wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komuniti (S4) (MCQ) PART II by Sir M

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Pemasaran Sosial di dalam konsep pemasaran promosi kesihatan merujuk kepada

a)

Produk berupa barangan.

b)

Faedah/ hasil/ kesan cepat diperolehi.

c)

Faedah / hasil / kesan lambat diperolehi.

d)

Menekankan kepada keuntungan organisasi.

2.

Dalam teori kepercayaan kesihatan (health belief model), perceived susceptibility bermaksud

a)

keyakinan diri.

b)

tanggapan halangan.

c)

tanggapan mengekalkan kesihatan.

d)

tanggapan kemungkinan mendapat penyakit.

3.

Skop wellness meliputi 5 elemen amalan cara hidup sihat. Apakah kaedah saringan intervensi bagi minda sihat?

a)

DASS-21.

b)

Fagerstrom test.

c)

Pemeriksaan tekanan darah.

d)

Pemeriksaan gula dalam darah.

4.

Saringan kesihatan kanak-kanak termasuk di dalam Wellness Screening di Klinik Kesihatan. Nyatakan saringan perhatian khas untuk kanak kanak.

a)

Keperluan rehabilitasi.

b)

Pengesanan awal kanser.

c)

Perkembangan fizikal, mental dan sosial.

d)

Keperluan lawatan ke rumah setiap minggu.

5.

Tujuan intervensi wellness adalah untuk

a)

saringan awal faktor risiko.

b)

saringan awal jangkitan penyakit.

c)

pengesanan awal komplikasi penyakit.

d)

memastikan masyarakat mengekalkan kesihatan.

6.

Berapakah kalori yang dibakar dalam tempoh 1 jam bagi individu dengan berat 70kg dengan aktiviti sukan berbasikal?

a)

245 kcal

b)

420 kcal

c)

490 kcal

d)

560 kcal

7.

Seksyen 10 di dalam Akta Pencegahan Dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 menyatakan, selain dari notifikasi bertulis, penyakit berikut perlu di notifikasi melalui telefon dalam tempoh 24 jam.

a)

Demam denggi dan Viral Hepatitis B.

b)

Demam denggi, Diphtheria dan Keracunan Makanan.

c)

Demam denggi, Diphtheria, Keracunan Makanan dan Viral Hepatitis B

d)

Demam denggi, Diphtheria, Keracunan Makanan, Plague dan Tuberculosis – Extra Pulmonary.

8.

Berikut merupakan kandungan Akta 342, Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Bahagian 3 Pencegahan Pembawaan Penyakit Berjangkit, kecuali

a)

pengisytiharan kawasan jangkitan

b)

pemerhatian atau pengawasan kontak.

c)

Pemeriksaan kenderaan masuk dan keluar.

d)

masa pemeriksaan membawa masuk atau membawa keluar mayat/organisma/bahan patogenik.

9.

Berikut merupakan cabaran yang dihadapi oleh sistem perkhidmatan Malaysia dalam konteks pencegahan & kawalan penyakit berjangkit, kecuali

a)

pelan insurans perubatan.

b)

koordinasi penguatkuasaan.

c)

kesesakan di fasiliti kesihatan.

d)

penarikan, pembangunan dan pengekalan bakat.

10.

Virus hepatitis yang manakah adalah transmisi melalui produk darah?

i.        Hepatitis A

ii.       Hepatitis B

iii.      Hepatitis C

iv.     Hepatitis E

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

11.

Pendekatan epidemiologi terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat primer adalah

a)

mengesan kes dengan cepat.

b)

penguatkuasaan akta pencegahan penyakit berjangkit 1988.

c)

merupakan aktiviti yang dilakukan supaya jangkitan tidak terus merebak.

d)

peringkat di mana aktiviti rehabilitative dilakukan agar pesakit dapat berfungsi semula dalam masyarakat.

12.

Tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan bagi perkhidmatan Pengurusan HIV di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer adalah

a)

membantu membuat saringan.

b)

memberikan ubat antiretroviral.

c)

membekalkan ubatan tambahan methadon.

d)

memberikan notifikasi jika gagal hadir pada temujanji.

13.

Jangkitan Rubella boleh dikurangkan melalui program imunisasi yang berkesan. Kumpulan yang layak mendapat vaksin Rubella adalah

a)

bayi perempuan.

b)

remaja perempuan.

c)

wanita yang ingin berkahwin.

d)

wanita yang ingin mengandung.

14.

Penyakit Covid-19 adalah

a)

acute respiratory distress syndrome.

b)

Middle East respiratory syndrome – CoV.

c)

severe acute respiratory syndrome – CoV.

d)

severe acute respiratory syndrome – CoV – 2.

15.

Penyakit Influenza (H5N1) sebahagian besarnya disebarkan melalui

a)

darah.

b)

zoonosis.

c)

sentuhan.

d)

titisan di udara.

16.

