Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tindakan British apabila Komunis melancarkan perjuangan bersenjata?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Menguat kubu pertahanan

c)

Menangkap pemimpin PKM

d)

Menyekat perkembangan PKM

2.

Apakah aspek yang ditekankan oleh Kesultanan Johor Riau dalam usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa?

a)

Bahasa

b)

Bangsa

c)

Agama

d)

Identiti

3.

Bagaimanakah rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah Srivijaya?

a)

Minum air suci

b)

Minum air penawar

c)

Minum aliran air sungai

d)

Minum aliran air yang dituang

4.

Apakah maksud nasionalisme?

a)

Gerakan mencapai kebebasan diri

b)

Gerakan mencapai kebebasan berpolitik

c)

Gerakan mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial

d)

Gerakan mencapai kebebasan daripada penjajahan pemikiran

5.

Apakah faktor yang membawa kepada berlakunya perkembangan nasionalisme di Barat?

a)

Penentangan terhadap kuasa asing

b)

Penentangan terhadap pemerintah beraja

c)

Penentangan terhadap penguasaan mutlak pemimpin

d)

Penentangan terhadap penguasaan golongan bangsawan

6.

Mengapakah British berusaha membendung pengaruh empayar Uthmaniyah di negeri Melayu pada awal abad ke-20?

a)

Pelindung rakyat British

b)

Mengeluarkan fatwa

c)

Terlibat dalam Perang Dunia Pertama

d)

Penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah

7.

Mengapakah rakyat mengalami kesukaran hidup semasa pendudukan Jepun?

a)

Tiada peluang pekerjaan

b)

Harga barang terlalu mahal

c)

Kadar cukai yang terlalu tinggi

d)

Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar diperolehi

8.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap Raja-raja Melayu?

a)

Raja-raja kehilangan kuasa politik

b)

Pengukuhan kuasa Raja-raja Melayu

c)

Meningkatkan hasil pendapatan negeri

d)

Sistem cukai lebih sistematik diperkenalkan

9.

Apakah tujuan Jawatankuasa Kerja dibentuk pada 25 Julai 1946?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Membentuk pertubuhan Melayu

c)

Mencadangkan Perlembagaan Rakyat

d)

Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

10.

Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Dasar penjajahan

b)

Sokongan pegawai British

c)

British mengalami kerugian

d)

Desakan Negara-Negara Komanwel

11.

Mengapakah penduduk terpaksa bergantung pada makanan seperti ubi kayu dan keledek semasa darurat?

a)

Kekurangan bekalan makanan

b)

Eksport beras dipertingkatakan

c)

Langkah pemakanan sihat

d)

Catuan bekalan makanan

12.

Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?

a)

Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

b)

Mewujudkan keadaan huru-hara

c)

Meningkatkan kestabilan ekonomi negara

d)

Menyelesaikan pertelingkahan antara kaum

13.

Mengapakah sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?

a)

Melaksanakan pilihan raya

b)

Menghapuskan ancaman komunis

c)

Merangka Perlembagaan Tanah Melayu

d)

Melatih penduduk tempatan menerajui kerajaan

14.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Asas berkerajaan sendiri

b)

Memperoleh suara rakyat

c)

Membentuk perpaduan kaum

d)

Meningkatkan ekonomi

15.

Jawatankuasa Pilihan Raya telah terbentuk pada 1 Februari 1954. Apakah tugas jawatankuasa tersebut?

a)

Menetapkan manifesto parti

b)

Mengkaji hal ehwal pilihan raya

c)

Memilih calon yang akan bertanding

d)

Menentukan persempadanan pilihan raya

16.

Apakah matlamat utama rundingan London?

a)

Mewujudkan kerjasama dengan British

b)

Menyusun strategi pertahanan ketenteraan

c)

Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Mengumumkan keputusan pilihan raya umum

17.

Apakah isu penting dalam memorandum yang dinamakan Testament Amanah Politik Perikatan sehingga menimbulkan perbezaan pendapat dalam Parti Perikatan?

a)

isu pendidikan

b)

isu pentadbiran

c)

Isu kewarganegaraan

d)

Isu keistimewaan orang Melayu

18.

Apakah maksud kemerdekaan menurut Kamus Dewan?

a)

Bebas daripada naungan

b)

Bebas daripada penjajahan

c)

Bebas daripada cengkaman

d)

Bebas daripada penderitaan

19.

Apakah kepentingan pemasyhuran kemerdekaan kepada negara kita?

a)

Kejayaan

b)

Kedaulatan

c)

Kesejahteraan

d)

Kegemilangan

20.

Idea kemunculan negara bangsa muncul selepas berlakunya Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis. Apakah jenis kedaulatan tersebut?

a)

Kedaulatan Moden

b)

Kedaulatan Tradisional

c)

kedaulatan Antarabangsa

d)

Kedaulatan Undang-Undang

21.

Apakah maksud Raja Berperlembagaan dalam pemerintahan beraja di negara kita?

a)

Pemerintahan mengikut kawalan Institusi Beraja

b)

Pemerintahan mengikut nasihat Majlis Raja-Raja

c)

Pemerintahan mengikut kuasa Kerajaan Persekutuan

d)

Pemerintahan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan

22.

Perpaduan penting dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara. Apakah peranan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum?

a)

Menunjukkan taat setia

b)

Menghayati prinsip Rukun Negara

c)

Menggunakan bahasa kebangsaan

d)

Mempertahankan kemakmuran ekonomi

23.

Apakah kepentingan negara kita menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain?

a)

meningkatkan imej negara

b)

Mengiktiraf peranan negara

c)

memupuk semangat setia kawan

d)

Mempertahankan kedaulatan negara

24.

Apakah mesyuarat Majlis Negeri yang menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara?

a)

Majlis Negeri Kedah

b)

Majlis Negeri Perak

c)

Majlis Negeri Pahang

d)

Majlis Negeri Selangor

25.

British memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai Charter of Justice untuk melindungi penduduk asal. Apakah bentuk perlindungan tersebut?

a)

Penindasan

b)

Peperangan

c)

Keselamatan

d)

Pemberontakan

26.

Apakah ciri tradisional dalam perlembagaan negara?

a)

Agama islam

b)

Bahasa Melayu

c)

Kewarganegaraan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen

27.

Apakah peranan Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan?

a)

Menubuhkan mahkamah di Sarawak dan Sabah

b)

Menggubal undang-undang di Sarawak dan Sabah

c)

Menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

d)

Memelihara kebajikan bumiputera Sarawak dan Sabah

28.

Apakah bukti yang menunjukkan kewibawaan pemerintahan beraja?

a)

Pemerintahan kesultanan

b)

Pemerintahan secara mutlak

c)

Pemerintahan berperlembagaan

d)

Pemerintahan bercorak autokratik

29.

Apakah fungsi Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan?

a)

Melantik menteri kabinet

b)

Menentukan pemilihan sultan

c)

Memastikan pilihanraya diadakan

d)

Menjadi Lembaga Pengampunan kes tertentu

30.

Perkara 32 dalam perlembagaan persekutuan menyatakan tentang ketua utama bagi persekutuan. Siapakah ketua utama tersebut?

a)

Ketua Menteri

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di-Pertuan Negeri

d)

Yang di-Pertuan Agong

31.

Mengapakah sistem pemerintahan beraja dikatakan mampu mengimbangi pemerintahan demokrasi?

a)

Raja adalah ketua negara

b)

Raja mempunyai kuasa mutlak

c)

Raja berkecuali dalam hal politik

d)

Raja merupakan pemerintah tertinggi

32.

Apakah yang anda faham tentang maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan yang seragam

b)

Pemerintahan beberapa daerah

c)

Penyatuan beberapa buah daerah

d)

Penyatuan beberapa buah negeri

33.

Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Persekutuan. Pernyataan manakah yang terkandung dala Senarai Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Pertahanan

c)

Penjajahan

d)

Undnag-Undang Islam

34.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerjasama sosioekonomi tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ. Apakah tumpuan utama pembangunan In-Situ?

a)

Menekankan pembangunan insan

b)

menekankan pembangunan fizikal

c)

menekankan pembangunan pendidikan

d)

Menekankan pembangunan kendiri

35.

Apakah prinsip yang sesuai dalam Rukun Negara untuk menerangkan tentang kekukuhan sistem Persekutuan?

a)

keluhuran perlembagaan

b)

Kesopanan dan kesusilaan

c)

kedaulatan undang-undang

d)

Kesetiaan kepada raja dan negara

36.

mengapakah Lord Brassey mencadangkan gabungan wilayah supaya menjadi jajahan yang besar?

a)

Faktor keselamatan

b)

Mengukuhkan imej

c)

Masalah kewangan

d)

Potensi ekonomi

37.

Apakah kandungan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap kepada wartawan asing di hotel Adelphi Singapura pada 27 mei 1961?

a)

Pindaan perlembagaan

b)

Kerjasama ekonomi serantau

c)

Cadangan pembentukan Malaysia

d)

Berakhir ancaman komunis di Tanah Melayu

38.
  • # 18 Perkara bagi Sarawak

  • # 20 Perkara bagi Sabah

Apakah kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah untuk mengendalikannya?

a)

Imigresen

b)

Pendidikan

c)

Kewangan

d)

Pertahanan

39.

Apakah prinsip utama Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada Julai 1963 terhadap semua negeri yang terlibat dalam perjanjian tersebut?

a)

Keadilan ekonomi

b)

Jaminan keselamatan

c)

Mengiktiraf hak yang sama

d)

Pembangunan dan integrasi

40.

Apakah kemuncak krisis Balkan yang menjadi pencetus utama berlakunya Perang Dunia Pertama?

a)

Pembunuhan Archduke Ferdinand

b)

Penggubalan undang-undang tanah

c)

Krisis ekonomi yang membebankan

d)

Kuasa mutlak raja dikembalikan di Serbia