wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI UJIAN BERTULIS FASA 2 MODUL MIB (DIS 2023)

Total questions: 34

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

1. Dari istilah bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ____________.

a)

A.) ar-risywah

b)

B.) ar-rusywah

c)

C.) ar-rasuwah

d)

D.) ar-risiwah

2.
  1. 2. Rasuah menurut ______________ dalam Mausu’ah Fiqhiyah ialah “Sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk menghancurkan kebenaran”.

a)

A.) Ibrahim An-Nukho’i

b)

B.) Ibrahim An-Nakha’i

c)

C.) Ibrahim Al-Jailani

d)

D.) Ibrahim Ar-Razzi

3.
  1. 3. Maksud rasuah ialah sesuatu ________________________________.

a)

A.) penerimaan yang diterima oleh si penerima dari si pemberi tanpa niat yang tidak baik.

b)

B.) penerimaan yang ditolak dari si pemberi akibat niat yang tidak baik untuk mendapatkan yang bukan hak.

c)

C.) pemberian yang diberikan kepada seseorang dengan niat untuk mendapat balasan atau ganjaran di sebalik pemberian yang diberi.

d)

D.) pemberian kepada si penerima atas sebab bersedekah dan menginginkan ganjaran dari Allah Subhanahu Wa Taala.

4.
  1. 4. Amalan memberi hadiah atau buah tangan selalu diibaratkan sebagai _____________.

a)

A.) cinta

b)

B.) simpanan

c)

C.) jariah

d)

D.) sedekah

5.

5. Rasuah di dalam perspektif Islam dikategorikan dalam amalan ____________ kerana terdapat unsur kezaliman.

a)

A.) dosa besar

b)

B.) dosa kecil

c)

C.) baik

d)

D.) sunat muakad

6.

6. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa menegaskan kepada rakyat Baginda untuk tidak terjebak dengan kegiatan rasuah dengan bertitah Sempena Menyambut Tahun Baru 2008 Masihi:

"Jangan anggap ‘____________’ tidak mengapa, tetapi ingatlah kepada risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang. "

a)

A.) rasuah besar

b)

B.) rasuah kecil

c)

C.) sedekah besar

d)

D.) sedekah kecil

7.

7. Oleh sebab seseorang itu bersifat _________, maka dia akan mudah terjerumus melakukan rasuah.

a)

A.) adil

b)

B.) lemah lembut

c)

C.) tamak

d)

D.) lapar

8.

8. Akta Pencegahan Rasuah (___________), Undang-Undang Negara Brunei Darussalam menetapkan pemberi, penerima dan menghadapkan tuntutan palsu akan dikenakan hukuman.

a)

A.) Penggal 113

b)

B.) Penggal 123

c)

C.) Penggal 121

d)

D.) Penggal 131

9.

9. Jabatan atau agensi yang berperanan dalam menangani masalah rasuah di Negara Brunei Darussalam ialah ____________________.

a)

A.) Biro Mencoba Rasuah

b)

B.) Biro Mengira Rasuah

c)

C.) Biro Mengawal Rasuah

d)

D.) Biro Mencegah Rasuah

10.

10. Hukuman atau denda sebanyak _______________________bagi sesiapa yang melakukan rasuah dan menghadapkan tuntutan palsu.

a)

A.) $30,000 dan penjara 5 tahun.

b)

B.) $3,000 dan penjara 5 tahun.

c)

C.) $30,000 dan penjara 7 tahun.

d)

D.) $3,000 dan penjara 70 tahun.

11.

11. Di dalam perspektif Melayu, terdapat beberapa peribahasa yang membawa maksud rasuah kecuali _____________.

a)

A.) Duit Kopi

b)

B.) Belanja Kop

c)

C.) Kantau

d)

D.) Tumpi Sabar Menanti

12.

12. Ar-Rasya atau ______________ adalah alat yang digunakan untuk mengambil air di perigi.

a)

A.) Tali timba

b)

B.) Tali pusat

c)

C.) Tali sillaturrahim

d)

D.) Talian

13.

13. Seorang pemandu menghadiahkan segulung tikar mewah dengan niat agar dia dapat diluluskan ujian memandunya boleh dikirakan ________

a)

A.) hadiah

b)

B.) rasuah

c)

C.) sedekah

d)

D.) pemberian

14.

14. Belia hendaklah aktif menceburkan diri dalam bidang _____________ bagi membantu mencapai Wawasan Negara 2035.

a)

A.) pengangguran

b)

B.) pengganasan

c)

C.) perniagaan

d)

D.) penipuan

15.

15. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, belia berumur di antara ____________________.

a)

A.) 15 tahun hingga 25 tahun

b)

B.) 15 tahun hingga 35 tahun

c)

C.) 18 tahun hingga 40 tahun

d)

D.) 18 tahun hingga 45 tahun

16.

