NEW
Font size
WorksheetsSPMC Set 14 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah jenis bahan pemadam kebakaran yang paling sesuai digunakan apabila sebuah lori tangki minyak terbakar akibat kemalangan jalan raya?
Air
Buih
Karbon dioksida
Pemadam api ABC
Maklumat dalam Jadual 1 menunjukkan langkah-langkah untuk melakukan bantuan Heimlich Manoeuvre.
Antara susunan berikut, yang manakah langkah-langkah yang betul semasa melakukan Heimlich Manoeuvre kepada mangsa?
M, N, O, P
O, N, M, P
N, O, M, P
N, M, O, P
Rajah 1 menunjukkan alat untuk mengukur tekanan darah.
Apakah simbol unit ukuran bagi tekanan darah?
MmHg
mmHg
mmhg
MMhg
Jadual 2 menunjukkan jisim badan dan tinggi seorang pelajar tingkatan 5.
Antara berikut, yang manakah betul menunjukkan BMI dan kategori bagi pelajar tersebut?
Seorang mekanik kereta mengalami masalah untuk menyimpan longgokan tayar lama di kedainya.
Apakah cara terbaik untuk mekanik tersebut menyelesaikan masalahnya?
Ditanam dalam tanah
Dijadikan bahan baharu
Dibuang ke dalam hutan
Dibakar secara pembakaran terbuka
Rajah 2 menunjukkan aktiviti manusia yang dilakukan secara berleluasa.
Bagaimanakah aktiviti ini boleh menyumbang kepada pemanasan global?
Pengurangan proses respirasi
Pengurangan proses transpirasi
Peningkatan proses perkumuhan
Pengurangan proses fotosintesis
Rajah 3 menunjukkan kacukan antara pokok bunga merah dan pokok bunga kuning.
M mewakili gen dominan bagi bunga merah dan m mewakili gen resesif bagi bunga kuning. Apakah genotip bagi kedua-dua induk tersebut?
Mm x Mm
MM x mm
Mm x MM
Mm x mm
Seorang petani moden ingin mendapatkan hasil tanaman seperti ciri-ciri di bawah.
Kaedah manakah yang paling sesuai untuk menghasilkan ciri-ciri tanaman seperti di atas?
Menggunakan teknik kultur tisu
Menggunakan baja yang berkualiti
Menggabungkan gen daripada dua spesis yang berbeza
Membuat cantuman mata tunas dari dua pokok yang berbeza
Rajah 4 menunjukkan seekor ikan paus yang boleh membesar lebih daripada saiz rangkanya.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
Terdapat banyak ikan kecil sebagai makanan
Laut dalam memudahkan pergerakan ikan paus
Untuk menyokong rangka dalam yang lebih kecil
Daya apungan dalam air menyokong berat ikan paus
Rajah 5 menunjukkan graf lengkung pertumbuhan manusia.
Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang graf di atas?
Kadar pertumbuhan bayi perempuan lebih cepat
Peringkat 0-3 tahun tidak perlu makanan seimbang
Peringkat orang tua pertumbuhan manusia berhenti sepenuhnya
Perempuan dewasa lebih tinggi dan besar dari lelaki dewasa
Rajah 6 menunjukkan kelenjar yang merembeskan hormonnya ketika situasi cemas.
Apakah kesan daripada tindakan hormon di atas?
Meningkatkan kadar metabolisme
Mengawal aras gula dalam darah
Kadar denyutan jantung berkurang
Meningkatkan kuantiti air yang diserap semula oleh ginjal
Antara berikut, yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
Koordinasi otot lemah
Hilang keseimbangan badan
Fungsi serebrum otak terjejas
Pergerakan impuls ke otak dihalang
Rajah 7 menunjukkan simbol bagi sejenis unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Berapakah bilangan neutron yang terdapat dalam unsur tersebut?
11
12
23
34
Maklumat berikut menunjukkan kegunaan radioisotop dalam kehidupan.
Apakah radioisotop itu?
Karbon-14
Kobalt-60
Natrium-24
Fosforus-32
Antara produk berikut, yang manakah menunjukkan kegunaan politena?
Selepas satu tahun Ahmad mendapati pintu pagar besi di rumahnya telah berkarat. Sifat logam tulen ini boleh diperbaiki melalui proses W.
Apakah W?
Pengaloian
Pengoksidaan
Pempolimeran
Pemvulkanan
Antara berikut, yang manakah digunakan untuk melegakan kesakitan?
Antibiotik
Analgesik
Kiropraktik
Psikoteraputik
Antara berikut, yang manakah cara terbaik untuk mengelakkan epal menjadi keperangan?
Rendamkan potongan epal dalam air suling
Rendamkan potongan epal dalam jus limau
Rendamkan potongan epal dalam air panas
Rendamkan potongan epal dalam minyak masak
Sebuah objek dikatakan jatuh bebas apabila
objek jatuh akibat tindakan antigraviti
objek jatuh akibat rintangan udara sahaja
objek jatuh ke bawah akibat tindakan graviti sahaja
objek jatuh akibat tindakan graviti dan rintangan udara
Rajah 8 menunjukkan satu jalur pita detik yang diperolehi daripada sebuah troli yang bergerak.
