Font size
WorksheetsSINTAKSIS STPM SEM 2
Total questions: 84
Worksheet time: 57mins
Yang manakah benar tentang klausa?
Unsur bahasa yang paling kecil
Sesetengahnya mengandungi subjek dan predikat
Tidak dapat berfungsi sebagai ayat
Terdiri daripada ayat penyata sahaja
Mereka kesiangan kerana tidur lewat malam tadi.
Berdasarkan ayat di atas, klausa tak bebas ialah
Mereka kesiangan
tidur lewat malam tadi
Mereka kesiangan kerana tidur lewat
kerana tidur lewat malam tadi
Oleh sebab mereka terlalu penat, semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian.
Yang manakah klausa utama dalam ayat di atas?
mereka terlalu penat
Oleh sebab mereka terlalu penat
semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian
semua peserta itu terlalu penat
Apakah maksud "klausa bebas"?
Klausa yang dapat berfungsi sebagai ayat
Klausa yang memerlukan klausa lain
Klausa yang ditambahkan sebagai keterangan
Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri
Yang manakah ciri klausa tak bebas?
Mengandungi subjek dan predikat
Tidak dapat diujarkan dengan intonasi yang sempurna
Dapat membawa makna secara sendiri
Hadir sebelum klausa bebas dalam ayat susunan biasa
Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas itu dikenali juga sebagai
klausa kecil
klausa utama
klausa keterangan
klausa komplemen
Antara yang berikut, yang manakah merupakan klausa bebas?
baru sampai di situ
kerana bertolak lewat
dia baru sampai di situ
baru sampai di situ kerana bertolak lewat
Ayat yang manakah mengandungi klausa tak bebas yang berfungsi sebagai subjek?
Kami belum makan kerana masih kenyang.
Yang sudah terjadi biarkanlah berlalu.
Adiknya menyatakan bahawa ibunya sedang sakit.
Mereka bertegas bahawa mereka tidak bersalah.
Dalam ayat yang berikut, semua klausa tak bebas berfungsi sebagai keterangan, KECUALI
Dia sangat takut kerana telah melakukan kesilapan.
Mereka masih menunggu kalau-kalau dia dapat datang.
Dua beradik itu kebingungan oleh sebab tidak memahami hal yang berlaku.
Beberapa pihak mencadangkan supaya mereka menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Yang manakah ayat yang mengandungi klausa sebagai objek?
Yang berdiri itu bakal isterinya.
Dia memberitahu bahawa keadaan terkawal.
Bangunan yang terletak di tebing sungai itu runtuh.
Mereka bercadang untuk memulakan syarikat baharu.
Ayat yang manakah yang mengandungi dua klausa bebas?
Hasnah tidak datang kerana masih demam.
Mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.
Adiknya sangat peramah tetapi abangnya suka bersendiri.
Dia berharap agar keadaan sedemikian tidak berulang lagi.
Untuk kami menyelesaikan hal itu tidaklah mudah.
Apakah fungsi klausa dalam ayat di atas?
Pelengkap
Penerang
Predikat
Subjek
Yang manakah ciri klausa?
Mempunyai intonasi
Ada yang boleh berdiri sendiri
Tidak berpotensi untuk menjadi ayat
Menduduki tempat teratas dalam hierarki tatabahasa
Apakah persamaan antara klausa dengan ayat?
Kedua-dunaya mempunyai intonasi.
Kedua-duanya terdiri daripada klausa bebas.
Kedua-duanya mempunyai subjek dan predikat.
Kedua-duanya diberikan noktah dalam penulisan.
Yang manakah termasuk dalam kategori klausa bebas?
Klausa kecil
Klausa utama
Klausa komplemen
Klausa keterangan
Jenis susunan konstituen ayat terdiri daripada
I Susunan biasa
II Susunan aktif
III Susunan pasif
IV Susunan songsang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat susunan songsang terdiri daripada jenis
I songsang seluruh subjek
II songsang seluruh predikat
III songsang sebahagian daripada subjek
IV songsang sebahagian daripada predikat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ayat yang manakah bersusunan biasa?
Bersawah padi sudah tidak digemari anak-anak muda.