16. Umur bagi pemimpin belia di dalam konteks Negara Brunei Darussalam adalah ________________.

a)

A.) 45 tahun

b)

B.) tidak kurang dari 45 tahun

c)

C.) tidak lebih dari 45 tahun

d)

D.) tidak dikenakan batas umur

17.

17. Umur bagi mentor belia di dalam konteks Negara Brunei Darussalam adalah ________________.

a)

A.) 45 tahun

b)

B.) tidak kurang dari 45 tahun

c)

C.) tidak lebih dari 45 tahun

d)

D.) tidak dikenakan batas umur

18.

18. Matlamat besar bagi jangka masa panjang yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara ialah _______________.

a)

A.) Wawasan

b)

B.) Pencapaian

c)

C.) Angan-angan

d)

D.) Cita-cita

19.
  1. 19. “Qudwah dan ______________ teladan kepimpinan” adalah salah satu daripada 11 Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam.

a)

A.) Qiadah

b)

B.) Riadah

c)

C.) Qadha

d)

D.) Qadar

20.

20. Sambutan Hari Belia di Negara Brunei Darussalam disambut pada ____________ setiap tahun.

a)

A.) 1 Julai

b)

B.) 1 Ogos

c)

C.) 10 Julai

d)

D.) 10 Ogos

21.

21. Rukun Akhlak dan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam ada _____________

a)

A.) Sembilan

b)

B.) Sepuluh

c)

C.) Sebelas

d)

D.) Dua belas

22.

22. Antara salah satu rukun akhlak dan etika kerja dalam perkhidmatan awam ialah “setiakawan, syura dan bermuafakat membawa ______________.

a)

A.) mulia

b)

B.) nikmat

c)

C.) bakti

d)

D.) berkat

23.

23. Belia yang malas dan sentiasa memilih pekerjaan akan menyebabkan bertambahnya kadar _____________ di negara ini.

a)

A.) perkhidmatan

b)

B.) perumahan

c)

C.) pengangguran

d)

D.) perkauman

24.

24. Menurut Akta Pencegahan Rasuah, takrif suapan di Negara Brunei Darussalam ada _______________.

a)

A.) sembilan

b)

B.) lapan

c)

C.) tujuh

d)

D.) enam

25.

25. Dalam pentadbiran Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, nilai-nilai ______________ telah diserapkan dalam mengimplimentasikan etika kerja dengan harapan segala amalan akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

a)

A.) politik

b)

B.) liberal

c)

C.) demokrasi

d)

D.) islam

26.

26. Sewaktu memulakan setiap pekerjaan dimulai dengan doa dan bacaan ayat al-Quran. Begitu juga ketika mengakhiri sesuatu majlis atau mesyuarat bertujuan untuk memohon agar segala usaha dan amalan yang dilakukan itu mendapat __________ dari Allah Subhanahu Wataala.

a)

A.) keredhaan

b)

B.) kemurkaan

c)

C.) azab

d)

D.) dosa

27.

27. Waktu tengah hari semua pejabat berhenti rehat untuk membolehkan pekerja menunaikan __________ dan makan tengah hari.

a)

A.) solat Subuh

b)

B.) solat Zohor

c)

C.) haji

d)

D.) puasa

28.

28. Pada bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk menyemarakkan lagi bulan ibadah tersebut dengan memperbanyakkan lagi amalan seperti ________________, solat tarawih, bersedekah dan banyak lagi.

a)

A.) berkhatan

b)

B.) bertayamum

c)

C.) bertadarus

d)

D.) berdangdut

29.

29. Hukum menghadiri penyempurnaan jenazah sanak saudara dan sahabat handai adalah ________________.

a)

A.) Fardhu ‘ain

b)

B.) Fardhu kifayah

c)

C.) Wajib

d)

D.) Sunat

30.

30. Dalam usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah bertujuan supaya Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya diberkati Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan wawasan untuk menjadikannya ___________________________ (sebuah negeri yang subur dan makmur, adil dan aman)

a)

A.) “baldatun mujahidun warabbun áaziim”

b)

B.) “baldatun mumtazun warabbun áaziim”

c)

C.) “baldatun talibatun warabbun ghafur”

d)

D.) “baldatun taiyibatun warabbun ghafur”

31.

31. “Tidaklah wajar membiarkan Wawasan ini sebagai satu retorik intelektual semata-mata, yang cuma indah dalam sebutan. Tetapi kita mesti melaksanakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Kita perlu bertindak lebih tangkas bagi menghasilkan impak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara”.

(Petikan Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 Tahun 2017M)

Sila nyatakan tiga (3) hasrat yang ingin dicapai oleh Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035.

4 lines
32.

32. Berikan lima (5) sahaja strategi pembangunan dalam mencapai Wawasan Negara Brunei 2035.

4 lines
33.

33. Huraikan lima (5) peranan dan tanggungjawab belia dalam menuju Wawasan 2035.

4 lines
34.

34. Nyatakan lima (5) ciri-ciri etika kerja yang baik.

4 lines