Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

C05 CBT ASSESSMENT MATERIAL DEVELOPMENT 2025

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
1. Apakah perkara yang perlu diberi perhatian semasa penilaian dalam sistem latihan kemahiran?
a)
A. Penilaian dijalankan dengan sistematik.
b)
B. Penilaian dijalankan mengikut silibus yang dibangunkan.
c)
D. Penilaian yang dijalankan dapat menguji tahap kefahaman dan prestasi pelajar.
2.

2. Apakah tiga (3) perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kesahihan soalan yang dibangunkan?

a)
I. Konsep soalan.
b)
II. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk Penilaian Akhir.
c)
III. Masa menjawab soalan bersesuaian dengan aras soalan.
d)
IV. Jenis soalan sama ada Soalan Pengetahuan atau Prestasi.
3.
3. Apakah jenis penilaian yang dilaksanakan secara berterusan bagi setiap Competency Unit (CU) dalam sepanjang tempoh Latihan?
a)
A. Penilaian Tugasan
b)
B. Penilaian Projek Akhir
c)
C. Penilaian Kerja Kursus
d)
D. Penilaian Latihan Industri
4.

4. Antara berikut, yang manakah tiga (3) ciri-ciri soalan dalam pembangunan soalan yang berkualiti?

a)
I. Keakuran
b)
II. Kesesuaian
c)
III. Keterampilan
d)
IV. Ketepatan dan kejelasan
5.
5. Antara berikut, yang manakah bukan faktor utama dalam pengendalian penilaian?
a)
A. Penyeliaan
b)
B. Bilangan soalan.
c)
C. Arahan secara lisan
d)
D. Suasana persekitaran
6.
6. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan “Padanan”?
a)
A. Menyalin idea terus dari buku atau sumber rujukan adalah tidak dibenarkan.
b)
B. Bilangan tindakbalas atau jawapannya hendaklah lebih satu atau dua berbanding dengan bilangan stimulus.
c)
C. Terdiri daripada senarai tugasan dan keterampilan serta mengandungi arahan untuk memadankan kedua-duanya.
d)
D. Terdiri daripada beberapa pernyataan lengkap dan memerlukan calon untuk menentukan kebenaran pernyataan yang diberi.
7.
7. Apakah jenis penilaian yang dilakukan secara kerap dan maklumat pencapaian pelajar diambil dari semasa ke semasa?
a)
A. Sumatif
b)
B. Formatif
c)
C. Subjektif
d)
D. Diagnostik
8.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan ketepatan dan kejelasan dalam ciri-ciri soalan?
a)
A. Soalan yang dibangunkan hendaklah menepati aras kesukaran yang ditetapkan.
b)
B. Soalan yang dibangunkan hendaklah menyatakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh calon.
c)
C. Istilah, perkataan, ayat atau grafik yang digunakan dalam soalan jelas, tidak mengelirukan dan mudah difahami.
d)
D. Spesifikasi soalan yang dibangunkan hendaklah menepati Jadual Spesifikasi Ujian supaya pelaksanaannya adalah setara dan seragam.
9.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan “Perkara Kritikal” dalam skema pemarkahan Penilaian Prestasi Akhir?
a)
A. Hanya memerlukan satu kriteria sahaja untuk menilai tahap penguasaan calon.
b)
B. Kriteria utama yang dinilai bagi menentukan sama ada calon terampil atau tidak terampil.
c)
C. Lulus salah satu perkara kritikal akan menentukan sama ada calon terampil atau tidak terampil.
d)
D. Calon yang tidak mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) masih boleh dipertimbangkan untuk mengulang semula.
10.