Sudah bertahun-tahun kami tidak menziarahi keluarga di kampung.
Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kedua-dua pihak tidak berpuas hati.
Sangat gembira Johari dan Nathan kerana dapat bertemu semula setelah 30 tahun berpisah.
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan?
Dari seberang laut barang itu agaknya.
Masih ada pada saya buku karangan itu.
Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan.
Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam.
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata kerja dengan objek?
I Menangis dia semalam kerana dimarahi ibu.
II Menyihatkan badannya, program yang disertainya itu.
III Menyusuri pantai perahu-perahu nelayan kampung itu.
IV Menjadi genting perselisihan kedua-dua orang rakan itu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang terdiri daripada ayat susunan songsang?
Adik membacakan nenek surat itu.
Rumah penginapan itu telah kami uruskan.
Pemuda itu telah mendapat rawatan di klinik.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan di gerai itu.
Ayat yang manakah BUKAN ayat susunan songsang?
Bilakah pelancong dari Jepun akan sampai?
Rajin sungguh pembantu rumah Hajah Sepiah itu.
Adik bongsunya penulis novel remaja yang popular.
Pada bulan hadapan, majikan mereka akan menghadiri kursus.
Yang manakah ayat susunan biasa?
Kematian anak bongsu wanita itu.
Memang tertutup pintu itu sejak tadi.
Semalam remaja itu kena saman di Paka.
Hasrat ibu untuk ke Mekah tertunai juga akhirnya.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat susunan songsang sebahagian daripada predikat?
Telah berkahwin pada tahun lalu atlet terkenal itu.
Atlet terkenal itu telah berkahwin pada tahun lalu.
Pada tahun lalu atlet terkenal itu telah berkahwin.
Pada tahun lalu telah berkahwin atlet terkenal itu,
Yang manakah ayat susunan songsang?
I Nama kakak sulung awak siapa?
II Saya tendang bola itu sekuat hati.
III Orang muda itukah pengurus syarikat itu?
IV Budak itu sedang duduk di belakang saya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah BUKAN ayat yang mengalami proses pendepanan sebahagian daripada predikat?
I Sudah basi gulai ikan patin itu.
II Dengan kayu dia menongkat basikalnya.
III Masih belum berbuah lagi pokok mangga itu.
IV Kena pukul pekerja itu di tapak pembinaan semalam.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?
Belum bertunang lagi dua sejoli itu.
Sudah besar anak teruna Puan Hasmah.
Akan berkunjung ke sini pembantu menteri itu.
Masih tenggelam kampung yang dilanda banjir besar itu.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif yang bersusunan songsang?
Sudah menguning padi malinja di sawah datuk.
Melompat-lompat budak-budak itu mendapat cokelat.
Menanam kacang panjang Pak Mahat di belakang rumah.
Membesar dengan cepatnya pokok yang ditanam di tepi longkang itu.
Yang manakah ayat pasif yang bersusunan songsang?
Belum berbasuh lagi baju batik ayah.
Kucing yang manja itu dikejar anjing liar.
Berdebar-debar dadanya menunggu keputusan STPM.
Bakul yang berisi buah durian itu telah saya simpan di dalam stor.
Predikat (FS) + Subjek (FN) + Predikat (Keterangan)
Struktur di atas digunakan untuk membina ayat
susunan biasa
susunan songsang seluruh predikat
susunan biasa dan susunan songsang
susunan songsang sebahagian daripada predikat
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?
Sungguh besar rumah orang kaya itu.
Masih sihat pengetua sekolah kami dahulu.
Rajin murid kelas itu ketika hendak menghadapi ujian.
Amat merdu sekali penyanyi itu mengalunkan lagu lama.
Ayat yang berikut mengalami pendepanan kata kerja dengan objek, KECUALI
Membuat sarang burung itu di atas pokok.
Terpijak kaca botol yang pecah kaki Pak Ghani.
Bermain bola keranjang budak-budak itu sekarang.
Membersihkan kawasan padang pekerja-pekerja itu.
Ayat tanya yang manakah menggunakan susunan biasa?
Mahukah kamu pergi ke situ?
Mengapakah dia tidak mahu makan?
Dia tidak mahu makan mengapa?
Berapa ringgitkah harga barang itu?
Berehat mereka di situ tadi.
Ayat di atas mengalami pendepanan
kata kerja sahaja
kata bantu dengan kata kerja
kata kerja dengan kata objek
kata kerja dengan kata bantu
Ayat yang manakah yang tidak mengalami penyongsangan?
Menolong orang susah amalan mulia.
Terbakar pokok itu kerana dipanah petir.
Berlari-lari mereka apabila melihat datuk datang.
Sungguh rumit sekali masalah yang ditanggungnya.
Pernyataakn yang manakah yang benar tentang konsep ayat dalam bahasa Melayu?
I. Hanya terdiri daripada dua perkataan atau dua frasa
II. Tidak mengutamakan makna yang tepat dalam ayat
III. pengujarannya bermula dan berakhir dengan kesenyapan
IV unit bahasa yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengutamakan subjek asalnya sebagai judul?
Usaha untuk memajukan perniagaan itu akan saya teruskan.
Novel yang sedang dibaca oleh Aliya itu sangat menarik jalan ceritanya.
Semenjak peninggalan ayahnya, segala urusan keluarga menjadi tugasnya.
Walaupun uzur, dia cuba menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pegawainya.
Yang manakah ayat yang tidak menepati pola FN+FK?
Artis terkenal itu tiba sangat lambat.
Abang ketawa apabila diusik oleh ayah.
Pakaian yang dipakai pelajar itu berwarna biru.
Mereka kepenatan setelah menjalani aktiviti lasak itu.
Yang manakah ayat yang berikut mengalami pendepanan predikat?
Datuk Ong Kim Swee jurulatih bola sepak kebangsaan.
Sopan sungguh perangai anak penceramah motivasi itu.
Pegawai itu bertolak ke pejabatnya seawalnya jam 7.00 pagi.
Amalan beriadah dapat memberikan kesejahteraan kepada kita.
Yang manakah ayat yang mengalami pengguguran?
I. Lelaki yang memakai tali leher itu abang saya.
II. Dia sangat pandai dalam mata pelajaran Matematik.
III. Abang tidak lagi bermain bola di padang sekolah itu.
IV. Kami menyokong tetapi mereka membantah cadangan itu.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah ayat yang menunjukkan binaan ayat pasif yang betul?
Kertas kerja itu telah disiapkan oleh saya.
Yuran PIBG sudah bapa berikan kepada abang semalam.
Kami ternampak seekor harimau kumbang di hutan itu.
Perkara itu akan dikaji oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan segera.
Yang manakah ayat yang betul dari segi binaannya?
Abangnya adalah arikitek di sebuah syarikat multinasional.
Pemberita itu mahu menulis tentang keadaan mangsa kebakaran.
Para pelajar pelbagai kaum mempersembahkan tarian kebudayaan masing-masing.
Semua penduduk kampung itu mengetahui yang acara gotong-royong itu dibatalkan.
Yang manakah ayat yang subjeknya terdiri daripada kata kerja?
Hasil kerjanya sungguh hebat.
Anak soleh idaman setiap ibu bapa.
Persembahan konsert artis itu mendapat sambutan hangat.
Mengarang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Yang manakah ayat yang menunjukkan pembinaan ayat pasif yang betul?
Mereka terkejut dengan berita pengeboman itu.
Pak Yusof berniaga roti canai di Restoran Ali Maju.
Bangunan pencakar langit itu pekerja tempatan bina.
Semak-samun itu telah dibersihkan penduduk kampung.
Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan predikat yang terdiri daripada kata kerja yang objek?
Berdemontrasi pekerja-pekerja syarikat itu pagi tadi.
Belum pernah melawat pegawai-pegawai itu ke situ.
Terlanggar penghadang jalan kereta itu pagi semalam.
Rombongan pelawat itu masih belum tiba sehingga sekarang.
Yang manakah ayat larangan?
Mohon berikan penjelasan.
Harap jangan membuat bising.
Jangan berhenti sebelum diberitahu.
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh.
Yang manakah ayat dasar?
Anaknya sedang menangis di dalam bilik.
Sawah padi itu sedang menguning.
