wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EHHL2113 BATANI 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang berkuasa meluluskan permohonan import atau eksport kategori organisma kumpulan risiko 3?

a)

Menteri Kesihatan

b)

Inspektor Kesihatan

c)

Pengarah Hospital

d)

Ketua Pengarah Kesihatan

2.

Peraturan-peraturan Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu

Manusia dan Organisma dan Bahan Patogenik) 2006 mula dikuatkuasakan mulai 1

Jun 2006. Siapakah yang membuat peraturan ini?

a)

Parlimen

b)

Dewan Rakyat

c)

Menteri Kesihatan

d)

Ketua Pengarah Kesihatan

3.

Sebelum mayat boleh diimport, apakah yang diperlukan?

a)

Permit import

b)

Sijil bedah siasat

c)

Kelulusan dari Jabatan Imigresen

d)

Perakuan dari negara pengimport

4.

Apakah dokumen yang mesti disertakan semasa import mayat?

a)

Sijil vaksinasi

b)

Sijil kematian

c)

Lesen pemindahan

d)

Kad pengenalan si mati

5.

Mengapa label khas diperlukan pada bahan patogenik?

a)

Untuk tujuan kastam

b)

Untuk tujuan pemprosesan

c)

Supaya mudah dikenal pasti dalam gudang

d)

Untuk tujuan pengendalian dan keselamatan

6.

Apakah hukuman bagi pelanggaran kali pertama Peraturan-peraturan Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu

Manusia dan Organisma dan Bahan Patogenik) 2006?

a)

Penjara maksimum 3 bulan

b)

Denda maksimum RM1,000

c)

Denda maksimum RM3,000

d)

Penjara maksimum 3 tahun

7.

Apakah tanggungjawab pengimport selepas menerima bahan patogenik?

a)

Serahkan kepada polis

b)

Simpan dalam peti sejuk biasa

c)

Terus guna untuk tujuan penyelidikan di makmal yang dibenarkan

d)

Rekodkan penerimaan dan lapor kepada pihak kesihatan jika berlaku insiden

8.

Sebelum mengeksport bahan patogenik, pengeksport perlu memastikan

a)

Permit telah disahkan polis

b)

Mayat telah di 'embalming' sepenuhnya

c)

Negara penerima telah membayar caj eksport

d)

mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh negara penerima

9.

Tujuan utama Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 ialah untuk

a)

Memusnahkan serangga dan tikus

b)

Mengawal penggunaan gas beracun

c)

Mengawal penggunaan racun serangga

d)

Mengawal pengasapan menggunakan gas beracun

10.

Siapa yang dibenarkan untuk menjalankan pengasapan dengan hidrogen sianid?

a)

Undertaker

b)

Hanya individu dengan lesen yang sah

c)

Syarikat yang dilantik oleh pemilik kapal

d)

Pemilik kapal yang dikuarantin disebabkan urungan tikus

11.

Lesen untuk pengasapan dikeluarkan oleh

a)

Jabatan Pertanian

b)

Menteri Kesihatan

c)

Pejabat Kesihatan Pelabuhan

d)

Ketua Pengarah Kesihatan

12.

Tujuan utama penggunaan hidrogen sianid dalam pengasapan ialah

a)

Membasmi nyamuk

b)

Menyahjangkitkan bangunan

c)

Pembersihan kapal

d)

Membasmi makhluk perosak dalam kargo atau bangunan

13.

Apakah hukuman jika seseorang melanggar peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953?

a)

Denda RM200/setiap kesalahan

b)

Denda RM300/setiap kesalahan

c)

Denda RM400/setiap kesalahan

d)

Denda RM500/setiap kesalahan

14.

Sebelum pengasapan dilakukan, notis perlu diberi kepada

a)

Pejabat daerah

b)

Penduduk sekitar

c)

Pihak polis dan bomba

d)

Pegawai Kesihatan yang berkaitan

15.

Siapa yang bertanggungjawab memastikan keselamatan semasa proses pengasapan?

a)

Operator

b)

Undertaker

c)

Pemilik premis

d)

Polis dan bomba

16.

Lesen pengasapan sah untuk tempoh

a)

Sepanjang hayat

b)

6 bulan dan perlu diperbaharui

c)

Setahun dan perlu diperbaharui

d)

2 tahun dan perlu diperbaharui

17.

Hidrogen sianid adalah sangat berbahaya kerana

a)

Ia cepat meresap ke dinding dan lantai

b)

Ia menyebabkan sesak nafas

c)

Ia menyebabkan gatal-gatal

d)

Ia boleh menyebabkan kematian dalam masa singkat

18.

Mana satu antara berikut bukan tanggungjawab pemegang lesen?

a)

Menghalang akses ke kawasan pewasapan

b)

Memberitahu kepada Polis dan Bomba  berhampiran.

c)

Menyediakan staf yang mencukupi bagi menjalankan pewasapan

d)

Memeriksa kawasan pewasapan dan mengosongkan kawasan berisiko

19.

Satu syarat asas sebelum pengasapan dilakukan ialah

a)

Dilakukan waktu malam sahaja

b)

Kawasan mesti mempunyai pengudaraan baik

c)

Semua haiwan dan manusia dikeluarkan dari kawasan

d)

Gas dicampur dengan air untuk mengurangkan kepekatannya

20.

Borang F dalam Peraturan-Peraturan Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 merujuk kepada

a)

Buku Nota Operator

b)

Lesen menjalankan pewasapan

c)

Pengistiharan selamat selepas pewasapan

d)

Notis pewasapan kepada penghuni premis