Font size
WorksheetsBM STPM SEM 2 : RAGAM AYAT
Total questions: 42
Worksheet time: 32mins
Ayat yang manakah terkategori dalam ragam ayat?
I Ayat susunan songsang
II Ayat aktif tak transitif
III Ayat perintah
IV Ayat pasif
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Buku itu telah saya baca.
Apakah jenis ragam ayat di atas?
Ayat aktif transitif
Ayat aktif tak transitif
Ayat pasif dengan imbuhan pasif
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
Ayat yang manakah yang BUKAN ayat aktif tak transitif berpenerang?
Neneknya suka berkain batik.
Mereka mahu bermain badminton esok.
Kanak-kanak sedang seronok bermain di taman permainan.
Lelaki yang bertongkat kayu itu kemalangan ketika menyeberang jalan.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif?
Adik-beradik itu asyik berbual setelah lama tidak bertemu.
Pekerja syarikat itu membersihkan longkang yang tersumbat.
Juadah berbuka sudah terhidang di atas meja ketika mereka sampai.
Beberapa orang pelajar masih berbincang mengenai ayat aktif transitif.
Pernyataan yang manakah BUKAN tentang ayat pasif?
Menggunakan frasa kerja yang berimbuhan di-
Frasa kerja diikuti oleh frasa nama sebagai objek
Kata kerja berimbuhan ber- yang diikuti kata sendi nama oleh
Terdapat juga kata kerja berimbuhan ter- yang diikuti kata sendi nama oleh
Ayat yang manakah merupakan ayat aktif transitif?
Pengetua sedang meneliti kertas cadangan itu.
Budak perempuan itu sedang menangis teresak-esak.
Pokok mempelam di depan rumah itu membesar dengan cepatnya.
Patung lilin yang dipamerkan itu menyerupai wajah sebenar tokoh tersebut.
Ayat yang manakah TIDAK boleh dipasifkan?
Wanita itu membaringkan anaknya di sofa.
Negarar itu membangun dengan pesat sekarang.
Dia menghidupkan enjin motosikalnya lalu beredar dari situ.
Jamal sudah mengirimkan bungkusan itu kepada nenek semalam.
Ayat yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?
I Mereka berlari ke arah pantai.
II Pegawai penyelidik tiba pagi tadi.
III Kami akan berkunjung ke rumahnya esok.
IV Kita perlu sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja berpenerang?
Budak itu berjaya merenangi sungai itu.
Abang beroleh pendapatan yang lumayan.
Cincin pertunangannya bersalut emas 18 karat.
Mereka menetap di kampung itu sudah agak lama.
Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh objek?
Adik mahu menjadi tukang masak.
Dua ekor kucing itu sedang bergaduh di halaman rumah.
Pemuda itu semakin tampan apabila dia berbaju Melayu.
Mak Milah memasak rendang daging untuk hidangan hari raya.
Ayat yang manakah merupakan ayat pasif kata ganti nama diri kedua?
Pelanggan itu belum kami temui lagi.
Kamu hendaklah berbaik-baik dengan jiran.
Tuala yang sudah digunakan anda sangkutkan pada palang.
Menjelang minggu hadapan, semua tugas harus kita selesaikan.
Ayat yang manakah yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap?
Budak itu masih berada di asrama anak yatim.
Ibu dan bapa saya masih belum pulang dari pekan.
Penceramah bebas itu baru bertolak dari Kota Kinabalu.
Anak bongsunya masih mahu berehat di rumah neneknya.
Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif?
Bapa saudaranya membuka syarikat baharu di Melaka.
Penduduk kampung diarahkan agar berwaspada dengan kejadian itu.
Menulis rencana tentang masalah kekerluargaan tugasnya dalam penerbitan majalah tersebut.
Semua petak bendang datuk Majid di daerah Pendang di Kedah sedang berbuah dengan lebatnya.
Pernyataan yang manakah yang BENAR tentang ayat aktif transitif?
Ayat aktif transitif menggunakan perkataan yang berimbuhan ber-.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang tidak memerlukan penyambut selepasa frasa kerja transitifnya.
