NEW
Font size
WorksheetsPengurusan Tatatertib
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apabila seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa seseorang staf menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap staf menurut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605)?*
Staf boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja
Tiada apa-apa tindakan boleh dilakukan terhadap staf
Antara berikut, yang mana bukan dikategorikan sebagai kes tidak hadir bertugas
Tidak hadir bertugas 7 hari berturut-turut dan tidak dapat dikesan
Tidak hadir bertugas dan dapat dikesan
Pegawai memalsukan atau meminda sijil cuti sakit
Hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan
Nyatakan fungsi utama Jabatan Integriti?
Pengukuhan Integriti
Pengurusan Aduan
Pengesanan dan pengesahan
Tatatertib
Semua jawapan di atas
Berapakah kategori Jawatankuasa Tatatertib?
4
5
6
7
Jabatan Pengurusan Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kepada yang berikut kecuali:
Staf PPUM
Pesakit
Pelajar Kolej Sains Kesihatan PPUM
Sesi terapi / kaunseling dengan pegawai psikologi boleh didapati secara:
Rujukan sahaja
Sukarela sahaja
Rujukan dan sukarela
Apabila terdapat apa-apa kehilangan, Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga wang awam atau yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh :
12 jam
16 jam
18 jam
24 jam
Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalam tempoh _______ dari tarikh Laporan Awal ditandatangani :
7 hari
14 hari
21 hari
30 hari
_____ adalah suatu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian di pihak kerajaan yang telah dilakukan oleh pegawai
Surcaj
Potongan Gaji
Tuntutan Bayaran
Denda
Sekiranya pihak yang terlibat dengan kehilangan wang awam dapat dikenalpasti dan PPUM perlu menjelaskan pembayaran kepada pihak pembekal dengan segera, apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan di mana kehilangan berlaku ?
Meminta menangguhan pembayaran kepada pembekal
Meminta staf yang menyebabkan kehilangan membayar kepada pembekal
Memohon pendahuluan dari Jabatan Kewangan atas nama Staf yang menyebabkan kehilangan tersebut bagi menggantikan wang yang hilang
Melaksanakan pembayaran menggunakan baki peruntukan Jabatan yang ada
