Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B2T5 WAY TO SPM A+

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah DUA perkara yang mempunyai perkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Undang-undang adat

b)

Undang-undang tertinggi

c)

Undang-undang tidak bertulis

d)

Dokumen undang-undang bertulis

2.

Sebelum kedatangan Barat, negara kita telah mempunyai undang-undang dan adat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menjadi panduan pemerintahan negara

b)

Melindungi kepentingan pembesar

c)

Mengehadkan kebebasan rakyat

d)

Menjaga kepentingan raja

3.

Antara yang berikut, manakah DUA undang-undang yang telah mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

4.

Antara yang berikut, manakah DUA undang-undang yang telah dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

5.

British telah memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat. Apakah undang-undang tersebut?

a)

North Borneo Chartered

b)

Charter of Justice

c)

Laws Ordinance

d)

The Common Law

6.

Apakah matlamat Charter of Justice?

a)

Menyemai taat setia rakyat

b)

Mengelakkan persengketaan

c)

Mengekalkan kebebasan bersuara

d)

Mengelakkan penindasan penduduk

7.

Apakah undang-undang yang digunakan dalam The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949?

a)

Penal Code

b)

Charter of Justice

c)

The Common Law of England

d)

International Laws

8.

Apakah badan yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Sarawak untuk membuat undang-undang?

a)

Council Negri (Majlis Negeri)

b)

Majlis Persekutuan

c)

Majlis Undangan

d)

Majlis Tertinggi

9.

Antara yang berikut, apakah DUA badan yang telah ditubuhkan di Sabah pada tahun 1950?

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan

10.

Siapakah yang diberikan kuasa oleh Majlis Undangan untuk menggubal undang-undang?

a)

Raja

b)

Gabenor

c)

Ketua Menteri

d)

Ketua Setiausaha

11.

Apakah badan yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara?

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Pelaksana

d)

Badan Eksekutif

12.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Selat?

a)

Parlimen

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

13.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Parlimen

b)

Kabinet Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

14.

Perjanjian manakah yang menjadi titik penting kepada pembentukan sebuah Persekutuan di Tanah Melayu?

a)

Perjanjian Pangkor 1874

b)

Perjanjian Malaysia 1963

c)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

15.

Apakah DUA kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kuasa raja Melayu

b)

Kewarganegaraan

c)

Kewangan

d)

Kedudukan Gabenor

16.

Apakah kepentingan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877?

a)

Pengenalan Raja Berperlembagaan

b)

Pengamalan Demokrasi Berparlimen

c)

Pemantapan kedudukan Raja-Raja Melayu

d)

Pembentukan undang-undang negara

17.

Apakah kedudukan sultan berdasarkan pemerintahan beraja di negeri Melayu?

a)

Pemilik negeri

b)

Pemerintah berdaulat

c)

Penasihat British

d)

Penakluk wilayah

18.

Apakah DUA nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Raja sebagai pemerintah

b)

Pembesar menggubal undang-undang

c)

Pembesar dilindungi undang-undang

d)

Raja menentukan undang-undang

19.

Apakah DUA bidang kuasa Yang di-pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Menentukan kesahan undang-undang

b)

Menggubal undang-undang persekutuan

c)

Membuat pelantikan bagi jawatan utama negara

d)

Mengampun dan menangguhkan hukuman

20.

Apakah kuasa yang dipegang oleh raja sebagai ketua negeri?

a)

Kuasa Eksekutif

b)

Kuasa Perundangan

c)

Kuasa Kehakiman

d)

Kuasa Pengampunan

21.

Raja melaksanakan kuasa eksekutif melalui nasihat yang diberikan oleh badan berikut. Apakah badan tersebut?

a)

Majlis Penasihat Negeri

b)

Majlis Mesyuarat Negeri

c)

Majlis Eksekutif Negeri

d)

Majlis Undangan Negeri

22.

Apakah DUA kategori rakyat sebelum kewarganegaraan Persekutuan diperkenalkan di Tanah Melayu?

a)

Rakyat Raja

b)

Rakyat British

c)

Rakyat asal

d)

Rakyat jelata

23.

