NEW
Font size
WorksheetsSoalan Perniagaan
Total questions: 28
Worksheet time: 14mins
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri - ciri sebuah perniagaan
tidak dikenakan beban cukai ,pentadbiran secara demokrasi, membantu keperluan anggota, liabiliti terhad Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Awam Berhad
Perkongsian
Koperasi
Petikan berikut merupakan hubungan antara perkaitan perniagaan. Jualan barang menggunakan teknologi moden seperti internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Tentukan perkaitan perniagaan tersebut?
Klasifikasi Peniagaan dan bentuk milikan
Klasifikasi Perniagaan dan Skala
Barangan dan bentuk milikan
Bentuk Pemilikan dan Skala
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi berlaku trend meningkat?
Politik yang stabil
Pengurusan yang cekap
Ekonomi yang berkembang
Jaringan perniagaan yang positif
Maklumat berikut berkaitan dengan aspek perubahan persekitaran perniagaan Jangkaan pertumbuhan 40% penggunaan kereta elektrik pada 2024. Tenaga Nasional Berhad rancang tambah stesen caj kenderaan Apakah aspek perubahan persekitaran perniagaan tersebut.
Aspek Pasaran
Aspek Kewangan
Aspek Guna Tenaga
Aspek Undang – Undang
Maklumat berikut berkaitan dengan PADU Asia Sdn Bhd. PADU Asia Sdn Bhd mengumumkan jalinan kontrak bersama Teguh Solar Sdn Bhd yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina sistem solar di bumbung rumah di Malaysia Apakah faktor luaran yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Politik
Ekologi
Ekonomi
Undang - Undang
Manakah penyataan yang berkaitan dengan misi?
Penyataan berkaitan hala tuju perniagaan
Penyataan berkaitan tujuan utama perniagaan
Penyataan berkaitan panduan membuat keputusan
Penyataan berkaitan maklumat khusus perniagaan
Pernyataan manakah merujuk kepada tujuan visi?
En. Azman telah mengagihkan belanjawan mengikut keperluan setiap jabatan
Seramik Sdn. Bhd ingin menjadi pembekal produk porselin terkemuka di Malaysia
Pekerja telah dimaklumkan berkaitan sasaran jualan yang perlu dicapai pada tahun semasa
Pengurus pemasaran telah menerangkan hala tuju perniagaan kepada semua pekerja di bawahnya
Pernyataan berikut berkaitan dengan Perniagaan Pisang Crispy. Masyarakat Malaysia kini yang gemar menikmati kerepek pelbagai perisa menyebabkan Perniagaan Pisang Crispy mempelbagaikan perisa kerepek pisang yang dijual seperti kerepek pisang crispy coklat dan kerepek pisang crispy keju. Antara berikut, faktor luaran yang manakah mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif Perniagaan Pisang Crispy tersebut?
Teknologi
Ekonomi
Kewangan
Sosiobudaya
Apakah kesan sekiranya perniagaan tidak mencapai objektif?
Jualan merosot
Kos operasi merosot
Harga produk dikurangkan
Kadar dividen dikurangkan
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan Salmi Kerepek-ku. Memeriksa semua tempahan kerepek dan bertindak jika berlaku perbezaan Memenuhi kekurangan bekalan kerepek yang berlaku di sesuatu lokasi Apakah bahagian fungsian tersebut?
Jualan
Kewangan
Pemasaran
Pengagihan
Pernyataan di bawah merupakan salah satu proses aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan X Pihak perniagaan mendapatkan peralatan sukan daripada bahagian pengeluaran dan mengedarkan kepada pihak sekolah. Proses aliran barang merujuk kepada
Pesanan bahan mentah
Penerimaan pesanan pengguna
Penghantaran invois kepada pembeli
Pengeluaran item barang dan pengedaran
Mengapakah interaksi antara bahagian fungsian penting dalam sesebuah organisasi perniagaan kecil dan perniagaan besar?