Borang permohonan itu diisi oleh bapa pelajar.
Pelajar-pelajar universiti yang baru mendaftar itu kelihatan ceria.
Semua ayat di bawah ini ialah ayat tanpa kata tanya, kecuali
Yang pergi ke luar negara itu beliau?
Artis terkenal itu berkahwin ini dengan siapa?
Sekarang jugakah mereka ingin mengetahui puncanya?
Besar sangatkah projek yang diusahakan oleh usahawan itu?
Para pemimpin negara maju itu.
Unsur yang membina frasa nama di atas ialah
Inti + penerang 1 + penerang 2 + penentu belakang
Inti + inti + inti + penerang kata kerja +penentu belakang
Inti + penerang + penerang + penerang + penentu belakang
Inti 1 + inti 2 + penerang 1 + penerang 2 + penentu belakang
Padanan yang manakah yang betul antara jenis ayat dengan contohnya?
Ayat silaan:
Harap datang ke pejabat saya petang ini.
Ayat permintaan:
Mintalah baik-baik barang itu daripadanya.
Ayat larangan:
Usahlah diungkit peristiwa yang lalu.
Ayat suruhan:
Jemputlah datang ke majlis perkahwinan anak saya.
FN + FN
ayat yang manakah yang menepati pola di atas?
I Kereta mewah milik usahawan itu sangat mahal.
II. Kecantikan model pakaian muslimah itu kecantikan semula jadi.
III. Bunga-bungaan segar ini untuk program pesta flora peringkat negeri.
IV. Novel "Pemburu Mimpi" merupakan tulisan novelis Ramlee Awang Murshid.
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Para pemimpin negara berharap agar rakyat dapat menerima pelaksaan rasionalisasi subsidi.
Pola subjek dan predikat di atas ialah
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Seorang atlet negara yang mengungguli acara lari jarak jauh dalam Sukan SEA muncul sebagai Olahragawan Terbaik sukan tersebut.
Binaan frasa nama subjek ayat di atas mengandungi
dua frasa nama
satu frasa nama
tiga frasa nama
enam frasa nama
Yang manakah ayat tanya tertutup?
I. Dari manakah awak mengetahui berita itu?
II. Wanita bertudung biru itu isteri wakil rakyat?
III. Yang diberitahu oleh guru kepada pelajar itu apa?
IV. Ke Muzium Negarakah destinasi para pelancong itu?
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Yang manakah ayat perintah yang betul binaannya?
I. Tak perlu kautolong aku lagi.
II. Abang, cepatlah siapkan kerja itu.
III. Tolong jangan berniaga di kawasan siar kaki ini.
IV. Datanglah ke pameran hartanah itu pada hujung minggu ini.
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Yang manakah yang merupakan ayat komplemen frasa kerja?
I. Agak susah untuk saya menerangkan perkara yang rumit ini kepada ibu.
II. Beliau berpendapat bahawa isu kenaikan tarif elektrik itu dapat diselesaikan.
III. Hasil penyelidikannya itu dapat membantu masalah alam sekitar.
IV. Para siswazah sangat sedar bahawa mereka harus mencipta pekerjaan dalam bidang perniagaan.
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Yang manakah ayat yang mengalami pengguguran?
Pengantin perempuan itu memakai baju kebaya yang berwarna biru laut.
Kerajaan menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan lagi pada bulan hadapan.
Konsultan dan pegawai pendidikan menggubal dasar penting pelan pendidikan negara.
Jika berjaya permohonannya untuk melanjutkan pelajaran, dia akan berpindah ke luar negara.
Kakitangan bawahan syarikat itu tidak perlu hadir mesyuarat.
Subjek ayat di atas mengandungi binaan
inti + inti
inti + penerang bukan nama
Inti + penerang penentu hadapan
Inti + penerang + penentu belakang
Perkataan ini tergolong sebagai kata kerja tetapi membawa makna kata adjektif. Perkataan ini dapat menerima kata penguat di hadapan atau di belakangnya. Frasa nama yang mengikuti perkataan ini boleh digugurkan.
pernyataan di atas adalah tentang ayat
Mesin yang diimport itu merawat sisa-sisa kumbahan.
