NEW
Font size
WorksheetsSEJ T5_Q14_5 STEM_14 SEPTEMBER 2024
Total questions: 80
Worksheet time: 2hrs 40mins
Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada
I Kedaulatan
II Undang-undang
III Wilayah Pengaruh
IV Lambang kebesaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
2. Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?
A. Bendahara-Ketua Turus Angkatan Tentera
B. Syahbandar-Menjaga Keselamatan kota Melaka
C. Penghulu Bendahari-Mengutip Cukai di Pelabuhan
D. Laksamana-Mengekalkan Keamanan di kawasan pentadbiran
3. Bagaimanakah beliau memperjuangkan nasionalisme di Filipina?
A. Menyingkirkan pemerintahan Sepanyol
B. Mendesak Sepanyol melakukan perubahan
C. Menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
D. Memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi
4. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) merupakan antara institusi pendidikan yang berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa di negara kita.
Bagaimanakah institusi ini berperanan menyemarakkan nasionalisme?
A. Menghasilkan buku yang berkualiti
B. Menyuarakan hak mendapatkan pendidikan
C. Menyerap anak bangsawan dalam pentadbiran
D. Menuntut British memperbaik taraf hidup orang Melayu
5. Senarai berikut berkaitan dengan dua badan penyiasat yang diperkenalkan oleh British.
Jabatan Siasatan Jenayah
Biro Siasatan Politik
Mengapakah badan di atas diperkenalkan?
A Mengawal gerakan Islah Islamiah
B Menyiasat kegiatan jenayah dan politik
C Menyekat gerakan penentangan oleh penduduk tempatan
D Menguatkuasakan Enakmen undang-undang Islam 1904
6. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa serangan Amerika Syarikat terhadap Jepun
dalam Perang Dunia Kedua
6 Ogos 1945-Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima
9 Ogos 1945-Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki
Apakah kesan daripada peristiwa di atas?
A. Kemunculan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia
B. Serangan balas Jepun terhadap Amerika Syarikat
C. Peluasan kuasa Amerika Syarikat di rantau Asia
D. Perang Dunia Kedua berakhir
7. Bagaimanakah rakyat menentang Malayan Union?
I Mengadakan kongres Melayu
II Menghantar surat bantahan ke London
III Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England
IV Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. Mengapakah Sabah diserahkan kepada British selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua?
A. Melaksanakan dasar dekolonisasi
B. Menamatkan pemberontakan
C. Meneruskan dasar British
D. Masalah pewarisan takhta
9. Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Kelemahan pemerintahan British
B. Sokongan pentadbir British
C. Bantahan golongan radikal
D. Pengaruh serantau
10. Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British
Penduduk asal dari negeri Melayu.
Bagaimanakah kewarganegaraan tersebut diperoleh?
A. Permohonan
B. Pendaftaran
C. Naturalisasi
D. Kuatkuasa undang-undang
11. Idealogi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China.
Bagaimanakah ideologi tersebut dibawa masuk ke negara kita?
I Rumah ibadah
II Sekolah Cina
III Kesatuan sekerja
IV Memeterai perjanjian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
12 Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu?
A. Memperbaik taraf hidup
B. Melemahkan pergerakan komunis
C. Merancakkan pembangunan ekonomi
D. Memastikan kehidupan yang lebih selamat
13 Pilih pasangan yang betul tentang pembentukan Sistem Ahli pada tahun 1951.
A. Ahli Kesihatan-Lee Tiang Keng
B. Ahli Pelajaran-Dato’ Onn Jaafar
C. Ahli Pertanian dan Perhutanan-E.E.C Thuraisingham
D. Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri-Dato’ Nik Ahmad Kamil
14 Apakah syarat yang diberikan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan?
A. Melantik pemimpin parti politik
B. Mewujudkan kerjasama kaum
C. Mengamalkan demokrasi
D. Mengadakan pilihan raya
15 Mengapakah pilihan raya diadakan di negara kita pada tahun 1950-an?
A. Melantik Senator
B. Memilih wakil rakyat
C. Melantik ahli Dewan Negara
D. Memilih Yang di-Pertuan Agong
16 Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Kemerdekaan Tanah Melayu
II Sistem Ahli dimansuhkan
III Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
IV Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17 Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dikritik oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS)
Apakah isu yang menimbulkan kritikan tersebut?
