilai peluang dan ancaman sesebuah perniagaan

b)

B.   Menilai kekuatan dan kelemahan sesebuah perniagaan

c)

C.   Menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan

d)

D.   Mengenal pasti faktor dalaman dan faktor luaran yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagaan

37.

37.      Antara berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan?

I        Pemasaran

II      Pengagihan

III     Kewangan

IV    Sumber manusia

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

38.

38.      Pernyataan berikut menunjukkan suatu dasar kerajaan.

Apakah dasar tersebut?

a)

A.   Dasar fiskal

b)

B.   Dasar kewangan

c)

C.   Dasar kadar faedah

d)

D.   Dasar penawaran wang

39.

39.      Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi  perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan?

a)

A.   Demografi

b)

B.   Kewangan

c)

C.   Sosiobudaya

d)

D.   Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

40.

40.      Antara berikut, kriteria yang manakah boleh digunakan untuk menilai pencapaian visi, misi, dan objektif perniagaan?

I        Syer pasaran

II      Daya ketahanan

III     Khidmat pelanggan

IV    Penyediaan perkhidmatan

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

41.

41.      Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan yang ditetapkan oleh Encik Sam.

Apakah aspek  yang membolehkan Encik Sam mengetahui sama ada mencapai objektif perniagaan tersebut?

I        Jualan

II      Pertumbuhan perniagaan

III     Pertumbuhan keuntungan

IV    Titik pulang modal

a)

A.    I dan II

b)

B.    I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

42.

42.      Maklumat berikut berkaitan dengan kos yang terlibat dalam pengeluaran barang X.

Syarikat Mitiwan ingin mengeluarkan 10000  unit barang X dan dijual pada RM70

seunit. Apakah aspek yang membolehkan Syarikat Mitiwan mengetahui sama ada

hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung?

a)

A.   Jumlah

b)

B.   Jumlah hasil

c)

C.   Titik pulang modal

d)

D.   Titik pulang untung

43.

43.      Rajah berikut berkaitan dengan organisasi perniagaan.

Apakah X?

a)

A.   Merupakan penetapan perancangan melibatkan fokus perancangan jangka masa panjang

b)

B.   Merupakan suatu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat

c)

C.   Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus dan spesifik

d)

D.   Merupakan pengukuran sasaran bagi membantu pencapaian tujuan organisasi

44.

44.      Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?

a)

A.   Pembentukan objektif dibuat setelah ditetapkan visi dan misi

b)

B.   Objektif pendokong kepada pencapaian visi dan misi

c)

C.   Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif

d)

D.   Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang visi dan misi

45.

45.      Antara berikut, manakah yang mewakili visi, misi dan objektif organisasi bermotifkan untung (OBU)?

I        Memaksimumkan untung

II      Menyediakan produk secara percuma

III     Menyediakan perkhidmatan sukarela

IV    Mementingkan kecekapan dalam pengeluaran

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

46.

46.      Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?

I        Membantu mencapai matlamat perniagaan jangkamasa panjang

II      Mendorong semua pihak memahami dan bekerjasama dalam bentuk tindakan

III     Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi dalam organisasi

IV    Bagi meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   II dan IV

47.

47.      Apakah tujuan penetapan misi perniagaan?

a)

A.   Membantu organisasi mencapai matlamat jangka panjang melebihi lima tahun

b)

B.   Memudahkan organisasi mengagihkan sumber kepada setiap jabatan secara tepat dan digunakan dengan cekap dan berkesan

c)

C.   Membantu semua pihak dalam organisasi memahami dan menterjemahkan visi yang ditetapkan dalam bentuk tindakan

d)

D.   Memudahkan organisasi mengenalpasti objektif yang dibentuk selari dengan visi dan misi

48.

48.      Sebuah kilang pakaian bercadang meningkatkan pengeluaran sebanyak 40 000 helai pada tahun ini, berbanding 20 000 pada tahun lepas. Apakah ciri objektif yang baik yang digunakan oleh syarikat tersebut?

a)

A.   Boleh diukur

b)

B.   Boleh dicapai

c)

C.   Realistik

d)

D.   Spesifik

49.

49.      Antara berikut, yang manakah tujuan penetapan misi dalam sesebuah organisasi?

I        Menggambarkan matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang

II      Menerangkan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan

III     Memudahkan pengurusan yang terlibat mengagihkan sumber kepada unit- unit

IV    Mendorong semua pihak untuk memahami dan bekerjasama dalam tindakan

a)

A.    I dan II

b)

B.    I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV

50.

50.      Berikut adalah pernyataan tentang sebuah syarikat telekomunikasi.

Antara berikut, yang manakah mempengaruhi pihak pengurusan dalam membuat perubahan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

A.   Pekerja yang memiliki kemahiran yang tinggi

b)

B.   Penawaran gaji yang kompetitif oleh pesaing

c)

C.   Penggubalan undang-undang berkaitan pekerja

d)

D.   Teknologi yang tinggi dalam pengurusan sumber manusia

51.

51.      Apakah faktor dalaman yang dianggap sebagai kekuatan yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

A.   Pertumbuhan ekonomi yang memberikan kesan positif kepada perniagaan

b)

B.   Penggubalan undang-undang baharu yang melibatkan pengurangan kadar cukai

c)

C.   Perkembangan teknologi memudahkan penyelidikan dan pembangunan produk

d)

D.   Pengambilan pekerja baharu yang dapat meningkatkan kecekapan pengeluar

52.

52.      Pernyataan manakah yang benar tentang visi.

a)

A.   Penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang

b)

B.   Sasaran yang boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi

c)

C.   Pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat sesebuah perniagaan

d)

D.   Pembentukan matlamat yang lebih khusus

53.

53.      Mengapakah pembentukan objektif bergantung kepada pembentukan visi dan misi organisasi?

a)

A.   Penyataan visi dan misi dibuat oleh pihak atasan manakala penyataan objektif dibuat oleh pekerja bawahan

b)

B.   Penetapan objektif perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi perniagaan

c)

C.   Objektif merupakan wawasan yang dimasukkan dalam komponen pengurusan strategik

d)

D.   Tujuan penetapan visi, misi dan objektif adalah berbeza

54.

54.      Padanan yang tepat berkaitan visi dan misi.

a)

b)

c)

d)

55.

55.      “Organiasasi perniagaan yang mengutamakan visi, misi dan objektif perniagaan merupakan organisasi yang memahami maksud sebenar dan tujuan penetapan visi misi dan objektif perniagaan.”

 

Pernyataan tersebut bermaksud

a)

A.   visi, misi dan objektif merupakan rancangan intervensi untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.

b)

B.   visi misi dan objektif merupakan sasaran perniagaan dalam jangka masa panjang.

c)

C.   visi misi dan objektif merupakan perancangan yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

d)

D.   visi misi dan objektif merupakan kayu pengukur perniagaan.

56.

56.      Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif.

Apakah ciri objektif yang terlibat?

a)

A.   Spesifik

b)

B.   Munasabah

c)

C.   Jangka masa

d)

D.   Boleh diukur

57.

 

57.      Antara  berikut, faktor dalaman manakah yang mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?

I        Pekerja syarikat memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran

II      Syarikat berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran

III     Keadaan ekonomi yang meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat

IV    Kos operasi syarikat meningkat kerana undang-undang baharu diluluskan

a)

A.   I dan II

b)

B.   I dan IV

c)

C.   II dan III

d)

D.   III dan IV