wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Total questions: 120

Worksheet time: 1hrs 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagai cincin dengan permata

a)

Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan

b)

Pasangan yang sama cantik dan sepadan

2.

1) Peribahasa yang tidak menggambarkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

a)

BAPAK BOREK ANAK RINTIK

b)

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI

c)

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

d)

TIKUS MEMBAIKI LABU

3.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

4.

Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.

a)

ulat air

b)

ulat bulu

c)

ulat beluncas

d)

ulat buku

5.

Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh

a)

Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Pipit pekak makan berhujan

c)

Burung terbang dipipihkan lada

d)

telinga kuali

6.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

7.

Pendekar itu kelihatan sudah lemah dipukul namun dia masih tidak mahu menyerah kalah.

a)

Selagi ada tenaga

b)

Selagi hayat dikandung badan

c)

Biar tulang patah, asalkan daging masih bercantum

d)

Biar luka di dada, jangan luka di belakang.

8.

Ibu melarang Sally mengikut perangai Kelly yang suka melawan kata

a)

Jangan menangguk di air keruh

b)

Jangan bermain di air keruh

c)

Air keruh jangan disangka tiada ikan

d)

Air keruh jangan diminum.

9.

Jurulatih itu sangat kecewa pasukannya tewas dengan pasukan yang lemah. Jika mereka kalah dengan pasukan yang lebih kuat jurulatih itu masih boleh terima kekalahan itu.

a)

Biar mati anak jangan mati adat

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Biar pecah dimulut jangan pecah di perut

d)

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil.

10.

Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.

a)

Biar tempayan pecah

b)

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

Pecah kaca pecah gelas

d)

Pecah kaca berderai

11.

Makna kalau kail panjang sekengkal lautan dalam usah di diduga ialah

a)

Jangan suka menyebar fitnah

b)

Jangan suka memuji orang

c)

Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan

d)

Jangan melakukan kerja yang mudah

12.

Makna cencaru makan petang ialah

a)

Orang yang mendapat kejayaan pada waktu akhir perlawanan.

b)

Orang yang suka makan ikan cencaru

c)

Orang yang sering difitnah

d)

Orang yang sukar berjaya

13.

Makna patah tumbuh hilang berganti ialah

a)

Orang yang pergi akan digantikan dengan orang lain

b)

Orang yang dipecat

c)

Pokok yang patah akan tumbuh semula

d)

Orang yang suka bertukar tempat

14.

Makna ringan tulang berat perut

a)

Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja

b)

Orang gemuk yang rajin

c)

Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya

d)

Seseorang yang sedang sakit

15.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi ___________.

a)

baju

b)

seluar

c)

kain

d)

pakaian

16.

Hamid sedang bermain basikal tiba tiba dia terjatuh.

a)

Malang sungguh nasibnya

b)

Malang tidak berbau

c)

Malang semalang malangnya

d)

Memang itu sudah nasibnya

17.

Mengambil keuntungan yang berlebihan

a)

Mandi Hujan

b)

Makan Darah

c)

Mandi Peluh

d)

Mandi Manda

18.
a)
Mata Hitam
b)
Mata Izzan
c)
Mata Hati
d)
Rambang Mata
19.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
20.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
21.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Angelina dan Rui En pergi ke sekolah.

b)

Zhong Yi suka bermain bola.

c)

Gadis comel yang berbaju kuning itu ialah anak Encik Chai.

d)

Samudra rajin tetapi pemalas.

22.

Pilih ayat tunggal yang betul.Pilih\ ayat\ tunggal\ yang\ betul.  

a)

Ginette dan Yumi sedang melukis. Ginette\ dan\ Yumi\ sedang\ melukis.\  

b)

Zi Xuan suka menyanyi.Zi\ Xuan\ suka\ menyanyi.  

c)

Budak yang tinggi itu ialah Xavier.Budak\ yang\ tinggi\ itu\ ialah\ Xavier.  


d)

Choong rajin tetapi dia tidak pandai menulis.Choong\ rajin\ tetapi\ dia\ tidak\ pandai\ menulis.  

23.

Nyatakan sama ada ayat di bawah Nyatakan\ sama\ ada\ ayat\ di\ bawah\   ayat tunggal atau ayat majmuk.ayat\ tunggal\ atau\ ayat\ majmuk.     

Ayah membaca surat khabar.Ayah\ membaca\ surat\ khabar.  

a)

Ayat TunggalAyat\ Tunggal  

b)

Ayat MajmukAyat\ Majmuk  

24.

Dia menangis kerana sakit perut.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

25.

Kelas Tahun 2 Mawar sangat kemas dan ceria.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

26.

