WorksheetsEKONOMI SPM 1
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Antara berikut yang manakah betul?
A. Pulangan = Tanah - Sewa, Modal - Untung
B. Mobiliti= Tanah- Mobiliti geografi, Modal - Mobiliti kegunaan
C. Penawaran= Tanah- Tidak Terhad, Modal- Terhad
D. Pengeluar= Tanah- Anugerah Alam, Modal- Ciptaan Manusia
maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.
Encik Hamzah adalah pembekal lemang peruk kera di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setalah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.
Antara berikutnya, yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut?
I Berani menanggung Risiko
II kreatif dan inovatif dalam pemasaran
III menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran
IV memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui.
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah negara.
Negara A- Harga ditentukan oleh kuasa pasaran
Negara B- Harga ditentukan oleh kerajaan pusat
Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?
A . Negara A- Kapitalis , Negara B - Sosialis
B. Negara A- sosialis, Negara B - Campuran
C. Negara A- Campuran, Negara B- Kapitalis
D. negara A- Sosialis, Negara B- Kapitalis
Rajah 1 menunjukkan perubahan kuantiti permintaan suatu barang.
Antara berikut , maklumat manakah yang betul menerangkan Rajah 1?
A P ke Q = Kerajaan menurunkan kadar pelepasan cukai pendapatan
B. P ke R = citarasa pengguna merosot ke atas barang itu.
C. S ke Q = Jangkaan harga akan meningkat
D. S ke R = Pendapatan boleh guna pengguna meningkat
Rajah 3 berkaitan dengan keseimbangan pasaran.
pernyataan yang manakah benar menerangkan rajah di atas?
A.perubahan penawaran S0 ke S1 menyebabkan peningkatan kuantiti keseimbangan
B. peralihan keluk S0 ke S1 menyebabkan wujudnya lebihan penawarab
C.Peningkatan dalam teknologi menyebabkan perubahan Keluk S0 ke S1
D. keseimbangan baharu dicapai pada tingkat harga yang lebih tinggi
Rajah 4 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran bagi suatu produk.
Apakah yang menyebabkan titik keseimbangan E0 beralih Ke E1?
A. peningkatan harga barang itu
B. Penggunaan teknologi baharu
C. pertambahan pendapatan pengguna
D. Pemberian Subsidi yang semakin luas
Rajah 5 berkaitan dengan keluk permintaan suatu produk.
Pernyataan yang manakah menerangkan keluk di atas?
A. peratus perubahan kuantiti lebih besar berbanding peratus perubahan harga
B. Pengeluar menurunkan harga untuk menambahkan jumlah hasil
C. Contoh barang adalah barang keperluan
keluk permintaan tersebut adalah anjal.
jadual 1 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ayam diminta.
jika harga meningkat daripada RM 6 kepada RM 12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan?
A.0.50
B.0.67
C. 1.33
d 1.50
pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga penawaran?
A. Mengukur peratus perubahan harga yang ditawar kesan daripada peratus perubahan kuantiti
B. dalam jangka masa panjang penawaran adalah tidak anjal
C. Barang anjal mempunyai pekali lebih besar daripada satu
D. contoh barang anjal ialah kepala sawit
Antara yang berikut, manakah merujuk kepada fungsi bank pusat?
A. Menerima deposit daripada pelbagai lapisan masyarakat
B. Menerima dan membuat bayaran kepada pelanggan
C. memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan
D. Memberi pinjaman kepada orang ramai
Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang. Fungsi wang adalah sebagai alat
A. ukuran nilai
B. simpanan nilai
C. bayaran tertunda
D. perantaraan pertukaran
pemilik akaun simpanan tetap
A. dibayar kadar faedah lebih tinggi
B. menerima penyata bank setiap bulan
C. diberi kemudahan menggunakan cek
D. boleh menggunakan kad juruwang elektronik
Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
A. penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
B. pembinaan rumah dan perusahaan perabot
C.Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel
D. perlombongan dan perkhidmatan insurans
maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pendapatan individu.
Pendapatan Individu = Upah + sewa+ Faedah+ Dividen + X+ bayaran pindahan
situasi manakah yang manakah menerangkan X?
A. Encik Asrul mendapat Rm 1500 setahun bagi akaun Amanah Saham Bumiputera
B. Cik zaiton memenangi baucer buku daripada kedai Buku Rahim bernilai RM 100.
C. Encik Yew menerima Rm 3000 atas penggunaan rumah kedai miliknya
Puan perimala memperoleh Rm380 sebulan atas jualan kerepek ubinya.
Jadual 2 menunjukkan pendapatan Puan Husna pada bulan Januari 2019.
Berapakah pendapatan faktor produktif Puan Husna pada bulan tersebut?
RM 2 300
RM 3 300
RM 3 480
RM 3 580
Apakah kepentingan belanjawan peribadi?
A. Membeli barang yang dikehendaki
B. merancang pembayaran hutang
C. menambah pendapatan
membuat tabungan
pasangan maklumat yang manakah betul?
