NEW
Font size
WorksheetsEE-320-3 - PENILAIAN AKHIR PENGETAHUAN (SET A) - [2025]
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Apakah nilai bacaan yang dianggap baik untuk pengujian rintangan penebatan dalam sistem pepasangan elektrik tiga fasa?
Mesti kurang daripada 0.5 Mega Ohm.
Nilai bacaan kurang daripada 10 Ohm.
Bacaan direkod mesti melebihi 400 Volt.
Nilai bacaan mesti melebihi 1 Mega Ohm.
Apakah maksud TP&N pada spesifikasi sebuah suis pengasing elektrik?
Pengasing tiga kutub penggunaan tanpa Neutral.
Pengasing tiga kutub berserta sambungan Neutral.
Pengasing kegunaan untuk litar pencahayaan sahaja.
Pengasing tiga kutub penggunaan berserta tiga Neutral.
Pilih kenyataan yang BENAR berkenaan pemasangan kelengkapan kabel yang berwarna hijau.
Kabel yang berfungsi menghantar bekalan arus elektrik ke beban.
Kabel yang menyokong kestabilan bekalan arus dan susut Voltan.
Kabel yang berfungsi mengembalikan penggunaan arus kepada pembekal.
Kabel yang menghantar kebocoran arus elektrik dari litar pengguna ke dalam jisim bumi.
Pilih prosedur yang BETUL semasa melakukan kerja-kerja pendawaian.
Bekerja sambil mendengar muzik menggunakan earphone.
Memastikan pemakaian kelengkapan PPE bersesuaian digunakan.
Melukis peta pelan tapak premis bersebelahan dengan tempat kerja.
Mengenalpasti kualiti dan jenama beban yang dipilih oleh tuan rumah.
Pilih jenis kabel yang TIDAK wujud dalam mana-mana sistem pendawaian elektrik tiga fasa secara global.
PVC/SWA/PVC.
XLPE/SCT/PVC.
XLPE/SWA/PVC.
RGB/HDMI/GPU.
Apakah alat yang digunakan untuk membuat bebenang dan membentuk konduit Galvani Iron / G.I?
Grinder / Stock & dies.
Gergaji besi / Stock & dies.
Stock & dies / Spring bender.
Stock & dies / Conduit bender.
Apakah definisi yang SESUAI bagi aksesori elektrik?
Kos yang digunakan semasa proses pendawaian.
Peralatan tangan yang digunakan semasa proses pendawaian.
Bahan tambahan yang digunakan untuk hiasan pada pendawaian.
Kelengkapan elektrik yang dipasang mengikut keperluan pepasangan.
Apakah kegunaan alat test pen dalam kerja pendawaian?
Membuat tanda pada peranti perlindungan.
Menulis maklumat yang diperlukan di dalam laporan.
Menguji kehadiran Volt, mengetat dan melonggar skru terminal.
Memotong kabel, dan membuka semua saiz skru yang digunakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kabel 2.5mm² PVC/PVC?
Kabel bersaiz 2.5 mm dengan 2 sistem pembumian.
Kabel bersaiz 2.5 mm dengan 2 lapisan penebat PVC.
Kabel bersaiz 2.5 mm dengan 2 jenis lapisan konduktor.
Kabel bersaiz 2.5 mm dengan 2 lapisan pengalir Kuprum.
Apakah yang akan berlaku sekiranya turutan fasa yang salah dalam sesebuah pendawaian diabaikan?
Beban yang dipasang akan meletup.
Kepekaan peranti perlindungan akan terganggu.
Motor elektrik tiga fasa akan berputar pada arah yang salah.
Semua aksesori yang dipasang akan mengalami gangguan bekalan.
Apakah langkah awal yang perlu diambil untuk mendapatkan kelulusan pendawaian tiga fasa?
Menguji nilai susut Voltan dalam pendawaian.
Menyediakan laporan ujian litar hidup berbeban.
Menyediakan pelan elektrik dan reka bentuk pendawaian.
Memohon kepada pihak berkuasa tempatan untuk pemeriksaan.
Berapakah terminal sambungan kabel yang terdapat pada meter kilowatt jam tiga fasa termasuk sambungan terminal neutral?
4 terminal.
6 terminal.
8 terminal.
10 terminal.
Apakah nama sistem pendawaian yang menggunakan aksesori seperti yang ditunjukkan pada rajah dibawah?
Sistem pendawaian ducting.
Sistem pendawaian konduit.
Sistem pendawaian Trunking.
Sistem pendawaian permukaan.
Mengapakah pemasangan litar lampu di rumah kediaman domestik perlu direntang dan disambung secara litar selari?
Pendawaian dijangka mudah dilakukan sendiri.