Dia berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa giginya.

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

27.

Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

a)

Kakak saya amat meminati tarian Zapin.

b)

Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

c)

Awak hendak ke pasar atau klinik?

d)

Ayah sedang membasuh kereta.

28.

Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.

a)

Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.

b)

Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.

c)

Perompak itu berjaya melepaskan diri.

d)

Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.

29.

Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini?

a)

Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

b)

Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

c)

Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.

d)

Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

30.

Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.

a)

Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.

b)

Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.

c)

Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.

d)

Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.

31.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berucap gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

32.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.

a)

Soloz gemar membuat kerja.

Soloz mendengar muzik Youtube.

b)

Soloz gemar membuat kerja di sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web.

c)

Soloz gemar membuat kerja sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.

33.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah kecuali Niana.

a)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab.

Murid Tingkatan Satu Akrab ialah Niana.

b)

Semua murid TIngkatan Satu Akrab hadir ke sekolah.

Niana tidak hadir ke sekolah.

c)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab ke sekolah.

Niana juga hadir ke sekolah.

34.

Tukarkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.


John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol atau Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

a)

John boleh memilih Persatuan Bahasa sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kourikulumnya.

b)

John memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

c)

John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John boleh memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

35.

Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jalan itu dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

36.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Kami mendapat berita.

Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

a)

Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.

b)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.

c)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

37.

Gabungkan ayat tunggal berikut


Alif tidak hadir ke sekolah.

Alif demam panas.

a)

Alif tidak hadir ke sekolah dan demam panas

b)

Alif tidak hadir ke sekolah kerana demam panas

38.

Gabungkan ayat tunggal berikut:

Pokok kelapa di belakang di rumah itu tinggi. Pokok kelapa itu telah tumbang

a)

Pokok kelapa yang tinggi di belakang rumah itu telah tumbang

b)

Pokok kelapa di belakang rumah itu telah tumbang

39.

Siti pandai.

Siti sombong.

a)

Siti pandai atau sombong.

b)

Siti pandai tetapi sombong.

c)

Siti pandai tetapi Siti sombong.

d)

Siti pandai dan sombong.

40.

Ahmad suka makan bihun goreng dan ayam goreng.

a)

Ahmad suka makan mee goreng.

b)

Ahmad suka makan bihun goreng.

c)

Ahmad suka makan ayam goreng.

d)

Ahmad tidak suka makan ayam goreng.

41.

Pilih ayat tanya yang betul.

Acara yang sedang dipersembahkan ialah nyanyian lagu patriotik.

a)

Acara yang sedang dipersembahkan apa?

b)

Siapakah yang menyanyikan lagu patriotik?

c)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan di mana?

d)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan mengapa?

42.

Pilih ayat tanya yang betul.

Guan Hong dan kawan-kawannya menyanyikan lagu patriotik.

a)

Acara yang sedang dipersembahkan apa?

b)

Siapakah yang menyanyikan lagu patriotik?

c)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan di mana?

d)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan mengapa?

43.

Pilih ayat tanya yang betul.

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan untuk menunjukkan semangat cinta akan negara.

a)

Acara yang sedang dipersembahkan apa?

b)

Siapakah yang menyanyikan lagu patriotik?

c)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan di mana?

d)

Acara nyanyian lagu patriotik diadakan mengapa?

44.

Pilih ayat tanya yang betul.

Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka.

a)

Sambutan Hari Kebangsaan bila?

b)

Siapakah yang menyambutkan Hari kebangsaan?

c)

Di manakah sambutan Hari Kebangsaan diadakan?

d)

Sambutan Hari Kebangsaan diadakan mengapa?

45.

Pilih ayat tanya yang betul.

Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

a)

Apakah nama Tunku Abdul Rahman?

b)

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

c)

Di manakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

d)

Tunku Abdul Rahman hendak pergi ke mana?

46.

Pilih ayat tanya yang betul.

Rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

a)

Hari kebangsaan disambut mengapa?

b)

Siapakah rakyat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan?

c)

Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di mana?

d)

Bilakah rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan?

47.

Pilih ayat tanya yang betul.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.

a)

Apakah bunga kebangsaan Malaysia?

b)

Siapakah nama bunga raya?

c)

Bunga kebangsaan Malaysia di mana?

d)

Cara menanam bunga raya bagaimana?

48.

Pilih ayat tanya yang betul.

Terdapat empat belas jalur pada Jalur Gemilang.

a)

Apakah nama bendera Malaysia?

b)

Berapakah jumlah jalur pada Jalur Gemilang?

c)

Bendera Malaysia di mana?

d)

Empat belas jalur pada Jalur Gemilang mengapa?

