wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud Ekonomi Islam?
a)
Ilmu tentang urusan jual beli secara bebas
b)
Ilmu yang digunakan bagi memenuhi keperluan ekonomi berteraskan syariat Islam
c)
Ilmu berkaitan perbankan sahaja
d)
Ilmu tentang perniagaan secara moden
2.
Apakah maksud Ekonomi?
a)
Ilmu tentang pertanian dan penternakan
b)
Ilmu tentang kebajikan masyarakat
c)
Ilmu asas pengeluaran, pembahagian dan penggunaan barang serta perkhidmatan
d)
Ilmu tentang pelaburan sahaja
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilikan harta dalam Islam?
a)
Memiliki harta tanpa syarat
b)
Mengumpul harta sebanyak mungkin
c)
Harta yang dikurniakan Allah untuk dimiliki dan dimanfaatkan mengikut syarak
d)
Harta yang diwarisi daripada nenek moyang
4.
Pekerjaan menurut Islam ialah…
a)
Aktiviti suka-suka untuk mengisi masa lapang
b)
Satu aktiviti mendapatkan pendapatan secara halal
c)
Segala bentuk pekerjaan tanpa mengira sumber pendapatan
d)
Pekerjaan yang dilakukan di rumah sahaja
5.
Sistem ekonomi konvensional ialah…
a)
Sistem berdasarkan hukum Islam
b)
Sistem yang tidak berubah-ubah
c)
Sistem ekonomi ciptaan manusia yang anjal dan berubah
d)
Sistem tertutup tanpa pengaruh luar
6.
Apakah maksud Muamalat?
a)
Urusan keluarga sahaja
b)
Hubungan manusia dengan Allah
c)
Hubungan antara manusia dalam pelbagai aspek kehidupan
d)
Perjanjian jual beli semata-mata
7.
Apakah itu Gharar?
a)
Jual beli secara tunai
b)
Ketidakpastian dalam akad dari segi kuantiti, harga dan waktu
c)
Jual beli yang sah dari segi syarak
d)
Proses pembayaran secara ansuran
8.
Maksud Al-Wadiah ialah…
a)
Pelaburan dalam perniagaan
b)
Simpanan yang diberikan kepada pihak lain untuk disimpan
c)
Pembelian secara ansuran
d)
Sistem jual beli dalam Islam
9.
Apakah maksud Al-Mudharabah?
a)
Pinjaman kewangan
b)
Simpanan tetap
c)
Pelaburan dengan pembahagian keuntungan berdasarkan perjanjian
d)
Jual beli secara tunai
10.
Al-Murabahah bermaksud…
a)
Jual beli dengan keuntungan yang tidak dimaklumkan
b)
Jual beli dengan harga pasaran
c)
Jual beli dengan makluman kos dan margin keuntungan
d)
Jual beli dengan potongan harga
11.
Apakah maksud Al-Musyarakah?
a)
Perjanjian gadaian untuk hutang
b)
Pelaburan tanpa keuntungan
c)
Akad untuk berkongsi modal dan keuntungan
d)
Simpanan jangka panjang
12.
Apakah maksud Al-Rahnu?
a)
Pelaburan melalui saham
b)
Gadaian harta untuk mendapatkan hutang
c)
Wakaf untuk pembangunan
d)
Simpanan emas
13.
Al-Ijarah membawa maksud…
a)
Sewaan dengan bayaran tertentu
b)
Pelaburan harta tetap
c)
Pembelian secara hutang
d)
Simpanan bank
14.
Apakah itu Al-Bai’ Bithaman Ajil?
a)
Jual beli emas
b)
Sewa beli tanpa faedah
c)
Jualan dengan bayaran tertangguh
d)
Pinjaman tanpa cagaran
15.
Apakah maksud Al-Takaful?
a)
Simpanan pelaburan
b)
Insurans konvensional
c)
Sumbangan kepada kerajaan
d)
Pelan perlindungan berdasarkan syariah
16.
Apakah yang dimaksudkan dengan Tabarru’?
a)
Pelaburan perniagaan
b)
Pinjaman kewangan
c)
Sumbangan peserta dalam skim takaful
d)
Cukai perniagaan
17.
Apakah maksud Ta’awun?
a)
Tolong-menolong dalam skim takaful
b)
Jual beli dengan keuntungan
c)
Pinjaman kewangan
d)
Pembayaran hutang
18.
Apakah maksud Ghanimah?
a)
Harta yang diwarisi
b)
Cukai orang Islam
c)
Harta zakat
d)
Harta rampasan dalam peperangan
19.
Apakah maksud Jizyah?
a)
Sumbangan zakat
b)
Harta wakaf
c)
Cukai kepada bukan Islam
d)
Sumbangan derma
20.
Apakah itu Fai’?
a)
Harta melalui rampasan
b)
Harta diperoleh tanpa melalui perang
c)
Harta hasil wakaf
d)
Harta zakat
21.
Apakah maksud Perbankan Islam?
a)
Institusi menyediakan perkhidmatan bank patuh syariah
b)
Bank yang hanya untuk pelaburan
c)
Bank konvensional dengan label Islam
d)
Bank yang bebas cukai
22.
Apakah itu Tabung Haji?
a)
Institusi zakat
b)
Badan berkanun untuk simpanan dan pengurusan haji
c)
Bank Islam utama
d)
Organisasi kebajikan
23.
Lembaga Zakat ialah…
a)
Institusi pemberi bantuan pendidikan
b)
Syarikat perbankan Islam
c)
Pusat kebajikan masyarakat
d)
Institusi urus zakat secara sistematik
24.
Apakah maksud Baitulmal?
a)
Badan urus harta orang Islam di bawah Majlis Agama
b)
Institusi pinjaman peribadi
c)
Bank milik negara Islam
d)
Dana pendidikan Islam
25.
Apakah maksud Perundangan Islam?
a)
Undang-undang buatan manusia
b)
Akta berkaitan jenayah
c)
Hukum Allah SWT untuk semua aspek kehidupan
d)
Sistem kehakiman semata-mata
26.
Apakah maksud Syirik?
a)
Percaya kepada qada' dan qadar
b)
Tidak menunaikan zakat
c)
Melakukan dosa besar
d)
Menyekutukan Allah SWT
27.
Apakah maksud Kehakiman atau al-Qadha’?
a)
Pengurusan institusi kehakiman
b)
Sistem pentadbiran zakat
c)
Menyelesaikan pertikaian mengikut hukum syarak
d)
Pentadbiran masjid
28.
Hudud ialah…
a)
Kesalahan dan hukuman yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah
b)
Hukuman pilihan oleh hakim
c)
Undang-undang keluarga
d)
Peraturan masjid
29.
Qisas bermaksud…
a)
Hukuman bagi kesalahan dadah
b)
Hukuman bagi kesalahan melibatkan kecederaan fizikal
c)
Hukuman untuk kesalahan ringan
d)
Perundangan perniagaan
30.
Takzir bermaksud…
a)
Hukuman tetap dalam syarak
b)
Sumbangan kepada fakir miskin
c)
Hukuman yang ditentukan oleh hakim
d)
Cukai negara Islam
31.
Apakah maksud Diat?
a)
Harta zakat yang diagih
b)
Harta wakaf
c)
Gaji penjawat awam
d)
Harta diberi kepada waris mangsa bunuh jika qisas tidak dapat dilaksana
32.
Apakah itu Qazaf?
a)
Menuduh zina tanpa empat saksi
b)
Melanggar perjanjian jual beli
c)
Tidak membayar hutang
d)
Memfitnah orang mencuri
33.
Murtad bermaksud…
a)
Tidak menunaikan solat
b)
Menghina pemimpin
c)
Keluar daripada agama Islam
d)
Meninggalkan zakat
34.
Apakah itu Ijtihad?
a)
Pemikiran bebas dalam undang-undang
b)
Usaha mendapat kesimpulan baharu berdasarkan kaedah Islam
c)
Pembaharuan sistem kehakiman
d)
Fatwa daripada ulama
35.
Apakah maksud Pentadbiran?
a)
Penyusunan bajet negara
b)
Sistem pemerintahan raja
c)
Perancangan ekonomi negara
d)
Menyelaras tenaga manusia ikut perancangan
36.
Apakah maksud Pengurusan?
a)
Penggunaan sumber manusia dan alam untuk kebajikan
b)
Pelaksanaan kehakiman
c)
Pemeriksaan syariah
d)
Pelan tindakan negara
37.
Pentadbiran dan pengurusan Islam bermaksud…
a)
Pemerintahan berasaskan kuasa
b)
Pengolahan sumber selari tanggungjawab sebagai khalifah
c)
Penerbitan fatwa
d)
Sistem kehakiman
38.
Apakah maksud Musyawarah?
a)
Pertemuan tidak rasmi
b)
Perbahasan di parlimen
c)
Mesyuarat untuk buat keputusan berkualiti
d)
Arahan pemerintah
39.
Etika tadbir urus Islam bermaksud…
a)
Undang-undang sivil
b)
Tatacara perbankan
c)
Syarat zakat
d)
Panduan Islam bagi mereka yang diberi amanah mentadbir
40.
Efisien bermaksud…
a)
Melaksanakan tugas tanpa membazir masa dan tenaga
b)
Tindakan berdasarkan keputusan majoriti
c)
Perbelanjaan berhemah
d)
Proses keadilan syariah
41.
Apakah maksud Efektif?
a)
Kecekapan dalam pengurusan masa
b)
Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil
c)
Pemikiran strategik dalam ekonomi
d)
Perkongsian kerja yang adil
42.
