wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan matlamat modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang merupakan idea dan hasrat YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein KECUALI

a)

Melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji

b)

Melahirkan murid yang sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan dunia akhirat

c)

Melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum sahaja

d)

Melahirkan murid yang mempunyai ketahanan diri dalam meghadapi cabaran hidup

2.

SUMUR diperkenalkan sebagai usaha untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum, serta mempunyai integriti dan disiplin diri yang tinggi. Siapakah yang memberi idea tentang model tersebut?

a)

YB. Puan Fadhlina Sidek

b)

YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

c)

YAB. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohammad

d)

YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh

3.

PKG menurut kerangka UNESCO bertujuan untuk

a)

Melatih pelajar dalam kemahiran teknologi

b)

Memupuk kesedaran global dan tanggungjawab sejagat

c)

Menghasilkan kajian saintifik semata-mata

d)

Membina kemahiran berbahasa asing

4.

Apakah konsep utama dalam Kewarganegaraan Global?

a)

Tanggungjawab terhadap isu global seperti perubahan iklim

b)

Keupayaan untuk bekerja dalam syarikat antarabangsa

c)

Tanggungjawab terhadap isu tempatan sahaja

d)

Kemahiran dalam politik tempatan

5.

Mengapa UNESCO menekankan pentingnya Kewarganegaraan Global dalam pendidikan, dan bagaimana konsep ini boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah tempatan?

a)

Supaya pelajar boleh memahami budaya tempatan dengan lebih baik dan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan

b)

Untuk menggalakkan pelajar memahami isu global serta melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi impak kepada masyarakat dunia

c)

Untuk meningkatkan peratusan pelajar dalam pendidikan vokasional

d)

Untuk mempersiapkan pelajar bagi peperiksaan antarabangsa seperti IELTS dan TOEFL

6.

Dari perspektif falsafah, PKG memberi tumpuan kepada:

a)

Pembelajaran subjek teknikal sahaja

b)

Menguasai kemahiran bahasa asing

c)

Memperoleh kemahiran keusahawanan

d)

Pembangunan nilai moral dan etika sejagat

7.

Bagaimana guru boleh mengaplikasikan Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG) dalam kelas mereka untuk membantu pelajar menjadi lebih peka terhadap cabaran global?

a)

Dengan memperkenalkan pelajar kepada teknologi terkini dalam setiap subjek

b)

Meningkatkan daya saing pelajar dalam bidang akademik tempatan sahaja

c)

Melibatkan pelajar dalam aktiviti komuniti dan dialog antarabangsa yang menggalakkan kesedaran sosial

d)

Mengajar pelajar tentang peraturan tempatan dan cara untuk lulus peperiksaan

8.

Adakah PKG mengajar pelajar nilai yang buruk?

a)

SALAH

b)

BETUL

9.

Terdapat tiga domain PKG isitu KOGNITIF,.....

a)

TINGKAH LAKU

b)

TEKNOLOGI

c)

EKONOMI

d)

SOSIO EMOSI

10.

Apakah matlamat-matlamat UNESCO? (pilih tiga jawapan)

a)

Meningkatkan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas tanpa mengira bangsa, jantina, atau agama

b)

Menggalakkan pembangunan mampan dan memelihara warisan budaya dunia

c)

Meningkatkan kuasa ketenteraan negara-negara anggota untuk tujuan keselamatan

d)

Memupuk keamanan melalui kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, sains, dan budaya

11.

Bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG) dapat membantu menangani isu perubahan iklim?

a)

Dengan mengajarkan teknologi terkini kepada murid untuk mengatasi perubahan iklim

b)

Dengan meningkatkan kesedaran murid tentang isu alam sekitar dan perubahan iklim

c)

Dengan mengabaikan isu global dan hanya menumpukan kepada isu tempatan

d)

Dengan memupuk semangat patriotisme terhadap negara masing-masing sahaja

12.

Apakah konsep utama yang dibawa oleh Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG)?Memahami hak asasi manusia, keamanan, dan toleransi

a)

Mengutamakan pembangunan ekonomi negara

b)

Meningkatkan kuasa ketenteraan untuk keselamatan negara

c)

Mengabaikan isu global untuk fokus pada masalah tempatan

d)

Memahami hak asasi manusia, keamanan, dan toleransi

13.

Apakah peranan falsafah pendidikan dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG)?

a)

Menjalankan pendidikan yang tertumpu kepada satu bangsa dan budaya

b)

Mempromosikan pendidikan tanpa mengira kepelbagaian nilai dan budaya

c)

Membentuk individu yang mempunyai kesedaran moral dan etika sejagat

d)

Menekankan kepentingan pembangunan ekonomi negara sahaja

14.

Mengapa kurikulum yang relevan dengan kandungan global penting dalam Pengupayaan Amalan PKG?

a)

Supaya murid dapat mengelakkan daripada mempelajari isu-isu tempatan

b)

Supaya murid dapat mengikuti sistem pendidikan negara lain secara langsung

c)

Kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami isu-isu global

d)

Kerana ia memastikan murid hanya fokus kepada akademik dan peperiksaan

15.

Nama penuh UNESCO dalam Bahasa Melayu

a)

Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

b)

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Pertubuhan Pendidikan, Saintis dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Penyatuan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu