Font size
WorksheetsPPC KELANTAN
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
A Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
C Menyediakan ruang perniagaan kepada usahawan
D Menawarkan produk yang menarik
Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
A Perniagaan kekal berterusan
B Cukai keuntungan dikecualikan
C Semua keputusan dibuat oleh pemilik
D Pemilik menanggung liabitliti tidak terhad
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
A Lelap
B Aktif
C Biasa
D Nominal
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?
I Menikmati ekonomi bidangan
II Mengembangkan perniagaan secara global
III Menanggung risiko kegagalan yang rendah
IV Mendapat sokongan pihak pengurusan
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor tertier?
A Malik menjalankan aktiviti ternakan udang
B Wans Berhad terlibat dalam industri pembinaan bangunan
C Mona menghasilkan roti menggunakan resepi warisan keluarga
D Ridzuan mengusahakan chalet di Pantai Cahaya Bulan
Apakah jenis pengangguran tersebut?
A Bermusim
B Kitaran
C Struktur
D Teknologi
Faktor persekitaran yang manakah membawa kepada perubahan perniagaan?
Faktor Dalaman - Sumber Manusia
Faktor Luaran - Ekologi
Faktor Dalaman - Sosiobudaya
Faktor Luaran - Politik
Faktor Dalaman - Teknologi
Faktor Luaran - Kewangan
Faktor Dalaman - Pemasaran
Faktor Luaran - Teknologi Maklumat
Antara yang berikut, yang manakah tindakan kerajaan mengawal deflasi?
I Mengurangkan kadar cukai
II Mengetatkan syarat pinjaman
III Meningkatkan kadar faedah simpanan
IV Menambahkan perbelanjaan kerajaan
Persekitaran luaran yang manakah boleh menjayakan sesebuah perniagaan?
A Struktur organisasi yang mantap dalam menyelaraskan aktiviti antara jabatan
B Dasar fiskal dan dasar kewangan yang mempengaruhi kuasa beli masyarakat
C Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan
D Peluang kenaikan pangkat yang disediakan untuk memotivasikan pekerja
Agensi manakah yang menyediakan pembiayaan kepada perniagaan?
A Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
B Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN)
C Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
D Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Apakah W?
A Visi
B Misi
C Sasaran
D Objektif
Apakah ciri-ciri objektif tersebut?
A Spesifik (Specific)
B Boleh dicapai (Attainable)
C Jangka Masa (Time-Frame)
D Boleh diukur (Measureable)
Apakah faktor yang mempengaruhi penetapan objektif tersebut?
I Penyelidikan Sumber Manusia
II Pengurusan Sumber Manusia
III Pertumbuhan perniagaan
IV Memaksimumkan keuntungan
Mengapakah Analisis Titik Pulang Modal (TPM) penting kepada perniagaan?
A Meramal keuntungan
B Menentukan kuantiti pengeluaran bagi menampung jumlah kos
C Mengetahui jumlah modal yang diperlukan oleh perniagaan
D Mengira kos produk
Antara yang berikut, manakah merupakan kos tetap?
A Belanja insurans
B Belanja belian bahan mentah
C Belanja pengangkutan
D Belanja utiliti
Bagaimanakah bahagian fungsian pemasaran dapat meningkatkan keuntungan?
A Mengurangkan kos bahan
B Meningkatkan permintaan
C Meningkatkan penawaran
D Menghasilkan barang berkualiti
Antara yang berikut, manakah kepentingan pasaran baharu?
I Melibatkan dalam pasaran tepu
II Menguasai pasaran yang lebih besar
III Membantu mewujudkan peluang pasaran
IV Meningkatkan pasaran pekerja
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A Fungsian pengurusan pemasaran
B Fungsian khidmat pelanggan
C Fungsian pengeluaran
D Fungsian pengagihan
Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dapat mengintegrasi bahagian fungsian?
A Maklumat dapat disampaikan dengan tepat
B Mengurangkan gangguan dalam komunikasi
C Meningkatkan komunikasi pekerja dan majikan
D Maklumat perniagaan dapat dihantar dengan mudah dan cepat
Apakah Q?
