WorksheetsSOALAN PERCUBAAN MELAKA SEJARAH 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Maklumat berikut merupakan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
REGALIA
NOBAT
COP MOHOR
Apakah kepentingan alat tersebut ?
Menjadi hantaran perkahwinan
Merupakan bahan perdagangan
Membuktikan kekuatan kerajaan
Melambangkan kedaulatan pemerintah
Rajah berikut merujuk bidang tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Temenggung - Menjaga Keselamatan kota Melaka
Laksamana - X
Apakah X ?
Mengetuai utusan luar
Mengutip cukai pelabuhan
Menjadi panglima angkatan laut
Mengawal perbendaharaan negara
Berikut merujuk tokoh nasionalis Thailand pada abad ke-20.
Raja Mongkut
Raja Chulalongkorn
Apakah kesan perjuangan mereka ?
Kebebasan bergerak disekat
Pentadbiran komunis bermula
Ekonomi kawalan dilaksanakan
Sistem raja berkuasa mutlak berakhir
Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.
Persidangan Damai Paris 1919
Deklarasi 14 perkara Woodrow Wilson
Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut ?
Saiz angkatan tentera dihadkan
Kuasa mutlak raja dikurangkan
Sempadan negara berasaskan bangsa
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Pernyataan berikut menerangkan kesan Perang Dunia Kedua. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ?
Menghargai nikmat keamanan
Kesepakatan membawa berkat
Mengutamakan kekuatan tentera
Kewibawaan pemimpin asas kejayaan
- Kewarganegaraan berasaskan Jus Soli
- Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu & Singapura
- Berumur kurag dari 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara.
Syarat kewarganegaraan berikut diberikan kepada seseorang individu kesan daripada perubahan pentadbiran di Tanah Melayu pada abad ke-20. Perubahan pentadbiran tersebut merujuk kepada pelaksanaan pentadbiran
Melayu Raya
Malayan Union
Persekutuan Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu
Rajah berikut berkaitan kongres yang diadakan di Tanah Melayu pada abad ke-20. Apakah kesan daripada kongres tersebut ?
Tarikh : 1-4 Mac 1946
Tempat : Bangunan Keab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Penubuhan UMNO
Pengunduran tentera Jepun
Pelaksanaan perintah berkurung
Pengharaman parti politik radikal
Petikan berikut menerangkan hartal yang diadakan di negara kita pada tahun 1940-an.
20 September 1947 - Parti gabungan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan Hartal dengan memita semua peniaga menutup kedai mereka.
Mengapakah parti tersebut bertindak demikian ?
Penjajahan tentera Jepun
Pengenalan Malayan Union
Penolakan Perlembagaan Rakyat
Pembubaran Parti Komunis Malaya
Mary dilahirkan di Amerika Syarikat namun bapanya merupakan Rakyat Raja dan Rakyat British. Mary layak memperoleh kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 secara
naturalisasi
pendaftaran
percantuman wilayah
kuat kuasa undang-undang
Trade Union Ordinance no 9 of 1948
Maklumat berikut berkaitan ordinan yang diperkenalkan di Tanah Melayu. Mengapakah ordinan tersebut diluluskan ?
Menyelaraskan upah pekerja
Menyekat kemasukkan imigran
Menghalang pengaruh komunis
Memajukan pertanian komersial
Isu berikut dihadapi orang Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mengatasi isu tersebut?
Menetapkan kuota pelaburan asing
Mengurangkan kemasukan golongan imigran
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Menggiatkan fungsi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Pernyataan berikut berkaitan rundingan yang diadakan di London.
Pada Mei 1954, Tunku Abdul Rahman telah menggadakan rundingan dengan Oliver Lytellton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London
Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut ?
Pembubaran Sistem Ahli
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan
Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955
“ Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini…Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih.”
Majlis dalam petikan tersebut merujuk kepada
Majlis Raja-Raja Melayu
Majlis Eksekutif Persekutuan
Majlis Mesyuarat Perundangan
Majlis Perundangan Persekutuan
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap negara kita ?
· Dato’ Panglima Bukit Gantang
· Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
· Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
Menubuhkan Parti Perikatan
Menyertai rombongan kemerdekaan
Menggubal perlembagaan Persekutuan
Merangka dasar pendidikan kebangsaan
Gambar berikut merupakan rumah kediaman peneroka FELDA sebelum dan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan gambar tersebut tentang kejayaan DEB ?
Menaikkan taraf hidup rakyat
Memudahkan pemilikan geran tanah
Meningkatkan bilangan ahli keluarga
Memperkayakan kebudayaan tempatan
Agensi berikut ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
* Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
* Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?
Memodenkan teknologi
Membangunkan wilayah
Memberikan pinjaman modal
Melaksanakan dasar penswastaan
Rajah berikut berkaitan dengan dasar luar negara.
Matlamat Penggubalan Dasar Luar
-Melindungi kepentingan nasional
-Mempertahankan kedaulatan negara
-‘Y’
Apakah Y ?
Memajukan teknologi
Memupuk hubungan baik
Melestarikan alam sekitar
Mengelakkan penindasan kaum
Antara berikut, manakah perkara yang menjadi rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
Kebebasan hak bersuara
Kewarganegaraan yang sama
Penggunaan bahasa kebangsaan
Pelaksanaan pendidikan vernakular
Apakah perkara yang dipinda dalam pindaan Perlembagaan 1965?
Hubungan luar
Sistem pendidikan
Bahasa kebangsaan
Struktur mahkamah
Gambar berikut berkaitan dengan persidangan Durbar yang pertama pada tahun 1897. Persidangan tersebut bertujuan untuk membincangkan ...
perubahan sempadan
hal-ehwal pentadbiran
pindaan perlembagaan
syarat kewarganegaraan
Seseorang menteri perlu mempertahankan keputusan bersama dalam Jemaah Menteri. Apakah yang perlu dilakukan oleh menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah Menteri ?
Meletakkan jawatan
Menghentikan sesi persidangan
Mengadakan undi tidak percaya
Mengemukakan bantahan bertulis
Gambar menunjukkan fenomena yang berlaku dalam Taman X. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut
Kerajaan Tempatan
Jabatan Ketua Menteri
Badan Bukan Kerajaan
Majlis Tindakan Negara
Perkara berikut berkaitan dengan kawalan keselamatan di negara kita.
Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM)
Mengapakah kawasan keselamatan tersebut diistiharkan ?
Rusuhan kaum
Serangan lanun
Ancaman komunis
Penularan penyakit
Antara berikut wilayah manakah yang menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963?
I Brunei
II Thailand
III Sarawak
IV Singapura
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Petikan berikut merupakan inti pati ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Dewan Rakyat, pada 9 Ogos 1965. “Pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan” Mengapakah perkara tersebut terjadi ?
Rusuhan kaum
Pembatalan pinjaman
Ancaman komunis berleluasa
Pelaksanaan pelabuhan bebas cukai
Rancangan Malaysia Pertama telah dilaksanakan dari tahun 1966 hingga 1970. Apakah isu ekonomi yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam melaksana rancangan tersebut?
I Kejatuhan harga bahan mentah
II Kebergantungan pada eksport getah
III Kemerosotan kemasukan pelabur asing
IV Ketidaksamarataan agihan modal saham
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut (ABDUL RAHMAN TALIB) telah memberikan cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 untuk memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan murid. Apakah cadangan tersebut?
Mewajibkan pembelajaran Tatarakyat
Mengutamakan pendidikan kerohanian
Memperkenalkan sekolah aneka jurusan
Memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
Rukun Negara dibentuk selepas Tragedi 13 Mei 1969. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang ...
progresif
berdaya saing
merendah diri
individualistik
Apakah cadangan Malaysia bagi mengatasi isu Antartika ?
Menjadikannya warisan sejagat
Menempatkan pasukan keselamatan
Membenarkannya dikuasai kuasa besar
Melarang sebarang aktiviti penyelidikan
Maklumat berikut merujuk kepada tokoh intelektual berpendidikan agama.
· Syed Sheikh al-Hadi · Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Bagaimanakah tokoh tersebut menyebarkan pengaruh mereka ?
I Menerbitkan akhbar
II Menubuhkan madrasah
III Mengadakan persidangan
IV Menandatangani perjanjian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih pasangan yang tepat tentang peranan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Home Guard
Melindungi pekerja lombong bijih timah
Auxiliary Police
Mengesan tempat persembunyian komunis
Senoi Praaq
Mempertahankan bandar dan kampung
Special Constables
Membuat rondaan di pinggir hutan
Maklumat berikut berkaitan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu sebelum merdeka.
· Sekolah Melayu · Sekolah Cina · Sekolah Tamil
Apakah kesan daripada pendidikan tersebut ?
Perpaduan sukar dicapai
Pengaruh komunis tersekat
Kemahiran pekerja meningkat
Kemasukkan imigran bertambah
Pertubuhan berikut telah mengemukakan memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
· Parti Perikatan · Dewan Perniagaan Melayu · Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya
Apakah isu yang disuarakan dalam memorandum tersebut ?
Pilihan raya
Agama rasmi
Kewarganegaraan
Bahasa kebangsaan
Mengapakah jawatankuasa berikut dibentuk ?
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Memupuk perpduan antara kaum
menyediakan perumahan kos rendah
meningkatkan taraf kesihatan rakyat
menonjolkan identiti negara merdeka
Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.
· Bendera Union Jack diturunkan · Lagu God Save The Queen dimainkan
Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?
Menandakan berakhirnya pentadbiran Britain
Mengiktiraf kedaulatan Majlis Raja-Raja Melayu
Mengesahkan pelantikan Gabenor Malayan Union
Memperakui kesahihan keputusan Pilihan Raya Umum
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis-jenis kedaulatan.
· Kedaulatan Tradisional · Kedaulatan Undang-undang · Kedaulatan X
Apakah X ?
Agama
Pertahanan
Antarabangsa
Perlembagaan
Bagaimanakah rakyat dapat mengeratkan perpaduan sesama mereka?
I Memperjuangkan persamaan hak
II Menggunakan bahasa kebangsaan
III Mengamalkan semangat perkongsian kuasa
IV Mempertahankan kebudayaan bangsa sendiri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah terdapat penduduk di Sabah yang menolak cadangan pembentukan Malaysia?
Mengutamakan bahasa ibunda kaum
Mendapat hasutan Parti Komunis Malaya
Mahukan kuasa mutlak dalam pentadbiran
Membentuk Kesatuan Negeri Borneo
Antara berikut manakah sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan rantau ASEAN?
Menubuhkan organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
Mengumunkan deklarasi Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN)
Menandatangani perjanjian Anglo-Malaysian Defence Agreement (AMDA
Menyertai Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)
Jadual berikut berkaitan dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia.
Tahun
1992
Peristiwa
Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani
Apakah tujuan perjanjian tersebut dimeterai
Mengurangkan ancaman lanun
Mengurangkan cukai pelabuhan
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Menghapuskan monopoli kuasa besar
