wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TATABAHASA TAHUN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Kita mesti belajar bersungguh-sungguh________ tidak menyesal pada masa hadapan.

a)

kerana

b)

demi

c)

sambil

d)

supaya

2.

______, saya tidak tahan dengan kesakitan ini!

a)

Oh

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

3.

Kakak meletakkan beberapa _______ tembikai ke dalam piring.

a)

biji

b)

buah

c)

potong

d)

bekas

4.

Pelancong yang berasal _______ Australia itu fasih berbahasa Melayu.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

sejak

5.

Buah durian itu gugur _______ tanah apabila ditiup angin.

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

dari

6.
_____________________ keadaan nenek kamu?
a)
Bagaimanakah
b)
Apakah
c)
Bila
7.
Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah  rambutan itu.
a)
lembut
b)
tinggi
c)
panjang
8.
 “  ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas,” kata ketua darjah.
a)
sila
b)
ayuh
c)
usah
9.

Sup ___________________ ayam yang dimasak oleh sangat sedap.

a)

kekabu

b)

kekuda

c)

bebola

d)

pepohon

10.

Keadaan di dalam bilik itu ___________________ kerana langsirnya tidak dibuka.

a)

merah seperti saga

b)

rajin seperti semut

c)

putih seperti kapas

d)

gelap seperti malam

11.

Shivani membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.

a)

Buah mulut

b)

Buah hati

c)

Buah tangan

d)

Buah fikiran

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Makanan itu sangat masam kerana terlebih garam.

b)

Limau itu tidak habis dimakan olehnya kerana masam.

c)

Wajah adik yang masam itu menunjukkan dia tidak gembira.

d)

Kakak menutup hidungnya apabila terbau kambing yang masam itu.

13.

"Anak puan _____ keluar wad pada hari ini kerana demamnya _____ surut," kata Doktor Javen kepada Puan Joanna.

a)

boleh.....sudah

b)

harus.....pernah

c)

dapat.....mahu

14.

Reynard mengirim surat _____ Elijah yang tinggal _____ Kota Marudu.

a)

daripada.....ke

b)

pada.....di

c)

kepada.....di

15.

_____ pijak rumput itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Sila

16.
  1. Irdiana________dipilih sebagai olahragawati sekolah pada tahun 2018.
a)

masih

b)

pernah

c)

belum

d)

dapat

17.

Kata Bilangan


Saya menunggu Jarjit ____________________ minit di gerai minuman itu.

a)

sedikit

b)

semua

c)

beberapa

d)

setengah

18.

Kata Bilangan


Guru meminta kami menyiapkan karangan kami __________________ di rumah.

a)

semua

b)

setengah

c)

masing-masing

d)

separuh

19.

Kata Terbitan (Imbuhan)


______________________ sayur-sayuran itu telah menaikkan harga sayur-sayurannya.

a)

Berjual

b)

Penjual

c)

Menjual

d)

Penjualan

20.

Kata Terbitan (Imbuhan)


Ayah amat marah dengan _______________________ adik saya yang menconteng dinding bilik mandi itu.

a)

perbuatan

b)

membuat

c)

terbuat

d)

pembuat

21.
Shin Chan seorang 
yang _______.
a)
malas
b)
cerdik
c)
kurang bercakap
d)
pemalu
22.
Sebagai anak yang baik, kita perlu ____________ ibu bapa dengan bercakap dengan baik.
a)
menghormati
b)
mencintai
c)
menyayangi
d)
membantu
23.
Gasing moden ini ___________ oleh Willson berharga
RM 50.00.
a)
terbeli
b)
beli
c)
dibeli
d)
membeli
24.
Permainan gajet
'Nintendo Switch' menjadi ___________ ramai remaja kini.
a)
tergila
b)
kegila
c)
kegilaan
d)
gila
25.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Tuanku
26.
Eddie Cheok ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
menerjah
b)
memerah
c)
mengilap
d)
membasuh
27.
Encik Lee tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
28.
Pasukan bola keranjang SJKC Chung Hua Seremban gigih menjalani latihan sebelum pertandingan. ________, mereka  menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
29.
Klinik Kesihatan Seremban________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
memperhebat
c)
dihebat
d)
berhebat
30.
Suara Ng Le Jin________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
garau
b)
lunak
c)
manja
d)
nyaring
31.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
kunang-kunang
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
bari-bari
32.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
tengah
b)
hadapan
c)
belakang
d)
atas
33.
Pak Cik Siow menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut untuk dijual . 
a)
berkas
b)
batang
c)
tongkol
d)
bilah
34.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Ibu Wong Kai Le kepada anak gadisnya.
a)
tutur nista
b)
tutur bahasa
c)
tutur bicara
d)
tutur kata
35.
Pilih ayat yang betul.
(i) Ali bermain bola sepak di padang.
(ii) Bola sepak itu dimainkan oleh saya.
(iii) Kalang gemar tertembak burung.
(iv) Harenshen suka membaca.
a)
A) I dan IV
b)
B) II dan III
c)
C) III dan IV
d)
D) I, II , III dan IV
36.
Pilih ayat sama maksud.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
a)
Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
b)
Pak Majid melihat kawasan dusun datuk yang bersih kerana baru diterangkan.
c)
Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
d)
Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
37.
Pilih ayat yang betul.
a)
Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.
b)
Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
c)
D’saji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
d)
Kah Shim suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.
38.
Perkataan ' menganggur' bermaksud
a)
ada kerja
b)
tiada pekerjaan
c)
pemalas
d)
tanam anggur
39.
Pilih peribahasa yang tepat bermaksud gigih berusaha sehingga berjaya.
a)
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
b)
Bagai aur dengan tebing.
c)
Bagai cacing kepanasan.
d)
Seperti katak di bawah tempurung.
40.
Penggunaan Frog VLE di sekolah ___________ kemahiran murid-murid menguasai penggunaan komputer.
a)
meningkatkan
b)
merapatkan
c)
menambah
d)
menimba