wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

S-RFP TAJUK : Tuntutan: Takaful Keluarga dan Takaful Am (EA_ZU)

Total questions: 14

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah isu yang menyebabkan pertikaian antara peserta dan pengendali takaful?

a)

Sama ada pengendali bertanggungjawab ATAU kuantum kerugian, jika pengendali bertanggungjawab.

b)

Amaun premium dibayar dan bahagian keuntungan yang diperoleh daripada premium berbayar terkumpul.

c)

Sama ada pertikaian boleh dibawa ke mahkamah ATAU kuantum kerugian, jika pengendali bertanggungjawab.

d)

Bahagian keuntungan yang diperoleh daripada premium berbayar terkumpul.

2.

Apakah kaedah untuk menyelesaikan tuntutan?

a)

Rundingan, timbang tara dan perantaraan

b)

Rundingan, tindakan undang-undang, timbang tara dan perantaraan

c)

Rundingan, timbang tara, tindakan di luar mahkamah dan perantaraan

d)

Rundingan, tindakan undang-undang, rundingan dan perantaraan

3.

Bagi takaful keluarga, tuntutan wujud disebabkan situasi berikut, KECUALI:

a)

Apabila peserta meninggal dunia

b)

Apabila kontrak takaful matang

c)

Atas aduan pihak ketiga

d)

Tuntutan faedah Kemalangan Diri, Sakit atau Hilang Upaya

4.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan kematian KECUALI:

a)

Sijil kematian

b)

Laporan bedah siasat

c)

Sijil kematian Kakitangan perkhidmatan dan kematian perang

d)

Sijil cuti sakit

5.

Manakah antara berikut adakah jenis kes dikendalikan oleh FMB?

a)

Pertikaian/tuntutan yang melibatkan terma dan syarat polisi atau sijil

b)

Pertikaian yang melibatkan jumlah melebihi RM 200,000

c)

Aduan yang melibatkan tuntutan kecederaan pihak ketiga

d)

Aduan yang melibatkan isu penaja jaminan

6.

Antara berikut, kes manakah yang TIDAK dikendalikan oleh FMB?

a)

Pertikaian/tuntutan yang melibatkan terma dan syarat polisi atau sijil

b)

Aduan yang melibatkan isu penaja jaminan

c)

Kerosakan harta benda pihak ketiga

d)

Pertikaian yang melibatkan jumlah sehingga RM100,000

7.

Bukti tuntutan matang melibatkan dokumen-dokumen ini KECUALI:

a)

Bukti umur

b)

Sijil kematian

c)

Bukti kelangsungan hidup

d)

Sijil polisi asal

8.

Manakah antara berikut dokumen yang diperlukan di bawah tuntutan kemalangan diri, sakit atau hilang upaya?

a)

Sijil cuti sakit, laporan perubatan dan slip gaji

b)

Sijil polisi asal, laporan perubatan dan slip gaji

c)

Sijil cuti sakit, sijil kematian dan slip gaji

d)

Chit cuti perubatan, laporan perubatan dan laporan koroner

9.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tuntutan di bawah takaful motor?

a)

Kerugian separa

b)

Jumlah kerugian

c)

Kecurian

d)

Harta kepunyaan pihak ketiga

10.

Yang manakah antara berikut BUKAN tuntutan di bawah liabiliti kepada pihak ketiga?

a)

Kerosakan harta kepunyaan pihak ketiga

b)

Kematian pihak ketiga

c)

Kecederaan anggota badan kepada pihak ketiga

d)

Pertikaian yang melibatkan jumlah melebihi RM100,000

11.

Pengendalian tuntutan melibatkan peringkat berikut, KECUALI:

a)

Melaporkan tuntutan

b)

Pelantikan pemeriksa

c)

Pemantauan kos

d)

Menyediakan bukti kehilangan

12.

Pengurusan tuntutan melibatkan perkara berikut, KECUALI:

a)

Perancangan strategik

b)

Pemantauan kos untuk meminimumkan kos yang tidak perlu

c)

Peranan pegawai mengendalikan tuntutan

d)

Penyelesaian pelepasan

13.

Berbanding dengan pengendalian tuntutan, boleh disimpulkan bahawa pengurusan tuntutan adalah ___________.

a)

mempunyai skop yang lebih luas

b)

Berorientasikan proses

c)

Fokus kepada penyediaan dokumen yang relevan dan sokongan

d)

Kurang cekap untuk mengesan penipuan

14.

Sekiranya berlaku pertikaianantara pengendali takaful dan pihak yang menuntut, kaedah penyelesaian yang manakah merupakan yang paling berbahaya kepada syarikat takaful?

a)

Rundingan

b)

Tindakan undang-undang

c)

Timbang Tara

d)

Perantaraan