Untuk meningkatkan persaingan
Untuk mengurangkan kos operasi
Untuk menambah jumlah pelanggan
Untuk melancarkan aktiviti perniagaan
Penyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Kejuruteraan Katerina Syarikat Kejuruteraan Katerina telah menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) sebagai petunjuk kepada prestasi pencapaian pekerja Apakah peranan pengurusan sumber manusia Syarikat Kejuruteraan Katerina tersebut?
Prestasi pasukan
Latihan Peningkatan Kemahiran
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Mengapa majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Mereka lebih mudah untuk diberikan kenaikan pangkat
Mereka dapat menjimatkan masa dan kos latihan
Mereka lebih bersemangat untuk bekerja
Mereka lebih pandai berkomunikasi
Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Coco Bes. Kilang Coco Bes telah dilawati oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setelah mendapat aduan daripada pekerja mereka yang membuat laporan tentang tidak memberikan faedah yang wajib kepada mereka sepanjang tiga bulan yang lalu. Apakah jenis faedah tersebut?
Insurans kelompok
Caruman PERKESO
Kemudahan perubatan
Kemudahan keselamatan
Manakah yang berikut merupakan sumber fizikal?
Komputer riba
Video animasi
Adobe Photoshop
Reka bentuk animasi
Manakah yang berikut merupakan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan?
Membina sebuah bangunan baharu bagi meningkatkan pengeluaran
Membeli mesin baharu bagi melancarkan pengeluaran
Mendapatkan bahan mentah yang berkualiti
Menyelenggara mesin secara berkala
Mengapakah seorang usahawan perlu menguruskan harta intelek dengan baik?
Memastikan perniagaan diurus dengan baik
Menghasilkan keuntungan dalam jangka yang singkat
Memastikan kedudukan aset sentiasa kukuh dan stabil
Mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan positif pengurusan sumber fizikal yang baik dalam mempertingkatkan kecekapan sesebuah perniagaan?
Pengurangan kos operasi.
Penurunan produktiviti pekerja.
Pengurangan pembaziran sumber.
Penurunan kepuasan pelanggan.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk menggunakan aset bagi tempoh tertentu sahaja?
Modal Permulaan
Pemfaktoran
Sewa Beli
Pajakan
Antara berikut yang manakah merupakan item penerimaan dalam penyata aliran tunai.
Belian tunai
Jualan tunai
Ansuran pinjaman
Deposit kenderaan
Antara berikut, yang manakah penyataan yang betul?
Jualan Azimi Perabot lebih tinggi
Kos penyimpanan Azimi Perabot lebih tinggi
Pengurusan stok Selamat Furniture lebih efisien
Kadar pulangan keuntungan Selamat Furniture lebih cepat
Bagaimanakah agensi tersebut dapat menyumbangkan kepada kejayaan usahawan?
Memberikan latihan kemahiran pengurusan perniagaan
Menyediakan khidmat nasihat memulakan perniagaan
Menyediakan modal untuk memulakan perniagaan
Membantu dalam pemilihan lokasi perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah akta yang terlibat untuk penubuhan perniagaan?
Akta Kontrak 1950
Akta Jualan Barangan 1967
Akta Sewa Beli 1965
Akta Syarikat 2016
Akta yang manakah sesuai dengan ciri – ciri bentuk pemilikan tersebut?
Akta Francais 1998
Akta Syarikat 2016
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Apakah prosedur yang seterusnya yang perlu dilakukan oleh Syarikat Ali Travel?
Melantik setiausaha syarikat
Mengisi borang carian nama syarikat
Menjelaskan pembayaran Fi pendaftaran
Mengisi borang permohonan pendaftaran syarikat
Apakah dokumen yang perlu untuk merekod maklumat ambilan barang niaga?
Memo
Resit
Invois
Bil tunai
Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkann pihak bank?
I. Kemampuan membayar hutang
II. Jumlah pinjaman yang dimohon
III. Jumlah deposit dalam akaun bank
IV. Kadar keuntungan yang diperoleh
