Font size
WorksheetsSEJARAH SPMC KELANTAN 2022
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Pegangan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
Menentukan hak wilayah
Memberi kuasa memerintah
Menetapkan kawasan sempadan
Mendapatkan kuasa perdagangan
Rajah berikut merupakan sistem perundangan yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X ?
Undang-Undang Temenggung
Hukum Kanun Jenayah
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Adat
Tokoh berikut merupakan pemimpin Parti Do Bama Asiayone di Burma.
Apakah matlamat perjuangan tokoh tersebut?
Menuntut kemerdekaan
Mengusir golongan kapitalis
Menamatkan permberontakan
Mewujudkan golongan pertengahan
Bagaimanakah peluang berpolitik orang Melayu diperkukuh kesan daripada perkembangan nasionalisme?
Meminta bantuan negara luar
Mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan
Menyuarakan hasrat politik dengan berpersatuan
Memperoleh strategi berkesan daripada pemimpin
Perang Dunia Pertama turut memberikan kesan kepada Tanah Melayu.
Bagaimanakah British mengambil peluang di sebalik perang tersebut?
Memajukan sistem perhubungan
Menguasai bidang pendidikan
Memanipulasi sumber ekonomi
Membahagikan kuasa pembesar
Peta berikut menunjukkan serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik pada tahun 1941-1945.
Mengapakah Jepun melancarkan serangan terhadap Pearl Harbour dalam tempoh tersebut?
Meluaskan kuasa
Memenuhi tuntutan
Sebagai serangan balas
Desakan pemimpin atasan
Manakah antara berikut merupakan dua akhbar yang membuat bantahan terhadap Malayan Union?
Majlis
Utusan Melayu
Fajar Sarawak
Suara Rakyat
Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk?
Menjejaskan ekonomi
Gerakan nasionalisme ditindas
Tidak mahu melanggar perjanjian
Bertentangan dengan Perlembagaan Negeri
Mengapakah pihak British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Menjamin kestabilan politik
Mengatasi ancaman ekonomi
Mengurangkan beban kewangan
Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu
Apakah faedah yang diperoleh masyarakat tempatan hasil daripada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Berakhirnya zaman darurat
Pengekalan prinsip jus soli
Memperkukuh perpaduan kaum
Kemunculan golongan radikal
Gambar berikut merupakan tindakan ganas yang dilakukan oleh komunis.
Apakah kesan kepada penduduk tempatan daripada tindakan tersebut?
Rakyat menderita
Berhijrah ke bandar
Mencari pekerjaan baru
Penularan wabak penyakit
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah kerajaan menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
- Menggeledah rumah kediaman
- Mengadakan perintah berkurung
Bagaimanakah tindakan tersebut dilakukan?
Akta Kawalan Penyakit Berjangkit
Melalui peristiwa Sungkit Berdarah
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1949?
Memupuk perpaduan kaum
Mendapatkan hak sama rata
Mengelakkan kekacauan
Melicinkan pentadbiran
Pilih pasangan yang betul berkaitan senarai ahli yang memegang jawatan dalam Sistem Ahli antara bulan April 1951 hingga 1955.
Dato' Onn Jaafar => Ahli Pertanian dan Perhutanan
H.S. Lee => Ahli Kesihatan
Lee Tiang Keng => Ahli Pengangkutan
E.E.C. Thuraisingham => Ahli Pelajaran
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan,
Apakah faktor yang membolehkan pilihan raya tersebut diadakan?
Penubuhan parti politik
Ancaman daripada komunis
Desakan oleh Majlis Raja-Raja
Rang undang-undang diluluskan
Petikan berikut merupakan kata-kata Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya pada 31 Ogos 1955.
"hari yang amat penting dalam sejarah majlis ini"
Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan kata-kata tersebut?
Menyatakan tarikh kemerdekaan
Mengisytiharkan penamatan darurat
Meraikan kejayaan dalam Pilihan Raya
Mengumumkan kejayaan pembentukan Malaysia
Tokoh berikut adalah anggota Suruhanjaya Reid.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Merangka Perlembagaan Persekutuan
Mengkaji kemasukan Sarawak dan Sabah
Menyertai rombongan kemerdekaan ke London
Manakah antara berikut dua perkara yang berkaitan dengan cara kewarganegaraan berdasarkan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Memohon didaftarkan sebagai rakyat
Penguatkuasaan undang-undang
Berdasarkan prinsip jus soli
Berdasarkan tempat lahir
Gambar berikut berkaitan dengan persediaan fizikal sempena pemasyhuran kemerdekaan.
Apakah nilai yang boleh digambarkan melalui persediaan tersebut?
Berilmu
Kerajinan
Berwaspada
Kesungguhan
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan.
