wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Perniagaan dan Kewangan

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna.

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna.

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan.

2.

Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

Membantu golongan yang kurang berkemampuan.

b)

Menyediakan produk berkualiti pada harga yang murah.

c)

Menyediakan ruang perniagaan untuk peniaga kecil.

d)

Memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

3.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Biasanya menjual barang pada harga kos.

b)

Contoh organisasi bermotifkan untung ialah Kelab Belia 4B.

c)

Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma.

d)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna.

4.

Perniagaan manakah merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali.

b)

Restoran Syed dan Sheikh.

c)

Koperasi Kg DeBana Berhad.

d)

Syarikat JKB Sendirian Berhad.

5.

Apakah tanggungjawab francaisi?

a)

Menyediakan latihan kepada pekerja.

b)

Menjalankan promosi secara berkala.

c)

Membangunkan produk baharu.

d)

Membayar fi atau royalti kepada francaisor.

6.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi.

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan.

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian.

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global.

7.

Pihak manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Encik John ialah peniaga runcit

b)

Puan Rima ialah pemilik kilang roti

c)

Encik Sam ialah penoreh getah

d)

Encik Johar telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan

8.

Agensi manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

MATRADE

9.

Pernyataan manakah yang menerangkan X?

a)

Barang ditawarkan secara percuma.

b)

Harga dikenakan di bawah kos sebenar.

c)

Harga ditawarkan bersamaan dengan kos jualan.

d)

Barang dan perkhidmatan ditawar pada harga kos.

10.

Apakah jenis rakan kongsi tersebut?

a)

Lelap

b)

Biasa

c)

Berhad

d)

Nominal

11.

Pernyataan manakah yang menerangkan N?

a)

Majikan memberikan kebebasan kepada pekerja

b)

Terjalin hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja

c)

Majikan berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan pekerja

d)

Majikan bertindak tegas dan mengutamakan pencapaian matlamat perniagaan

12.

Apakah kelebihan menubuhkan koperasi?

a)

Dikecualikan daripada cukai.

b)

Menjalankan perniagaan yang seragam.

c)

Ahli menanggung liabiliti tidak terhad.

d)

Ahli tidak perlu menyumbang modal.

13.

Bagaimanakah saiz sesebuah perniagaan itu ditentukan?

a)

Jumlah jualan tahunan

b)

Bilangan pekerja tetap

c)

I dan II

d)

Saiz modal

e)

Bilangan cawangan

14.

Apakah peranan Bank Negara Malaysia dalam melaksanakan dasar kewangan negara?

a)

Memberi pinjaman kepada orang ramai

b)

Menerima deposit daripada orang awam

c)

Mempengaruhi arah aliran kredit negara

d)

Menerbitkan syer kepada syarikat awam berhad

15.

Situasi manakah yang menunjukkan berlakunya pengangguran kitaran?

a)

Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek

b)

Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja

c)

Majikan mengutamakan penggunaan mesin dan teknologi

d)

Pekerja sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan

16.

Apakah jenis pengangguran tersebut?

a)

Kitaran

b)

Struktur

c)

Bermusim

d)

Teknologi

17.

Antara yang berikut, faktor dalaman manakah yang mempengaruhi perkembangan perniagaan?

a)

I dan II

b)

Gaya pengurusan

c)

Sosiobudaya yang diamalkan

d)

Kewangan

e)

Politik sesebuah negara

18.

Antara yang berikut, faktor dalaman manakah yang mempengaruhi perkembangan perniagaan?

a)

Gaya pengurusan

b)

Kewangan

c)

Sosiobudaya yang diamalkan

d)

Politik sesebuah negara

e)

I dan II

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan sumber manusia dalaman?

a)

Jumlah tenaga kerja dalam organisasi

b)

Pekerja yang akan diambil bekerja oleh majikan

c)

Pekerja yang sedang berkhidmat dalam organisasi

d)

Pekerja dalam organisasi yang akan menamatkan perkhidmatan

20.

Apakah saluran agihan yang sesuai digunakan?

a)

Pengeluar -- Pengguna

b)

Pengeluar --- Peruncit ---Pengguna

c)

Pengeluar --- Pemborong --- Peruncit --- Pengguna

d)

Pengeluar --- Ejen --- Peruncit --- Pengguna

21.

Apakah gaya pengurusan yang ditunjukkan oleh Encik Kamarul?

a)

Autokratik

b)

Sederhana

c)

Demokratik

d)

Laissez-faire

22.

Berapakah titik pulang modal?

a)

RM4 000

b)

RM6 000

c)

RM8 000

d)

RM12 000

23.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kawasan berlorek T?

a)

Merupakan kawasan untung

b)

Jumlah hasil melebihi jumlah kos

c)

Jumlah pengeluaran melebihi titik pulang modal

d)

Jumlah pengeluaran kurang daripada titik pulang modal

24.

