wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAMUS KIMIA T5 KSSM

Total questions: 114

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud nombor proton?
a)
bilangan proton dalam nukleus sesuatu atom.
b)
bilangan elektron dalam nukleus sesuatu atom.
2.
Apakah maksud nombor nukleon?
a)
jumlah bilangan proton dan elektron dalam nukleus sesuatu atom.
b)
jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus sesuatu atom.
3.
Apakah maksud isotop?
a)
atom-atom unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan elektron yang berbeza.
b)
atom-atom unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
4.
Apakah maksud jisim atom relatif?
a)
jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
b)
jisim purata satu molekul tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
5.
Apakah maksud jisim molekul relatif?
a)
jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
b)
jisim purata satu molekul tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
6.
Apakah maksud formula molekul?
a)
formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom setiap jenis unsur dalam molekul sesuatu sebatian.
b)
formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
7.
Apakah maksud formula empirik?
a)
formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom setiap jenis unsur dalam molekul sesuatu sebatian.
b)
formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
8.
Apakah maksud ikatan ion?
a)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom logam dan atom bukan logam
b)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada pemindahan elektron antara atom logam dan atom bukan logam
9.
Apakah maksud ikatan kovalen?
a)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom-atom bukan logam untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil
b)
Ikatan kimia yang terbentuk daripada pemindahan elektron antara atom logam dan atom bukan logam
10.
Apakah maksud ikatan datif?
a)
ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada dua atom
b)
ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja
11.
Apakah maksud ikatan hidrogen?
a)
daya tarikan antara atom hidrogen,H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu F, O, N dengan atom F, O, N dalam molekul lain
b)
daya tarikan antara atom hidrogen,H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu F, O, N dengan atom F, O, N dalam molekul yang sama
12.
Apakah maksud ikatan logam?
a)
daya tarikan antara atom hidrogen,H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu F, O, N dengan atom F, O, N dalam molekul lain
b)

daya tarikan elektrostatik lautan elektron dan ion logam bercas positif

13.
Apakah maksud elektron dinyahsetempat?
a)
elektron yang bebas bergerak dan tidak dimiliki mana-mana atom atau ion.
b)
elektron yang tidak bebas bergerak dan dimiliki mana-mana atom atau ion.
14.
Apakah maksud asid?
a)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
b)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
15.
Apakah maksud alkali?
a)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
b)
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
16.
Apakah maksud asid kuat?
a)
asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi
b)
asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah
17.
Apakah maksud asid lemah?
a)
asid yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah
b)
asid yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi
18.
Apakah maksud alkali lemah?
a)
alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang tinggi
b)
alkali yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang rendah
19.
Apakah maksud alkali kuat?
a)
alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang tinggi
b)
alkali yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang tinggi
20.
Apakah maksud larutan piawai?
a)
Larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.
b)
Larutan yang kepekatannya tidak diketahui dengan tepat.
21.
Apakah maksud peneutralan?
a)
tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air.
b)
tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
22.
Apakah maksud takat akhir?
a)
takat yang mana proses peneutralan berlaku dan penunjuk asid-bes belum bertukar warna.
b)
takat yang mana proses peneutralan berlaku dan penunjuk asid-bes bertukar warna.
23.
Apakah maksud garam?
a)
sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
b)
sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidroksida, OH- daripada alkali digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
24.
Apakah maksud kadar tindak balas?
a)
perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas per unit masa
b)
perubahan kuantiti bahan tindak balas darab unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas darab unit masa
25.
Apakah maksud mangkin?
a)
bahan kimia yang mengubah kadar tindak balas dan mengalami perubahan kimia pada akhir tindak balas.
b)
bahan kimia yang mengubah kadar tindak balas tanpa mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas.
26.
Apakah maksud aloi?
a)
campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi tertentu yang mana unsur utama ialah logam
b)
campuran dua atau lebih unsur mengikut komposisi tetap yang mana unsur utama ialah bukan logam
27.
Maksud sebatian karbon
a)
Sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur juzuknya.
b)
Sebatian organik yang mengandungi hidrogen dan karbon sahaja.
28.
Maksud sebatian tak organik
a)
Sebatian organik yang mengandungi hidrogen dan karbon sahaja.
b)
Sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti oksida karbon, sebatian karbonat dan sebatian sianida.
29.
Maksud sebatian organik
a)
Sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti oksida karbon, sebatian karbonat dan sebatian sianida.
b)
sebatian yang berasal daripada benda hidup dan mengandungi unsur karbon yang terikat secara kovalen dengan unsur-unsur seperti hidrogen, nitrogen, sulfur dan fosforus.
30.
Maksud hidrokarbon tepu
a)
Hidrokarbon yang mempunyai hanya satu ikatan tunggal antara atom karbon
b)
Hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga antara atom karbon.
31.
Maksud hidrokarbon tak tepu
a)
Hidrokarbon yang mempunyai hanya satu ikatan tunggal antara atom karbon
b)
Hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga antara atom karbon.
32.
Maksud sebatian bukan hidrokarbon
a)
Sebatian organik yang mengandungi karbon dan hidrogen serta unsur lain seperti oksigen, nitrogen, fosforus atau halogen.
b)
Sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti oksida karbon, sebatian karbonat dan sebatian sianida.
33.
Maksud penyulingan berperingkat
a)
Proses hidrokarbon berantai panjang dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil pada suhu tinggi dan bermangkin.
b)
Proses pecahan hidrokarbon dalam petroleum diasingkan pada suhu berlainan mengikut saiz hidrokarbon.
34.
Maksud peretakan

