NEW
Font size
WorksheetsPerealisasian Item Bersama MARA
Total questions: 20
Worksheet time: 17mins
Apakah matlamat pentaksiran?
Menjamin kualiti pendidikan negara.
Mendapat maklumat tentang prestasi murid.
Supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Memastikan konteks pendidikan sesuai dengan pencapaian murid.
Antara yang berikut yang manakah bukan cara mentaksir yang sesuai.
Melalui pemerhatian
Menyediakan kertas soalan
Menjalankan kerja kursus dan amali
Melaksanakan kaedah persembahan dan bercerita
Semua yang berikut ialah rukun pentaksiran kecuali
Murid
Pemeriksa
Kertas soalan
Dewan peperiksaan
Apakah konstruk yang sesuai bagi gambar di atas?
Pengetahuan
Kefahaman
Kemahiran Aplikasi
Penilaian
Menerangkan tema bagi novel "Merong Mahawangsa". Apakah konstruk yang sesuai bagi tugasan di atas?
Pengetahuan
Kefahaman
Kemahiran
Nilai
Item yang manakah menggunakan kata tugas konstruk pengetahuan?
Senaraikan Rukun Islam.
Huraikan mukjizat Nabi Muhamad SAW.
Bagaimanakah Rukun Islam dapat melahirkan mukmin yang soleh?
Bezakan antara Rukun Islam dan Rukun Iman.
Antara yang berikut, ciri yang manakah sesuai untuk membina item respons terhad?
Kepelbagaian bentuk dan respons pelajar.
Skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan.
Melibatkan konstruk pengetahuan dan pemahaman sahaja.
Mempunyai kaitan antara satu item dengan item yang lain.
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang stimulus?
Maklumat yang berbentuk teks atau grafik.
Senarai cadangan jawapan atau penyelesaian.
Pernyataan yang diperlukan untuk menjawab item.
Pengganggu yang menarik perhatian calon untuk menjawab.
Bloom membahagikan konstruk kefahaman kepada tiga kemahiran kognitif.
Berikut ialah kemahiran tersebut kecuali
Penterjemahan
Interpretasi
Ekstrapolasi
Analisis
Distraktor ialah
maklumat yang menjadi fokus kepada situasi tugasan.
maklumat yang diperlukan untuk menjawab item.
pilihan jawapan yang bukan jawapan.
pilihan jawapan yang terbaik.
Apakah panduan untuk mengenal pasti konstruk bagi sesuatu mata pelajaran?
Buku teks
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektif pengajaran dan pembelajaran
Objektif mata pelajaran yang terkandung di dalam DSKP
Item di bawah ialah jenis item subjektif:
"Bincangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini."
Apakah kekuatan jenis item tersebut?
Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk menskor.
Kehendak soalan boleh difokuskan kepada sesuatu yang spesifik.
Mampu menguji kebolehan murid membuat pertimbangan dan penilaian.
Peraturan pemarkahan disediakan bersama dengan item yang dibina.
Ciri item objektif jenis mengemukakan respons ialah murid
boleh memberi jawapannya sendiri.
memberi lebih daripada satu jawapan.
memilih satu daripada pelbagai bentuk pilihan jawapan.
memilih jawapan yang betul daripada beberapa pilihan jawapan.
Semua yang berikut merupakan kekuatan ujian objektif kecuali
mampu meliputi skop yang luas.
calon dapat mengemukakan idea sendiri.
skor dapat dilakukan dengan cepat.
masa digunakan dengan efisyen.
Antara yang berikut yang manakah jenis item subjektif?
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah jenis item yang sesuai untuk penskoran secara holistik?
Respons terbuka
Respons terhad
Jawapan pendek
Berstruktur
Antara yang berikut yang manakah merupakan kelebihan item respons terbuka?
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara yang berikut yang manakah bukan fungsi kata tugas?
Membezakan antara item objektif dengan item subjektif.
Menentukan peraturan pemarkahan dan skema penskoran.
Memberi gambaran kepada murid untuk mengemukakan respons.
Menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh pembina soalan.
"Senaraikan tiga langkah prosedur penilaian item." [3 markah]
Apakah kaedah pemarkahan yang paling sesuai untuk item di atas?
Analitik
Holistik
Ruberik
Laporan
“Ceritakan pengalaman anda bermain sepak takraw di sekolah”
Setelah melalui proses penilaian item, mengapakah item ini tidak diterima?
Tidak akur peluang
Konstruk tidak jelas
Tidak mempunyai kata tugas
Tidak menepati aras kesukaran