Peristiwa yang berlaku tempoh hari sangat menakutkan pelajar itu.
Ledakan meriam di medan tempur itu mengacau-bilaukan keadaan.
Kumpulan pelancong itu menghayati keindahan bangunan bersejarah itu.
Pilih padanan bagi ayat dasar dan ayat tunggal yang betul.
Ayat Dasar:
Ke Pulau Pinang bapa saya pagi esok.
Ayat Tunggal:
Masih teguh lagi hubungan persahabatan mereka.
Ayat Dasar:
Bangunan di hadapan kedai itu roboh?
Ayat tunggal:
Anak kambing Pak Din dilanggar oleh sebuah kereta.
Ayat Dasar: Majalah itu dibeli oleh Aliya di pasar raya.
Ayat tunggal:
Wah, petah sungguh budak kecil itu berbicara.
Ayat dasar:
Abang menghadiahi adik komputer riba.
Ayat tunggal:
Dia masih belum dapat menyiapkan tugasannya.
Kebanyakan rakyat Malaysia menyakini bahawa polis di negara ini telah menjalankan tugas mereka dengan cekap.
ayat di atas ialah
ayat majmuk pancangan
ayat majmuk campuran
ayat majmuk komplemen
ayat majmuk pancangan relatif
Yang manakah ayat yang mengandungi keterangan yang boleh digugurkan?
I Penyakitnya beransur pulij.
II Mereka akan balik ke kampung.
III Perniagaannya bertambah maju.
IV Air sungai itu mengalir tenang ke hilir.
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Saya usahakan perniagaan itu walaupun berdepan dengan pelbagai cabran.
ayat di atas ialah
ayat aktif songsang
ayat pasif songsang
ayat aktif biasa
ayat pasif biasa
Yang manakah ayat yang tidak dapat dipasifkan?
Jururawat itu memberikan ubat kepada pesakit.
Kapal mewah dari Sweden berlabuh di Pulau Langkawi.
Chef Ismail memasakkan tetamunya hidangan dari Timur Tengah.
Pemimpin itu menyeru rakyat supaya berhemat semasa berbelanja.
Pilih ayat yang bentuk binaannya betul.
Mak Limah memberikan ayamnya dedak.
Sukan lasak menjadi aktiviti kegemaran remaja masa ini.
Rumah agam yang terletak di puncak bukit itu tercantik sekali.
Hakim menjatuhi hukuman penjara 15 tahun kepada penjenayah itu.
Kata bantu aspek + kata bantu ragam + kata kerja transitif + objek
yang manakah frasa yang menepati binaan di atas?
I. Harus telah menjalani ujian itu.
II. Mesti telah menghadiri majlis itu.
III. Akan dapat menyiapkan projek itu.
IV. Belum boleh menjalankan tugasnya.
I dan II
II dan III
I dan III
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi keterangan cara?
Pemuda itu sentiasa bekerja keras untuk mencapai kejayaan.
Budak itu telah kehilangan dua batang giginya lantaran terjatuh ke dalam longkang.
Demi menjimatkan perbelanjaan kerajaan, Perdana Menteri memotong elaun anggota kabinet.
Dengan memberanikan diri, pemuda itu nekad untuk melawan penjenayah yang bersenjata itu.
Yang manakah ayat pasif kata ganti nama diri orang pertama?
Tidak terjawab oleh saya soalan kuiz itu.
Basikal itu dibeli untuk adik saya yang masih kecil.
Semasa kecil, anak arnab itu kami pelihara bersama-sama.
Wang itu jangan kamu habiskan untuk perkara yang tidak penting.
Yang manakah ayat yang mengalami proses penyongsangan?
Tidak hidup susah lagi Kamal.
Pemain import bola sepak itu dari Afrika Selatan.
Pesakit itu terlantar di hospital sejak sekian lama.
Jam tangan berjenama itu untuk ibu yang tersayang.
Artis remaja yang baru menempa nama itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Frasa nama bagi ayat di atas ialah
I. diminati
II. artis remaja
III. baru menempa nama itu
IV. pelbagai lapisan masyarakat
I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV
Yang manakah ayat majmuk keterangan?