Pernyataan yang manakah yang TIDAK benar tentang ayat pasif.
Ayat pasif boleh juga menggunakan imbuhan ter- dan ber-.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat pasif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat pasif kata ganti nama diri pertama ialah ayat mengandungi kata ganti nama diri kedua yang diikuti oleh kata kerja pasif.
Ayat yang manakah yang mengandungi dua objek?
Kakak memberi ibu wang setiap bulan.
Kemudahan jalan raya memudahkan kegiatan seharian penduduk.
Mereka mengedarkan buku atur cara program itu kepada setiap peserta.
Bandar raya itu akan menikmati kemudahan perkhidmatan transit aliran ringan.
Ayat yang manakah yang TIDAK menepati struktur ayat pasif?
Harga makanan itu telah saya bayar.
Pemandu jentolak itu kena saman semalam.
Projek itu belum lagi diselesaikan oleh kamu berdua.
Penduduk kampung kebingungan oleh peristiwa pelik itu.
Yang manakah ayat yang menepati binaan ayat pasif?
Penjenayah itu tertembak di bahagian dadanya.
Mereka terdengar bunyi tembakan dari arah hutan.
Kereta mewah milik orang kaya itu terlanggar tiang telefon.
Cadangan yang lengkap perlu dihantar oleh kita dua hari lagi.
Yang manakah ayat pasif?
Pahlawan itu terangkat besi yang berat itu.
Besi yang berat itu terangkat oleh pahlawan itu.
Budak yang nakal itu terlanggar pemuda yang gemuk.
Terlanggar pemuda yang gemuk budak yang nakal itu.
Ayat aktif transitif yang manakah yang mengandungi satu objek?
Mak Teh menjahitkan saya baju kurung.
Allah sentiasa menganugerahi hamba-Nya rezeki.
Budak-budak itu menganggap Pak Lamin ayah mereka.
Tuan rumah sedang menghidangi tetamunya nasi dagang.
Yang manakah ayat yang dapat dikaitkan dengan konsep ragam ayat?
Mesin basuh di situ masih baik lagi.
Putih ialah lambang kebersihan.
Membuang masa ialah tabiat buruk.
Bangunan itu dibina oleh pekerja asing.
Yang manakah ayat aktif tak transitif?
Banglo di taman itu tidak terbeli oleh orang ramai.
Adik menyeberangi jalan semasa ke sekolah.
Kami kebingungan oleh kejadian aneh itu.
Dia mengelamun sepanjang hari.
Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?
Telah saya maka semalam kek kukus itu.
Kami akan tolong mangsa tsunami itu.
Kamu belum lagi hantar bungkusan itu.
Pinggan mangkuk itu masih belum disusun oleh kami.
Yang manakah ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek?
Ayah menghadiahi kakak seutas rantai emas.
Kerajaan mengagihkan dana kepada semua lapisan rakyat.
Kamariah menganggap keluarga Mak Siti seperti keluarganya.
Keindahan Cameron Highland menarik perhatian pelancong asing.
Yang manakah ayat yang menggunakan klitik sebagai penanda pasif?
Dia tidak pernah menolongku.
Adik kupanggil pulang ke rumah.
Sudah begitu lama rumah itu kutinggalkan.
Datuknya yang mengajar adikku mengaji.
Ayat yang manakah mengandungi ayat aktif dan ayat pasif?
Pemuda itu kena tegur oleh pegawai polis.
Polis mengesahkan bahawa bank itu dirompak.
Abang masih tercar-cari telefon bimbitnya yang hilang itu.
Penghuni kampung itu kena pindah kerana kampung mereka kebanjiran.
Yang manakah ayat yang boleh dipasifkan?
Tidurnya berbantalkan lengan.
Kemalangan itu sangat mengerikan.
Kucing menyeberang ke seberang jalan.
Kami memperindah bilik itu petang tadi.
Yang manakah ayat yang tidak menepati struktur ayat pasif?
Murid itu kena marah oleh guru tadi.
Kerja itu diselesaikan oleh kami semua.