Sistem pemerintahan Islam bermaksud…
a)
Kaedah pemerintahan berdasarkan ajaran dan syariat Islam
b)
Sistem demokrasi moden
c)
Pemerintahan berasaskan undang-undang sivil
d)
Kepimpinan keturunan diraja
43.
Apakah itu Khilafah?
a)
Sistem pemerintahan beraja
b)
Pemerintahan berdasarkan rakyat
c)
Sistem pemerintahan Islam yang dinaungi pemimpin adil
d)
Sistem monarki
44.
Siapakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?
a)
Ketua negara dalam demokrasi
b)
Ulama utama negara
c)
Pemimpin masyarakat sivil
d)
Individu yang diamanahkan oleh Allah mentadbir dunia ikut syariat
45.
Rakyat bermaksud…
a)
Penduduk sesebuah negara yang wajib taat kepada khalifah
b)
Orang yang tidak perlu ikut undang-undang
c)
Pekerja sektor awam
d)
Ahli keluarga khalifah
46.
Apakah maksud Negara Islam?
a)
Negara yang mengamalkan undang-undang konvensional
b)
Negara yang mengurus pentadbiran berdasarkan hukum Islam
c)
Negara beraja moden
d)
Negara sosialis
47.
Keadilan (Al-‘Adalah) bermaksud…
a)
Memberi bantuan kepada rakyat
b)
Bersikap prihatin terhadap masyarakat
c)
Membuat keputusan secara saksama ikut syariat
d)
Melindungi hak rakyat
48.
Apakah itu Kebebasan (Al-Huriyyah)?
a)
Kebebasan beragama sepenuhnya
b)
Kebebasan bersuara tanpa batas
c)
Kebebasan untuk tidak ikut hukum
d)
Hak yang tidak bercanggah dengan syariat Islam
49.
Persamaan (Al-Musawah) bermaksud…
a)
Setiap individu dilayan tanpa mengira pangkat atau kedudukan
b)
Semua orang wajib jadi pemimpin
c)
Persamaan dalam kekayaan
d)
Hak sama rata dalam semua hal
50.
Apakah itu Majlis Syura?
a)
Badan penguatkuasa undang-undang
b)
Lembaga mesyuarat tertinggi negara terdiri dari khalifah, ulama dan pakar
c)
Dewan rakyat
d)
Majlis ulama tempatan
51.
Adil bermaksud…
a)
Keputusan yang menguntungkan semua
b)
Keputusan berdasarkan suara ramai
c)
Tindakan menyebelahi pihak yang benar
d)
Keputusan oleh pemimpin
52.
Apakah maksud Amar Makruf?
a)
Perintah mengerjakan kebaikan
b)
Larangan berbuat maksiat
c)
Menyeru kepada kebebasan
d)
Membuat keputusan mesyuarat
53.
Nahi Mungkar bermaksud…
a)
Membuat kebaikan kepada masyarakat
b)
Melarang perbuatan jahat
c)
Memberi nasihat kepada rakyat
d)
Mencegah penipuan
54.
Apakah itu Margin?
a)
Jumlah pendapatan bersih
b)
Jumlah keuntungan kasar
c)
Simpanan selepas perbelanjaan
d)
Perbezaan antara dua jumlah
55.
Apakah maksud Institusi Kewangan Islam?
a)
Agensi yang kutip dan agih sumber kewangan ikut muamalat Islam
b)
Bank milik kerajaan sahaja
c)
Organisasi pelaburan luar negara
d)
Agensi pemberi pinjaman sahaja
56.
Apakah maksud Pelaburan dalam Islam?
a)
Memberi pinjaman kepada rakan
b)
Menyimpan duit dalam akaun simpanan
c)
Memberi modal untuk jana keuntungan halal
d)
Membeli barang keperluan harian
57.
Al-Ijarah dalam sistem kewangan Islam ialah…
a)
Simpanan tetap dengan keuntungan
b)
Sewaan dengan bayaran tertentu
c)
Pelaburan emas
d)
Pembayaran zakat tahunan
58.
Apakah tujuan utama Al-Rahnu?
a)
Untuk membuat pelaburan saham
b)
Untuk menyimpan wang
c)
Untuk membeli rumah
d)
Untuk mendapatkan hutang dengan cagaran
59.
Apakah tujuan Al-Takaful?
a)
Memberi perlindungan kepada peserta atas dasar tolong-menolong
b)
Menawarkan pinjaman tanpa faedah
c)
Menyediakan pelaburan jangka panjang
d)
Mengumpul kekayaan negara
60.
Apakah yang dimaksudkan dengan Tabarru’ dalam takaful?
a)
Menyimpan wang untuk pelaburan
b)
Menyumbang kepada kerajaan
c)
Mendermakan sumbangan sebagai perlindungan
d)
Menjual polisi takaful