wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 : BILANGAN MOL, FORMULA KIMIA DAN PERSAMAAN KIMIA

Total questions: 64

Worksheet time: 2hrs 55mins

Name
Class
Date
1.

Persamaan kimia berikut menunjukkan Proses Haber.

Pengusaha kilang ingin menyediakan 8.5 kg ammonia, berapakah jisim nitrogen yang diperlukan?

[JAR : H=1 ; N=14]

a)

1.4 kg

b)

5.0 kg

c)

6.9 kg

d)

7.0 kg

2.

Aluminium karbonat terurai apabila dipanaskan dengan kuat untuk menghasilkan aluminium oksida dan karbon dioksida.

Berapakah isipadu maksimum gas yang boleh diperolehi pada suhu bilik apabila 2.34g aluminium karbonat dipanaskan?

[Jisim molar Al2(CO3)3 = 234 gmol-1 : Isipadu molar gas pada suhu bilik = 24 dm3mol-1]

a)

0.72 dm3

b)

2.40 dm3

c)

24.0 dm3

d)

72.0 dm3

3.

Formula empirik bagi suatu hidrokarbon ialah CH2. Apakah formula molekul bagi hidrokarbon itu?

[JAR : C=12 , H=1 ; Jisim molar hidrokarbon = 56 gmol-1]

a)

C4H8

b)

C4H10

c)

C2H4

d)

C2H6

4.

Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi atom Q dan atom R.

Antara sebatian kimia berikut, manakah yang boleh membentuk sebatian yang mempunyai formula kimia yang sama dengan atom Q dan atom R?

a)

Aluminium klorida

b)

Magnesium oksida

c)

Ferum (II) bromida

d)

Kalsium klorida

5.

Antara berikut yang manakah mempunyai isipadu terbesar pada keadaan bilik?

[JAR : H=1, C=12, N=14, O=16 ; Isipadu molar pada keadaan bilik = 24 dm3mol-1]

a)

42g karbon monoksida, CO

b)

23g nitrogen dioksida, NO2

c)

17g ammonia, NH3

d)

12g wap air,H2O

6.

Rajah menunjukkan langkah-langkah yang dijalankan untuk mengkaji sifat kimia unsur Kumpulan 1.

Apakah isipadu gas oksigen yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dalam tindak balas ini?

[Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm3mol-1]

a)

1.2 dm3

b)

2.2 dm3

c)

2.4 dm3

d)

4.8 dm3

7.

Penguraian kalium klorat (V),KClO3 oleh haba menghasilkan kalium klorida dan gas oksigen. Kaedah ini selalu digunakan untuk menghasilkan gas oksigen di dalam makmal. Andaikan anda ialah seorang pembantu makmal. Berapakah jisim klorat (V), KClO3 yang diperlukan untuk menghasilkan 48000 cm3 gas oksigen pada keadaan bilik?

[JAR : O=16, Cl=35.5, K=39 ; Isipadu molar = 24 dm3mol-1]

a)

2000.000g

b)

666.670g

c)

245.000g

d)

162.925g

8.

Tindak balas antara asid sulfurik dengan 9.0g serbuk kuprum (II) oksida menghasilkan kuprum (II) sulfat dan air. Berapakah jisim kuprum (II) oksida yang tidak bertindak balas jika 50 cm3 0.5mol dm-3 asid sulfurik digunakan?

[JAR : O=16, S=32, Cu=64]

a)

2.00 g

b)

7.00 g

c)

9.00 g

d)

11.00 g

9.

Apakah formula kimia bagi aluminium karbonat?

a)

AlCO3

b)

Al(CO3)3

c)

Al2(CO3)3

d)

Al3(CO3)2

10.

Rajah menunjukkan formula struktur bagi suatu bahan yang terdapat dalam ubat yang berfungsi melegakan rasa sakit.

Apakah formula molekul bahan ini?

a)

C8H9O2

b)

C9H8O2

c)

C8H9NO2

d)

C9H8NO2

11.

Rajah menunjukkan garam epsom yang sering digunakan dalam larutan rendaman kaki untuk melegakan lenguh kaki. Ia terdiri daripada serbuk putih magnesium sulfat heptahidrat, MgSO4.7H2O. Berapakah jisim molar magnesium sulfat heptahidrat?

[JAR : Mg=24, S=32, O=16, H=1]

a)

120

b)

126

c)

246

d)

290

12.

Rajah menunjukkan keadaan sebuah lori yang membawa asid sulfurik pekat yang telah terbalik di atas jalan raya.

1200cm3 asid sulfurik 4.65 moldm-3 telah tertumpah di jalan raya.

Sebatian kalsium karbonat digunakan untuk bertindak balas dengan asid bagi menghasilkan kalsium sulfat, karbon dioksida dan air supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Berapakah jisim minimum sebatian kalsium karbonat yang diperlukan?

a)

100 g

b)

1200 g

c)

558 g

d)

5580g

13.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menerangkan mengapa karbon-12 dipilih sebagai atom piawai untuk menentukan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif?

a)

Karbon mudah dikendalikan

b)

Karbon adalah unsur lengai

c)

Karbon mempunyai tiga isotop

d)

Karbon adalah unsur bukan logam

14.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida.

Antara yang berikut, langkah manakah yang betul untuk memastikan pita magnesium itu terbakar dengan lengkap?

a)

Gosok pita magnesium dengan kertas pasir

b)

Buka penutup mangkuk pijar sekali sekala semasa pemanasan

c)

Panaskan pita magnesium dengan kuat dalam mangkuk pijar yang bertutup

d)

Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim yang tetap diperolehi

15.

Antara pernyataan berikut yang manakah betul bagi satu mol suatu bahan?

a)

1 mol natrium klorida mengandungi 6.02 x 1023 ion

b)

1 mol naftalena mengandungi 6.02 x 1023 atom

c)

1 mol klorin mengandungi 6.02 x 1023 molekul

d)

1 mol neon mengandungi 6.02 x 1023 molekul

16.

Rajah menunjukkan satu tindak balas untuk menghasilkan baja X.

Berapakah peratus nitrogen mengikut jisim dalam baja X?

[JAR : H=1, N=14, O=16]

a)

17.5%

b)

35.0%

c)

42.9%

d)

66.7%

17.

Y merupakan unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur. Berapakah isi padu gas Y2 yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 5.6g besi dalam keadaan bilik?

[JAR : Fe=56, isipadu molar= 24dm3mol-1 pada keadaan bilik]

a)

1.2 dm3

b)

2.4 dm3

c)

3.6 dm3

d)

4.8 dm3

18.

Rajah menunjukkan formula struktur bagi kafein.

Berapakah jisim bagi 0.25 mol kafein?

[JAR : H=1, C=12, O=16, N=14]

a)

51.50 g

b)

48.50 g

c)

46.00 g

d)

47.50 g

19.

Rajah menunjukkan langkah-langkah penimbangan dalam penentuan formula empirik oksida bagi logam P.

Tentukan formula empirik oksida bagi logam P.

[JAR : O=16, P=207]

a)

PO

b)

P2O

c)

PO2

d)

P2O4

20.

Berapakah peratus komposisi jisim bagi air dalam aluminasilikat terhidrat,

Al2O3.2SiO2.2H2O

[JAR : Si=28, Al=27, O=16, H=1]

a)

6.98%

b)

7.75%

c)

8.85%

d)

13.95%

21.

Hitung bilangan ion positif dalam 1.5 mol aluminium oksida

a)

6.02 x 1023

b)

6.02 x 1023 x 1.5

c)

6.02 x 1023 x 1.5 x 3

d)

6.02 x 1023 x 1.5 x 2

22.

Antara berikut, yang manakah sebatian ion?

a)

NaCl

b)

NH3

c)

HCl

d)

CO2

23.

Berapakah jisim bagi satu mol molekul ammonia?

[JAR : H=1, N=14]

a)

15 g

b)

16 g

c)

17 g

d)

18 g

24.

Jadual menunjukkan jisim unsur P dan unsur Q yang bertindak balas menghasilkan sebatian dengan formula empirik PQ.

Apakah jisim atom relatif bagi unsur P?

[JAR Q=16]

a)

14.00 g

b)

12.00 g

c)

24.00 g

d)

9.00 g

25.

Formula kimia bagi sebatian X ialah WBr2.

Apakah formula kimia bagi sebatian yang terbentuk apabila kation X bertindak balas dengan oksigen?

a)

WO

b)

WO2

c)

W2O3

d)

W3O2

26.

Persamaan berikut mewakili tindak balas penguraian zink nitrat yang tidak seimbang.

Berapakah isipadu maksimum gas nitrogen dioksida yang terbebas pada suhu dan tekanan piawai STP apabila 18.9 g zink nitrat dipanaskan?

[JFR : Zn(NO3)2 = 189 gmol-1 ; Isipadu molar gas pada STP = 22.4 dm3mol-1]

a)

1.12 dm3

b)

2.24 dm3

c)

3.36 dm3

d)

4.48 dm3

27.

Sebanyak 0.5 mol J bertindak balas dengan 24.0 g oksigen membentuk J oksida.

Antara berikut, formula yang manakah menunjukkan formula empirik bagi J oksida?

[JAR : O=16]

a)

JO3

b)

J3O

c)

JO

d)

J2O3

28.

Antara berikut, yang manakah formula kimia kuprum (I) oksida?

a)

CuO

b)

CuO2

c)

Cu2O

d)

Cu2O2

29.

Berapakah bilangan atom yang terdapat dalam 720 g glukosa, C6H12O6?

[JAR : H=1, C=12, O=16 ; Pemalar Avogadro = 6.02 x 1023 mol-1]

a)

2.408 x 1024 atom

b)

1.806 x 1024 atom

c)

5.779 x 1024 atom

d)

3.606 x 1024 atom

30.

Dalam satu eksperimen, Ahmad menambahkan zink oksida yang berlebihan ke dalam

50 cm3 asid nitrik 2.0 mol dm-3.

Berapakah jisim maksimum zink nitrat yang terbentuk?[JAR : H=1, N=14, O=16, Zn=65]

a)

9.45 g

b)

6.35 g

c)

1.89 g

d)

1.27 g

31.

Apabila 9.2 g etanol terbakar dengan lengkap di dalam oksigen berlebihan, gas karbon dioksida dan air dihasilkan. Hitung jisim wap air yang dihasilkan.

[JAR : H=1, C=12, O=16]

a)

3.6 g

b)

4.8 g

c)

7.2 g

d)

10.8 g

32.

Parasetamol adalah satu analgesik untuk sakit kepala. Formula kimia bagi parasetamol ialah C8H9NO2.

Berapakah jisim molekul relatif bagi parasetamol?

[JAR : H=1, C=12, N=14, O=16]

a)

43

b)

63

c)

135

d)

151

33.

Apakah formula kimia bagi stanum (IV) oksida

a)

SnO

b)

Sn2O

c)

Sn2O2

d)

SnO2

34.

Rajah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mencari formula empirik bagi satu oksida logam X.

Antara berikut, apakah yang mungkin bagi oksida X?

a)

Zink oksida

b)

Magnesium oksida

c)

Kuprum (II) oksida

d)

Plumbum (II) oksida

35.

Serbuk zink berlebihan bertindak balas lengkap dengan 25 cm3 larutan asid nitrik 2.0 mol dm-3 seperti persamaan di bawah.

Masa untuk tindak balas lengkap adalah 120s. Tentukan kadar tindak balas purata bagi pembebasan gas hidrogen.

a)

5.00 cm3s-1

b)

1.20 cm3s-1

c)

0.20 cm3s-1

d)

0.02 cm3s-1

36.

Persamaan berikut mewakili pengoksidaan logam X oleh stim.

Berapakah jisim maksimum X2O3 yang dihasilkan apabila 50 g stim bertindak balas dengan 100 g logam X?

[JAR : H=1, O=16, X=56]

a)

20.7 g

b)

21.4 g

c)

142.9 g

d)

148.8 g

37.

Apabila 10.0 g natrium bertindak balas dengan air, gas hidrogen dihasilkan. Berapakah jisim natrium yang tidak bertindak balas jika 100 cm3 air digunakan?

[JAR : Na=23, H=1, O=16]

a)

8.00 g

b)

2.00 g

c)

10.00 g

d)

5.00 g

38.

Jisim natrium adalah 23 kali lebih besar daripada 1/12 karbon-12. Apakah jisim atom relatif bagi natrium?

a)

A. 276

b)

B. 23

c)

C. 12

d)

D. 1

39.

Jika jisim unsur A adalah 2 kali lebih besar daripada jisim karbon, maka jisim atom relatif bagi unsur itu ialah __________.

(Jisim atom relatif karbon = 12)

a)

A. 12

b)

B. 24

c)

C. 288

d)

D. 36

40.

Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.

[ JAR: C = 12; O = 16 ]

a)

A. 28

b)

B. 30

c)

C. 44

d)

D. 40

41.

Jisim molekul relatif M2SO4 ialah 142. Apakah jisim atom relatif bagi unsur M?

[JAR O:16; S:32]

a)

A. 23

b)

B. 54

c)

C. 118

d)

D. 123

42.

Yang berikut, yang manakah mengandungi 3 x6.05 x1023 atom ?

a)

A. 1 mol gas nitrogen

b)

B. 1 mol gas klorin

c)

C. 1 mol gas karbon dioksida

d)

D. 1 mol gas neon

43.

Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu pepejal.

a)

A. n=MV/1000

b)

B. Mol = Isipadu /isipadu molar

c)

C. Mol = Jisim/ Jisim molar

44.

Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu larutan.

a)

A. n=MV/1000

b)

B. Mol = Isipadu /Isipadu molar

c)

C. Mol = Jisim /Jisim molar

45.

Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu gas

a)

A. n =MV/1000

b)

B. Mol = Isipadu / Isipadu molar

c)

C. Mol = Jisim / Jisim molar

46.

Apakah hasil bagi tindak balas antara asid dan alkali.


asid + alkali → ?

a)

A. Garam, Air, Karbon dioksida

b)

B. Garam, Gas hidrogen

c)

C. Garam, Air

47.

Yang manakah persamaan kimia seimbang bagi tindak balas

antara zink dan asid hidroklorik?

a)

Zn + HCl → ZnCl₂ + H₂

b)

Zn + 2HCl → ZnCl₂ + H₂

c)

Zn + 2HCl → 2ZnCl + H₂

d)

Zn + HCl → ZnCl + H

48.

Formula molekul bagi glukosa ialah C₆H₁₂O₆. Apakah formula empiriknya?

a)

A. CHO

b)

B. C₆H₁₂O₆

c)

C. CH₂O

49.

3H2 (g) + N2 (g) → 2NH3 (g)


Apakah jisim molekul relative bagi hasil tersebut?

[JAR: H=1 ; N=14 ]

a)

A. 2

b)

B. 17

c)

C. 28

d)

D. 34

50.

Rajah menunjukkan bilangan atom dalam satu molekul. Antara yang berikut, yang manakah mungkin molekul itu?

a)

A. Karbon dioksida

b)

B. Ammonia

c)

C. Klorin

d)

D. Air

51.

Antara bahan yang berikut, yang manakah mangandungi bilangan atom yang sama dengan satu mol gas klorin?

a)

A. 1 mol neon

b)

B. 0.5 mol natrium

c)

C. 2/3 mol karbon dioksida

d)

D. 1 mol nitrogen dioksida

52.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi satu mol bahan?

a)

A 1 mol kuprum mengandungi 6.02 × 1023 molekul

b)

B 1 mol gas oksigen mengandungi 6.02 × 1023 atom

c)

C 1 mol air mengandungi bilangan atom yang sama dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12

d)

D 1 mol karbon dioksida mengandungi bilangan molekul yang sama dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12

53.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik suatu oksida logam.