A Menilai pembekal-pembekal
B Membuat pesanan pembelian
C Menerima barang daripada pembekal
D Menerima sebut harga daripada pembekal
Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?
A Melaksanakan program motivasi
B Menyediakan skim latihan kemahiran
C Menyediakan kemudahan klinik panel
D Mengamalkan prinsip pengkhususan tugas
Apakah I dan II?
I - Bonus
II - Komisen
I - Bonus
II - Upah
I - Elaun
II - Upah
I - Elaun
II - Komisen
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum meluluskan sesuatu pinjaman?
I Nama perniagaan
II Nilai aset yang dicagar
III Tempoh bayaran balik pinjaman
IV Bilangan rakan kongsi
Apakah peranan tersebut?
A Membangunkan pasukan bagi mencapai sasaran
B Membentuk persekitaran kerja yang harmoni
C Memantapkan budaya professional
D Merancang deskripsi tugas
Apakah sumber fizikal sebuah syarikat pengiklanan?
A Paten
B Pekerja mahir
C Lesen perisian
D Kilang dan mesin
Apakah Y?
A sumber fizikal
B Sumber manusia
C Sumber teknologi
D Sumber pembiayaan
Antara yang berikut, manakah merupakan sumber teknologi?
I Stok
II Bahan mentah
III Lesen perisian
IV Kemahiran dan pengalaman
Apakah sumber tersebut?
A Syer
B Pajakan
C Pemfaktoran
D Overdraf
Apakah tujuan syarikat penerbitan memohon hak cipta terpelihara?
A Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
B Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
C Mendapatkan kelulusan untuk menjual dengan harga diskaun
D Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara
Anatar berikut, yang manakah kelebihan sumber pembiayaan daripada syariakt pajakan?
I Dapat menjana pendapatan
II Dapat mengggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
III Menjadi hak milik penyewa selepas tamat tempoh pajakan
IV Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
Apakah tujuan sesebuah perniagaan menyediakan penyata kunci kira-kira?
A Menilai prestasi perniagaan
B Menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan
C Mengetahui keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah perniagaan
D Mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan
Berapakah peratus pulangan atas modal?
A 13.68%
B 17.68%
C 40.05%
D 44.15%
Apakah tafsiran yang boleh dibuat mengenai nisbah kecekapan tersebut?
A Untung kasar yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan sebanyak 5 kali
B Untung bersih yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan sebanyak 5 kali
C Perniagaan dapat menggantukan stok barang niaga sebanyak 5 kali setahun
D Setiap RM1 jumlah aset dapat menjana jualan sebanyak RM5.00
Antara berikut, yang manakah benar mengenao ciri usahawan yang kreatif?
I Keupayaan menambah baik ciri-ciri produk
II Keupayaan mengubahsuai barangan sedia ada
III Keupayaan menghasilkan idea baharu
IV Kebolehan mencipta produk baharu
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?
I Menjalankan tanggungjawab sosial
II Menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan
III Memupuk minat keusahawanan dalam keluarga
IV Mewujudkan sikap berdikari
Apakah yang dimaksudkan tentang stok bergerak perlahan?
A Stok yang dijual tetapi bayarannya belum diterima daripada penghutang
B Stok baharu yang lambat diterima daripada pembekal
C Stok yang mengambil masa yang lama untuk dijual
D Stok lama yang tidak terjual
Milikan perniagaan manakah yang didaftarkan di bawah Akta Syariakt 2016?
A Rambai Sendirian Berhad
B Klinik Faiz dan Foo
C Berkat Enterprise
D Panji Trading
Apakah jenis dokumen yang berkaitan dengan rekod pembelian?
I Resit
II Memo
III Penyata bank
IV Invois
Apakah elemen pemasaran tersebut?
A Pengedaran
B Promosi
C Harga
D Produk
Antara yang berikut, manakah kepentingan rancangan perniagaan?
I Meyakinkan pihak pelabur dan pembiaya
II Memastikan objektif perniagaan tercapai
III Memudahkan pengurusan mendapat sumber
IV Memperkenalkan produk yang dikeluarkan
