Worksheets20260812 (JB) - HSSE
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Name
Class
Date
1.
Di bawah seksyen 24, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, adalah menjadi kewajipan tiap- tiap pekerja yang sedang bekerja mestilah:
a)
Untuk bekerjasama dengan majikannya dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau keperluan yang dikenakan ke atas majikan.
b)
Menggunakan kelengkapan atau perlindungan hanya apabila ada penguatkuasaan.
c)
Memberikan perhatian yang munasabah hanya bagi keselamatan dan kesihatan dirinya.
d)
Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya secara kadang kala sahaja..
2.
Satu budaya keselamatan yang positif adalah bermaksud:
a)
Mempunyai amalan dan peraturan kerja untuk mengawal kerja dengan berkesan.
b)
Bersikap positif terhadap pengurusan risiko dan pematuhan terhadap proses kawalan kemalangan.
c)
Selalu belajar dari kes kemalangan dari petunjuk prestasi keselamatan.
d)
Semua jawapan di atas adalah betul.
3.
Diantara berikut yang manakah bukan implikasi tentang kemalangan di jalan raya?
a)
Boleh menjejaskan produktiviti syarikat.
b)
Boleh mencederakan mana-mana pihak(pengguna jalan, pejalan kaki, pemandu kenderaan..)
c)
Boleh menambah keuntungan syarikat.
d)
Lesen pemandu mungkin berisiko digantung atau dibatalkan.
4.
Untuk mengurangkan risiko pelanggaran, kita perlu:
a)
Mematuhi had laju yang ditetapkan.
b)
Selalu memberi perhatian terhadap "blind spot".
c)
Tidak menggunakan handphone semasa memandu.
d)
Semua jawapan di atas adalah betul
5.
Semasa anda memandu bas dikawasan perumahan, anda perlu:
a)
Perlahankan kelajuan dan pandu dengan berhati-hati.
b)
Bersedia untuk membrek.
c)
Bersedia untuk berhenti jika perlu.
d)
Semua jawapan di atas adalah betul.
6.
Apakah cara mengurangkan implikasi hazard UV cahaya matahari terhadap kulit?
a)
A) Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang
b)
B) Menyapu "Sun Block" yang berkualiti baik.
c)
C) Memakai cermin mata hitam.
d)
D) Jawapan A dan B adalah betul
7.
Apakah hazard yang anda temui dalam gambar berikut:
a)
Biohazard.
b)
Hazard meletup.
c)
Hazard terbelit.
d)
Hazard bising
8.
Untuk menurunkan risiko berlakunya kebakaran bas, anda perlu:
a)
Membenarkan penumpang membawa bahan kimia.
b)
Merokok didalam bas.
c)
Mengubah suai wayar radio, lampu dan sebagainya.
d)
Tidak menyimpan bahan kimia mudah terbakar didalam bas.
9.
"Peningkatan kelajuan sebanyak 1km/j boleh menyebabkan risoko kecederaan 3% lebih tinggi jika terlibat dalam kemalangan, manakala kenaikan 4-5% boleh mengakibatkan kematian"
a)
Statistik ini palsu
b)
Statistik ini benar
c)
Statistik ini meragukan
10.
Apakah punca utama pemandu selalu menggunakan handphone semasa memandu.
a)
Pemandu perlu menggunakan handphone untuk menghilangkan bosan.
b)
Pemandu merasa yakin untuk menggunakan handphone kerana ia merasakan dirinya cukup cekap dan mampu mengawal kenderaan dari terlibat dalam kemalangan.
c)
Pemandu merasa bahawa risiko kemalangan adalah rendah dan tiada penguatkuasa yang memerhatikan.
d)
Pemandu perlu menggunakan handphone untuk menguruskan hal peribadi.
11.
Berapakah masa yang dianggap selamat di dalam bas yang mula terbakar?
a)
3 - 5 minit
b)
5 - 7 minit
c)
7- 9 minit
d)
Bas akan hangus selepas 15 minit, jadi masa yang sesuai adalah selepas 10 minit.
12.
Pemadam api jenis ABC tidak boleh memadam api jenis apa?
a)
Barang elektrik
b)
Minyak masak
c)
Gas
d)
Bahan pepejal
13.
Dimanakah penumpang perlu diturunkan apabila tiba ke terminal?
a)
Penumpang boleh diturunkan dimana-mana kawasan yang difikirkan sesuai oleh pemandu
b)
Penumpang boleh diturunkan mengikut kehendak penumpang tersebut
c)
Mengambil dan menurunkan penumpang hanya dibenarkan di kawasan yang ditetapkan oleh pihak terminal sahaja
d)
Penumpang perlu memberitahu pemandu tempat yang dia ingin diturunkan untuk memudahkan urusannya
14.
