wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

simpulan bahasa dan peribahasa(2MTK)

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.

a)

harapkan pagar,pagar makan padi

b)

lain padang ,lain belalang

c)

bagai bumi dengan langit

d)

bagai cendawan tumbuh selepas hujang

2.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

3.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.

a)

mulut becok

b)

mulut murai

c)

mulut bocor

d)

banyak mulut

4.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

b)

bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

bermandi peluh

5.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

muafakat membawa berkat

b)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

c)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

d)

usaha tangga kejayaan

6.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai

a)

membaca jambatan ilmu

b)

semakin membaca bertambah ilmu didada

c)

ilmu pelita hati

d)

sikit-sikit lama- lama jadi bukit

7.

peribahasa apakah yang dikaitkan

a)

seperti telur dihujung tanduk

b)

pusing-pusing telur pecah sebijik

c)

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

d)

ibarat telur sepapan, pecah sebiji ,pecah semua

e)

ibarat telur sesangkak ,pecah sebiji ,pecah

8.

peribahasa apakah yamg dapat dikaitkan dengan gambar tersebut mengenai kerjasama dan muafakat

a)

bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat

b)

air dicincang tidak akan putus

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat

9.

cari simpulan bahasa bersesuaian gambar

a)

Batu api

b)

Batu gua

c)

Batu laut

d)

Batu batu

10.
Apakah maksud simpulan bahasa "tangkai jering"?
a)
orang yang kedekut
b)
orang yang berjimat-cermat
11.

Dia memang _______________________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.

a)

otak udang

b)

otak cair

c)

otak kecil

d)

otak mereng

12.

Ruben dimarahi oleh ibunya kerana ____________________ ketika bermain di luar rumah.

a)

keras kepala

b)

berkaki ayam

c)

hisab darah

d)

mandi peluh

13.

Herman yang ______________________ itu hanya duduk di tepi padang ketika rakan-rakannya bermain bola sepak.

a)

kaki bangkang

b)

kaki gaduh

c)

kaki papan

d)

kaki bangku

14.

Ravinash cepat menerima pengajaran guru kerana dia seorang yang __________________________ .

a)

otak udang

b)

otak cair

c)

telinga gajah

d)

telinga lintah

15.

Harga barang-barang di kedai runcit itu mahal dan __________ pula.

a)

paku belanda

b)

tangkai jering

c)

rambang mata

16.

Masri menjadikan kawannya sebagai __________ untuk mendapatkan kenaikan pangkat.

a)

jalan belakang

b)

batu api

c)

batu loncatan

17.

Janganlah membuat tuduhan secara __________ sebelum mendapat bukti yang kukuh.

a)

khabar angin

b)

bidan terjun

c)

serkap jarang

18.

Hakim itu menggunakan __________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.

a)

budi bicara

b)

budi pekerti

c)

budi bahasa

19.

Seluruh __________ itu telah pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Puasa.

a)

jantung hati

b)

isi rumah

c)

kaki botol

d)

kaki ayam

20.

Hakim seorang yang pendiam dan tidak mempunyai banyak kawan. Dia digelar

a)

panjang tangan

b)

bekas tangan

c)

kera sumbang

d)

buta huruf

21.

Kerajaan telah menyediakan kelas dewasa untuk warga tua yang

a)

buta hati

b)

cakap angin

c)

buta warna

d)

buta huruf

22.

Pengalaman hidup.

a)

akal kancil

b)

bintang terang

c)

asam garam

d)

bunga dedap

23.

Nampak bodoh tetapi sebenarnya tidak mudah ditipu.

a)

bodoh sepat

b)

bintang terang

c)

berpaling terang

d)

buah pena

24.

Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

a)

ada akal

b)

adu domba

c)

batu api

d)

anak dagang

25.

kacang hantu

a)

orang jahat

b)

orang yang ganas

c)

orang yang penakut

26.
Bagai murai......
a)
di atas pokok
b)
kehilangan bulu
c)
tercabut kepak
d)
dicabut ekor
27.
Berikan makna yang sesuai dengan peribahasa ini......
a)
Tikus tidak suka makan labu
b)
Perbuatan yang memburukkan lagi keadaan.
c)
Keadaan yang sudah tidak boleh dibantu lagi
d)
Perangai yang suka merosakkan benda,
28.

Pak Kassim sanggup melepaskan jawatan sebagai ketua kampung setelah dia mengetahui anaknya terlibat dengan masalah sosial kerana bagi beliau, __________.

a)

biar putih tulang, jangan putih mata

b)

biar mati anak, jangan mati adat

c)

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

d)

buang yang keruh, ambil yang jernih