NEW
Font size
WorksheetsIKATAN KIMIA & ASID DAN BES
Total questions: 38
Worksheet time: 2hrs 54mins
Pernyataan manakah yang paling baik menerangkan mengapa helium tidak mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas kimia?
Ia adalah gas adi
Ia adalah unsur Kumpulan 18
Ia adalah gas monoatom
Ia mempunyai susunan elektron duplet yang stabil
Susunan elektron yang manakah mewakili unsur yang TIDAK mengambil bahagian dalam tindak balas kimia?
Susunan elektron bagi atom Z ialah 2.8.3 dan atom T mempunyai nombor proton 8. Apakah formula sebatian yang dibentuk Z dan T?
ZT2
Z2T
Z2T3
Z3T4
Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian. Apakah formula kimia bagi sebatian yang terbentuk?
X2Y
XY
XY2
XY3
Unsur X bertindak balas dengan sulfur membentuk satu sebatian dengan formula X2S3. Apakah susunan elektron bagi X?
[ Nombor proton: S = 16]
2.8.2
2.8.3
2.8.4
2.8.6
Rajah berikut menunjukkan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk daripada unsur T dan unsur Q.
Apakah nombor proton unsur Q ?
8
10
12
16
Rajah di bawah menunjukkan susunan elektron dalam satu sebatian PQ3.
Unsur manakah yang diwakili P dan Q?
[ Nombor proton: C=6; N=7; F=9 ]
P = Karbon , Q = Florin
P = Nitrogen , Q = Florin
P = Florin , Q = Nitrogen
P = Florin , Q = Karbon
Satu unsur X membentuk sebatian kovalen dengan hidrogen. Sebatian kovalen itu juga membentuk ikatan hidrogen antara molekul. Antara yang berikut, yang manakah unsur X?
Karbon
Nitrogen
Sulfur
Klorin
Jadual 8 menunjukkan nombor proton bagi empat unsur dalam Jadual Berkala unsur.
Antara pasangan berikut, yang manakah membentuk ikatan ion?
W dan X
W dan Y
X dan Y
W dan Z
Rajah 9 menunjukkan susunan elektron satu sebatian yang terbentuk daripada atom-atom P dan Q.
Antara berikut, yang manakah BENAR tentang sebatian yang terbentuk?
Ia mempunyai takat lebur yang tinggi
Ia adalah satu sebatian ion
Ia mempunyai dua ikatan kovalen ganda dua
Ia adalah satu elektrolit
Antara sebatian berikut. Yang manakah membentuk ikatan hidrogen antara molekul?
NH3
PH3
H2S
HCl
Pernyataan yang manakah antara berikut paling tepat menerangkan mengapa karbon dioksida mempunyai takat didih yang lebih rendah daripada air?
Jisim molekul relatif karbon dioksida adalah lebih besar berbanding dengan air.
Ikatan kovalen dalam karbon dioksida lebih kuat berbanding dengan air.
Karbon dioksida adalah sebatian kovalen manakala air adalah sebatian ion.
Air membentuk ikatan hidrogen antara molekul manakala karbon dioksida tidak
Mengapakah air (H2O) dikatakan mempunyai takat didih yang tinggi berbanding asid hidroklorik (HCl)
Mempunyai daya Van Der Waals yang lemah antara molekul
Mempunyai ikatan kovalen antara molekul
Mempunyai ikatan hidrogen antara molekul
Mempunyai ikatan ionik antara molekul
Rajah menunjukkan graf bagi kumpulan 17 iaitu kumpulan halogen
Mengapakah Hidrogen Florida (HF) mempunyai takat didih yang tinggi?
Molekul HF ialah polar
Terdapat ikatan hidrogen diantara hidrogen dan florin
HF ialah ikatan ion manakala molekul yang lain ialah ikatan kovalen
Daya tarikan Van der Waals di antara hidrogen dan florida lebih besar berbanding kumpulan halogen yang lain
Pernyataan yang manakah BENAR tentang ikatan kimia yang terbentuk antara molekul ammonia, dan ion hidrogen dalam ion ammonium, NH4+?