A. Input tetap- berubah secara langsung dengan perubahan output
Input berubah- tidak berubah mengikut perubahan output
B.Input tetap- wujud pada tingkat keluaran sifar
input berubah- tidak wujud pada tingkat keluaran sifar
C. input tetap- pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah
Input berubah- bayaran ke atas input dikenali sebagai kos tetap
D. Contoh input tetap- ialah Jurutera Binaan
Contoh Input berubah- insuran kebakaran
Jumlah keluaran firma ialah 60 unit apabila 10 orang buruh digunakan. Penambahan sebanyak 20% buruh telah meningkatkan jumlah keluaran sebanyak 25%.
Berapakah keluaran marginal akibat pertambahan buruh tersebut?
A. 0.10
B. 2.83
C.3.00
D.7.50
Maklumat berikut berkaitan dengan kos purata, jumlah keluaran dan harga seunit bagi firma Maju Murni Berhad.
Berapakah keuntungan bagi firma tersebut?
A. RM 430 .00
B.RM 225 .00
C.RM 161.25
D.RM 139.50
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang eksternaliti?
I kesan yang diterima oleh pihak ketiga
II kos yang ditanggung oleh pengeluar
III kesan yang tidak dimasukkan dalam harga pasaran
IV kos yang terlibat dalam penggunaan barangan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
pernyataan berikut betul atau salah.
I Implikasi daripada sesuatu pilihan adalah kos lepas
II kos lepas bagi firma ialah kebajikan yang mugkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
A. I - betul
II- salah
B. I - salah
II- betul
C. I betul
II- Betul
D.I - Salah
II- Salah
pernyataan samaada betul atau salah.
I Mekanisme harga ialah interaksi kuasa permintaan dan kuasa penawaran
II Mekanisme harga merupakan cara penentuan harga dalam sistem ekonomi Perancangan pusat
A. I Betul
II Salah
B. I Salah
II Betul
C. I Betul
II Betul
D. I salah
II salah
Pernyataan samaada betul atau salah
I. Penawaran adalah sesuatu barang yang sanggup dan mampu dikeluarkan pada sesuatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu
II semakin tinggi harga sesuatu barangan, semakin tinggi kuantiti yang ditawarkan.
A. I Betul
II salah
B. I salah
II betul
C. I betul
II Betul
D. I Salah
II salah
Pernyataan berikut samaada betul atau salah
I keanjalan harga permintaan mengukur tindak balas perubahan kuantiti barang kesan daripada perubahan harga
II firma menaikkan harga barang bagi barang yang keluk permintaannya anjal untuk meningkatkan keuntungan
A I betul
II salah
B I salah
II betul
C I betul
II betul
D I salah
II betul
1. Ekonomi ialah kajian tentang bagaimana manusia…
Mengatasi masalah kos lepas
Memenuhi kehendak yang terhad
Memperuntukkan sumber ekonomi
Mengurangkan pembaziran sumber
1. Jadual tersebut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Seri Dewi.
Apakah kos lepas jika Syarikat Seri Dewi menukarkan teknik pengeluaran daripada X ke Z?
20 botol sos cili
40 botol sos cili
60 botol sos tiram
80 botol sos tiram
Rajah tersebut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran.
Titik yang manakah yang menunjukkan keadaan ketidakcekapan pengeluaran?
J
K
L
M
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
Wujud persaingan antara firma
Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi
Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi
Islam
Pasaran Bebas
Campuran
Perancangan Pusat
Pernyataan manakah yang benar menurut hukum permintaan?
Apabila harga naik, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
Apabila harga turun, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
Apabila harga turun, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta
Apabila harga tetap, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta
Antara berikut, yang manakah menyebabkan keluk penawaran bergerak ke kiri?
I Firma bermatlamat memaksimumkan keuntungan
II Firma meningkatkan penggunaan tingkat teknologi
III Harga barang dijangka turun pada masa depan
IV Harga faktor pengeluaran meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual tersebut menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.
Berapakah harga keseimbangan?
RM 2
RM 4
RM 6
RM 8
Rajah berikut menunjukkan keluk permintan dan keluk penawaran bagi pasaran ayam.
Perubahan keseimbangan dari E0 ke E1 adalah kerana
kenaikan makanan ayam
peningkatan cukai pendapatan
kenaikan harga ikan
kejatuhan pendapatan pengguna
Logo tersebut merujuk kepada sebuah institusi kewangan di Malaysia.
Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
I Mengeluarkan wang kertas
II Mengawal rizab berkanun
III Menerima deposit dari firma besar
IV Memberikan khidmat nasihat terhadap pelaburan kerajaan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Situasi manakah yang berkaitan
dengan kemudahan membuat bayaran perintah sedia ada?
Cik Wani ingin melanggan saham baru
Cik Rani membayar bil astro setiap bulan
Puan Yus membayar gaji pekerjanya
En. Munahz membayar premium insurans nyawa setiap bulan
Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?
Diterima secara meluas dalam urus niaga
Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta
Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah
Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan
