wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 1- LATIH TUBI TEORI

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

FIFO (First in, First Out)

Apakah kebaikan mengamalkan prinsip ini dalam kaedah penyimpanan bahan?

a)

Kos bahan mentah dapat ditingkatkan.

b)

Penghantaran bahan dapat disegerakan oleh pembekal.

c)

Menjadikan kedudukan bahan di rak penyimpanan lebih kemas.

d)

Menghalang pembaziran akibat kerosakan bahan makanan ketika tempoh penyimpanan.

2.

Apakah maksud pencemaran silang (cross-contamination)?

a)

Makanan tidak dipasteurkan.

b)

Makanan yang masih baik tetapi tidak dipanaskan.

c)

Makanan yang diletak atau disimpan di ruang stor utiliti.

d)

Makanan mentah bercampur dengan makanan yang telah dimasak.

3.
  • - Sangat berat

  • - Digunakan untuk memotong tulang

  • Pilih jenis pisau yang menggambarkan penyataan di atas.

a)

Slicer

b)

Cleaver

c)

Utility Knife

d)

Paring Knife

4.

Apakah teknik yang betul semasa mengangkat barang?

a)

Luruskan lutut dan bengkokkan badan.

b)

Gunakan kaki untuk mengalihkan barang.

c)

Gunakan troli untuk mengalih objek yang berat.

d)

Gunakan meja untuk mengambil barang di tempat tinggi.

5.

Susunkan langkah memadam kebakaran minyak dalam kuali atau periuk.

I. Padamkan api dapur.

II. Buka penutup perlahan-lahan.

III. Tutup permukaan dengan tudung periuk.

IV. Biarkan kuali atau periuk tersebut menjadi sejuk.

a)

I, II, III, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, II, I, IV

d)

III, IV, II, I

6.

Berikan cara penyimpanan yang betul bagi bahan pencuci seperti sabun dan pembersih dapur .

a)

Atas meja kerja.

b)

Bekas simpanan yang terbuka.

c)

Bekas simpanan yang tidak berlabel.

d)

Bekas simpanan yang tertutup dan jauh dari makanan.

7.

Manakah antara berikut merupakan prosedur penerimaan bahan mentah dari pembekal?

a)

Memeriksa setiap barang yang dibekal.

b)

Menyemak event order dengan pembekal.

c)

Memastikan katalog promosi dibawa oleh pembekal.

d)

Mencampurkan bahan basah dan bahan kering dalam satu bekas.

8.

Susunkan urutan yang betul cara penggunaan alat pemadam api.

I Tekan tuil atas alat pemadam.

II Acukan muncung alat ke pangkal api.

III Semburkan ke arah api dengan cara menyapu.

IV Tanggalkan alat keselamatan daripada pemadam api.

a)

I, II, III, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, II, I, IV

d)

IV, II, I, III

9.

Pilih kaedah pemilihan sayur-sayuran yang betul?

a)

Sayur berubi - bertunas.

b)

Sayur berpucuk - tua dan keras.

c)

Sayur berdaun - segar dan berwarna terang.

d)

Sayur kekacang - lembut apabila dipatahkan.

10.

Pilih warna papan pemotong yang sesuai anda gunakan untuk memotong roti.

a)

Putih

b)

Hijau

c)

Merah

d)

Kuning

11.

Manakah antara pernyataan berikut bukan merupakan tujuan memasak?

a)

Memudahkan pencernaan.

b)

Menambahkan rasa makanan.

c)

Membaiki rupa dan tekstur makanan.

d)

Mencairkan lemak yang terdapat dalam daging dan ayam.

12.

Apakah kegunaan peralatan di atas?

a)

Boiling

b)

Poaching

c)

Steaming

d)

Gratinating

13.

Manakah antara berikut merupakan kaedah memasak haba lembap?

a)

Merebus

b)

Menggril

c)

Membakar

d)

Menggoreng

14.

Bagaimanakah kaedah sauteing dilakukan?

a)

Kukus dengan air yang sedikit.

b)

Rebus menggunakan air yang sedikit.

c)

Goreng dengan minyak atau lemak yang banyak.

d)

Goreng menggunakan minyak atau lemak yang sedikit.

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah mise en place?

a)

Pemilihan bahan masakan.

b)

Persediaan awal untuk memasak.

c)

Perasakan dengan garam dan lada sulah.

d)

Proses merenih (simmering) stok hingga sebahagian airnya tersejat.

16.

Terangkan kaedah mencelur (blanching)?

a)

Makanan perlu ditos segera.

b)

Menggunakan haba bahagian atas.

c)

Memasak makanan dalam air mendidih.

d)

Menggunakan minyak sederhana banyak.

17.

Selain kaedah merebus, apakah kaedah lain yang boleh digunakan untuk memasak nasi putih?

a)

Mengril

b)

Merenih

c)

Membakar

d)

Mengukus

18.

Apakah kaedah masakan bagi hidangan Seafood Tempura?

a)

Boiling

b)

Stewing

c)

Deep fry

d)

Blanching

19.

Mengapakah teknik skim the scum dipraktikkan semasa pembuatan stok?

a)

Menyaring stok.

b)

Mengurangkan suhu stok.

c)

Menambah bahan tambahan.

d)

Mengambil lemak dan kekotoran dari permukaan stok.

20.

Berikan alat yang sesuai untuk menyukat lima (5) mililiter esen vanilla.

a)

Jug penyukat

b)

Sudu penyukat

c)

Alat penimbang

d)

Termometer makanan digital

21.

Pilih cara yang betul untuk memasak stok perang?

a)

Menggunakan suhu bilik sahaja.

b)

Menggunakan suhu tinggi selama 30 minit sahaja.

c)

Menggunakan suhu tinggi untuk masa yang singkat.

d)

Menggunakan suhu rendah dan memasak dalam masa yang lama.

22.

Mushroom sauce yang anda masak didapati cair. Bagaimanakah cara untuk memastikan sos tersebut mencapai konsistensi nappe?

a)

Menambah agen pemekat.

b)

Menambah lebih banyak air.

c)

Menambah lebih banyak cuka.

d)

Menggunakan bahan pengawet.

23.

Roux adalah satu agen pemekat. Susunkan langkah kerja penyediaan roux.

I. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

II. Sediakan mentega dan tepung gandum.

III. Panaskan mentega sehingga cair di dalam kuali.

IV. Kacau menggunakan senduk kayu sehingga masak.

a)

I, II, III, IV

b)

I, III, IV, II

c)

II, III, I, IV

d)

III, IV, II, I

24.

Pilih bahan utama untuk menghasilkan stok putih.

a)

Tulang daging dan roux.

b)

Tulang ayam dan daging.

c)

Tulang ayam dan mirepoix.

d)

Tulang lembu dan kambing.

25.

Apakah gelaran yang diberikan kepada individu yang hanya makan makanan berasaskan produk tenusu tetapi tidak makan telur?

a)

Dietary vegan

b)

Ovo-vegetarian

c)

Lacto-vegetarian

d)

Lacto-ovo-vegetarian

26.

Pilih perkakasan yang sesuai bagi mencegah kemalangan ketika mengangkat dulang dari ketuhar.

I. Skaf

II. Apron

III. Hand cloth

IV. Sarung tangan ketuhar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

27.

Susunkan langkah Standard Breading Procedure yang betul untuk menyediakan Chicken Chop.

I. Goreng sehingga keperangan.

II. Salut potongan ayam dengan telur.

III. Salut potongan ayam dengan tepung.

IV. Salut potongan ayam dengan serbuk roti.

a)

I, II, III, IV

b)

II, I, III, IV

c)

III, II, IV, I

d)

IV, II, III, I

28.

Merujuk kepada rajah di atas, manakah antara berikut BUKAN langkah keselamatan yang perlu diambil kira semasa menggunaan alatan tersebut?

a)

Pastikan tiada kebocoran gas berlaku.

b)

Kawal pelaras alatan tersebut dahulu sebelum menggunakannya.

c)

Pastikan anda tidak memegang muncung alatan tersebut setelah digunakan.

d)

Penggunaan bersama bahan bahan mudah terbakar seperti kertas dan plastik amatlah digalakkan.

29.

Pilih penyataan yang menerangkan ciri-ciri daging lembu yang segar?

a)

Berbau dan tidak busuk.

b)

Daging pejal dan kelihatan lebam.

c)

Berwarna gelap dan lemak berwarna putih.

d)

Berwarna merah muda dan lemak berwarna putih.

30.

Apakah bakteria penyebab keracunan makanan berpunca daripada telur ayam yang tidak dicuci dengan baik?

a)

Salmonella

b)

Bacillus Cereus

c)

Escherichia Coli

d)

Staphylococcus Aureus

31.

Apakah fungsi utama sos dalam hidangan main course?

a)

Mengubah tekstur makanan.

b)

Menjadikan hidangan lebih pekat.

c)

Menjadikan hidangan lebih mahal.

d)

Menambah kelembapan kepada hidangan.