35.
Nama induk bagi bilangan karbon 1
a)
Met-
b)
Et-
c)
Prop-
36.
Nama induk bagi bilangan karbon 2
a)
Met-
b)
Et-
c)
Prop-
37.
Nama induk bagi bilangan karbon 6
a)
Pent-
b)
Hept-
c)
Heks-
38.
Maksud formula molekul
a)
Formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom bagi unsur yang terdapat dalam satu molekul sebatian.
b)
Formula kimia yang menunjukkan jenis dan cara-cara atom-atom dalam suatu molekul terikat antara satu dengan yang lain melalui ikatan kovalen.
39.
Maksud formula struktur
a)
Formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom bagi unsur yang terdapat dalam satu molekul sebatian.
b)
Formula kimia yang menunjukkan jenis dan cara-cara atom-atom dalam suatu molekul terikat antara satu dengan yang lain melalui ikatan kovalen.
40.
Proses pendehidrogenan menukarkan alkana kepada
a)
alkohol
b)
asid karboksilik
c)
ester
d)
alkena
41.
Proses penukaran alkena kepada alkana
a)
Penghidratan
b)
Penghidrogenan
42.
Proses penukaran alkena kepada alkohol
a)
Penghidratan
b)
Penghidrogenan
43.
Proses penukaran alkohol kepada alkena
a)
Pendehidratan
b)
Penghidratan
44.
Proses pengoksidaan alkohol menghasilkan
a)
alkana
b)
ester
c)
asid karboksilik
45.
Asid karboksilik bertindak balas dengan alkohol menghasilkan
a)
alkana
b)
ester
c)
asid karboksilik
46.
Maksud tindak balas eksotermik
a)
Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.
b)
Tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.
47.
Maksud tindak balas endotermik
a)
Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.
b)
Tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.
48.
Nilai haba tindak balas bagi tindak balas eksotermik ialah
a)
negatif
b)
positif
49.
Nilai haba tindak balas bagi tindak balas endotermik ialah
a)
negatif
b)
positif
50.
Maksud haba pemendakan
a)
Perubahan haba apabila satu mol ion H+ bertindak balas dengan ion OH- untuk membentuk satu mol air.
b)
Perubahan haba apabila satu mol bahan terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan
c)
Perubahan haba apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif.
d)
Perubahan haba apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ion dalam larutan akuesnya.
51.
Maksud haba pembakaran

52.
Maksud haba peneutralan

53.
Maksud haba penyesaran

54.
Maksud nilai bahan api
a)
Jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram bahan api terbakar lengkap dalam oksigen.
b)
Jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram bahan api terbakar dalam oksigen terhad
55.
Maksud polimer
a)
Molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit kecil yang dinamakan monomer.
b)
Molekul berantai pendek yang terbina daripada sedikit ulangan unit kecil yang dinamakan monomer.
56.
Maksud polimer termoplastik
a)
Polimer yang tidak diacu semula selepas dipanaskan
b)
Polimer yang dapat diregang dan kembali kepada bentuk asal selepas dilepaskan
c)
Polimer yang dapat diacu berulang kali selepas dipanaskan dan boleh dikitar semula
57.
Maksud polimer termoset
a)