Jangka masa detik yang digunakan menghasilkan 50 detik sesaat.
Berapakah laju troli itu?
100 cm s-1
120 cm s-1
130 cm s-1
150 cm s-1
Antara berikut, yang manakah contoh fenomena alam yang menunjukkan pelakuran nukleus?
Bulan
Matahari
Pelangi
Gerhana
Moderator grafit adalah salah satu komponen yang terdapat pada stesen jana kuasa tenaga nuklear.
Apakah fungsi moderator grafit?
Memperlahankan proton
Mempercepatkan proton
Memperlahankan neutron
Mempercepatkan neutron
Rajah 9 menunjukkan sejenis mikroorganisma. Antara berikut, yang manakah cara pembiakan bagi mikroorganisma tersebut?
Konjugasi
Pertunasan
Belahan dedua
Pembentukan spora
Jadual 3 menunjukkan tabung uji K, L, M dan N yang mengandungi campuran bubur nutrien dan bakteria yang mempunyai nilai pH berbeza dan disimpan pada suhu berbeza selama 3 hari.
Berdasarkan maklumat pada Jadual 3, tabung uji manakah yang akan menjadi paling keruh?
K
L
M
N
Rajah 10 menunjukkan satu eksperimen untuk mengukur jumlah tenaga yang terhasil daripada kacang tanah. Selepas eksperimen, didapati suhu air sudah berubah daripada 28oC kepada 60oC.
Hitungkan nilai kalori kacang tanah.
0.54
4.70
5.38
10.08
Maklumat di bawah menunjukkan beberapa kesan penggunaan bahan kimia secara berlebihan dalam pemprosesan makanan terhadap kesihatan manusia.
Apakah bahan kimia tersebut?
Pewarna
Peluntur
Perisa
Pemanis
Antara berikut, aktiviti manakah yang meningkatkan jejak karbon?
Kitar semula
Penanaman hutan
Pemasangan panel solar
Penggunaan kenderaan bermotor
Rajah 11 menunjukkan aktiviti manusia.
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan aktiviti ini?
Eutrofikasi
Penipisan lapisan ozon
Kepupusan hidupan akuatik
Pengurangan gas rumah hijau
Antara berikut, yang manakah tindak balas cepat?
Respirasi
Penapaian
Pengaratan
Fotosintesis
Maklumat di bawah menunjukkan faktor-faktor yang meningkatkan kadar tindak balas dalam Proses X.
Apakah hasil proses X?
Oleum
Ammonia
Asid sulfurik
Sulfur dioksida
Antara hidrokarbon berikut, yang manakah mempunyai formula am CnH2n?
Etena
Etana
Etanol
Ester
Rajah 12 menunjukkan saiz lumen dalam arteri.
Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut?
Kurangkan pengambilan lemak tepu
Kurangkan makanan manis dan masin
Utamakan makanan berprotein tinggi
Elakkan makan makanan berat pada waktu malam
Antara berikut, yang manakah contoh elektrolit?
Etanol
Asetamida
Larutan glukosa
Larutan kuprum(II) sulfat
Elektro-penggumpalan adalah satu teknik yang inovatif untuk merawat air sisa yang mengaplikasikan proses elektrolisis dan penggumpalan.
Bagaimanakah proses penggumpalan ini berlaku?
Ion hidrogen dinyahcas untuk membentuk gas hidrogen
Elektrod aluminium mengion dalam elektrolit menghasilkan ion aluminium
Ion aluminium dan bahan pencemar dalam air sisa terperangkap dalam gelembung gas hidrogen
Ion aluminium, ion hidroksida dan bahan pencemar dalam air sisa bergabung menghasilkan flok
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus suatu kanta?
Jarak antara imej dengan titik fokus
Jarak antara titik fokus dengan pusat optik
Jarak antara imej dengan pusat optik
Jarak antara objek dengan pusat optik
Rajah 13 menunjukkan satu contoh peralatan optik.
Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh peralatan optik tersebut?
Maya dan lebih kecil
Nyata dan lebih kecil
Maya dan lebih besar
Nyata dan lebih besar
Rajah 14 menunjukkan sebahagian dron yang bergerak di udara.
Antara A, B, C dan D, kawasan manakah yang mempunyai tekanan udara paling rendah?
A
B
C
D
Rajah 15 menunjukkan satu sistem hidraulik.
Berapakah daya yang perlu dikenakan ke atas omboh X untuk mengimbangi beban 500N pada omboh Y?
10 N
20 N
100 N
500 N
Antara orbit satelit berikut, yang manakah terletak pada altitud 2000 - 35780 km?
MEO
LEO
GEO
HEO
Apakah fungsi Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)?
Melancarkan satelit
Menempatkan satelit dalam orbit
Menghantar kapal angkasa ke angkasa lepas
Menjalankan kajian saintifik dalam persekitaran mikrograviti