Apakah DUA perkara yang raja di negeri Melayu tidak perlu mendapatkan nasihat daripada penasihat British?

a)

Agama Islam

b)

Pentadbiran negeri

c)

Perbendaharaan negeri

d)

Adat istiadat orang Melayu

24.

Asas kepada demokrasi ialah pilihan raya umum 1955. Apakah DUA tujuan utama pilihan raya diadakan?

a)

Memberi kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin

b)

Membentuk kerajaan yang akan memerintah negara

c)

Memberikan keadilan kepada semua rakyat

d)

Memenuhi keperluan dan tuntutan semasa

25.

Apabila negara kita merdeka, siapakah yang bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Yang di-pertuan Agong

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

26.

Mengapakah perlembagaan perlu dipinda?

a)

Melindungi kepentingan raja

b)

Menegakkan kedaulatan negeri

c)

Melicinkan urusan pentadbiran

d)

Mengelakkan persengketaan

27.

Pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965 melibatkan DUA perkara berikut iaitu

a)

pemansuhan imuniti raja-raja

b)

penstrukturan Mahkamah Atasan

c)

pemisahan Singapura daripada Malaysia

d)

penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

28.

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Apakah mahkamah tersebut?

a)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Rayuan

29.

Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai oleh _______________

a)

Menteri Besar

b)

Ketua Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Yang di-Pertua Negeri

30.

Apakah usul yang dibahaskan dalam Pindaan Perlembagaan 1965?

a)

Singapura keluar daripada Malaysia

b)

Kemasukan Singapura dalam Malaysia

c)

Pemansuhan imuniti raja-raja

d)

Pemindahan pusat pentadbiran negara

31.

Apakah kesan pindaan Perlembagaan 1965?

a)

Brunei menarik diri daripada Malaysia

b)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

c)

Pemansuhan syarat kewarganegaraan

d)

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

32.

Dalam menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri Sabah perlu mengikut nasihat _______________.

a)

Majlis Tertinggi

b)

Majlis Undangan

c)

Kabinet Negeri

d)

Kabinet Menteri

33.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 menyaksikan penubuhan Mahkamah Tinggi Borneo. Apakah peranan mahkamah tersebut?

a)

Mentafsir undang-undang Kerajaan Negeri

b)

Mewujudkan jawatan kehakiman yang baharu

c)

Menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

d)

Melindungi kepentingan penduduk peribumi Sabah

34.

Apakah nama baharu bagi jawatan Ketua Hakim Borneo?

a)

Ketua Hakim Anak Negeri

b)

Ketua Hakim Sarawak dan Sabah

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Hakim Persekutuan

35.

Rajah berikut berkaitan pindaan Perlembagaan 1963.

Apakah X ?

a)

Penggunaan bahasa Melayu

b)

Pemansuhan kuasa imigresen

c)

Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Pengenalan jawatan Yang di-Pertua Negeri

36.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengambil kira terma rujukan utama bagi menjadi asas perlembagaan negara kita pada hari ini.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan terma tersebut?

a)

Ahli parlimen berkuasa penuh

b)

Kewarganegaraan yang sama

c)

Kerajaan Negeri yang kukuh

d)

Majlis Undangan Negeri

37.

Perlembagaaan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Apakah bidang kuasa baginda?

a)

Mengawal perbelanjaan kerajaan

b)

Melantik diplomat ke luar negara

c)

Mengetuai perkhidmatan awam

d)

Mengubah sempadan negeri

38.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965.

Apakah rasional pindaan tersebut?

a)

Perubahan politik dalam negara

b)

Atas permintaan Majlis Raja-raja Melayu

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Desakan daripada pihak British

39.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj meminda perlembagaan pada tahun 1965?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Menangani krisis kewangan

c)

Pertambahan ahli Dewan Negara

d)

Memantapkan kuasa perundangan

40.

Dalam pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan pemisahan Singapura, DUA perkara berkaitan Singapura dimansuhkan iaitu

a)

Imigresen

b)

Sempadan

c)

Kebudayaan

d)

Pertahanan