Polimer yang tidak boleh diacu semula selepas dipanaskan

b)
Polimer yang dapat diregang dan kembali kepada bentuk asal selepas dilepaskan
c)
Polimer yang dapat diacu berulang kali selepas dipanaskan dan boleh dikitar semula
58.
Maksud polimer elastomer
a)
Polimer yang tidak diacu semula selepas dipanaskan
b)
Polimer yang dapat diregang dan kembali kepada bentuk asal selepas dilepaskan
c)
Polimer yang dapat diacu berulang kali selepas dipanaskan dan boleh dikitar semula
59.
Maksud pemvulkanan
a)
Proses penghasilan getah yang lebih kenyal dan berkualiti melalui penghasilan rangkai silang antara rantai polimer.
b)
Polimer sintetik yang bersifat kenyal atau polimer elastomer.
60.
Maksud tindak balas redoks
a)
Tindak balas kimia yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku pada masa yang berbeza
b)
Tindak balas kimia yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak
61.
Tindak balas pengoksidaan berlaku apabila Oksigen
a)
berkurang
b)
bertambah
62.
Tindak balas pengoksidaan berlaku apabila elektron
a)
berkurang
b)
bertambah
63.
Tindak balas pengoksidaan berlaku apabila nombor pengoksidaan
a)
berkurang
b)
bertambah
64.
Tindak balas pengoksidaan berlaku apabila Hidrogen
a)
berkurang
b)
bertambah
65.
Tindak balas penurunan berlaku apabila Hidrogen
a)
berkurang
b)
bertambah
66.
Tindak balas penurunan berlaku apabila Oksigen
a)
berkurang
b)
bertambah
67.
Tindak balas penurunan berlaku apabila elektron
a)
berkurang
b)
bertambah
68.
Tindak balas penurunan berlaku apabila nombor pengoksidaan
a)
berkurang
b)
bertambah
69.
Agen pengoksidaan ialah bahan tindak balas yang mengalami
a)
pengoksidaan
b)
penurunan
70.
Agen penurunan ialah bahan tindak balas yang mengalami
a)
pengoksidaan
b)
penurunan
71.
Maksud keelektronegatifan
a)
kecenderungan atom menerima elektron untuk membentuk anion
b)
kecenderungan atom membebaskan elektron untuk membentuk kation
72.
Maksud keelektropositifan
a)
kecenderungan atom menerima elektron untuk membentuk anion
b)
kecenderungan atom membebaskan elektron untuk membentuk kation
73.
Perubahan tenaga dalam sel elektrolisis
a)
Tenaga elektrik kepada tenaga kimia
b)
Tenaga kimia kepada tenaga elektrik
74.
Perubahan tenaga dalam sel kimia
a)
Tenaga elektrik kepada tenaga kimia
b)
Tenaga kimia kepada tenaga elektrik
75.
Dalam sel kimia, elektrod yang mengalami pengoksidaan mempunyai nilai Eo
a)
positif
b)
negatif
76.
Dalam sel kimia, elektrod yang mengalami penurunan mempunyai nilai Eo
a)
positif
b)
negatif
77.
Dalam sel kimia, anod dan katod ditentukan oleh
a)
nilai Eo
b)
kepekatan larutan
c)
Jenis elektrod yang digunakan
78.
Maksud elektrolit
a)
Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan pepejal dan tidak mengalami perubahan kimia
b)
Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus dan mengalami perubahan kimia
79.
Maksud pengaratan
a)
Kakisan logam yang berlaku pada besi
b)
Kakisan logam yang berlaku pada karbon
80.
Maksud lemak tepu
a)
lemak yang mengandungi asid lemak tepu
b)
lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu
81.
Maksud lemak tak tepu
a)
lemak yang mengandungi asid lemak tepu
b)
lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu
82.
Maksud sabun
a)
garam natrium atau kalium bagi asid lemak
b)
garam natrium atau ammonium bagi asid lemak
83.
Maksud detergen
a)
garam ammonium bagi asid sulfonik
b)
garam natrium bagi asid sulfonik
84.
Maksud air lembut
a)
air yang tidak mengandungi ion magnesium dan ion kalsium
b)
air yang mengandungi ion magnesium dan ion kalsium
85.
Maksud air liat
a)
air yang tidak mengandungi ion magnesium dan ion kalsium
b)
air yang mengandungi ion magnesium dan ion kalsium
86.
................. berkesan dalam air lembut dan air liat kerana tidak membentuk kekat
a)
sabun
b)
detergen
87.
Bahan tambah makanan ialah bahan semulajadi atau sintetik yang ditambah kepada makanan untuk menghalang ......................., memperbaiki ............., rasa dan .................... makanan
a)
kerosakan, rupa bentuk, tekstur
b)
pengoksidaan, tekstur, jangka hayat
88.
"Menghalang atau melambatkan pertumbuhan bakteria". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Perisa
b)
Pengawet
c)
Penstabil
89.
"Menggantikan rasa asli yang hilang semasa pemprosesan". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Perisa
b)
Pengawet
c)
Penstabil
90.
"Memberikan tekstur yang sekata dan licin". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Perisa
b)
Pengawet
c)
Penstabil
91.
"Menambah atau mengembalikan warna makanan". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Pemekat
b)
Pengemulsi
c)
Pewarna
92.
"Membaurkan dua cecair yang tidak bercampur untuk menghasilkan emulsi". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Pemekat
b)
Pengemulsi
c)
Pewarna
93.
"Melambatkan pengoksidaan lemak dalam makanan atau mencegah ketengikan makanan berminyak atau berlemak". Apakah jenis bahan tambah makanan ini?
a)
Pemekat
b)
Pengantioksida
c)
Pewarna
94.
Asam Jawa untuk batuk. Apakah jenis ubatan ini?
a)
Tradisional
b)
Moden
95.
Aspirin, parasetamol dan kodeina merupakan contoh ubatan jenis X. Apakah X?
a)
Analgesik
b)
Psikotik
c)
Antimikrob
d)
Antialergi
96.
Antibiotik, antiseptik dan disinfektan merupakan contoh ubatan jenis X. Apakah X?
a)
Analgesik
b)
Psikotik
c)
Antimikrob
d)
Antialergi
97.