- Mengekalkan hubungan baik dengan Britain
- Memeterai Perjanjian Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA)
Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
Mendapatkan pengiktirafan PBB
Meluaskan pasaran komoditi
Mengamalkan dasar berkecuali
Memperkukuh pertahanan negara
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara yang berdaulat.
"Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri-ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya".
Mengapakah rakyat perlu mempertahankan identiti negara?
Meningkatkan pendapatan
Penghormatan negara luar
Pematuhan undang-undang
Mewujudkan perkongsian kuasa
Gambar berikut merupakan pertemuan antara Tun Hussein Onn dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir pada tahun 1977.
Apakah matlamat pertemuan tersebut diadakan?
Bantuan kewangan
Pemulihan ekonomi
Hubungan diplomatik
Memperkukuh perpaduan
Pembentukan undang-undang dalam sesebuah negara dilakukan oleh badan yang sah dalam perundangan.
Apakah badan tersebut?
Jemaah Menteri
Kabinet Negeri
Majlis Negara
Parlimen
Mengapakah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj meminda perlembagaan pada tahun 1965?
Pemisahan Singapura
Menangani krisis kewangan
Pertambahan ahli Dewan Negara
Memantapkan kuasa perundangan
Manakah antara berikut merupakan dua fungsi Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Memilih Yang di-Pertuan Agong
Meluluskan undang-undang tanah
Melantik Menteri Besar negeri Melayu
Memberi nasihat pelantikan jawatan tertentu
Akhbar berikut merupakan bentuk kebebasan media yang menjadi saluran utama berita kepada rakyat.
Mengapakah kebebasan media yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak?
Mengelak campur tangan asing
Menjamin kesejahteraan awam
Memperkukuh hubungan luar
Meluaskan pasaran
Jadual berikut berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah selepas tahun 1970.
Apakah kesan daripada rancangan tersebut?
Keseimbangan kemajuan negeri
Peningkatan pusat pendidikan
Kelestarian alam sekitar
Pertambahan penduduk
Bagaimanakah Sistem Persekutuan dapat memberikan kestabilan kepada negara?
Pengurusan tenaga kerja
Pemantapan parti politik
Pembahagian kuasa
Pemupukan budaya
Maklumat berikut berkaitan dengan proses pembentukan Malaysia.
" Membentangkan usul pembentukan Malaysia di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 "
Mengapakah usul tersebut dibentangkan?
Desakan British
Mendapat sokongan
Tekanan daripada negara jiran
Selaras dengan dasar dekolonisasi
Maklumat berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam Perjanjian Malaysia.
Apakah prinsip utama dalam perjanjian tersebut?
Mengekalkan budaya setempat
Mewujudkan peluang pekerjaan
Mengiktiraf hak yang sama
Menghargai jasa pemimpin
Apakah dua tindakan kerajaan untuk menangani ancaman komunis selepas pembentukan Malaysia 1963?
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Menyekat pergerakan Min Yuen
Operasi ketenteraan
Perang Saraf
Apakah isu pembangunan ekonomi yang ingin diatasi melalui Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970?
Penyalahgunaan dadah
Pemerdagangan orang
Peningkatan taraf hidup
Pemeliharaan alam sekitar
Mengapakah tokoh berikut membuat pernyataan sedemikian?
Menstabilkan politik negara
Menjaga maruah bangsa
Mematuhi dasar kerajaan
Mengelak campur tangan asing
Maklumat berikut berkaitan dengan penganjuran sukan di negara kita.
Apakah nilai yang diperoleh daripada penganjuran tersebut?
Berbudi bahasa
Bersatu padu
Kepatuhan
Kerajinan
Beberapa agensi kerajaan ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi bagi menambah pendapatan rakyat.
Manakah dua agensi yang memainkan peranan tersebut?
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Garis masa berikut menunjukkan pelaksanaan dasar perindustrian negara.
Apakah kesan daripada perkembangan dasar tersebut?
Pemilikan saham bumiputera
Kewujudan bandar baharu
Kemajuan teknologi hijau
Peluasan peluang pekerjaan
Apakah dua faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
Ikatan sejarah
Keperluan nasional
Hubungan serantau
Pengurusan pentadbiran
Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara serantau?
Memantapkan sistem birokrasi
Melicinkan dasar pendidikan
Meningkatkan aspek keselamatan
Memudahkan urusan pinjaman modal
Bagaimanakah Malaysia mengambil pendirian tegas dalam isu penyalahgunaan dadah peringkat global?
Memutuskan hubungan diplomatik dengan negara pengeluar
Menyuarakan kesungguhan dalam forum antarabangsa
Menghukum pesalah tanpa perbicaraan
Membuat risikan antarabangsa
Logo berikut berkaitan dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.
Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian tersebut?
Meluaskan dasar baharu
Memperkukuh keselamatan
Memajukan pelabuhan
Menjamin ekonomi
