Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sejarah Tingkatan 1

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan berikut?

a)

penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa

b)

suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, sesuatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau

c)

membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

d)

sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah merupakan catatan atau pun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

2.

Rajah berikut berkaitan pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan.


sejarawan X ---- [sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang]


X merujuk kepada?

a)

Herodotus

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd. Yusof Ibrahim

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan abad?

a)

Zaman kegelapan

b)

Jangka masa 100 tahun

c)

Tempoh masa 10 tahun

d)

Zaman 1000 tahun dahulu

4.

Antara berikut, yang manakah sumber sekunder?

a)

fosil

b)

artifak

c)

dokumen rasmi

d)

Ensiklopedia

5.

Gambar berikut menunjukkan sumber sejarah.

Sumber sejarah tersebut dikenali sebagai...

a)

fosil

b)

artifak

c)

esiklopedia

d)

sumber sekunder

6.

Mengapakah sumber sejarah berikut diklasifikasikan sebagai sumber primer?

  • Manuskrip
  • Batu Bersurat
a)

Bersifat asli

b)

Mudah dikaji

c)

Disimpan di muzium

d)

Berasaslam kajian saintifik

7.

Mengapakah pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah antara sejarawan berbeza-beza?

a)

Gagal mentafsir

b)

Pandangan berbeza

c)

Kurang pengalaman

d)

Sumber terlalu banyak

8.

Apakah kepentingan mempelajari sejarah?

a)

Menanam semangat cinta akan negara

b)

mencontohi kuasa Barat

c)

Menghargai jasa penjajah

d)

Berharap agar sejarah bakal berulang

9.

Berapakah usia bumi yang dijangkakan oleh ahli sains?

a)

1.2 bilion tahun

b)

4.6 bilion tahun

c)

5.5 bilion tahun

d)

6.5 bilion tahun

10.

Gambar berikut menunjukkan bentuk fizikal bumi. Dataran terdiri daripada banjaran, bukit, tanah pamah, lembah dan....

a)

selat

b)

teluk

c)

lautan

d)

gunung

11.

Bagaimanakah pembentukan benua dan lautan terbentuk?

a)

Pembentukan ais

b)

Pergerakan glasier

c)

Penurunan suhu bumi

d)

Pembentukan Pentas Sunda

12.

Apakah ciri-ciri Zaman Air Batu?

a)

Wujud kawasan lautan yang luas

b)

Sinaran matahari sangat terik

c)

Kawasan dataran yang luas

d)

sungai mengalir deras

13.

Senarai berikut merujuk kepada tahap Zaman Air Batu

  • Berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
  • Terbentuknya jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan


Apakah tahap zaman tersebut?

a)

Holosen

b)

Miosen

c)

Pliosen

d)

Pleistosen

14.

Gambar berikut menunjukkan kehidupan Zaman Bir Batu.

Apakah nama kehidupan tersebut?

a)

Dipterus

b)

Trilobite

c)

Diatryma

d)

Stegosaurus

15.

Bagaimanakah kehidupan manusia pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Hidup secara nomad

b)

Menetap di lembah sungai

c)

Berdagang secara tukar barang

d)

Menjalankan kegiatan pertanian

16.

Gambar berikut menunjukkan berlaku pergerakan glasier.

Apakah punca berlaku pergerakan glasier tersebut?

a)

Pencairan air batu

b)

Suhu bumi menurun

c)

Cahaya matahari terik

d)

Berlaku kemarau panjang

17.

Sebelum 10000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan kawasan tanah yang luas terbantang yang dikenali sebagai

a)

Pentas Sunda

b)

Selat Melaka

c)

Hutan belantara

d)

Benua Antartika

18.

Manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara berkongsi tamadun yang sama dalam aspek

a)

ideologi politik

b)

artifak

c)

organisasi sosial

d)

bahasa

19.

Dataran tinggi Grand Canyon di Amerika Syarikat dipercayai wujud pada zaman

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleitosen

d)

Holosen

20.

Kaedah X---- Mendapatkan maklumat daripada sumber yang dipahat pada batu


Maklumat di atas menunjukkan satu daripada kaedah penyelidikan dalam sejarah. Kaedah X ialah

a)

Kaeah lisan

b)

Kaedah bertulis

c)

Kaedah arkeologi

d)

Kaedah ekskavasasi

21.
Pernyataan berikut merupakan pengertian sejarah. Dari sumber apakah pengertian ini diperolehi?
a)
Bahasa Melayu
b)
Kamus Dewan
c)
Bahasa Inggeris
d)
Sulalatus Salatin
22.
Gambar berikut merupakan peralatan batu yang dicipta oleh masyarakat prasejarah. Pada zaman bilakah peralatan batu ini dicipta?
a)
Mesolitik
b)
Paleolitik
c)
Neolitik
d)
Logam
23.

Yang manakah merupakan susunan garisan masa zaman air batu yang betul?

a)

Holosen, Pleistosen, Pliosen, Miosen

b)

Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen

c)

Holosen, Pliosen, Plesitosen, Miosen

d)

Miosen, Pleistosen, Pliosen, Holosen

24.

Zigurat

Taman Tergantung Babylon


Yang berikut merupakan binaan bangunan untuk tamadun ..................

a)

Tamadun Indus

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

25.

Apakah fungsi binaan Pantheon pada tamadun Rom?

a)

Tempat penyembahan

b)

Tempat mengadakan persembahan

c)

Tempat mengadakan gladiator

d)

Tempat membekalkan air

26.

X merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Apakah X?

a)

Arkeologi Bawah Air

b)

Arkeologi Dasar Laut

c)

Arkeologi Tasik Dalam

d)

Arkeologi Dalam Air

27.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada .............

a)

12 Rabiulawal Tahun Hijrah

b)

12 Rabiulawal Tahun Awal Hijrah

c)

12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah

d)

12 Rabiulawal Tahun Gajah

28.

Siapakah Khulafa al-Rasyidin yang ketiga?

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Umar bin Al-Khatab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abi Talib

29.

Masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai

a)

Zaman Keruntuhan

b)

Zaman Kejatuhan

c)

Zaman Jahiliah

d)

Zaman Gemilang

30.

Siapakah Khulafa' Al-Rasyidin yang pertama?

a)

Usman bin Affan

b)

Ali bin Abi Talib

c)

Umar al-Khattab

d)

Abu Bakar as-siddiq

31.

Berapakah tempoh masa Nabi Muhammad saw berdakwah secara rahsia?

a)

4 tahun

b)

3 tahun

c)

2 tahun

d)

1 tahun

32.

Ibnu Sina terkenal dalam bidang

a)

Perubatan

b)

Geografi

c)

Falsafah

d)

Astronomi

33.

Apakah maksud Jahala menurut bahasa Arab?

a)

Jahil

b)

Kejam

c)

Miskin

d)

Negatif

34.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah dikatakan mempunyai nilai moral yang rendah?

a)

Menyembah berhala

b)

Mementingkan keduniaan

c)

Meminum arak, berzina dan berjudi

d)

Memuja alam seperti pokok dan matahari

35.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun. Apakah maksud syajaratun?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

36.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolotik

b)

Paleolitik - Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

37.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Pembinaan Piramid

b)

Pembentukan empayar

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

38.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon. Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat menyembah dewa-dewi

39.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Menimbulkan semangat assabiyah

c)

Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

Mengeratkan semangat perpaduan antara suku

40.

Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Apakah penekanan yang disarankan di dalam surah tersebut?

a)

Kepentingan Ilmu pengetahuan

b)

Kepentingan berniaga

c)

Kepentingan bermusyawarah

d)

Kepentingan hormat – menghormati