A. ekonomi
B. pilihanraya
C. institusi beraja
D. kewarganegaraan
18 Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara kita.
Apakah kedudukan agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?
A. Tidak boleh diamalkan
B. Diamalkan secara tertutup
C. Bebas diamalkan secara aman
D. Setara dengan kedudukan agama Islam
19 Apakah persediaan Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?
I Membina stadium
II Mencipta lagu kebangsaan
III Menganjurkan kursus protokol
IV Menempah bendera Persekutuan Tanah Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20 Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara
Rancangan Buku Merah
kepentingan rancangan tersebut?
A. Projek kemudahan asas
B. Pembukaan tanah baharu
C. Pengenalan tanaman komersial
D. Pengeluaran makanan mencukupi
21 Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
I Mewujudkan kesejahteraan rakyat
II Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
III Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia
IV Mendapat pengiktirafan daripada negara lain
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
22 Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri negara berdaulat.
• Mempunyai rakyat
• Mempunyai sempadan
Apakah kepentingan ciri tersebut terhadap negara kita?
A. Melindungi tradisi rakyat
B. Memperkuat pasukan tentera
C. Mempunyai identiti tersendiri
D. Mengukuhkan kuasa mutlak raja
23. Maklumat berikut berkaitan undang-undang di Negeri-negeri Selat.
• Charter of Justice I – 1807
• Charter of Justice II – 1826
• Charter of Justice 1II – 1855
Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tersebut?
A. Kemasukan imigran
B. Pengenalan mata wang
C. Penubuhan mahkamah
D. Kemunculan bandar baharu
24. Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?
A. Pemerintahan beraja
B. Kewarganegaraan
C. Bahasa Melayu
D. Agama Islam
25. Apakah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan?
A. Mengisytiharkan darurat
B. Menjalankan pilihan raya
C. Melucutkan kewarganegaraan
D. Memilih Yang di-Pertuan Agong
26. Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.
Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.
Apakah peranan badan tersebut?
A. Mentafsir undang-undang
B. Menggubal undang-undang
C. Meluluskan sistem cukai baharu
D. Melaksanakan dasar-dasar negara
27. Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita.
1896 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1927 Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan
1946 Penubuhan Malayan Union
Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?
A. Menjamin kepentingan British
B. Menjalankan dasar dekolonisasi
C. Melaksanakan pengasingan kuasa
D. Mengukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu
28. Maklumat berikut berkaitan agensi Persekutuan.
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR)
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA)
Bagaimanakah agensi Persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan
sosioekonomi?
A. Memajukan industri desa
B. Memulihkan tanah terbiar
C. Memfokus pembinaan prasarana
D. Melaksanakan pembangunan wilayah baharu
29. Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak
British dan penduduk tempatan.
Apakah tujuan Sir Malcolm Mac Donald dan Sir Gerald Templer mencadangkan
penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara?
I Dekolonisasi
II Keselamatan
III Kebudayaan
IV Potensi ekonomi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
30. Pada 30 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar
konfrontasi terhadap Malaysia.
Mengapakah Indonesia bertindak demikian?
A. Kekuatan tentera
B. Hasil referendum rakyat
C. Mengancam kedudukan
D. Desakan antarabangsa
31. Cabaran politik di Sarawak menjadi cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.
Apakah faktor berlakunya cabaran tersebut?
I Hak sama rata
II Konflik perkauman
III Krisis perlembagaan
IV Ancaman keselamatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
32. Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu taraf hidup yang berbeza dalam Rancangan Malaysia Pertama?