Molekul NH3 menderma elektron kepada ion H+
Molekul NH3 menerima elektron kepada ion H+
N dalam molekul NH3 berkongsi dua elektron dengan ion H+
H dalam molekul NH3 berkongsi satu elektron dengan ion H+
Pernyataan yang manakah antara berikut mengenai asid dan bes TIDAK benar?
Asid meneutralkan bes membentuk garam dan air sahaja
Asid menghasilkan H+ apabila larut dalam air
pH bes adalah lebih tinggi daripada asid
Kalsium karbonat boleh digunakan untuk membezakan asid dan bes
Pernyataan yang manakah adalah BENAR tentang asid hidroklorik?
Asid hidroklorik mengion sepenuhnya dalam air
Asid hidroklorik ialah asid pekat
Zarah-zarah asid hidroklorik terdiri daripada molekul hidrogen klorida
Asid hidroklorik tidak bertindak balas dengan alkali lemah
Larutan ammonia bersifat alkali. Antara zarah-zarah berikut, yang manakah menyebabkan sifat alkalinya?
Ion H+
Ion OH-
Molekul NH3
Ion NH4+
Larutan yang manakah menukarkan fenolftalein daripada tidak berwarna kepada merah jambu?
Larutan hidrogen klorida dalam metilbenzana
Larutan hidrogen klorida dalam air
Larutan ammonia dalam triklorometana
Larutan ammonia dalam air
Kaji nilai pH dan kepekatan ion H+ dalam asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 dalam jadual berikut.
Pasangan yang manakah betul?
Kepekatan ion H+ : Tinggi
pH : 1.0
Kepekatan ion H+ : Tinggi
pH : 3.4
Kepekatan ion H+ : Rendah
pH : 1.0
Kepekatan ion H+ : Rendah
pH : 3.4
Nilai pH asid hidroklorik dan asid etanoik ditunjukkan dalam jadual berikut.
Asid hidroklorik mempunyai kepekatan ion hidrogen lebih tinggi daripada asid etanoik
Dalam air, darjah penceraian asid etanoik adalah lebih tinggi daripada darjah penceraian asid hidroklorik
Bilangan molekul dalam asid etanoik adalah lebih rendah daripada bilangan molekul dalam asid hidroklorik
Keterlarutan asid hidroklorik dalam air lebih tinggi daripada keterlarutan asid etanoik.
Antara yang berikut, yang manakah BENAR tentang alkali?
Alkali menghasilkan ion OH- apabila larut dalam air
Larutan alkali yang pekat adalah alkali kuat
Alkali lemah tidak tercerai dalam air
pH alkali kuat adalah lebih rendah daripada 9
Kepekatan ion OH- dalam larutan ammonia lebih rendah daripada kepekatan ion OH- dalam larutan natrium hidroksida. Apakah sebabnya?
Molekul-molekul ammonia kurang melarut dalam air
Hanya peratus kecil molekul ammonia tercerai dalam air
Molekul air tercerai untuk membentuk ion OH- apabila natrium hidroksida hadir
Molekul air menghalang penceraian molekul ammonia
Nilai pH untuk 3 larutan asid dengan kepekatan sama ditunjukkan dalam jadual 24 di bawah.
Susunkan darjah penceraian asid-asid tersebut dalam susunan menaik.
P, Q, R
Q, R, P
R, P, Q
R, Q, P
Pernyataan manakah yang BENAR tentang asid lemah?
Asid lemah tidak boleh digunakan untuk meneutralkan alkali
Asid lemah mengion dengan separa dalam air untuk menghasilkan ion H+
Asid lemah tidak boleh menukarkan kertas litmus biru
Asid lemah mempunyai nilai pH lebih daripada 7
Y ialah asid kuat. Pernyataan manakah yang BETUL berkenaan dengan Y?
