WorksheetsBahasa Melayu 2 Quiz
Total questions: 35
Worksheet time: 59mins
Apakah bidang yang dikaji dalam morfologi?
Apakah jenis morfem bagi kata dasar yang terdapat dalam perkataan di bawah. Memperkatakan
Apakah bentuk kata berdasarkan pernyataan berikut? Kata dasar digabungkan dengan kata dasar untuk menerbitkan makna baharu.
Bentuk kata yang dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan.
Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar.
Memberikan imbuhan pada kata tunggal.
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga pecahan berdasarkan ciri-ciri makna perkataannya, iaitu, i. __________ ii. __________ iii. __________
Akhiran asli kata nama ialah: i. __________
Nyatakan jenis kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas. i. __________ ii. __________
Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transitif, iaitu : i. __________ ii. __________ iii. __________
Nyatakan jenis kata bilangan yang terdapat dalam ayat i, ii dan iii di atas. i. __________ ii __________ iii __________
Nyatakan dua ciri kata adjektif i. __________ ii. __________
Mengikut Tatabahasa Dewan, ada tiga darjah bagi perbandingan kata adjektif, iaitu : i. __________ ii. __________ iii. __________
Apakah jenis kata perintah yang terdapat dalam ayat (i), (ii) dam (iii) di atas. i. Harap awak dapat membantu beliau dalam isu ini. ii. Sudilah bermalam di rumah saya. iii. Usahlah kau fikirkan sangat tentang perkara itu.
Nyatakan tiga jenis kata penguat i. __________ ii. __________ iii. __________
Bina dua ayat yang menggunakan kata nafi yang berlainan. i. __________ ii. __________
Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagai
fonem
morfem
suku kata
suku kata
Yang manakah perkataan yang mempunyai empat morfem?
Meratapi
Berserabut
Bermuafakat
menyelerakkan
Yang manakah ayat yang menggunakan kata adjektif cara dengan betul?
Perahu itu hanyut dibawa arus yang deras.
Kawasan terbiar itu dipenuhi pokok yang renek.
Suara penyanyi utama kumpulan nasyid itu sungguh mersik.
Gol itu dijaringkan melalui tendangan kencang penyerang pasukan itu.
Unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi
Kata
Frasa
Fonem
Morfem
Yang tergolong dalam kata terbitan ialah
seteru
ekawarna
setinggan
sasterawan
Antara ayat yang berikut,yang manakah menggunakan kata berimbuhan peR-…an dengan betul?
i. Tempoh perlucutan senjata antara puak yang bertelagah telah dilanjutkan
ii. Perceraian antara ibu bapa akan membawa kesan psikologi kepada anak-anak
iii. Perlaksanaan kaedah techprep dalam pengajaran sains mendapat sokongan semua pihak
iv. Kita hendaklah mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam melaksanakan program tersebut
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja yang membawa maksud lokatif?
Dia sedang membaiki keretanya.
Pelajar itu suka melayari internet.
Mereka menuruni bukit curam itu.
Kerajaan mengawasi mutu barangan import.
"Rakyat Negara itu telah memberontak demi menuntut hak pemerintahan sendiri" Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja
transitif
transitif aktif
tak transitif berpelengkap
tak transitif tanpa pelengkap
Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal?
Jejari
Rujukan
Kelmarin
Kosmopolitan
Yang berikut merupakakan bentuk kata yang terhasil melalui proses pembentukan kata kecuali
Kata ganda
Kata tunggal
Kata terbitan
Kata majmuk
Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul?
Awak terima surat itu dari siapa?
Kedai itu disewanya sejak dari dahulu lagi.
Kempen itu dijalankan dari rumah ke rumah.
Pada siapakah anak-anak yatim itu akan mengadu nasib?
Yang manakah kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus?
Cari gali
Duit kopi
Kapal laut
Garis pusat
Antara yang berikut, ayat yang manakah yang mengandungi kata majmuk kiasan?
Nasi minyak yang dihidangkannya itu sungguh sedap.
Pelajar-pelajar harus berterima kasih kepada guru yang telah mendidik mereka.
Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan itu berbulan madu di Langkawi.
Penceramah itu membentangkan kertas kerja dalam seminar yang diadakan semalam.
Pilih ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera gabungan.
Kulit muka peragawati itu licin sungguh.
Bedak yang dibeli oleh Liza sungguh harum.
Suasana di kantin itu bising semasa para pelajar berehat.
Pengantin itu kelihatan sungguh cantik setelah diandam
Yang manakah pasangan perkataan yang menggunakan alomorf bagi imbuhan meN..kan dengan betul?
Mengebumikan,memastikan
Mengetepikan,mengagumkan
Mengkebumikan,mempastikan
Mengenepikan,mengkagumkan
Kesemua ayat yang berikut menggunakan kata berimbuhan ber- yang membawa maksud yang sama kecuali
Paku itu berapi apabila diketuk dengan tukul.
Pohon yang baru bertunas itu disiramnya setiap hari.
Dia beruntung benar mendapat ibu bapa yang penyayang.
Mulut kucing itu berbuih setelah tertelan makanan beracun.
Yang manakah ayat yang mempunyai kata dengan dua objek?
Model wanita itu berbajukan kertas yang kalis air.
Ibu memasakkan kami nasi goreng berempah semalam.
Puan Asmah membeli set pinggan mangkuk baharu untuk majlis jamuan itu.
Pada masa ini,orang kampung jarang-jarang menanam sayur di belakang rumah
Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif?
Kebanyakan pekerja kilang itu tinggal di rumah pangsa
Penyalahgunaan dadah mengancam kesejahteraan masyarakat
Penyakit Pak Ali beransur sembuh sejak dua minggu yang lalu
Pembangunan di luar bandar menjadi semakin pesat kebelakangan ini
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja yang membawa maksud kausatif?
Kami menghampiri rumah usang itu.
Nenek menyiang ikan yang dibeli oleh datuk.
Kumpulan pengakap itu menyimpan bekalan mereka di dalam khemah.
Rancangan Jejak Kasih telah berjaya mempertemukan Ali dengan ibu bapa kandungnya
