wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kursus saringan thalassemia dan IDA dalam kalangan remaja.

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Thalassemia adalah:

a)

Penyakit genetik pada sel darah putih.

b)

Tulang sum-sum menghasilkan darah dengan globin yang tidak berkualiti.

c)

Sejenis penyakit keturunan dan mudah berjangkit.

d)

Terbahagi kepada Thalassemia major dan minor sahaja.

2.

Antara jenis thalassemia berikut, yang manakah paling banyak di Malaysia?

a)

Pembawa Thalassemia Beta

b)

Pembawa Thalassemia Alpha

c)

Pembawa Thalassemia HbE

d)

Pembawa Thalassemia Delta

3.

Tanda-tanda pesakit thalassemia adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Mempunyai gejala anemia yang teruk.

b)

Tulang rangka bengkok menjadi scoliosis atau lordosis.

c)

Tumbesaran badan terkesan atau terbantut.

d)

Jaundis, bengkak hati dan limpa.

4.

Saringan thalassemia dilaksanakan bertujuan seperti berikut KECUALI:

a)

Mengesan pembawa dan pesakit thalassemia.

b)

Memberi rawatan kepada pesakit kurang zat besi (Iron Deficiency Anemia).

c)

Melarang pembawa thalassemia berkahwin dengan pembawa atau pesakit thalassemia.

d)

Mengurangkan beban negara bagi kos rawatan pesakit thalassemia.

5.

Rawatan pesakit thalassemia ialah seperti berikut KECUALI:

a)

Transfusi darah.

b)

Penambahan zat besi.

c)

Penyingkiran zat besi.

d)

Pemindahan sum-sum tulang.

6.

Thalassemia boleh dikenalpasti melalui ujian darah berikut KECUALI:

a)

Full Blood Count (FBC).

b)

Hb Analysis.

c)

HbA1c.

d)

DNA Analysis.

7.

Berapakah parameter darah Full Blood Count (FBC) yang menunjukkan klien tersebut disyaki sebagai pembawa thalassemia?

a)

Hemoglobin rendah, Mean Corpuscular Heme (MCH) 27.0 ke atas.

b)

Hemoglobin rendah, Mean Corpuscular (MCV) 70, Mean Corpuscular Heme (MCH) 27.2 ke atas.

c)

Hemoglobin normal, Mean Corpuscular Heme (MCH) 27.0 ke bawah.

d)

Hemoglobin normal, Mean Corpuscular (MCV) bawah 70, Mean Corpuscular Heme (MCH) 27.0 ke bawah.

8.

Bagaimana penyakit thalassemia diwarisi?

a)

Perkahwinan di antara 2 orang pembawa thalassemia.

b)

Perkahwinan di antara seorang pembawa thalassemia dan individual normal.

c)

Melalui transfusi darah.

d)

Suntikan vaksin.

9.

Apabila kedua-dua ibu bapa adalah pembawa thalassemia, kemungkinan bagi kehamilan adalah berikut KECUALI:

a)

Anak yang normal adalah 25%.

b)

Anak dikesan pembawa thalassemia adalah 25%.

c)

Anak dikesan pembawa thalassemia adalah 50%.

d)

Anak mendapat penyakit thalassemia adalah 25%.

10.

Pembawa thalassemia seperti berikut KECUALI:

a)

Tidak boleh diubati.

b)

Gejala anemia bergantung pada jumlah hemoglobin.

c)

Memerlukan suplemen zat besi.

d)

Kadangkala memerlukan transfusi darah jika berkeperluan.

11.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan isu Pengguguran Janin Pembawa atau Penghidap Penyakit Thalassemia. Muzakarah telah memutuskan berikut KECUALI:

a)

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

b)

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu catat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

c)

Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

d)

Pengguguran janin tidak kira umur janin boleh dilakukan tertakluk kepada keputusan ibu bapa sahaja, asalkan perawat sudah memberitahu implikasi pengguguran dan juga Akta 574 Kanun Keseksaan iaitu Seksyen 312 (Menyebabkan keguguran)

12.

Saringan thalassemia tingkatan 4 dilaksanakan seperti berikut KECUALI:

a)

Perkhidmatan saringan thalassemia oleh Pasukan Kesihatan Sekolah akan dibayar oleh pihak sekolah bagi membiayai kos 'outreach' ke sana.

b)

Kad saringan thalassemia akan diberi kepada pelajar yang membuat saringan walaupun tidak lengkap saringan thalassemia-nya.

c)

'Cascade Screening' bagi keluarga pembawa thalassemia dibuat di klinik kesihatan, bukan di sekolah.

d)

Anak yang sudah disahkan sebagai pembawa sebelum ini tidak perlu menjalani saringan thalassemia lagi ketika dia di tingkatan 4.

13.

Kualiti hidup pesakit dan pembawa thalassemia adalah seperti berikut:

a)

Tidak ada kesan pada emosi, spiritual, mental, dan fizikal kerana sekadar ujian penyakit biasa.

b)

Boleh menderma darah kepada orang lain yang memerlukan.

c)

Boleh menjalani aktiviti lasak asalkan sesuai dan telah menerima rawatan sepatutnya.

d)

Terdapat pelbagai pantang larang dalam pemakanan bagi pesakit dan pembawa.

14.

Zat besi yang terkumpul daripada transfusi darah pada jangka masa panjang boleh merosakkan:

a)

Jantung

b)

Mata

c)

Kaki

d)

Mulut

15.

zat besi dari sumber tumbuhan (non-heme iron) lebih mudah diserap berbanding sumber haiwan (heme iron)

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Antara makanan berikut yang manakah mengandungi kandungan zat besi yang paling tinggi?

a)

Sayur maman

b)

Kerang

c)

Ikan cencaru

d)

Dada ayam

17.

Pengambilan makanan yang kaya vitamin C penting dalam meningkatkan penyerapan zat besi. Antara buah-buahan berikut, yang manakah mempunyai kandungan vitamin C yang paling tinggi?

a)

Oren

b)

Nenas

c)

Jambu batu

d)

Betik

18.

Antara bahan berikut, yang manakah akan menghalang penyerapan zat besi KECUALI:

a)

Fosvitin (dalam kuning telur)

b)

Tanin (dalam teh, biji koko)

c)

Phytate (dalam bijirin penuh, kekacang)

d)

Ascorbic acid (dalam tembikai susu)

19.

Pengambilan teh o limau semasa makan tengah hari (nasi + kerang + air asam + sayur kangkung) dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Apakah ujian selanjutnya yang boleh dilakukan bagi mengesan kes kekurangan zat besi?

a)

Serum ferritin

b)

DNA analysis

c)

Bone marrow aspiration

d)

Hb analysis