Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HARUN QUIZ SEJARAH T4 B1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada kesultanan melayu melaka.

a)

Srivijaya

b)

Majapahit

c)

Johor-Riau

d)

Kedah Tua

2.

Berikut merupakan ciri ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu kecuali

a)

Raja

b)

Undang-undang

c)

wilayah pengaruh

d)

Lambang kebesaran

3.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman kesultanan Melayu Melaka

a)

Sistem pembesar berpusat

b)

Sistem pembesar empat lipatan

c)

Sistem pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem pembesar enam belas lipatan

4.

Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah kepada para pembesar berempat. Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai?

a)

Kawasan jajahan

b)

wilayah naungan

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan raja

5.

Diantara berikut, yang manakah bukan pembesar berempat.

a)

Bendahara

b)

Bendahari

c)

Temenggung

d)

Laksamana

6.

Sewaktu ketiadaan sultan, siapakah yang akan berperanan menjadi pemangku Sultan.

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

7.

Siapakah pembesar yang bertanggungjawab menjaga hukum kanun Melaka dan keselamatan di darat.

a)

Laksamana

b)

Temenggung

c)

Penghulu Bendahari

d)

Syahbandar

8.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti ist nobat dan adat istiadat. Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut.

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Membuktikan kedaulatan Raja

c)

Menggambarkan kemewahan Raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

9.

Berdasarkan Sejarah Melayu, terdapat Waadat antara Sang Sapurba dengan Sang Demang Lebar Daun. Apakah yang dimaksudkan dengan Waadat?

a)

Sumpah

b)

Pertalian

c)

Perjanjian

d)

Perlatikan

10.

Jika seseorang rakyat menderhaka kepada raja, dia dipercayai akan ditimpa kecelakaan. Apakah konsep kepercayaan tersebut.

a)

Daulat

b)

tulah

c)

Karma

d)

dewaraja

11.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

12.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

13.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

14.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

18.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

19.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

20.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

21.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

22.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

23.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

24.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

25.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

26.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

28.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

29.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

30.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

31.

BERIKUT MERUPAKAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA KECUALI

a)

KERAJAAN FUNAN

b)

KERAJAAN CHAMPA

c)

KERAJAAN SRIVIJAYA

d)

KERAJAAN AMBON

32.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA IALAH RAJA, WILAYAH PENGARUH, RAKYAT DAN....

a)

PERLEMBAGAAN

b)

UNDANG-UNDANG

c)

AKTA

d)

ORDINAN

33.

BERIKUT MERUPAKAN LAMBANG KEBESARAN KESULTANAN MELAYU MELAKA KECUALI

a)

NOBAT

b)

PAYUNG

c)

WARNA

d)

ADAT ISTIADAT

34.

SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DIKENALI SEBAGAI

a)

DEMOKRASI

b)

MONARKI

c)

PEMBESAR EMPAT LIPATAN

d)

REPUBLIK

35.

PEMBESAR MELAKA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA PENTADBIR DAN KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA IALAH

a)

BENDAHARA

b)

PENGHULU BENDAHARI

c)

LAKSAMANA

d)

TEMENGGUNG

36.

KESULTANAN MELAYU MELAKA MEMPUNYAI DUA UNDANG-UNDANG YANG BERASASKAN SYARIAH DAN HUKUM ADAT IAITU HUKUM KANUN MELAKA DAN

a)

UNDANG-UNDANG MELAKA

b)

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

c)

UNDANG-UNDANG MANU

d)

UNDANG-UNDANG 99 MELAKA

37.

BERIKAN MAKSUD WAADAT

a)

AKU JANJI

b)

ANGKAT SUMPAH

c)

PERJANJIAN

d)

AKAD NIKAH

38.

MASYARAKAT DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA TERBAHAGI KEPADA DUA, IAITU

a)

GOLONGAN RAJA DAN BANGSAWAN

b)

GOLONGAN ATASAN DAN BAWAHAN

c)

GOLONGAN PEMERINTAH DAN DIPERINTAH

d)

GOLONGAN DIRAJA DAN MARHAEN

39.

MENGAPAKAH RAKYAT ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA TIDAK AKAN MENDERHAKA KEPADA SULTAN?

a)

SANGAT MENYAYANGI SULTAN

b)

MENERIMA SARA HIDUP DARIPADA SULTAN

c)

SULTAN MEMERINTAH DENGAN ZALIM

d)

TAKUT DITIMPA TULAH

40.

WILAYAH TAKLUKAN IALAH WILAYAH YANG DIPEROLEH MELALUI

a)

PEPERANGAN

b)

PERJANJIAN

c)

PEMBERIAN HADIAH

d)

PENJAJAHAN