Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 4

Total questions: 35

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?

a)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Membantu masyarakat setempat

2.

Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

c)

Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

Menawarkan produk berkualiti tinggi

3.

Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Teguh Sendirian Berhad?

a)

Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia

b)

Pemegang syer menanggung liabiliti terhad

c)

Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang

d)

Dikenakan cukai yang rendah

4.

Antara yang berikut, pilih kelebihan usaha sama.

a)

Syarikat mempunyai visi misi yang sama

b)

Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai

c)

Risiko perniagaan dapat dikongsi antara kedua-dua syarikat

d)

Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam perniagaan baru

5.

Antara berikut, yang manakah kelebihan perniagaan bersaiz besar?

a)

Wujud ekonomi bidangan

b)

Komunikasi lebih baik

c)

Memberi layanan peribadi

d)

Mudah menguasai pasaran

6.

Pernyataan manakah yang menerangkan skala perniagaan kebangsaan?

a)

Mengamalkan strategi pemasaran terbeza

b)

Menggunakan strategi pemasaran tidak terbeza

c)

Merupakan perusahan kecil dan sederhana

d)

Bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak setempat sahaja

7.

Antara berikut, yang manakah menerangkan kesan deflasi?

a)

Penduduk kehilangan pekerjaan

b)

Meningkatkan kuasa beli penduduk

c)

Menurunkan penawaran barang di pasaran

d)

Menurunkan permintaan barang di pasaran

8.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?

a)

Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu.

b)

Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi.

c)

Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja.

d)

Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa.

9.

Apakah masalah yang akan wujud jika guna tenaga tidak digunakan?

a)

Inflasi

b)

Deflasi

c)

Pengangguran

d)

Penggunaan mesin tinggi

10.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan semasa keadaan inflasi?

a)

Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih wang

b)

Mengurangkan kadar cukai pendapatan individu

c)

Memberikan subsidi kepada pengeluar

d)

Meningkatkan kadar faedah

11.

Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan?

a)

Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil

b)

Untuk menggalakkan eksport barang tempatan

c)

Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing

d)

Untuk meningkatkan permintaan untuk barangan keluaran tempatan

12.

Apakah faktor luaran yang menyebabkan aktiviti perniagaan mengalami penurunan?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

c)

Kos pengeluaran semakin meningkat

d)

Keadaan ekonomi semakin lembap

13.

Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Perkongsian 1961

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Perhubungan Industri 1967

14.

Pernyataan manakah menerangkan maksud visi?

a)

Tujuan penubuhan sesebuah perniagaan

b)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

15.

Apakah kepentingan objektif kepada perniagaan?

a)

Mengenal pasti tujuan penubuhan

b)

Mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai

c)

Membantu perniagaan membuat perancangan

d)

Memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan.

16.

Pernyataan manakah benar tentang Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?

a)

OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela

b)

OBU menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma

c)

OBU bermatlamat memaksimumkan keuntungan pemegang saham

d)

OBU didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

17.

Antara yang berikut yang manakah ciri-ciri objektif yang baik.

a)

Dibuat secara umum

b)

Boleh diterjemahkan

c)

Mempunyai tempoh tertentu

d)

Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

18.

Berapakah pasang baju yang perlu dijual oleh Syrikat Butik Indah Sdn. Bhd. untuk mendapatkan Titik Pulang Modal (TPM) jika kos tetap RM90 000, harga jualan seunit RM80 dan kos berubah seunit RM50?

a)

2 500

b)

3 000

c)

2 800

d)

3 100

19.

Bagaimanakah sesebuah perniagaan boleh meningkatkan daya saing dalam pasaran?

a)

Mengawal kos pengeluaran

b)

Menambahkan pengeluaran barang

c)

Menurunkan harga barang dijual di pasaran

d)

Menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan.

20.

Pernyataan manakah benar tentang bahagian fungsian?

a)

Badan yang mengeluarkan satu jenis barang

b)

Bahagian yang mengawal operasi sebuah organisasi

c)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi

d)

Rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab tertentu

21.

Antara berikut manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?

a)

Pembahagian kerja

b)

Hieraki pengurusan

c)

Panduan keselamatan

d)

Peraturan dalam organisasi

22.

Apakah kepentingan struktur organisasi kepada anggota perniagaan?

a)

Menjadi asas penghitungan gaji pekerja

b)

Menunjukkan struktur organisasi yang wujud

c)

Mengetahui kedudukan dengan jelas

d)

Mengetahui tanggungjawab dan spesifikasi tugas

23.

Pernyataan manakah yang menerangkan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan?

a)

Menambah baik produk sedia ada

b)

Menukarkan input menjadi barang

c)

Menggalakkan berlaku pertukaran barang

d)

Menggunakan alat transaksi untuk pertukaran barang

24.

Mengapakah bahagian fungsian pembelian penting dalam organisasi perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan

b)

Mencetak dan mengedarkan bahan risalah

c)

Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap

d)

Memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan produk di pasaran

25.

Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?

a)

Meningkatkan persaingan perniagaan

b)

Memudahkan pelanggan mencuba barang

c)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

26.

Antara yang berikut, manakah merupakan tujuan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam organisasi?

a)

Memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan

b)

Mempercepat sistem pengeluaran dan pengedaran

c)

Memudahkan pekerja melayari internet untuk hiburan

d)

Menghasilkan produk yang menepati standard yang ditetapkan

27.

Mengapakah organisasi menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal?

a)

Pembekal menyediakan kemudahan kredit

b)

Pembekal membekalkan bahan mentah tepat pada masa

c)

Pembekal mengadakan rundingan perniagaan tentang syarat perniagaan

d)

Pembekal menawarkan perkhidmatan penghantaran bahan atau barang

28.

Elemen ini memastikan maksud mesej telah disampaikan kepada penerima dan menilai keberkesanan mesej yang disampaikan. Apakah elemen yang dimaksudkan?

a)

Enkod

b)

Dekod

c)

Tindak balas

d)

Maklum balas

29.

Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?

a)

Mengekalkan pasaran sedia ada

b)

Menambahbaik reka bentuk produk

c)

Mengelakkan pasaran tepu

d)

Menguasai pasaran setempat

30.

Apakah maksud enkod?

a)

Kaedah untuk menghantar mesej

b)

Pengolahan terhadap sesuatu idea

c)

Menterjemahkan mesej yang dihantar

d)

Mencipta maklumat dari pencetusan idea

31.

Apakah kaedah yang anda boleh gunakan untuk membuat tempahan dengan pantas?

a)

e-dagang

b)

e-government

c)

e-banking

d)

e-pemasaran

32.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Berfungsi secara umum untuk bahagian tertentu

b)

Berfungsi secara khusus untuk bahagian tertentu

c)

Berfungsi secara umum untuk keseluruhan organisasi

d)

Berfungsi secara khusus untuk keseluruhan organisasi

33.

Myra ingin memasarkan produk kopi yang baru. Bagaimana strategi promosi yang boleh dilakukan bagi membolehkan pengguna mengetahui kualiti produk?

a)

diskaun harga

b)

cabutan bertuah

c)

sampel

d)

jualan murah

34.

Antara berikut yang manakah ciri objektif yang boleh diukur secara kuantitatif?

a)

spesifik

b)

boleh dicapai

c)

munasabah

d)

jangka masa

35.

Manakah skala perniagaan antarabangsa?

a)

skala tempatan

b)

skala kebangsaan

c)

skala zon

d)

skala negeri