A. Melancarkan program pembangunan
B. Mendapatkan khidmat nasihat PBBMengurangkan kadar kelahiran
C. Mengurangkan kadar kelahiran
D. Mengenakan catuan makanan
33. Mengapakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?
A. Mengekalkan sekolah vernakular
B. Memupuk perpaduan kaum
C. Menghalang pengaruh barat
D. Menerima desakan British
34. Apakah peristiwa yang mendorong kerajaan untuk membentuk Rukun Negara?
A. Rusuhan kaum
B. Ancaman komunis
C. Pemisahan Singapura
D. Konfrontasi Indonesia
35. Apakah tujuan Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Penswastaan?
A. Menyusun semula masyarakat
B. Membentuk masyarakat penyayang
C. Memberi kontrak kepada bumiputera
D. Meningkatkan produktiviti dan kualiti
36. Maklumat berikut berkaitan perkembangan industri kereta nasional.
Mengapakah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri tersebut?
PROTON (1983)
PERODUA (1993)
I Membuka peluang pekerjaan
II Meningkatkan pendapatan rakyat
III Menyekat kemasukan kereta import
IV Mengatasi masalah inflasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
37. Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara Komanwel?
A. Sidang Kemuncak Malaysia
B. Perjanjian Buku Merah
C. Rancangan Colombo
D. Pelan perindustrian
38. Pada tahun 1976, Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN
di Bali, Indonesia.
Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut?
A. Pertindihan persempadanan
B. Pergolakan di Indochina
C. Pemulihan mata wang
D. Penyalahgunaan dadah
39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?
A. Kedudukan strategik
B. Kemasukan pelancong asing
C. Kelonggaran syarat imigresen
D. Kerjasama penduduk tempatan
40. Apakah tujuan anugerah ini diperkenalkan?
A. Memajukan industri perternakan lebah
B. Memodenkan pengurusan perhutanan
C. Memajukan kawasan pelancongan
D. Menjamin kelestarian alam sekitar
1. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Keselamatan kota Melaka terletak di bawah tanggungjawab
A. Temenggung
B. Syahbandar
C. Laksamana
D. Bendahara
Maklumat berkaitan dengan Undang-undang Melaka
FASAL 13.1
NAKHODA PERLU DIBERIKAN KEUTAMAAN UNTUK BERNIAGA SELAMA 4 HARI
Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?
A. Sebagai wakil kerajaan
B. Khuatir berlaku penipuan
C. Ibarat raja dalam pelayaran
D. Penghormatan daripada pedagang
3.Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?
A. Berpandu ideologi demokrasi
B. Mengekal pendidikan tradisional
C. Mengukuhkan Raja Berpelembagaan
D. Berpegang kepada ajaran Islam sebenar
4. Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat. Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya?
A. Kekuatan pembesar tempatan
B. Bantuan daripada negara luar
C. Diplomasi dan pemodenan
D. Aspek ketenteraan mantap
5. Poster berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua 1939-1945.
Apakah mesej di sebalik poster tersebut?
A. Membebaskan Jerman daripada China
B. Jerman berjaya dalam menguasai Rusia
C. Kebangkitan satu kuasa besar yang gah
D. Rusia bebas daripada penaklukan Jerman
6. Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu
LEFTENAN ADNAN SAIDI-MENJULANG NAMA REJIMEN ASKAR MELAYU
LEFTENAN IBRAHIM ALLA DITLA MC-MENYELAMATKAN HAMPIR 2000 TENTERA BERSEKUTU
KOPERAL YAAKOB BIDIN-PERTEMPURAN DI PASIR PANJANG
Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?
A. Kerjasama dalam perancangan
B. Sedia berkorban untuk negara
C. Bijak membuat keputusan
D. Rajin mencari ilmu baharu
7. Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu.
Apakah reaksi daripada Raja-raja Melayu terhadap pelaksanaan tersebut?
A. Menghantar surat bantahan ke London
B. Berunding dengan pegawai British
C. Meminta bantuan tentera luar
D. Bersedia dengan perubahan
8. Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah telah diserahkan kepada British.
Apakah faktor penyerahan tersebut?
A. Permintaan penduduk tempatan
B. Masalah kewangan SBUB meruncing
D. Dasar British dalam pentadbiran tempatan
D. Organisasi pentadbiran dapat dimantapkan
9. Apakah matlamat utama perjuangan nasionalis Melayu radikal semasa memperjuangkan kemerdekaan penghujung tahun 1930-an?
A. Menobatkan Bahasa Melayu
B. Mengukuhkan perpaduan
C. Membebaskan tanah air
D. Menganjurkan kongres
10. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Manakah yang berikut merupakan bidang kuasa majlis tersebut?
I Hal Ehwal Luar
II Ketenteraman awam
III Pelantikan pemerintah
IV Syarat kewarganegaraan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D. III dan IV
11. Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
A. Penubuhan Parti Komunis Nanyang
B. Kegagalan menguasai Pulau Jawa
C. Keinginan menguasai bahan mentah
D. Perluasan pengaruh Parti Komunis China
12. Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu. Apakah kesan situasi tersebut?
A. Pertambahan buruh asing
B. Peningkatan harga barang
C. Pengawalan barangan import
D. Pengeluaran tanaman dagangan
13. Antara yang berikut manakah objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) di Tanah Melayu?
I Mewujudkan keadilan ekonomi
II Memantapkan pendidikan kebangsaan
III Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah
IV Meningkatkan hubungan kaum yang mendalam
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14. Gambar berikut berkaitan kerjasama politik ke arah mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.
Apakah motif pembentukan perlembagaan tersebut?
A. Membina negara bangsa
B. Memupuk kerjasama kaum
C. Memperkasa jati diri bangsa
D. Merancang proses pilihan raya
15. Pilihan Raya Persekutuan diadakan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan. Apakah perkara yang membolehkan pilihan raya diadakan?
A. Kelulusan Dewan Rakyat
B. Persetujuan oleh pegawai British
C. Rang Undang-undang diluluskan
D. Mendapat perkenan ketua kerajaan
16. Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?
A. Mengesah rang undang-undang
B. Meningkat hubungan diplomatik
C. Membincang urusan kewangan
D. Memperkenal hak kesamarataan
17. Manakah menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956?
I. Kedudukan Raja Melayu dipelihara
II. Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja
III. Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen
IV. Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
18. Garis masa berikut berkaitan kronologi sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Apakah X?
A. Dilulus oleh Majlis Perundangan Persekutuan
B. Mendapat persetujuan untuk diperkenankan
C. Dibentang kepada Raja-Raja negeri Melayu
D. Membahas Rang Undang-undang khas
19. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal sebelum menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957?
A. Menghargai perjuangan wira negara
B. Pembahagian tugas pegawai tempatan
C. Pengalaman dalam mengurus sambutan
D. Memberi detik bermakna kepada negara
20. Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
- Membina sebuah bangsa bagi negara yang bersatu
- Mengeluarkan Penyata Rahman Talib
Bagaimanakah hasrat tersebut dicapai?
A. Mewujudkan pusat bahasa tempatan
B. Menubuhkan institut kajian dasar sosial
C. Mengadakan kempen memperkaya bahasa
D. Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar
21. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?
A. Berasaskan rumpun bangsa
B. Pemerintah berkuasa mutlak
C. Pengiktirafan undang-undang
D. Berdasarkan kepada perlembagaan
22. Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?
A. Mewartakan undang-undang
B. Menubuhkan badan kehakiman
C. Mewujudkan suruhanjaya bebas
D. Melaksanakan pindaan perlembagaan
23. Undang-undang berikut telah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan Barat.
JOHOR-UNDANG-UNDANG JOHOR
PERAK-UNDANG_UNDANG 99 PERAK
Apakah fungsi undang-undang tersebut?