Amat sulit untuk beliau maju semula.
Untuk dia menyelesaikan masalah itu mustahil sekali.
Untuk mencapai kejayaan kita mestilah rajin berusaha.
Senang sangat untuk gadis itu mempercayai orang lain.
Yang manakah ayat yang mengandungi dua objek?
Emak membelikan dua utas jam tangan berwarna biru kepada kakak.
Bapa membeli keperluan dapur cukup untuk keluarga selama sebulan.
Ibu saya membukakan ayah pintu sewaktu ayah pulang dari bekerja.
Orang kaya itu menjodohkan anak keduanya dengan lelaki pilihannya.
Pokok rambutan dan pokok durian yang terdapat di dusun itu ditanam oleh arwah datuk saya.
Jika ayat di atas diterbitkan dalam bentuk ayat aktif kata kerja transitif, subjek ayat di atas ialah
di dusun itu
pokok durian
pokok rambutan
arwah datuk saya
yang manakah ayat perintah yang berfungsi sebagai suruhan?
Sudilah rasa kek yang saya masak ini.
Jangan sentuh dinding yang baru dicat itu.
Massuk ke dalam bilik dan siapkan kerja rumah itu.
Tolong selesaikan bayaran bil ini dengan secepat mungkin.
Yang manakah ayat pasif kata ganti nama diri orang kedua yang betul binaannya?
Kamu siapkan kerja itu dengan baik sekali.
Buku saya telah dibeli oleh kamu pada pagi semalam.
Bayaran ansuran kereta bulan ini masih belum kaubayar.
Sampah sarap yang bertaburan di atas lantai kami belum kutip.
Yang manakah ayat majmuk keterangan?
Persembahan artis itu sungguh menarik dan menggembirakan penonton.
Setiap bulan dia pasti akan mendermakan wangnya ke rumah anak yatim.
Secara berdikit-dikit dia menyimpan wang untuk membeli rumah teres itu.
Ayah masih tidak dapat melupakan arwah ibu yang sudah meninggal dunia.
Pensyarah itu membuat penyelidikan. Pensyarah itu membentangkan hasil penyelidikannya.
Saya suka makan kacang. Ibu suka makan kacang.
Jika ayat digabungkan, ayat yang terhasil ialah ayat...
majmuk relatif
majmuk campuran
majmuk gabungan
majmuk keterangan
Usahawan itu membeli hartanah yang terletak di luar negara.
Penerang objek bagi ayat di atas ialah
usahawan itu
membeli hartanah
yang terletak di luar negara
usahawan itu membeli hartanah
Ahli politik yang sedang meningkat naik itu disegani oleh rakan dan lawan.
apakah jenis ayat majmuk di atas?
ayat majmuk relatif
ayat majmuk gabungan
ayat majmuk keterangan
ayat majmuk komplemen
klausa tak bebas dalam ayat pada soalan 45 berfungsi sebagai penerang kepada
kata kerja
predikat
adjektif
subjek
Mereka tahu. Beliau bijak. Beliau mementingkan diri.
Sekiranya kesemua ayat di atas digabungkan, ayat yang terhasil ialah ayat
majmuk relatif
majmuk campuran
majmuk keterangan
majmuk pancangan
Yang manakah ayat komplemen frasa adjektif?
Kami yakin bahawa dia belum pergi jauh dari sini.
Para pahlawan berjuang bermati-matian demi bangsa dan negara.
Wanita itu terpaksa menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada.
Pengetua itu memberitahu guru-guru bahawa keputusan peperiksaan STPM akan keluar esok.
Para pelajar itu menjuarai pertandingan debat kerana mereka gigih berlatih.
berapakah jumlah klausa dalam ayat di atas?
tiga klausa
empat klausa
lima klausa
enam klausa
Yang manakah ayat yang frasa kerjanya berfungsi sebagai subjek?
Sopan santun merupakan sifat rakyat Malaysia.
Kerap melepak di pusat beli-belah merupakan amalan yang buruk.
Kawasan pelancongan yang terbesar itu milik seorang usahawan tersohor.
Pembinaan banyak bangunan berdindingkan kaca boleh meningkatkan suhu.