Dapat menjimatkan penggunaan tenaga arus elektrik.
Boleh menjimatkan kos pendawaian sebanyak 15.6%.
Supaya litar tersebut dapat dikawal secara berasingan.
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan jenis peranti perlindungan bagi sistem elektrik tiga fasa?
Three-Pole Type Main Switch.
PVC Tree-Way Junction Box Coupler.
MCCB (Moulded Case Circuit Breaker).
RCCB TP&N (Residual Current Circuit Breaker Tree Pole & Neutral).
Apakah tujuan penggunaan pendawaian sistem Trunking?
Dapat menjimatkan kos kabel.
Mampu menghalang kebocoran arus.
Mudah untuk menggantung lampu hiasan.
Untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak.
Mengapakah kabel jenis PVC/PVC mesti digunakan sebagai penghubung pada penyusunan sistem pendawaian permukaan?
Supaya mudah ditanggalkan.
Mengikut kehendak utama oleh tuan rumah.
Kabel jenis ini mengurangkan kos dan mudah didapati.
Untuk melindungi pengalir kabel daripada kerosakan mekanikal.
Apakah yang akan berlaku sekiranya kabel Neutral bersentuhan dengan kabel Perlindungan / Bumi semasa menerima bekalan arus tiga fasa?
Tiada apa-apa akan berlaku.
Berlaku kerosakan litar pintas.
Berlaku kerosakan peranti perlindungan.
Berlaku kerosakan kebocoran arus kebumi.
Bagaimanakah prosedur melakukan pemeriksaan rintangan penebatan pada kabel perlindungan dalam pendawaian tiga fasa?
Pastikan litar mati, periksa kabel hijau dengan R, Y, B, N dan pastikan bacaan lebih daripada satu mega Ohm.
Pastikan litar hidup, periksa kabel Neutral dengan R, Y, B, E dan pastikan bacaan lebih daripada 10 Ohm.
Pastikan litar hidup, periksa kabel Neutral dengan R, Y, B, E dan pastikan bacaan kurang daripada 10 Ohm.
Pastikan litar hidup, periksa kabel hijau dengan R, Y, B, N dan pastikan bacaan kurang daripada satu mega Ohm.
Dalam satu pemasangan sistem pembumian, kabel Bumi disambung secara tidak sempurna dan mengalami kerosakan. Apakah risiko utama kepada pengguna jika sistem ini gagal berfungsi?
Voltan akan menjadi lebih tinggi.
Risiko renjatan elektrik meningkat.
Penggunaan tenaga elektrik meningkat.
Arus tidak dapat dibekalkan ke peralatan.
Apakah maksud SP&N pada spesifikasi sebuah suis pengasing elektrik?
Pengasing satu fasa beserta Bumi.
Pengasing satu fasa tanpa Neutral.
Pengasing dua kutub beserta Neutral.
Pengasing satu kutub beserta Neutral.
Pilih prosedur melakukan pemeriksaan rintangan penebatan pada pepasangan pendawaian tiga fasa yang betul.
Off bekalan, tanggalkan sambungan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan lebih daripada 1 mega Ohm.
On bekalan, pastikan beban disambungkan, On suis beban, pastikan bacaan penebatan kurang daripada 1 mega Ohm.
Off bekalan, pastikan beban disambungkan, On suis beban, pastikan bacaan penebatan kurang daripada 1 mega Ohm.
On bekalan, tanggalkan sambungan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan lebih daripada 1 mega Ohm.
Gambarajah menunjukkan sebuah keratan rentas kabel bawah tanah berperisai. Apakah fungsi utama bahagian yang bertanda nombor 4?
Menghantar isyarat ke beban.
Menyalurkan arus elektrik ke beban.
Menstabilkan voltan beban tidak seimbang.
Melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal.
Pilih kenyataan yang BENAR tentang penggunaan sistem pendawaian dulang kabel / cable tray.
I. Memerlukan alat tambah seperti braket dan tray.
II. Menyokong penggunaan kabel litar pencahayaan sahaja.
III. Hanya digunakan untuk sistem pendawaian tersembunyi sahaja.
IV. Menghubungkan laluan kabel utama dengan ruang udara yang luas.
I dan II sahaja.
I dan III sahaja.
I dan IV sahaja.
Semua adalah benar.
Manakah di antara berikut merupakan sistem pendawaian yang boleh memuatkan kabel dengan banyak pada satu masa bergantung pada saiz penyokong tersebut?
Sistem pendawaian konduit.
Sistem pendawaian Trunking.
Sistem pendawaian permukaan.
Sistem pendawaian tersembunyi.
Manakah antara berikut adalah alatan tangan yang digunakan dalam kerja-kerja sistem pendawaian konduit Galvani Iron / G.I?
Gunting, Pisau lipat, Pembaris.
Gergaji besi, Stock & dies, Conduit bender.
Tukul besi, Pahat batu, Mesin gerusi elektrik.
Playar gabung, Playar muncung tirus, Ellen key.
Apakah nama alat yang sesuai untuk menguji nilai voltan tiga fasa?
Voltmeter.
Insulation Tester.
Megger Ohm Tester.
Earth Resistance Tester.
Manakah antara berikut BUKAN cara untuk mengurangkan nilai rintangan elektrod Bumi?
Menanam elektrod secara selari.
Menabur serbuk besi di sekeliling rod.
Menabur serbuk garam di sekeliling rod.
Menggunakan rod yang disalut dengan getah.
Apakah akta utama yang mengawal selia kerja-kerja berkaitan elektrik di Malaysia?
Akta Utiliti Air 2006.
Akta Bekalan Elektrik 1990.
Akta Kilang dan Jentera 1967.
Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Pilih Voltan nominal beserta julatnya yang BETUL untuk pengguna elektrik tiga fasa di dalam negara Malaysia.
400V, +6%, -10%.
400V, +10%, -6%.
400V, +10%, -4%.
400V, +100%, -60%.
Manakah BUKAN dalam kategori peranti perlindungan?
Fius kartrij.
Suis dua hala.
Pemutus Litar Kenit.
Pemutus Litar Arus Baki.
Manakah antara berikut BUKAN jenis sistem pendawaian yang biasa digunakan untuk kediaman domestik?
Sistem pendawaian permukaan.
Sistem pendawaian tersembunyi.
Sistem pendawaian paip konduit.
Sistem pendawaian talian atas 11k Volt.
Apakah kod warna kabel yang BENAR bagi pengalir tiga fasa L1, L2, L3 dan Neutral di Malaysia?
L1 (Merah), L2 (Hitam), L3 (Biru), Neutral (Hijau).
L1 (Merah), L2 (Kuning), L3 (Biru), Neutral (Hitam).
L1 (Hitam), L2 (Kuning), L3 (Biru), Neutral (Merah).
L1 (Merah), L2 (Hijau), L3 (Kuning), Neutral (Hitam).
Nyatakan alatan tangan yang digunakan untuk membentuk konduit PVC.
Tukul besi.
Playar gabung.
Stock and dies tool.
Spring PVC conduit bender.
Sekiranya pelajar gagal mengikuti modul Cocu 2 Tahap 3 dengan baik, apakah kesan kritikal dalam pelaksanaan projek pendawaian sebenar?
Projek tidak dapat disiapkan mengikut masa.
Tidak dapat mengendalikan peralatan elektrik.
Tidak mampu mengira kos keseluruhan projek.
Risiko pemasangan tidak selamat dan gagal ujian.
Mengapakah pendawaian industri perlu ditambahkan dengan lebih perlindungan seperti konduit dan Trunking jenis logam atau Galvani Iron?
Adalah kehendak pemilihan domestik.
Supaya kelihatan lebih kemas dan kukuh.
Menjadikan kerja menjadi lebih cepat dan mudah.
Untuk melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal.
Pilih tetapan nilai bekalan arus pengguna elektrik tiga fasa di negara Malaysia yang BENAR.
400 Volt, 50 Hz.
450 Volt, 50 Hz.
415 Volt, 60 Hz.
400 Volt, 60 Hz.
Berikan persediaan yang SESUAI untuk melakukan aktiviti pengujian pendawaian elektrik tiga fasa.
Kelengkapan set spanar dan set alat lukisan teknikal.
Salinan SOP yang perlu dipatuhi di dalam bengkel kuasa.
Lampiran laporan kehadiran dan kemalangan semasa bekerja.
Meter pelbagai, meter turutan fasa, meter rintangan penebatan.
Apakah dua nama sistem agihan yang boleh digunakan dalam sistem pendawaian tiga fasa bagi sesebuah kediaman?
Sistem agihan TNB dan sistem agihan awam.
Sistem agihan litar mati dan sistem agihan litar hidup.
Sistem agihan berselerak dan sistem agihan setempat.
Sistem agihan pemutus dan sistem agihan sambungan.
Dalam pemasangan elektrik industri, peranti MCCB dipilih berbanding MCB. Apakah justifikasi utama teknikal di sebalik pemilihan ini?
Lebih ringan dan sangat mudah dipasang.
Lebih murah dan sangat mudah diperoleh.
Tidak memerlukan sebarang tugas ujian penebatan.
Mampu menanggung arus lebih tinggi dengan selamat.