Di manakah bas perlu diparkir untuk mengambil penumpang di terminal?
a)
Bas perlu diparkir berhampiran pintu keluar terminal untuk memudahkan urusan
b)
Bas boleh diparkir dimana-mana kawasan dalam terminal yang difikirkan sesuai oleh pemandu
c)
Pemandu perlu mengikut keperluan dan kehendak penumpang untuk memudahkan urusan
d)
Bas perlu diparkir di dalam petak berlepas sebelum penumpang dibenarkan untuk menaiki bas
15.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada individu meminta bantuan untuk mengirim barang ke destinasi kita semasa di terminal?
a)
Pemandu perlu bertanya tentang upah untuk mengirim barang tersebut.
b)
Pemandu perlu memastikan saiz barang tersebut untuk memastikan ia muat dalam ruang bagasi
c)
Pemandu perlu mendapatkan nama dan nombor telefon individu yang mengirim dan yang menerima barang tersebut
d)
Pemandu tidak dibenarkan melakukan aktiviti pengiriman barang didalam kawasan terminal
16.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya bas rosak di dalam kawasan terminal?
a)
Hubungi penyelia untuk menghantar mekanik dan melakukan pembaikan
b)
Bas perlu dibaiki segera untuk menyambung tugasan
c)
Bas perlu di pindahkan keluar dari kawasan terminal
d)
Tinggalkan bas tersebut dan minta bas gantian dari penyelia
17.
Apakah tujuan kita memindahkan kenderaan ke tepi jalan jika mengalami kemalangan kecil?
a)
A).Untuk mengelakkan kenderaan lain terlanggar
b)
B).Untuk mengelakkan dari berlakunya kesesakan jalan
c)
C).Untuk keselamatan semua pihak
d)
Jawapan A, B & C adalah betul
18.
Apakah jenis maklumat yang perlu untuk direkodkan semasa berlaku kemalangan jalan raya?
a)
A) Nombor kad pengenalan pengadu
b)
B) Nombor pendaftaran kenderaan terlibat
c)
C) Gambar atau butiran kenderaan terlibat
d)
D) Tarikh, masa dan tempat kejadian
e)
E) Jawapan A, B, C & D adalah betul
19.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya semasa bekerja anda telah terlibat dalam kemalangan besar(major) , (bukan berlaku di jalan raya) dan mendapat MC lebih dari 3 hari
a)
A) Saya perlu melaporkan kepada penyelia
b)
B) Saya perlu melaporkan kepada pegawai keselamatan & kesihatan
c)
C) Saya hanya perlu melaporkan kepada bahagian payroll pekerja sahaja
d)
D) Jawapan A dan B adalah betul
20.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada penumpang cedera didalam bas anda?
a)
Membuat laporan kepada penyelia dengan segera dan laporan polis dalam masa 24 jam
b)
Merahsiakan kejadian dan tidak menghiraukan keadaan penumpang
c)
Membuat laporan polis dan penyelia selepas 24 jam
d)
Memujuk penumpang untuk tidak membuat laporan kepada polis
21.
Berikut adalah langkah yang betul semasa bas terlibat dalam kemalangan besar(major) kecuali
a)
Alihkan bas ke tepi jalan dengan segera
b)
Pasang lampu hazard
c)
Periksa jika ada penumpang yang cedera
d)
Turun dan periksa keadaan bas dan pihak yang terlibat
22.
Berapakah jarak yang perlu disusun diantara setiap kon keselamatan
a)
10 kaki
b)
10 meter
c)
50 meter
d)
50 kaki
23.
Pilih pernyataan yang betul di antara berikut:
a)
Hazard bermaksud sesuatu punca atau keadaan yang berpotensi mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, alam sekitar atau gabungan darpada mana-mana mudarat tersebut.
b)
Hazard adalah lampu kecemasan yang digunakan semasa cuaca buruk
c)
Hazard adalah sesuatu keadaan dimana seseorang akan merasa sangat ketakutan
d)
Hazard adalah satu keadaan dimana semua orang merasa cemas dan memerlukan bantuan kecemasan
24.
Pilih di antara yang berikut melibatkan insiden "Crush Hazard"
a)
Bunyi kuat yang berterusan
b)
Penunggang motosikal di lihat memandu laju terhadap aliran lalu lintas
c)
Minyak diesel terkeluar dari tangki minyak
d)
Pendedahan yang tinggi terhadap cahaya matahari
25.
Apakah tindakan yang betul semasa berhenti di jalan cerun seperti di CIQ?
a)
Membuat panggilan atau pesanan teks kepada seseorang
b)
Meninggalkan kerusi pemandu dan membersihkan bahagian dalaman bas.
c)
Kekal duduk di kerusi pemandu dan berwaspada dengan keadaan sekeliling
d)
Merokok untuk menghilangkan mengantuk
26.
Pilih antara yang berikut yang bukan merupakan penyelesaian untuk memandu selamat pada waktu hujan:
a)
Menggantikan penggelap cermin(wiper) yang rosak
b)
Menyalakan lampu semasa memandu dalam keadaan hujan
c)
Memeriksa ketebalan dan keadaan tayar anda
d)
Menyalakan lampu hazard semasa memandu supaya pemandu lain melihat anda
27.
Pilih antara pernyataan berikut yang bukan penyelesaian untuk hazard memandu letih(fatique)
a)
Rancang diet yang sihat dan seimbang
b)
Menggunakan waktu rehat dengan bermain game
c)
Dapatkan senaman yang teratur
d)
Pakai cermin mata hitam hanya pada waktu siang hari
100 %