Berikut merupakan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam program kawalan dan pencegahan penyakit bawaan udara

i.   Active case detection.

ii.  Mendiagnos keadaan pesakit.

iii. Memulakan regim rawatan ubat TB.

iv. Memberikan Pendidikan kesihatan dan Promosi Kesihatan.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

17.

Penyakit berjangkit pasca banjir yang perlu diberi perhatian oleh petugas kesihatan adalah

a)

filariasis.

b)

Hepatitis C

c)

amoebiasis.

d)

dengue fever.

18.

Kenyataan berikut adalah berkaitan jangkitan Hepatitis A akut.

a)

Boleh menjadi jangkitan kronik.

b)

Sejenis bakteria yang merbahaya.

c)

Tempoh pengeraman adalah 30 hari.

d)

Oral rehydration salts (ORS) adalah rawatan utama.

19.

Berikut merupakan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam program kawalan dan pencegahan penyakit bawaan air dan makanan.

a)

Mengumpulkan data penyakit.

b)

Memantau pesakit makan ubat secara berkala.

c)

Menghantar sampel air dan makanan ke makmal.

d)

Mengeluarkan surat saman kepada pengusaha makanan yang tidak mengambil vaksin.

20.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menggariskan fungsi utama Program Kesihatan Awam seperti berikut.

a)

Surveilans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/masalah kesihatan awam.

b)

Menyediakan sokongan teknikal, memangkin perubahan, dan membina kapasiti institusi yang mampan.

c)

Membentuk agenda penyelidikan dan merangsang penjanaan, penterjemahan dan penyebaran ilmu yang berharga.

d)

Menyediakan kepimpinan mengenai perkara-perkara penting untuk kesihatan dan melibatkan diri dalam perkongsian di mana tindakan bersama diperlukan.

21.

Pendekatan epidemiologi dalam kaedah kawalan dan pencegahan penyakit bawaan vektor di komuniti adalah

a)

semburan kabus (fogging) membunuh nyamuk dewasa dan larva.

b)

kajian kekebalan (resistance) agen terhadap ubatan dan racun dilakukan secara berkala.

c)

tinjauan entomological (kajian tentang serangga) dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan.

d)

pengesanan kes secara aktif (ACD) dilakukan di Klinik Kesihatan, manakala pengesanan kes pasif (PCD) dilakukan dalam komuniti.

22.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam program kawalan dan pencegahan penyakit bawaan vektor, dan zoonosis adalah

a)

pemberian vaksin, dan program imunisasi untuk penyakit Denggi.

b)

membantu Pegawai Perubatan dan Kesihatan dalam pelan rawatan pesakit.

c)

memberi kombinasi ubat Diethylcarbimazole + Albendazole + Ivermectin untuk membunuh cacing microfilariae.

d)

memasuki perkampungan orang asli, dan kawasan pedalaman bagi membuat saringan Blood Film for Malaria Parasite (BFMP).

23.

Kontak rapat (close contact) bermaksud

a)

pelatih yang tinggal di asrama, dengan ahli keluarga mereka yang disyaki positif Covid-19.

b)

pelatih semester 2 yang tinggal di asrama kolej telah disahkan positif Covid-19, dengan pelatih semester 5 yang tinggal di asrama praktikal.

c)

seseorang yang berada bersama individu lain atau kumpulan yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 di kawasan yang sempit dan sesak.

d)

seseorang yang berada bersama individu lain atau kumpulan di dalam kenderaan awam walaupun kerap membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka.

24.

Terdapat dua kaedah penularan penyakit iaitu secara langsung (direct transmission) dan secara tidak langsung (indirect transmission).. Penularan secara langsung adalah seperti

a)

droplet spread.

b)

vectors transmission.

c)

airborne transmission.

d)

vehicles transmission.

25.

Berikut merupakan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam program kawalan dan pencegahan penyakit berkaitan Close Contact Disease di Perkhidmatan Kesihatan Primer?

a)

Notifikasi.

b)

Pengesanan kontak pesakit.

c)

Memberi pendidikan kesihatan.

d)

Merujuk pesakit ke Hospital untuk memulakan rawatan.

26.

Penyakit kelamin (STD) boleh dicegah melalui

a)

menghindari seks bebas.

b)

sentiasa buat pemeriksaan kesihatan.

c)

kurangkan aktiviti seksual dengan pasangan anda.

d)

pakai kondom apabila melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

27.

Trichomoniasis (atau "trich") adalah sexually transmitted disease (STD) yang kerap ditemui. Ia disebabkan oleh jangkitan Trichomonas vaginalis. Trichomonas vaginalis ialah dari jenis

a)

Yeast.

b)

Viral Anaerobic.

c)

Bacterial Aerobic.

d)

Protozoan Parasite.

28.

Peranan utama Penolong Pegawai Perubatan dalam pencegahan sexually transmitted disease (STD) adalah

a)

notifikasi.

b)

memulakan rejim rawatan.

c)

pengesanan kontak pesakit.

d)

memberi pendidikan kesihatan.