49.

Pilih ayat tanya yang betul.

Sekolah Mastura yang mengadakan sambutan Hari Guru.

a)

Sambutan Hari Guru diadakan mengapa?

b)

Sambutan Hari Guru diadakan di mana?

c)

Sekolah siapakah yang mengadakan sambutan Hari Guru?

d)

Siapakah yang mengadakan sambutan Hari Guru?

50.

Pilih ayat tanya yang betul.

Murid-murid mengadakan jamuan di dalam kelas masing-masing.

a)

Murid-murid mengadakan jamuan di mana?

b)

Bagaimanakah jamuan yang diadakan oleh murid?

c)

Murid-murid mengadakan jamuan di dalam kelas masing-masing mengapa?

d)

Murid-murid yang mengadakan jamuan berapa?

51.

_____________, cantiknya baju kamu malam ini!

a)

Aduh

b)

Amboi

c)

Syabas

d)

Cis

52.

__________, berani kamu melawan cakap saya!

a)

Nah

b)

Cis

c)

Syabas

d)

Amboi

53.

___________, saya tidak suka ikan ini!

a)

Aduh

b)

Amboi

c)

Ah

d)

Syabas

54.

______________ murid-murid sekalian, belajarlah bersungguh-sungguh agar cerah masa depan!

a)

Aduh

b)

Cis

c)

Wahai

55.
__________, sungguh tidak ku sangka kau sanggup menipu aku!
a)
Aduh
b)
Wah
c)
Amboi
d)
Cis
56.
___________, bukankah budak itu yang mengambil beg saya tadi!
a)
Eh
b)
Wah
57.

_______, sakitnya kepala saya!

a)

aduhai

b)

cis

c)

aduh

d)

oh

58.

__________, pasukan kamu berjaya menjadi johan!

a)

Aduhai

b)

Ah

c)

Amboi

d)

Tahniah

59.

_____________, sedapnya lauk-pauk yang dimasak oleh ibu kamu!

a)

Wah

b)

Nah

c)

Amboi

d)

Wahai

60.

____________, ambil kunci rumah awak!

a)

Syabas

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Nah

61.

a)

kekisi

b)

tetupai

62.

a)

peparu

b)

pepara

63.

a)

jejambat

b)

jejantas

c)

jejari

64.

kata ganda kusut

a)

kusut - masai

b)

kusut - misai

65.

Alina ________________ terjatuh apabila dahan pokok yang dipijaknya patah

a)

kuat-kuat

b)

nyaris-nyaris

c)

sayup-sayup

d)

samar-samar

66.

“_____________ berlaku sesuatu yang tidak diingini, gunakanlah peralatan kecemasan ini, “ Pak Mat berpesan kepada Rashid

a)

Pagi-pagi

b)

Senyap-senyap

c)

Kalau-kalau

d)

Paling-paling

67.

Cikgu Suraya memarahi murid-murid Kelas Lima Baiduri kerana keadaan kelas mereka kotor dan meja ___________________

a)

tunggang-langgang

b)

kucar-kacir

c)

hiruk-pikuk

d)

kacau-bilau

68.

Keadaan di pusat membeli-belah menjadi ___________ apabila seorang kanak-kanak terjatuh daripada tangga yang bergerak.

a)

putar-belit

b)

kelam-kabut

c)

gopoh-gapah

d)

riuh-rendah

69.

Walaupun saya berada di luar stadium, ________________ penonton masih jelas saya dengari.

a)

desas-desus

b)

tindak-tanduk

c)

sorak-sorai

d)

sedu-sedan

70.

Perasaan adik Mila___________ ketika menunggu giliran dalam pertandingan mendeklamasikan sajak itu.

a)

berdecit-decit

b)

berdebar- debar

c)

berdenyut-denyut

d)

berdentam-dentum

71.

Daun kelapa _________ ditiup angin.

a)

terketar-ketar

b)

meliuk-liuk

c)

berpusing-pusing

d)

berkibar-kibar

72.

Taman bunga itu dipenuhi ________________ yang cantik.

a)

pepijat

b)

rerama

c)

lelabah

d)

lelabi

73.

______________ pembersihan longkang yang tersumbat itu akan dilakukan oleh pekerja Majlis Perbandaran petang nanti.

a)

Tugas-tugas

b)

Aktiviti-aktiviti

c)

Bersiar-siar

d)

Kerja-kerja

74.

Encik Zahari menunjukkan _______________ yang dibelinya di Bandung kepada anak dan isterinya.

a)

oleh-oleh

b)

mata-mata

c)

beri-beri

d)

angan-angan

75.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______________ itu.

a)

bengkang-bengkok

b)

kacau-bilau

c)

batu-batan

d)

haru-hiru

76.

Kaki Niko _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah-ranah

b)

robak-rabik

c)

lekuk-kekak

d)

calar-balar

77.

Encik Hardy mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _____________ di pantai itu.

a)

riuh-rendah

b)

kacau-bilau

c)

mandi-manda

d)

mundar-mandir

78.

1) Apakah maksud kata ganda?

a)

Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

b)

Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.

d)

Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

79.

2) Berikut merupakan jenis-jenis penggandaan kecuali

a)

Penggandaan penuh

b)

Penggandaan separa

c)

Penggandaan berentak

d)

Penggandaan berbunyi

80.

3) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

rumah-rumah, berlari-lari

b)

sekolah-sekolah, pepohon

c)

kuih-muih, gotong-royong

d)

kekasih-kekasih, budak-budak

81.

4) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

meja-meja, gegelang

b)

gotong-royong, gunung-ganang

c)

jualan, jualan, kementerian-kementerian

d)

tetikus, sesiku

82.

5) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa

a)

sesiku, lelaki

b)

buku-buku, cerpen-cerpen

c)

saudara-mara, lintang pukang

d)

remeh-temeh, kekuda

83.

6) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa

a)

tadika-tadika, universiti-universiti

b)

sayur-sayuran, doa-doakan

c)

lelangit, gunung-ganang

d)

huru-hara, kucar-kacir

84.

7) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak

a)

batu-batan, batu-batu

b)

ulang-alik, berulang-ulang

c)

lauk-pauk, sayur-mayur

d)

ikan-ikan, ayam-ayam

85.

8) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak

a)

rindu-rinduan, mati-matian

b)

huyung-hayang, langit-langit

c)

guru-guru, murid-murid

d)

suku-sakat, kontang-kanting

86.

9) Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Sesiku adik berdarah kerana terkena pisau.

b)

Abang suka menunggang kekuda di padang.

c)

Lauk-pauk yang disediakan semasa kenduri tersebut sungguh enak.

d)

Ayah berjalan lintang-pukang ke surau.

87.

10) Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Selepas memperoleh kemerdekaan, rakyat dapat hidup dengan huru-hara.

b)

Pelajar KVKK membaca banyak buku-buku di perpustakaan.

c)

Murid itu memberi hadiah kepada gurunya sebagai kenang-kenangan.

d)

Pelajar itu menangis tersenyum-senyum kerana mendapat A dalam subjek bahasa Melayu.

88.

Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Umar.

a)

Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Umar.


sedang

b)

Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Umar.


ialah

c)

Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak sekolah Umar.


kaptin

89.

Sungai Rajang merupakan sungai yang paling panjang sekali di Malaysia.

a)

Sungai Rajang merupakan sungai yang paling panjang sekali di Malaysia.

ialah

b)

Sungai Rajang merupakan sungai yang paling panjang sekali di Malaysia.

sangat

c)

Sungai Rajang merupakan sungai yang paling panjang sekali di Malaysia.

paling panjang

90.

Damia belum memberitahu guru kaunseling tentang masalah yang dihadapinya.

a)

Damia belum masih memberitahu guru kaunseling tentang masalah yang dihadapinya.


masih belum

b)

Damia belum memberitahu guru kaunseling tentang masalah yang dihadapinya.


akan

c)

Damia belum memberitahu guru kaunseling tentang masalah yang dihadapinya.


dihadapnya

91.

Peniaga itu pihak kuasa denda kerana mengenakan harga tidak munasabah terhadap beberapa orang pelanggannya.

a)

Peniaga itu pihak kuasa denda kerana mengenakan harga tidak munasabah terhadap beberapa orang pelanggannya.


ke

b)

Peniaga itu pihak kuasa denda kerana mengenakan harga tidak munasabah terhadap beberapa orang pelanggannya.


didenda oleh pihak berkuasa

c)

Peniaga itu pihak kuasa denda kerana mengenakan harga tidak munasabah terhadap beberapa orang pelanggannya.


kuasa pihak

92.

Masyarakat di zaman pra sejarah menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.

a)

Masyarakat di zaman pra sejarah menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.


pada

b)

Masyarakat di zaman pra sejarah menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.


pra-sejarah

c)

Masyarakat di zaman pra sejarah menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.


rumah

93.

Puan Rohayu menasihati semua anak-anaknya agar sentiasa mengutamakan pelajaran.

a)

Puan Rohayu menasihati semua anak-anaknya agar sentiasa mengutamakan pelajaran.


menasihatkan

b)

Puan Rohayu menasihati semua anak-anaknya agar sentiasa mengutamakan pelajaran.


semua anaknya

c)

Puan Rohayu menasihati semua anak-anaknya agar sentiasa mengutamakan pelajaran.


mengutama

94.

Rakesh sanggup bekerja keras demi untuk meringankan beban ibu bapanya.

a)

Rakesh sanggup bekerja keras demi untuk meringankan beban ibu bapanya.


menyanggupi

b)

Rakesh sanggup bekerja keras demi untuk meringankan beban ibu bapanya.


untuk

c)

Rakesh sanggup bekerja keras demi untuk meringankan beban ibu bapanya.


meringgankan

95.

Fitnah Raja Mandeliar menyebabkan Sultan Mahmud Shah berasa marah lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir sekeluarga.

a)

Fitnah Raja Mandeliar menyebabkan Sultan Mahmud Shah berasa marah lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir sekeluarga.


Kecaman

b)

Fitnah Raja Mandeliar menyebabkan Sultan Mahmud Shah berasa marah lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir sekeluarga.


murka

c)

Fitnah Raja Mandeliar menyebabkan Sultan Mahmud Shah berasa marah lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir sekeluarga.


maut

96.

“Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

a)

“Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.


tuan

b)

Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.


Beta

c)

Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.


Hamba

97.

“Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.

a)

“Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.


tuan hamba

b)

“Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.


tuanku

c)

“Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.


saya

98.
Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.
a)
akan
b)
kepada
c)
untuk
d)
dengan
99.
Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.
a)
dengan
b)
bahawa
c)
jika
d)
sekiranya
100.
Kereta berhias yang paling tercantik itu merupakan hasil kreativiti pekerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
a)
paling tercantik
b)
tercantik
c)
cantik
d)
tercantik paling
101.
"Kita akan menerangkan penyakit strok dengan lebih jelas lagi," kata Doktor Suhaila kepada Encik Ah Kim.
a)
Kita
b)
Kami
c)
Saya
d)
Awak
102.
Kumpulan Siti telah membincangkan tentang pertandingan menulis rencana yang dianjurkan oleh sekplah mereka.
a)
membincangkan tentang
b)
membincangkan
c)
bincang tentang
d)
tentang bincang
103.
Beberapa orang pengkaji sejarah turut membentang kertas kerja-kerja tentang sejarah Melayu di nusantara.
a)
kerja-kerja
b)
kerja
c)
membentangkan
d)
bentangkan
104.
"Saya menitahkan Hang Jebat balik ke Melaka," titah Sultan Mansur Syah kepada Tun Perak.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Beta
d)
Saya
105.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
106.
Semua pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran pada jam 3.30 petang ini.
a)
Semua pelajar-pelajar
b)
pelajar-pelajar
c)
Semua
d)
pelajar
107.
Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.
a)
daripada
b)
dari
c)
oleh
d)
yang
108.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Kita harus ingat yang hidup di dunia ini sementara sahaja.

a)

harus

b)

ingat

c)

yang

d)

ini

109.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Kita harus ingat yang hidup di dunia ini sementara sahaja.

a)

harus

b)

ingat

c)

yang

d)

ini

110.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Lori itu terbabas dan melanggar sebatang pokok.

a)

itu

b)

sebatang

c)

melanggar

d)

dan

111.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Ibu membeli ikan serta sayur di pasar.

a)

Ibu

b)

membeli

c)

serta

d)

di

112.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Bila kami sampai di rumahnya, dia sedang menjamu selera.

a)

bila

b)

di

c)

menjamu

d)

rumahnya

113.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Hilmi tidak datang ke sekolah sebab dia demam.

a)

tidak

b)

ke

c)

sebab

d)

dia

114.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Adik membuka kasut dan masuk ke rumah.

a)

adik

b)

membuka

c)

dan

d)

ke

115.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Adik membuka kasut dan masuk ke rumah.

a)

adik

b)

membuka

c)

dan

d)

ke

116.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Bayi itu menangis apabila lapar.

a)

bayi

b)

itu

c)

apabila

d)

lapar

117.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Bayi itu menangis apabila lapar.

a)

bayi

b)

itu

c)

apabila

d)

lapar

118.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Orang tua itu kaya serta kedekut.

a)

orang

b)

tua

c)

itu

d)

serta

119.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Sejak terlantar sakit, badan nenek kian hari pun kurus.

a)

sejak

b)

sakit

c)

kian

d)

pun

120.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Ahmad lulus dalam ujian itu dan kawannya gagal.

a)

lulus

b)

itu

c)

dan

d)

gagal