wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 1 (Form 4)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?

a)

Berlakunya bencana alam

b)

Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

c)

Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi

d)

Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

2.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

3.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

4.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

5.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

6.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

7.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

8.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

9.

Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia mengurus....

a)

sumber ekonomi yang terhad dengan kehendak yang terhad

b)

sumber ekonomi yang tidak terhad dan kehendak yang terhad

c)

sumber rekonomi yang terhad dengan kehendak yang tidak terhad

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad dengan kehendak yang tidak terhad

10.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kos lepas bagi individu?

a)

bayaran untuk membeli sesuatu barang

b)

pilihan barang untuk memaksimumkan kepuasan

c)

perbelanjaan yang ditanggung untuk mendapatkan suatu barang

d)

barang yang tidak dipilih bagi mendapatkan barang yang terbaik

11.

Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan isi rumah...

a)

mengalami masalah kekurangan barang

b)

terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas

c)

mempunyai keupayaan membeli yang semakin tinggi

d)

dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggnaan sesuatu barang

12.

Manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah ialah sumber yang diekstrak dari bumi atau lautan

b)

Modal mempunyai penawaran yang terhad

c)

Buruh ialah individu yang menggabungkan input pengeluaran untuk menghasilkan output

d)

Usahawan merupakan individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif

13.

Apakah tujuan individu membuat pilihan?

a)

mengutamakan kehendak

b)

mengutamakan keselesaan

c)

memaksimumkan kepuasan

d)

meminimumkan perbelanjaan

14.

Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan?

a)

memaksimumkan output

b)

meminimumkan keuntungan

c)

meminimumkan pembaziran sumber

d)

memaksimumkan kebajikan masyarakat

15.

Pernyataan manakah yang menerangkan kos lepas?

a)

perbelanjaan kerajaan keatas projek pembangunan

b)

penggunaan yang perlu diadakan walaupun pendapatan sifar

c)

input yang perlu dikorbankan untuk mengurangkan kos pengeluaran

d)

barang pengganti terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barang terbaik