10. Apakah tiga (3) tujuan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)?

a)
I. Menjadi panduan untuk proses pemarkahan.
b)
II. Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
c)
III. Memastikan aras kesukaran ujian adalah setara.
d)
IV. Menetapkan jenis soalan yang perlu dibangunkan.
11.
11. Apakah ciri penilaian yang memenuhi secara menyeluruh kehendak National Occupational Skills Standard (NOSS)?
a)
A. Keadilan
b)
B. Kesahan
c)
C. Kecukup cakupan
d)
D. Kebolehpercayaan
12.
12. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Penilaian Formatif?
a)
I. Dilakukan pada setiap unit untuk satu topik.
b)
II. Pencapaian pelajar diambil dari semasa ke semasa.
c)
III. Dijalankan pada penghujung setiap satu tempoh latihan atau setiap tahap.
d)
IV. Bertujuan untuk menilai tahap penguasaan dan kelemahan pelajar terhadap hasil pembelajaran.
13.
13. Apakah aras kesukaran yang menguji kebolehan untuk membuat pertimbangan, mencipta dan meghasilkan sesuatu yang kreatif dari gabungan pelbagai unsur?
a)
B. Aras Tinggi
b)
C. Aras Rendah
c)
D. Aras Sederhana
14.
14. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan “Benar-Palsu”?
a)
A. Gunakan hanya satu idea untuk satu soalan.
b)
C. Digalakkan menyalin idea terus dari sumber rujukan seperti buku.
c)
D. Bilangan pernyataan yang betul mestilah melebihi peryataan yang salah.
15.
15. Antara berikut, yang manakah benar mengenai “ketepatan dan kejelasan” soalan?
a)
A. Soalan yang dibangunkan hendaklah menepati keterampilan yang ditetapkan.
b)
B. Spesifikasi soalan yang dibangunkan hendaklah menepati Jadual Spesifikasi Ujian.
c)
C. Struktur soalan yang dibangunkan menyatakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh calon.
d)
D. Calon hendaklah diberi peluang yang setara dalam mempelajari perkara yang hendak dinilai.
16.

16. Apakah klasifikasi soalan yang memerlukan calon berfikir untuk memberi respon?

a)
A. Soalan Panduan
b)
B. Soalan Pemikiran
c)
C. Soalan Peringatan
d)
D. Soalan Penganalisaan
17.

17. Apakah perkara yang dinilai oleh komponen “Proses Kerja” dalam skema pemarkahan Penilaian Prestasi?

a)
A. Kriteria utama yang dinilai semasa calon melaksanakan kerja atau tugas.
b)
B. Produk, perkhidmatan atau keputusan yang dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
c)
C. Pematuhan langkah kerja utama bermula dari persediaan dan pelaksanaan sehingga menghasilkan produk, perkhidmatan atau keputusan.
d)
D. Aktiviti pematuhan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) bagi memastikan keselamatan diri, benda kerja dan mesin, peralatan atau kelengkapan.
18.

18. Apakah perkara yang perlu diberi perhatian semasa proses penilaian dijalankan?

a)
I. Tempoh masa
b)
II. Arahan secara lisan
c)
III. Suasana persekitaran
d)
IV. Bilangan pegawai penilai
19.

19. Antara berikut, yang manakah perkara yang perlu dinyatakan dalam Penilaian Prestasi?

a)
I. Tempoh
b)
II. Tugasan
c)
III. Kualiti kerja
d)
IV. Keterampilan
20.

20. Apakah tiga (3) ciri-ciri soalan “Label”?

a)
I. Mengandungi ruang kosong untuk pelajar mengisi jawapan.
b)
II. Menentukan soalan berdasarkan tugasan yang dibangunkan.
c)
III. Mempunyai gambarajah alat dan kelengkapan yang berkaitan dengan kerja-kerja kemahiran manipulatif.
d)
IV. Menilai pengetahuan pelajar tentang nama bahagian-bahagian alat dan kelengkapan serta kedudukan atau spesifikasi bahagian sesuatu mesin.
21.

21. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan Penilaian Prestasi?

a)
A. Arahan dalam soalan hendaklah jelas dengan menggunakan kata nama yang sesuai.
b)
B. Digunakan untuk menilai keterampilan calon dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diarahkan.
c)
C. Soalan boleh terdiri daripada soalan label, soalan jawapan pendek, soalan struktur atau soalan esei.
d)
D. Mengandungi stimulus dan idea utama soalan hendaklah dinyatakan pada tugasan dan bukan pada stimulus.
22.

22. Pilih soalan penilaian pengetahuan yang berbentuk subjektif?

a)
A. Esei
b)
B. Padanan
c)
C. Benar-Palsu
d)
D. Aneka Pilihan
23.

23. Apakah kriteria soalan kategori respon terhad dalam pembinaan soalan subjektif?

a)
A. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menjawab.
b)
B. Menghadkan jawapan pelajar melalui skop yang disoal.
c)
C. Menguji perkembangan pelajar terhadap kemahiran psikomotor.
d)
D. Jawapan adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman.
24.