32.

Apakah amalan kerja yang dilakukan ketika menggunakan ketuhar elektrik dalam penyediaan hidangan Ayam Panggang?

I. Panaskan ketuhar elektrik sebelum digunakan

II. Masukkan makanan terlebih dahulu dan panaskan ketuhar elektrik

III. Periksa makanan di dalam ketuhar elektrik untuk mengelakkannya daripada hangit.

IV. Kenalpasti bahagian dalam ketuhar elektrik iaitu tingkat-tingkat jeriji mengikut makanan

yang akan dipanggang.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

33.

Mengapakah pengendali makanan perlu memakai kasut keselamatan semasa berada di dapur?

a)

Memastikan kebersihan terjamin.

b)

Melindungi kaki daripada kecederaan.

c)

Kelihatan menarik ketika menjalankan tugas.

d)

Mengurangkan risiko kerosakan alatan di dapur.

34.

Manakah antara berikut merupakan perkara yang betul semasa pembersihan griller?

I. Bilas dan keringkan rod.

II. Sejukkan rod dan keluarkan.

III. Rendam rod dalam bahan peluntur.

IV. Rendam rod dalam bahan pencuci.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

35.

Manakah antara berikut merupakan rawatan awal bagi kecederaan jari yang luka terkena pisau?

I. Tutup bahagian yang luka dengan plastik.

II. Basuh atau lalukan air sejuk dibahagian yang luka.

III. Sapu dengan minyak atau bahan yang menyejukkan.

IV. Tanggalkan pakaian yang melekat pada bahagian yang luka.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

36.

Nyatakan nisbah sukatan beras kepada air untuk memasak nasi putih.

a)

1 : 1

b)

2 : 1

c)

1 : 4

d)

1 : 3

37.

Rajah di atas menunjukkan sejenis pasta berinti. Pilih nama yang betul bagi pasta di atas.

a)

Ravioli

b)

Torlellini

c)

Lasagna

d)

Cannelloni

38.

Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum memasak pulut kuning?

a)

Beras pulut dibasuh dan ditos.

b)

Beras pulut dibasuh dan dijemur.

c)

Beras pulut dibasuh dan direndam bersama kunyit.

d)

Beras pulut dibasuh dan direndam bersama santan.

39.

Antara berikut manakah proses yang betul ketika memasak pasta?

a)

Rendam pasta semalaman.

b)

Celur pasta kering di dalam air.

c)

Rebus pasta sehingga al-dente.

d)

Rendam pasta sehingga lembut.

40.

Apakah fungsi alatan di atas dalam penyediaan Prawn Cocktail?

a)

Menyimpan udang yang tidak digunakan.

b)

Sebagai mangkuk hidangan di meja bufet.

c)

Menapis udang yang dibersihkan setelah direbus.

d)

Sebagai mangkuk menggaul udang dan cocktail sauce.

41.

Susun langkah penyediaan Waldorf Salad mengikut urutan yang betul.

I. Hidangkan di atas daun lettuce dan hias dengan walnut.

II. Kupas kulit epal dan celery dan potong julienne atau dice.

III. Masukkan mayonnaise, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah.

IV. Masukkan bahan yang dipotong ke dalam mangkuk dan perisakan dengan jus lemon.

a)

I, III, II, IV

b)

II, III, IV, I

c)

II, III, IV, I

d)

II, IV, III, I

42.

Apakah ciri utama hors d’oeuvres?

a)

Dihidang sebelum makan malam.

b)

Dihidang sebagai hidangan utama.

c)

Saiz yang besar dan mengenyangkan.

d)

Saiz yang kecil dan membangkitkan selera.

43.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menerima bekalan bahan mentah yang sudah tamat tempoh?

a)

Laporkan pada pihak berkuasa.

b)

Simpan dan buat pesanan semula.

c)

Pulangkan kepada pihak pembekal.

d)

Guna sahaja untuk elak pembaziran.

44.

Manakah antara berikut merupakan kaedah yang sesuai bagi penyediaan Dim Sum?

a)

Mencarak

b)

Mengukus

c)

Membakar

d)

Memanggang

45.

Apakah fungsi cuka dalam penyediaan poached egg?

a)

Memberi warna.

b)

Memejalkan telur.

c)

Memberi kelembapan.

d)

Memperbaiki rupa telur.

46.