A. Pentadbiran yang sistematik
B. Keselamatan raja dan rakyat
C. Panduan dan kawalan kepada raja
D. Kedaulatan daripada campurtangan luar
24. Mengapakah pindaan dibuat ke atas undang-undang tersebut?
- Pindaan Perlembagaan 1963
- Pindaan Perlembagaan 1965
A. Menunjukkan kewibawaan
B. Menjamin keluhuran perlembagaan
C. Memenuhi desakan parti-parti politik
D. Menyesuaikan dengan keperluan semasa
25. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-Raja adalah
A. Mengesyorkan perintah darurat
B. Mengisytiharkan persempadanan
C. Meluluskan peruntukan perbelanjaan
D. Memperkenankan pindaan perlembagaan
26. Apakah kepentingan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?
A. Mengukuhkan kuasa raja
B. Mewujudkan kesamarataan
C. Meredakan konflik parti politik
D. Mengelakkan pertindihan kuasa
27. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding kerajaan Negeri?
I Mewujudkan keadilan
II Mengukuh perpaduan
III Menjamin kestabilan negara
IV Meningkatkan kemajuan negara
A I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
28. Gambar berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak. Apakah keistimewaan taman negara tersebut?
A. Pusat spesies Rafflesia
B. Zon Perlindungan PERHILITAN
C. Tapak Warisan Dunia UNESCO
D. Pusat Penjagaan flora dan fauna
29. Jadual berikut berkaitan siri lawatan pemimpin negara sebelum pembentukan Malaysia. Apakah kepentingan siri lawatan ini?
A. Pemulihan hubungan
B. Keadilan pengagihan kuasa
C. Permuafakatan untuk merdeka
D. Kesepakatan pembentukan Malaysia
30. Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembentukan Malaysia. Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?
A. Mengusulkan idea
B. Memberi penjelasan
C. Mengadakan siri lawatan
D. Membuat tinjauan semula
31. Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?
I Kuasa terhad
II Pasaran bersama
III Pelabuhan bebas
IV Tuntutan percukaian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
32. Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak.
Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?
A. Menghalang pengaruh asing
B. Membendung kemasukan PATI
C. Membanteras ancaman komunis
D. Menyekat perkembangan ideologi
33. Mengapakah faktor sejarah menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka?
I. Pentadbiran British
II. Pembukaan tanah
III. Penyatuan wilayah
IV Pendidikan vernakular
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
34. Logo berikut berkaitan dengan sambutan jubli emas ideologi negara. Apakah latar belakang pembentukan ideologi tersebut?
A. Peristiwa 13 Mei 1969
B. Pembentukan Malaysia 1963
C. Pengisytiharan Kemerdekaan 1957
Pembubaran Malayan Union 1946
35. Apakah tujuan penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada tahun 1970?
A. Menyediakan modal
B. Menyusun masyarakat
C. Memupuk identiti nasional
D. Memodenkan perindustrian
36. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
Bagaimanakah matlamat DPN dapat dicapai?
A. Pembangunan seimbang antara negeri
B. Pembukaan bandar-bandar baharu
C. Penyusunan masyarakat di bandar
D. Pemupukan nilai kebangsaan
37. Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama
KEWUJUDAN ADALAH BERPERANAN MENGGUBAL DASAR LUAR SERTA MENJAGA KEPENTINGAN NASIONAL MALAYSIA PADA PERINGKAT ANTARABANGSA
Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
A. Wisma Putra
B. Perbadanan Putrajaya
C. Putra World Trade Centre (PWTC)
D. Putrajaya International Convention Centre (PICC)
38. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN
SKIM KEUTAMAAN PERNIAGAAN (SKP)
Apakah kelebihan SKP?
A. Pembayaran tarif rendah
B. Pemotongan cukai barangan
C. Penggunaan mata wang ASEAN
D. Pertukaran teknologi pemasaran
39. Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global. Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan?
A. Pemeliharaan alam sekitar
B. Pemulihan flora dan fauna
C. Promosi pelancongan
D. Penjagaan kesihatan
40. Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
KERELEVANAN ORGANISASI ANTARABANGSA
Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?
A. Kerakusan kuasa luar
B. Penyalahgunaan kuasa veto
C. Perlumbaan ideologi senjata
D. Kemelesetan ekonomi sejagat