24. Apakah tiga (3) ciri-ciri Penggangu /“Distraktor” dalam pembinaan soalan objektif?

a)
I. Logik, homogen dan tidak berkaitan.
b)
II. Tidak menggunakan pernyataan yang sensitif.
c)
III. Pilihan yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan.
d)
IV. Jawapan sentiasa panjang dan diiringi penjelasan.
25.
25. Apakah tujuan Penilaian Prestasi dilaksanakan ke atas pelajar?
a)
A. Menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman kerja.
b)
B. Mengetahui sama ada terdapat kelemahan dalam pengajaran.
c)
C. Memastikan bahawa proses pembelajaran berjalan dengan baik.
d)
D. Menilai keterampilan calon dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan.
26.

26. Apakah dua (2) ciri-ciri “Stimulus” dalam pembinaan soalan objektif?

a)
I. Tidak bercanggah atau mempunyai makna yang sama dengan soalan.
b)
II. Mengandungi maklumat yang jelas dan relevan dengan tugasan yang diberikan.
c)
III. Tidak ketara sebagai jawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan.
d)
IV. Dinyatakan secara berkesan sama ada dalam bentuk pernyataan, rajah, jadual dan lain-lain.
27.

27. Apakah tiga (3) ciri-ciri ‘Tugasan’ dalam pembinaan soalan objektif?

a)
I. Tidak memberikan bayangan kepada jawapan.
b)
II. Mudah difahami dan bersifat tidak memerangkap (non-tricky).
c)
III. Dinyatakan secara berkesan sama ada dalam bentuk penyataan, rajah atau jadual.
d)
IV. Jelas, padat dan tidak berbunga-bunga agar calon tidak membuang masa untuk memahaminya.
28.

  1. 28. Anda perlu membangunkan soalan Penilaian Pengetahuan Akhir bagi Program Tahap 3. Unit Kompetensi dominan anda mempunyai 11 kredit.

Berapakah bilangan kuantiti soalan objektif yang perlu anda bangunkan bagi tujuan tersebut?



(a)  

29.

29. Namakan kriteria yang menilai produk, perkhidmatan atau keputusan dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam skema Penilaian Prestasi.

a)
A. Hasil kerja
b)
B. Proses Kerja
c)
C. Perkara Kritikal
30.

30. Apakah yang dimaksudkan dengan ’keterampilan’ dalam soalan Penilaian Prestasi?

a)
A. Perkara utama dalam kriteria penilaian berdasarkan Related Knowledge.
b)
B. Perkara yang dikenalpasti untuk dinilai berdasarkan CoCU bagi setiap CU.
c)
C. Perkara yang mempunyai kesahihan yang sah berdasarkan bukti-bukti yang jelas.
d)
D. Perkara kritikal berdasarkan kebolehan membuat pertimbangan, merancang, mereka atau mencipta
31.

31. Apakah justifikasi nilai ”2” dalam pemarkahan Penilaian Prestasi?

a)
A. Pelajar tidak melaksanakan kemahiran.
b)
B. Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan pengetahuan yang sedikit (minima).
c)
C. Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan pengetahuan dan kemahiran yang maksimum.
d)
D. Pelajar hanya boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran yang maksimum.
32.
  1. 32. Dalam aras kesukaran soalan SPLK, berapakah peratusan soalan yang perlu berada di tahap rendah?

a)

20%

b)

30%

c)

50%

d)

70%

33.
  1. 33. Apakah tujuan utama menggunakan jadual spesifikasi ujian (JSU)?

a)
  1. Menentukan panjang soalan

b)
  1. Mengira bilangan pelajar yang lulus

c)
  1. Memastikan penilaian adalah sistematik dan menyeluruh

d)
  1. Mengurangkan jumlah soalan yang perlu dijawab

34.
  1. 34. Aras kesukaran tinggi dalam SPLK merangkumi keupayaan pelajar untuk membuat pertimbangan dan mencipta.

a)

BENAR

b)

PALSU

35.
  1. 35. Apakah format yang perlu dibangunkan sebelum sesuatu SPLK dibangunkan dan disahkan oleh Panel yang dilantik?

a)

Format Topi dan Kasut Soalan

b)

Format Penilaian Kerja Kursus

c)

Format Maklumat dan Penilaian Soalan

d)

Format Bahan Pembelajaran dan Pengajaran