Haloperidol, klorpromazin dan klorzapin merupakan contoh ubatan jenis X. Apakah X?

a)
Analgesik
b)
Psikotik
c)
Antimikrob
d)
Antialergi
98.
Antihistamin merupakan contoh ubatan jenis X. Apakah X?
a)
Analgesik
b)
Psikotik
c)
Antimikrob
d)
Antialergi
99.
Betamethasone valerate dan prednisolone merupakan contoh ubatan jenis X. Apakah X?
a)
Psikotik
b)
Kortikosteroid
100.
Ailee menggunakan deodoran jenama lokal. Apakah jenis kosmetik bagi deodoran?
a)
Kosmetik rias
b)
Kosmetik perawatan
c)
Pewangi
101.
Nabila Razali mengupah jurumekap profesional di majlis akad nikahnya untuk kelihatan lebih cantik. Apakah jenis kosmetik bagi digunakan oleh jurumekap tersebut?
a)
Kosmetik rias
b)
Kosmetik perawatan
c)
Pewangi
102.
Alif ada crush. Beliau mula menjaga kulit wajahnya untuk sentiasa kelihatan licin dan cerah. Selepas membersihkan muka, beliau menggunakan X. Apakah jenis kosmetik X yang digunakan?
a)
Kosmetik rias
b)
Kosmetik perawatan
c)
Pewangi
103.
Apakah kesan sampingan bagi penggunaan merkuri dalam bahan kosmetik
a)
Kulit hipersensitif dan kurang pigmentasi
b)
Kulit merengsa dan kerosakan buah pinggang
104.
Apakah kesan sampingan bagi penggunaan hidrokuinon dalam bahan kosmetik
a)
Kulit hipersensitif dan kurang pigmentasi
b)
Kulit merengsa dan kerosakan buah pinggang
105.
Maksud nanosains
a)
kajian pengolahan bahan-bahan pada skala nano, iaitu antara 1 nanometer hingga 100 nanometer
b)
pembangunan bahan atau peranti dengan memanfaatkan ciri-ciri zarah nano
106.
Maksud nanoteknologi
a)
kajian pengolahan bahan-bahan pada skala nano, iaitu antara 1 nanometer hingga 100 nanometer
b)
pembangunan bahan atau peranti dengan memanfaatkan ciri-ciri zarah nano
107.
Aplikasi nanoteknologi dalam makanan
a)
pembungkus makanan antipsikotik
b)
pembungkus makanan antimikrob
108.
Apakah grafen?
a)
Alotrop karbon yang bersaiz 0.1 mm
b)
Alotrop karbon yang bersaiz 0.1 nm
109.
Sifat fizik grafen
a)
kuat dan tegar
b)
tidak telap
c)
kenyal
d)
pengalir haba dan elektrik yang baik
e)
lutcahaya
110.
Maksud teknologi hijau
a)
teknologi atau aplikasi,yang dibangunkan untuk meningkatkan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
b)
teknologi atau aplikasi,yang dibangunkan untuk mengurangkan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
111.
Maksud air sisa
a)
bahan-bahan yang telah digunakan atau dipakai.
b)
bahan buangan berbentuk cecair yang boleh terdiri dari sisa manusia,sisa makanan,minyak dan bahan kimia.
112.
Maksud sisa
a)
bahan-bahan yang telah digunakan atau dipakai.
b)
bahan buangan berbentuk cecair yang boleh terdiri dari sisa manusia,sisa makanan,minyak dan bahan kimia.
113.
Maksud larutlesapan
a)
sejenis cecair yang keluar mengalir melepasi sisa pepejal di tapak pelupusan yang sangat merbahaya serta boleh memudaratkan kesihatan manusia.
b)
sebarang bahan pencemar yang membentuk gumpalan(flok) dan diasingkan daripada sisa
114.
Maksud enapcemar