Font size
WorksheetsKIMIA TING 4-Bab 1,2,3,4
Total questions: 50
Worksheet time: 2hrs 55mins
Atom klorin, Cl mempunyai 17 proton dan 35 nukleon Berapakah bilangan neutron bagi atom klorin?
17
18
52
35
Nombor proton bagi atom Aluminium ialah 13. Nyatakan bilangan elektron valens bagi atom aluminium.
13
8
10
3
Pada titik B dan titik C, nyatakan keadaan zarah pada takat lebur itu.
pepejal
cecair
cecair dan wap
pepejal dan cecair
Nyatakan ahli sains yang mengemukakan model atom di atas.
John Dalton
Ernest Rutherford
J.J Thompson
Niels Bohr
35 dan 17 bagi unsur Cl adalah
nombor elektron dan nombor nukleon
nombor neutron dan nombor proton
nombor nukleon dan nombor proton
nombor proton dan nombor nukleon
Bilangan proton bagi atom X ialah 10. Tulis susunan elektron atom X
2.8
2.8.2
2.8.3
2.7
Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang mempunyai bilangan _________yang sama, tetapi mempunyai bilangan _________ yang berbeza.
neutron, proton
proton, neutron
nukleon, neutron
elektron, neutron
Contoh penggunaan isotop dalam bidang nuklear ialah
Uranium-235
Plumbum-210
Natrium-24
Fosforus-32
Mak cik Kiah didapati menghidap penyakit kanser tulang. Apakah isotop yang dapat digunakan untuk merawat mak cik Kiah?
Hidrogen-3
Kobalt-60
Fosforus-32
Iodin-131
Atom Y mempunyai 11 proton dan 12 neutron. Atom Y menderma satu elektron membentuk ion Y+. Nyatakan bilangan proton, neutron dan elektron bagi ion Y+
12,11,10
11,12,10
10,11,12
11,10,12
Hitung jisim formula relatif bagi natrium klorida, NaCl.
[Jisim atom relatif: Na=23, Cl=35.5]
23
35.5
58.5
12.5
Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah nombor bulat (a) bagi bilangan atom setiap unsur dalam suatu sebatian.
Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan (a) atom bagi setiap unsur yang terdapat dalam satu molekul sebatian.
Mengapakah karbon-12 digunakan sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif?
Karbon-12 lebih stabil
Karbon-12 boleh bergabung dengan banyak unsur
Karbon-12 mempunyai tiga isotop
Karbon-12 lebih mudah dikendalikan kerana wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Rajah menunjukkan struktur molekul bagi aspirin.
Tuliskan formula molekul bagi aspirin.
(a)
Persamaan berikut mewakili satu tindak balas kimia.
Mg + 2HCl → MgCl2 + H2
Apakah hasil-hasil tindak balas bagi persamaan ini?
magnesium
magnesium dan asid hidroklorik
magnesium klorida dan gas hidrogen
magnesium dan gas hidrogen
Jisim satu atom X adalah empat kali lebih berat daripada satu atom besi.
Berapakah jisim atom relatif X?
[Jisim atom relatif: Fe = 56]
8
14
28
224
Kation manakah yang terdapat dalam leburan plumbum(II) iodida?
H+
I -
Pb2+
OH–
Formula bagi ion karbonat ialah CO32- dan ion klorida ialah Cl- .
Jika formula garam karbonat bagi X ialah XCO3 , apakah formula garam klorida bagi X ?
XCl
X2Cl
XCl2
X(Cl2)3
Formula molekul kalium heksasianoferrate(III) ialah K3Fe(CN)6.
Berapakah peratus karbon di dalam molekulnya?
[Jisim atom relatif: C=12, N=14, K=39, Fe=56]
5.47%
10.94%
16.41%
21.88%
Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Mengapakah penutup diangkat dan ditutup dengan cepat sekali sekala semasa pemanasan?
Untuk mengelakkan tekanan dalam mangkuk pijar
Untuk mengelakkan mangkuk pijar retak
Untuk mengelakkan wasap putih terbebas keluar
Untuk mengelakkan wap air memasuki mangkuk pijar
Apakah formula empirik bagi oksida M?
MO
MO2
M2O
M2O3
Persamaan berikut menunjukkan penguraian garam karbonat M apabila dipanaskan dengan kuat.
MCO3 → MO + CO2
Apakah jisim MCO3 yang diperlukan untuk menghasilkan 8.0 g MO?
[Jisim atom relatif: C=12, O=16, M=64]
3.7 g
6.2 g
8.0 g
12.4 g
Persamaan kimia manakah yang diseimbangkan dengan betul?
Na + O2 → Na2O
Na + Cl2 → NaCl
Mg + 2HCl → MgCl2 + H2
Mg + CH3COOH → (CH3COO)2Mg + H2
Antara formula kimia berikut, yang manakah betul?
MgCl
KSO4
NaNO3
NH4CO3
Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden dikenali sebagai (a)
Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur Kumpulan 18?
Helium
Hidrogen
Natrium
Fluorin
Susunan elektron bagi Lithium ialah 2.1. Yang manakah merupakan kumpulan bagi Lithium?
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 17
Kumpulan 18
Antara berikut, yang manakah diisi dalam lampu tanda iklan?
Helium
Argon
Neon
Radon
Kala 7 dikenali sebagai .....
Logan alkali
Halogen
Gas adi
Siri Aktinida
Susunan elektron Kalsium (Ca) ialah 2.8.8.2. Antara berikut, yang manakah merupakan kumpulan bagi Ca?
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 17
Kumpulan 18
Susunan elektron bagi unsur Silikon (Si) ialah 2.8.4. Antara berikut, yang manakah merupakan kala bagi Si?
Kala 2
Kala 3
Kala 6
Kala 7
Antara berikut, unsur yang manakah mencapai susunan elektron oktet?
Kalium
Natrium
Klorin
Kripton
Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Kumpulan 18?
Apabila menuruni Kumpulan 18, daya tarikan Van der Waals menjadi lebih lemah
Apabila menuruni Kumpulan 18, takat didih menurun.
Tidak mengkonduksikan haba
Larut dalam air
Unsur yang manakah bukan gas adi?
Helium
Neon
Kalium
Radon
Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?
Stim
Ferum
Udara
Tetraklorometana
Rajah di bawah menunjukkan satu proses. Apakah yang berlaku setelah kadbod dialihkan?
Zarah-zarah gas nitrogen dioksida mengambil alih tempat zarah-zarah udara.
Udara akan terbebas ke persekitaran.
Zarah-zarah gas nitrogen dioksida akan meresap ke dalam ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.
Warna perang gas nitrogen dioksida akan bertukar menjadi tidak berwarna.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pendidihan?
Wap iodin tersebar ke seluruh balang gas.
Air bertukar menjadi wap semasa dipanaskan.
Bebola naftalena dalam almari menjadi kecil.
Air menjadi ais di dalam peti sejuk.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa karbon-12 dipilih sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif dan jisim molekul relatif?
Karbon-12 adalah unsur bukan logam.
Karbon-12 adalah pepejal dan mudah dikendalikan.
Karbon-12 adalah unsur yang paling ringan.
Karbon-12 mempunyai empat elektron valens.
Persamaan kimia berikut menunjukkan pembakaran lengkap bagi gas etana.
2C2H6 + 7O2 --> 4CO2 + 6H2O
Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini?
Etana dan oksigen
Karbon dioksida dan air
Etana dan karbon dioksida
Oksigen dan karbon dioksida
Takat didih bromin lebih rendah jika dibandingkan dengan iodin. Pernyataan yang manakah paling tepat menerangkan tentang fenomena yang dinyatakan di atas?
Saiz atom iodin lebih kecil berbanding dengan bromin.
Daya ikatan antara molekul bromin lebih lemah berbanding dengan iodin.
Bilangan petala yang berisi elektron dalam atom bromin lebih banyak berbanding dengan iodin.
Ikatan kovalen antara atom bromin lebih rendah berbanding dengan iodin.
Unsur G bertindak balas dengan ion sulfat untuk membentuk suatu sebatian dengan formula G2SO4. Apakah susunan elektron yang bagi G?
2.8.1
2.8.2
2.8.3
2.8.4
Bahan yang manakah merupakan sebatian kovalen?
Litium klorida
Karbon dioksida
Antara yang berikut, yang manakah sifat bagi magnesium oksida?
Mempunyai takat didih yang rendah
Mengalirkan arus elektrik dalam keadaan akueus.
Nombor nukleon X adalah 40 dan ion X2+ mempunyai 18 elektron.
18
20
22
40
Antara bahan berikut yang manakah mengandungi 1.204x1024 atom?
1 mol gas nitrogen
1 mol ammonia
1 mol air
1 mol argon
11g suatu oksida M diturunkan menjadi 6.2g logam M.Formula empirik bagi oksida M ialah:
[Jisim atom relatif:O=16,M=31]
MO
M2O
M3O2
M2O3
Neon dan argon bersifat tidak reaktif secara kimia.Ini kerana:
Kedua-duanya mempunyai susunan elektron oktet
Kedua-duanya dari kumpulan 18 dalam jadual berkala
Kedua-duanya tertarik oleh daya tarikan van der waals yang lemah
Kedua-duanya dikenali sebagai gas adi
Antara sebatian berikut,yang manakah adalah sebatian ionik?
SO2
SO3
H2O
MgBr2
Antara bahan berikut yang manakah dapat menyalakan mentol?
Propanol
Larutan glukosa
Asid etanoik glasial
Larutan natrium klorida