Pernyataan manakah yang menerangkan Y?

a)

Adanya penetapan tarikh yang perlu dicapai

b)

Penyataan objektif harus dinyatakan secara khusus

c)

Objektif yang ditetapkan haruslah boleh dicapai

d)

Penetapan objektif mestilah tidak mustahil untuk dicapai

25.

Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Pak Amirza?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

26.

Manakah yang boleh dijadikan sebagai pernyataan visi Syarikat Daya Sendirian Berhad?

a)

Menerbitkan buku ilmiah dan buku bukan ilmiah

b)

Memenuhi permintaan semua lapisan masyarakat

c)

Membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan luas

d)

Berusaha berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara

27.

Dengan badan manakah Syarikat Daya Sendirian Berhad didaftarkan?

a)

Jabatan Pendaftaran koperasi

b)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

28.

Manakah yang sesuai dijadikan sebagai pernyataan objektif syarikat berkenaan?

a)

Memenuhi permintaan daripada semua lapisan masyarakat

b)

Syarikat tidak mementingkan pres

29.

Manakah yang sesuai dijadikan sebagai pernyataan objektif syarikat berkenaan?

a)

Memenuhi permintaan daripada semua lapisan masyarakat

b)

Syarikat tidak mementingkan prestasi dalam jangka pendek

c)

Menerbitkan sekurang-kurangnya 100 judul buku ilmiah untuk setiap tahun

d)

Beraspirasi membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan luas dalam jangka panjang

30.

Siapakah yang tergolong dalam peringkat pengurusan pertengahan Syarikat Daya Sendirian Berhad?

a)

Encik Jainal

b)

Penyelia operasi

c)

Pengurus jabatan

d)

Lembaga pengarah

31.

Siapakah yang mewakili peringkat pengurusan atasan Syarikat Daya Sendirian Berhad?

a)

I dan II

b)

Lembaga pengarah

c)

Pengurus jabatan

d)

Encik Jainal

e)

Penyelia operasi

32.

Pernyataan manakah yang menerangkan objektif perniagaan?

a)

Melibatkan perancangan jangka panjang

b)

Pernyataan ringkas yang menerangkan tujuan

c)

Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus

d)

Menerangkan tentang tujuan sesebuah perniagaan itu diwujudkan

33.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

Peniaga akan menjadi popular

b)

Meningkatkan imej perniagaan

c)

Meningkatkan sumbangan kepada negara

d)

Meningkatkan kekayaan seorang peniaga

34.

Sebagai usahawan, Puan Wendy perlu menetapkan visi dalam perniagaannya. Pernyataan manakah yang menjelaskan maksud visi?

a)

Pembentukan maklumat yang lebih khusus

b)

Penetapan perancangan jangka masa pendek

c)

Pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau maklumat sesebuah perniagaan

d)

Penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang

35.

Mengapakah bahagian fungsian pembelian penting dalam organisasi perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan

b)

Mencetak dan mengedarkan bahan risalah

c)

Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang dibeli adalah tepat

d)

Memastiakan tidak berlaku kekurangan bekalan produk dalam pasaran

36.

Mengapakah bahagian fungsian pengeluaran penting dalam urusan perniagaan?

a)

Meningkatkan persaingan perniagaan

b)

Membolehkan pelanggan memperolehi barang

c)

Membantu perniagaan terus kekal dalam pasaran

d)

Memastikan setiap aktiviti pengeluaran dapat memaksimumkan keuntungan

37.

Apakah peranan bahagian fungsian pengagihan?

a)

Memilih saluran agihan yang sesuai

b)

Melaksanakan beberapa program motivasi

c)

Menggalakkan berlaku pertukaran barang

d)

Membuat sesuatu tugas untuk mencapai visi dan misi

38.

Mengapakah pengurus pengeluaran melaksanakan kawalan awalan?

a)

Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar

b)

Memastikan bahan mentah memenuhi spesifikasi

c)

Memastikan hasil keluaran memenuhi piawai yang ditetapkan

d)

Memastikan pekerja operasi mempunyai kemahiran secukupnya

39.

Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?

a)

Menjamin permintaan untuk barang keluaran

b)

Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

c)

Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna

d)

Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran

40.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan proses pengeluaran. Apakah X?

a)

Proses kawalan

b)

Proses penilaian

c)

Proses transformasi

d)

Proses perancangan

41.

Rajah 6 di bawah ini menunjukkan proses komunikasi. Apakah unsur W, X, Y dan Z?

a)

W Maklum balas Dekod Saluran Enkod

b)

B Dekod Saluran Enkod Maklum balas

c)

C Saluran Enkod Maklum balas Dekod

d)

Enkod Saluran Dekod Maklum balas