Permintaan adik tidak terpenuhi olehku.
Jasa guru kepada kita perlu kita kenang.
Padanan ayat aktif dan ayat pasif yang manakah yang betul?
Hajat saya telah terpenuhi. - Kami bantu keluarga miskin itu.
Adik mahu menjadi polis. - Bunyi bising kedengaran dari sini.
Lelaki itu mengurung ayamnya. - Bersabarlah semasa perintah kawalan pergerakan akibat wabak Covid 19 ini.
Wanita itu asyik termenung. - Penduduk di situ bertanam sayur.
Yang manakah padanan yang betul antara jenis ragam ayat dengan contoh ayatnya?
Ayat aktif tak transitif - Setiap kesalahan akan diambil tindakan.
Ayat aktif transitif - Murid-murid sedang makan di kantin.
Ayat pasif kata ganti nama diri pertama - Pesanan itu akan kusampaikan nanti kepada bapaku.
Ayat pasif kata ganti nama ketiga - Abang mereka berkenan dengan gadis itu.
Yang manakah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan?
Budak perempuan itu tidak berkasut sekolah.
Kebanyakan peniaga di situ berniaga kecil-kecilan.
Kebanyakan pelajar itu berasal dari utara Perak.
Pandu Puteri itu akan berkhemah di tepi anak sungai.
Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?
Kami akan bersihkan tempat itu petang ini.
Kamu masih belum hantar bungkusan itu.
Telah saya buang sampah di situ semalam.
Kami belum susun pinggan mangkuk di dapur.
Pasifkan :
Saya telah mengikuti ceramah itu
Ceramah itu telah diikuti oleh saya.
Ceramah itu telah saya ikuti.
Pasifkan:
Kamu terambil buku Bahasa Melayu saya tadi.
Buku Bahasa Melayu saya terambil oleh kamu tadi.
Diambil oleh kamu tadi buku Bahasa Melayu saya.
Aktifkan:
Nasi minyak akan saya masak untuk tetamu pada malam ini.
Saya akan memasak nasi minyak untuk tetamu pada malam ini.
Nasi Minyak akan saya memasak untuk tetamu pada malam ini.
Aktifkan:
Pertandingan bola keranjang antara kelas telah dianjurkan oleh mereka.
Pertandingan bola keranjang telah mereka menganjurkan antara kelas.
Mereka telah menganjurkan pertandingan bola keranjang antara kelas.
Pasifkan:
Kamu perlu mengikuti latihan rumah sukan yang dianjurkan oleh guru rumah sukan.
Latihan rumah sukan yang dianjurkan oleh guru rumah sukan perlulah kamu ikuti.
Guru rumah sukan dianjurkan latihan rumah sukan perlu kamu ikuti,
Pasifkan:
Justin sedang membaca buku itu di bawah pokok bunga cempaka.
Buku tiu sedang Justin baca di bawah pokok bunga cempaka.
BUku itu sedang dibaca oleh Justin di bawah pokok bunga cempaka.
Pasifkan:
Saya menghadiahi Cik Janice seutas jam tangan petang semalam.
Seutas jam tangan dihadiahi oleh saya kepada Cik Janice petang semalam.
Cik Janice saya hadiahi seutas jam tangan petang semalam.
Aktifkan:
Ayah mesti engkau buatkan secawan kopi sekarang.
Secawan kopi mesti dibuatkan oleh ayah engkau sekarang.
Engkau mesti membuatkan ayah secawan kopi sekarang.
Pasifkan:
Baginda menganugerahi beliau yang banyak berjasa itu darjat kehormatan bersempena dengan Hari Keputeraan baginda.
Darjat kehormatan dianugerahkan oleh baginda kepada beliau yang banyak berjasa itu bersempena dengan Hari Keputeraannya.
Beliau yang banyak berjasa itu dianugerahi oleh baginda darjat kehormatan bersempena dengan Hari Keputeraan baginda.
Aktifkan:
Filem seram itu sudah kamu tonton?
Kamu sudah tonton filem seram itu?
Sudah menonton kamu filem seram itu?
