NEW
Font size
WorksheetsWebinar Umum Memasyarakatkan Kesihatan Rakyat Siri 3/2025
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Anda melihat seorang lelaki tiba-tiba rebah di taman dan tidak bergerak. Ramai orang keliling panik. Apa langkah paling kritikal yang perlu anda ambil dahulu?
Tanya orang sekeliling siapa kenal mangsa
Terus buat CPR walaupun tidak pasti keadaannya
Periksa keselamatan kawasan dan respons mangsa
Ambil gambar untuk dokumentasi
Seorang wanita tiba-tiba menggigil dan mengadu sakit dada sambil memegang bahagian kiri dada. Apakah tindakan anda yang paling sesuai jika anda tidak pasti sama ada ini serangan jantung atau panik?
Dudukkan, tenangkan, dan hubungi bantuan kecemasan
Baringkan dan beri urutan dada
Beri air dan suruh bertenang
Suruh berjalan ke hospital terdekat
Dalam senario CPR, jika anda letih tetapi masih tiada bantuan datang, apa pilihan terbaik?
Teruskan CPR perlahan-lahan
Hentikan CPR dan tunggu bantuan
Guna AED walaupun mangsa masih ada nadi
Minta orang lain bantu walaupun tak pernah belajar CPR
Seorang wanita pengsan selepas berdiri lama di majlis. Selepas 1 minit dia sedar tetapi kelihatan lemah. Apa tindakan susulan paling sesuai?
Biar dia baring dan beri ruang udara, pantau hingga pulih
Minta dia terus duduk dan sambung aktiviti seperti biasa
Goncang tubuh supaya lebih cepat pulih
Berikan air mineral untuk meningkatkan tekanan darah
Anda menemui seorang remaja yang terjatuh dari basikal. Lengan kirinya kelihatan berbengkok, dan dia menjerit kesakitan. Apa tindakan paling sesuai dalam 5 minit pertama?
Pegang dan betulkan lengan seperti biasa
Baringkan mangsa dan suruh gerakkan tangan perlahan-lahan
Imobilisasi lengan dalam posisi semasa dan dapatkan bantuan perubatan
Letakkan air panas untuk kurangkan kesakitan
Mangsa patah tulang kaki dan tidak sedarkan diri selepas kemalangan. Apakah keutamaan anda sebagai orang awam?
Pastikan kaki lurus dan betulkan posisi
Buka kasut dan urut bahagian yang patah
Semak respons, pernafasan, dan panggil bantuan kecemasan
Siram kaki dengan air sejuk dahulu sebelum bantu lain
Anda membantu seorang mangsa yang tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Tiba-tiba terdapat kebocoran gas. Apa tindakan terbaik?
Lari tinggalkan mangsa
Pindahkan mangsa ke kawasan selamat
Terus lakukan CPR di tempat kejadian
Tutup hidung sendiri dan terus bantu mangsa
Dalam situasi strok, mengapa masa sangat penting walaupun mangsa masih boleh bercakap dan berjalan?
Kerana strok hanya bersifat sementara
Supaya ahli keluarga dapat diberitahu cepat
Supaya hospital bersedia lebih awal
Kerana rawatan hanya berkesan dalam tempoh masa tertentu
Anda melihat seorang lelaki dewasa yang tidak bernafas dan tiada denyutan. CPR dimulakan. Selepas 2 minit, dia menunjukkan pergerakan dan mula bernafas perlahan. Apa yang perlu anda lakukan?
Teruskan CPR hingga ambulans tiba
Guna AED semula
Beri minuman dan duduk kan mangsa
Hentikan CPR, letakkan dalam posisi pemulihan, pantau
Mangsa patah tangan mengalami muntah, pening dan kelihatan keliru. Apakah kebimbangan utama anda?
Dia mungkin alah pada ubat
Dia terlalu panik kerana patah
Kemungkinan mengalami kecederaan kepala atau kejutan (shock)
Patah tangannya menyebabkan strok