29.

Akta kualiti alam sekeliling 1974 (Akta 127) meliputi

a)

pencemaran tanah serta buangan terjadual.

b)

memperbaiki kualiti keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

c)

memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pekerja dijaga.

d)

mencegah, menghapus dan memperbaiki kemudahan di tempat kerja.

30.

Stakeholder teori terbahagi kepada External Stakeholder dan Internal Stakeholder. Internal Stakeholder adalah terdiri daripada

a)

suppliers.

b)

employees.

c)

government.

d)

shareholders.

31.

Faedah Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran adalah

a)

undang-undang tidak perlu dilaksanakan.

b)

dapat mengurangkan toksin dalam sungai kecil dengan mengalirkan ke laut terbuka.

c)

mewujudkan jawatankuasa keselamatan yang terdiri daripada wakil dari setiap bahagian dalam sesebuah organisasi.

d)

mencegah atau mengurangkan kedua-dua kerugian antara manusia dan ekonomi yang timbul daripada kemalangan, pendedahan pekerjaan yang buruk dan kejadian alam sekitar.

32.

Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk Semenanjung Malaysia dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah dan Sarawak merujuk kepada

a)

saudagar.

b)

tentera laut.

c)

pekerja di atas kapal.

d)

pekerja sektor swasta.

33.

“Akta ini untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja. Ia juga bagi melindungi orang lain (pelanggan, pelawat dan orang awam) terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja..”

Akta di atas merujuk kepada

a)

Petroleum Act 1984.

b)

Factory and Machinery Act 139,1967.

c)

Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960.

d)

Occupational Safety and Health Act 1994 (ACT 514).

34.

Peranan utama Penolong Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Keselamatan adalah

a)

mengenal pasti hazard yang belum dikesan.

b)

membantu pegawai perubatan dalam proses rawatan.

c)

meletakan pekerja dalam sektor pekerjaan yang sesuai.

d)

memberikan ceramah tentang kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

35.

Apakah antara kesan daripada Ergonomic hazards

a)

Carpal Tunnel Syndrom.

b)

Rheumatoid arthritis.

c)

Human bodily matter.

d)

Tripping and slipping hazards.

36.

Berdasarkan kepada hierarchy of controls, aktiviti menggunakan troli untuk membawa beban yang berat di tempat kerja, merujuk kepada

a)

penggantian.

b)

menghapuskan.

c)

faktor pengurusan.

d)

faktor kejuruteraan.

37.

Kenyataan berkaitan Percivall Pott adalah

a)

menemukan penyakit kanser akibat pekerjaan.

b)

sakit belakang akibat ketegangan di tempat kerja.

c)

menyatakan berkaitan antara gangguan dan pekerjaan tertentu.

d)

menerangkan tentang penyakit yang dikaitkan dengan 54 pekerjaan yang berbeza.

38.

Kawasan pekerjaan yang paling berisiko menyebabkan penyakit kulit adalah

a)

office.

b)

medical.

c)

logistics.

d)

agriculture.

39.

Berikut merupakan tanggung jawab Penolong Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Keselamatan kecuali

a)

pemeriksaan perubatan pra-pekerjaan.

b)

membuat keputusan berkaitan plan rawatan yang sepatutnya,

c)

notifikasi kemalangan / penyakit pekerjaan / keracunan pekerjaan di tempat kerja.

d)

membuat laporan yang segera jika terdapat sebarang masalah kesihatan terhadap pekerja di kawasan tersebut.

40.

Anda perlu menasihati individu dewasa sihat berumur 33 tahun untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap sekurang-kurangnya ……………… bulan sekali.

a)

3

b)

6

c)

12

d)

18

41.

Berikut adalah BUKAN fokus saringan wellness dalam kalangan remaja.

a)

Hepatitis B.

b)

Thalasemia.

c)

Ketagihan merokok.

d)

Stress anxiety depression.

42.

Keperluan Akta 342 (1988) dalam undang-undang dan peraturan dalam kawalan dan pencegahan menyatakan

a)

keperluan notifikasi terhadap penyakit berjangkit.

b)

tidak perlu melakukan isolasi kepada orang yang dijangkiti.

c)

orang yang dijangkiti tidak boleh dianggap sebagai penyebab rebakan penyakit.

d)

pengisytiharan penyakit berjangkit kepada umum dilakukan oleh pegawai perubatan.

43.

Borang Notifikasi bagi kes baru HIV hendaklah dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh

a)

5 hari.

b)

7 hari.

c)

14 hari.

d)

24 jam.

44.

Faktor penyebab utama yang berkaitan dengan epidemiologi penyakit tuberkulosis adalah

a)

Malnutrisi.

b)

Kesesakan.

c)

Kemiskinan.

d)

Close Contact.

45.

Jangkitan Avian Flu dalam kalangan manusia berlaku melalui

a)

ayam.

b)

lembu.

c)

khinzir.

d)

monyet.