Manakah antara yang berikut merupakan bahan yang digunakan dalam penyediaan hidangan sarapan antarabangsa?

a)

Santan

b)

Mentega

c)

Ikan bilis

d)

Daun kesum

47.

Apakah kaedah memasak bagi hidangan di atas?

a)

Menggril

b)

Mencelur

c)

Mencarak

d)

Membakar

48.

Mengapakah pengukus mesti ditutup rapat semasa mengukus hidangan nasi dagang?

a)

Menjimatkan bahan api.

b)

Mengelakkan kehilangan nutrien.

c)

Mengekalkan suhu dalam pengukus.

d)

Mengelakkan air menitis ke atas makanan.

49.

Susunkan langkah-langkah persediaan awal yang perlu ambil untuk menyediakan dessert berasaskan buah-buahan.

I. Bersihkan kotoran.

II. Pilih buah yang segar.

III. Rendam dengan air garam.

IV. Buang kulit sebelum dimasak.

a)

I, II, III dan IV

b)

II, I, IV dan III

c)

III, IV, I dan II

d)

IV, III, II dan I

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah dessert?

a)

Hidangan manis yang perlu dihidang segera.

b)

Hidangan dingin beku yang perlu dihidang segera.

c)

Hidangan manis yang dihidangkan sepanjang masa.

d)

Hidangan manis yang dihidangkan selepas hidangan utama.

51.

Berdasarkan jadual berikut pasangan yang manakah betul?

a)

Onde-onde - Ubi kayu, gula melaka dan kelapa parut.

b)

Kuih Keria - Keledek, tepung gandum dan gula pasir.

c)

Sagu Gula Melaka -Biji sagu, tepung pulut dan susu cair.

d)

Apam Kukus Mekar -Tepung beras, gula pasir dan air panas.

52.

Susun langkah kerja penyediaan hidangan Panna Cotta.

I. Tuangkan ke dalam bekas dessert atau sundae glass.

II. Larutkan serbuk gelatin dalam air panas hingga tiada butiran halus.

III. Padamkan api dan masukkan larutan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin

larut sepenuhnya.

IV. Masak susu, heavy cream, gula kastor dan esen vanila dengan api sederhana hingga

kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.

a)

I, II, III, IV

b)

I, IV, III, II

c)

II, III, I, IV

d)

II, IV, III, I

53.

Berikan padanan susunan meja bufet yang betul.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

54.

Manakah antara berikut merupakan langkah keselamatan yang betul sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian chef?

a)

Duduk di lantai.

b)

Berhenti di tempat anda berada.

c)

Berguling di atas lantai untuk memadamkan api.

d)

Merangkak di atas lantai untuk memadamkan api.

55.

Pilih padanan yang betul tentang perkhidmatan katering.

a)

Katering komersial - Hotel

b)

Katering bukan komersial - Asrama/ kolej

c)

Katering bukan komersial - Restoran

d)

Katering komersial - Rumah Kebajikan

56.

Susunkan langkah kerja menggilap kutleri mengikut turutan yang betul.

I Sediakan air panas mendidih dan rendamkan kutleri.

II Letak kutleri yang telah digilap atas dulang layan berlapik.

III Pegang pemegang kutleri dan gilap dengan hujung kain layan.

IV Buka kain layan dan letak di tangan kiri. Gunakan penyepit untuk mengambil kutleri dan

letak di tangan kiri beralas kain layan tadi.

a)

I, IV, III, II

b)

II, III, IV, I

c)

III, I, II, IV

d)

IV, II, III, I

57.

Apakah tujuan utama menyediakan kad menu?

a)

Kepuasan pelanggan.

b)

Mencantikkan meja makan.

c)

Memudahkan pembayaran.

d)

Memudahkan pelanggan membuat pilihan makanan.

58.

Apakah tujuan penggunaan label makanan di atas meja bufet?

a)

Menghias meja.

b)

Menunjukkan harga makanan.

c)

Memastikan makanan dalam keadaan bersih.

d)

Memudahkan pelanggan mengenali jenis makanan.

59.

Di manakah lokasi pramusaji perlu menempatkan pinggan dan mangkuk selepas pelanggan menikmati hidangan?

a)

Kitchen.

b)

Cold storage.

c)

Dish rack cabinet.

d)

Dishwashing area.

60.

Apakah sebab utama larangan menyentuh makanan dengan menggunakan tangan yang di hidangkan di kaunter bufet?

a)

Makan akan berubah rasa.

b)

Makan akan berubah warna.

c)

Berlaku pencemaran bersilang.

d)

Persepsi buruk di pandang pelanggan.