Antara oksida logam berikut yang manakah tidak sesuai digunakan dalam eksperimen?

a)

A Zink oksida

b)

B Plumbum (II) oksida

c)

C Kuprum (II) oksida

d)

D Ferum (III) oksida

54.

Kaedah seperti dalam gambar rajah sesuai untuk menentukan formula empirik bagi logam yang kurang reaktif, contohnya...


I. Argentum

II. Kuprum

III. Plumbum

IV. Zink

a)

A. I sahaja

b)

B. I dan II sahaja

c)

C. I, II, dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

55.

Enam atom unsur Y mempunyai jisim yang sama dengan tiga atom tellurium, Te. Berapakah jisim atom relatif Y?

[Jisim atom relatif; Te, 128]

a)

8

b)

16

c)

32

d)

64

56.

Berapakah bilangan ion nitrat, NO3- dalam 2 mol aluminium nitrat, Al(NO3)3?

[Pemalar Avogrado: 6.02 x 1023 mol-1]

a)

1.204 x 1024 mol-1

b)

1.806 x 1024 mol-1

c)

3.010 x 1024 mol-1

d)

3.612 x 1024 mol-1

57.

Antara bahan berikut, yang manakah mengandungi bilangan atom yang paling besar?

a)

0.1 mol karbon

b)

0.2 mol zink

c)

0.3 mol gas klorin

d)

0.4 mol gas neon

58.

200 cm3 suatu gas mempunyai jisim 0.15 g pada keadaan bilik. Berapakah jisim molar gas itu?

[Isi padu molar: 24 dm3 pada keadaan bilik]

a)

18 g mol-1

b)

30 g mol-1

c)

50 g mol-1

d)

150 g mol-1

59.

Apakah peratus komposisi mengikut jisim bagi atom karbon per molekul dalam heksana C6H14 ? [Jisim atom relatif: C, 12; H,1]

a)

76.23%

b)

83.72%

c)

81.46%

d)

84.13%

60.

0.60 g logam Z bertindak balas dengan flourin untuk menghasilkan 1.17g Z flourida. Apakah formula empirik bagi Z flourida? [Jisim atom relatif: F,19; Z,40]

a)

ZF

b)

ZF2

c)

Z2F

d)

ZF4

61.

Berapakah jisim kalsium yang terkandung dalam 1 kg kalsium karbonat? [Jisim atom relatif: C,12; O, 16; Ca, 40]

a)

100 g

b)

300 g

c)

200 g

d)

400 g

62.

Gas ammonia dihasilkan menurut persamaan berikut:


3H2 + N2 → 2NH3

Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah betul?

a)

3 g gas hidrogen bertindak balas dengan 1 g nitrogen untuk menghasilkan 2 g gas ammonia

b)

Tiga molekul nitrogen bertindak balas dengan satu molekul hidrogen untuk menghasilkan 2 molekul ammonia

c)

Bilangan atom dalam gas ammonia terhasil adalah dua kali bilangan atom nitrogen yang digunakan

d)

1 mol gas ammonia terhasil apabila 0.5 mol gas nitrogen bertindak balas dengan 1.5 mol gas hidrogen

63.

Persamaan berikut mewakilli tindak balas antara magnesium dan asid hidroklorik.

Mg + 2HCl → MgCl2 + H2


Berapakah isi padu gas hidrogen yang terhasil jika 3.6 g magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik berlebihan pada keadaan bilik?

[Jisim atom relatif : 24; Isipadu molar: 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]

a)

0.12 dm3

b)

1.2 dm3

c)

3.6 dm3

d)

4.8 dm3

64.

Fotosintesis dalam tumbuhan hijau boleh diwakili oleh persamaan berikut:


6CO2 + 12H2O → C6H12O6 + 6O2 + 6H2O


Apakah jisim glukosa yang terhasil jika 7.2 dm3 gas karbon dioksida digunakan?

[Jisim atom relatif: H,1; C,12; O,16. Isi padu molar: 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]

a)

18.00 g

b)

9.00 g

c)

5.40 g

d)

4.91 g