Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAMUS KIMIA T4 KSSM

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud nombor proton?
a)
bilangan proton dalam nukleus sesuatu atom.
b)
bilangan elektron dalam nukleus sesuatu atom.
2.
Apakah maksud nombor nukleon?
a)
jumlah bilangan proton dan elektron dalam nukleus sesuatu atom.
b)
jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus sesuatu atom.
3.
Apakah maksud isotop?
a)
atom-atom unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan elektron yang berbeza.
b)
atom-atom unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
4.
Apakah maksud jisim atom relatif?
a)
jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
b)
jisim purata satu molekul tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
5.
Apakah maksud jisim molekul relatif?
a)
jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
b)
jisim purata satu molekul tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
6.
Apakah maksud formula molekul?
a)
formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom setiap jenis unsur dalam molekul sesuatu sebatian.
b)
formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
7.
Apakah maksud formula empirik?
a)
formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom setiap jenis unsur dalam molekul sesuatu sebatian.
b)
formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
8.
Apakah maksud ikatan ion?
a)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom logam dan atom bukan logam
b)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada pemindahan elektron antara atom logam dan atom bukan logam
9.
Apakah maksud ikatan kovalen?
a)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom-atom bukan logam untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil
b)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada pemindahan elektron antara atom logam dan atom bukan logam
10.
Apakah maksud ikatan datif?
a)
ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada dua atom
b)
ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja
11.
Apakah maksud ikatan hidrogen?
a)
daya tarikan antara atom hidrogen,H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu F, O, N dengan atom F, O, N dalam molekul lain
b)
daya tarikan antara atom hidrogen,H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu F, O, N dengan atom F, O, N dalam molekul yang sama
12.

Apakah maksud ikatan logam?

a)

Mengikat atom hidrogen dengan atom yang tinggi keelektronegatifan

b)

daya tarikan elektrostatik lautan elektron dan ion logam bercas positif

13.
Apakah maksud elektron dinyahsetempat?
a)
elektron yang bebas bergerak dan tidak dimiliki mana-mana atom atau ion.
b)
elektron yang tidak bebas bergerak dan dimiliki mana-mana atom atau ion.
14.
Apakah maksud asid?
a)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
b)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
15.
Apakah maksud alkali?
a)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
b)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
16.
Apakah maksud asid kuat?
a)
asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi
b)
asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah
17.
Apakah maksud asid lemah?
a)
asid yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah
b)
asid yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi
18.
Apakah maksud alkali lemah?
a)
alkali yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang tinggi
b)
alkali yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang rendah
19.

Apakah maksud alkali kuat?

a)

alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang tinggi

b)

alkali yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang rendah

20.
Apakah maksud larutan piawai?
a)
Larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.
b)
Larutan yang kepekatannya tidak diketahui dengan tepat.
21.
Apakah maksud peneutralan?
a)
tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air.
b)
tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
22.
Apakah maksud takat akhir?
a)
takat yang mana proses peneutralan berlaku dan penunjuk asid-bes belum bertukar warna.
b)
takat yang mana proses peneutralan berlaku dan penunjuk asid-bes bertukar warna.
23.
Apakah maksud garam?
a)
sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
b)
sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidroksida, OH- daripada alkali digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
24.
Apakah maksud kadar tindak balas?
a)
perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas per unit masa
b)
perubahan kuantiti bahan tindak balas darab unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas darab unit masa
25.
Apakah maksud mangkin?
a)
bahan kimia yang mengubah kadar tindak balas dan mengalami perubahan kimia pada akhir tindak balas.
b)
bahan kimia yang mengubah kadar tindak balas tanpa mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas.
26.
Apakah maksud aloi?
a)
campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi tertentu yang mana unsur utama ialah logam
b)
campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi tetap yang mana unsur utama ialah bukan logam