Menghasilkan warna merah apabila diuji dengan penunjuk semesta
Mempunyai pH lebih daripada 7
Tercerai separa dalam air
Kepekatan ion OH- adalah tinggi
Rajah manakah antara berikut menunjukkan penceraian suatu asid lemah, HA, apabila dilarutkan dalam air?
80 cm3 air suling ditambah kepada 20 cm3 natrium hidroksida 1.0 mol dm-3. Apakah kepekatan larutan yang terhasil?
0.20 mol dm-3
0.25 mol dm-3
0.50 mol dm-3
0.80 mol dm-3
Seorang pelajar disengat oleh obor-obor dengan sengatan beralkali. Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai disapu pada tempat sengatan untuk merawat pelajar itu?
Air laut
Jus limau
Ubat gigi
Detergen
5.6 g kalium hidroksida dilarutkan untuk menghasilkan satu larutan. Kepekatan larutan yang terhasil adalah 2.0 mol dm-3. Apakah isipadu larutan kalium hidroksida tersebut?
[Jisim atom relatif : K= 39 , O=16, H=1]
50 cm3
100 cm3
200 cm3
500 cm3
Satu larutan piawai disediakan dengan melarutkan 2.0 g natrium hidroksida dalam air suling untuk menghasilkan 250 cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan ini?
[Jisim atom relatif : Na = 23 , O = 16, H = 1]
0.1 mol dm-3
0.2 mol dm-3
0.5 mol dm-3
1.0 mol dm-3
Anda ingin menyediakan 100 cm3 larutan kalium hidroksida 2.0 mol dm-3. Berapakah jisim kalium hidroksida yang anda perlu gunakan?
[Jisim atom relatif : K = 39 , O =16, H = 1]
2.8 g
5.6 g
11.2 g
22.4 g
Pernyataan yang manakah BENAR tentang peneutralan?
Garam sahaja terbentuk
Garam terlarut sentiasa terbentuk
Garam dan air terbentuk
Garam dan karbon dioksida terbentuk
Apakah tujuan menambah kalsium oksida (kapur tohor) kepada tanah berasid?
Untuk menambah mineral kepada tanah
Untuk mengelakkan tanah daripada menjadi terlalu kering
Untuk memperbaiki pengudaraan dalam tanah
Untuk meneutralkan asid dalam tanah
pH larutan Q terlalu tinggi. Bahan apakah yang boleh didapati di rumah anda yang boleh ditambah untuk mengurangkan pH larutan tersebut?
Cuka
Garam
Serbuk penaik
Larutan kanji
Seorang pembantu makmal hendak menyediakan larutan kalium klorida 0.2 mol dm-3. Berapakah isipadu air suling yang diperlukan untuk melarutkan 2.98 g kalium klorida?
[ jisim molar kalium klorida = 74.5 g mol-1 ]
14.9 cm3
25.0 cm3
200.0 cm3
372.5 cm3
Puan Safida menerima pesanan untuk menyediakan satu larutan piawai natrium hidroksida daripada seorang guru kimia.
Berapakah jisim natrium hidroksida yang perlu digunakan Puan Safida untuk menyediakan larutan tersebut?
[ Jisim atom relatif : Na = 23 , O = 16, H = 1]
0.25 g
10.00 g
6.25 g
250.00 g
Berikut menerangkan pemerhatian suatu penyiasatan.
Antara berikut, yang manakah sebab terbaik bagi menerangkan pemerhatian tersebut?
Kalium hidroksida lebih larut dalam air daripada larutan ammonia
Kepekatan ion hidrogen dalam larutan kalium hidroksida adalah lebih tinggi daripada kepekatan ion hidrogen dalam larutan ammonia
Kalium hidroksida mengion separa dalam air, manakala ammonia mengion lengkap dalam air
Kepekatan ion hidroksida dalam larutan kalium hidroksida adalah lebih tinggi daripada kepekatan ion hidroksida dalam larutan ammonia.
