Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulum al- Hadis (soalan 4)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian ilmu hadis riwayah?

a)

Hadis yang lafaznya daripada nabi, manakala maknanya daripada Allah sebagai sumber, sama ada dalam bentuk mimpi atau ilham.

b)

Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi, matan, metod penyampaian dan penerimaan hadis.

c)

Suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan sesuatu yang berhubung dengan baginda SAW, sama ada berbentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat peribadi.

2.

Apakah metod yang digunakan oleh para sahabat dalam meriwayatkan hadis?

a)

Teliti dan berhati-hati dalam meriwayat hadis

b)

Meriwayatkan hadis jika perlu sahaja

c)

Meriwayatkan hadis mengikut kefahaman masing-masing walaupun tidak pasti maksud sebenar.

d)

Mereka-reka hadis untuk menarik perhatian orang ramai.

3.

Apakah faktor yang menyebabkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengarahkan para ulama melakukan tadwin al-Hadis?

a)

Kerana Khalifah Umar bin Abdul Aziz ingin menulis kitab fiqh terlebih dahulu sebelum hadis.

b)

Khuatir atau bimbang hilangnya hadis Rasulullah SAW kerana ramainya penghafal hadis mati syahid di dalam siri-siri peperangan.

c)

Kerana al-Quran belum lagi dibukukan sepenuhnya pada zaman beliau.

d)

Perselisihan politik dalam kalangan umat Islam sehingga lahirnya pelbagai puak misalnya Khawarij dan Syiah.

4.

Segala apa yang disandarkan kepada nabi baik berupa ucapan, perbuatan, sifat dan pengakuan.

Berikut merupakan takrif bagi?

a)
Ijtihad
b)

Qiyas

c)
Hadis
d)
Sunnah
5.

Apakah kepentingan ulum al-hadith?

a)

Memastikan keaslian dan keabsahan hadis sebagai sumber hukum Islam.

b)
Ulum al-hadith hanya berkaitan dengan sejarah Nabi Muhammad.
c)

Membezakan hadis sahih dan hadis palsu

d)
Ulum al-hadith digunakan untuk menafsirkan Al-Qur'an secara langsung.
6.

Apakah metod penulisan kitab al-Jawami'?

a)
Metod penulisan kitab al-Jawami' adalah pengumpulan puisi dan prosa.
b)
Metod penulisan kitab al-Jawami' adalah berdasarkan urutan kronologis.
c)
Metod penulisan kitab al-Jawami' adalah pengumpulan dan penyusunan hadis berdasarkan tema.
d)
Metod penulisan kitab al-Jawami' adalah penulisan berdasarkan pengalaman pribadi.
7.

Siapakah tokoh penulisan hadis pada zaman Rasullah SAW?

a)

Imam Abu Daud

b)
Abdullah ibn Abbas
c)

Imam Bukhari

d)

Aisyah RA

8.

Apakah bukti yang menunjukkan berlakunya penulisan hadis pada zaman Rasullah SAW?

a)

Memeterai satu piagam.

b)

Rasulullah SAW melarang semua bentuk penulisan termasuk penulisan Al-Quran dan hadis.

c)

Penulisan hadis hanya dibenarkan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

d)

Mengutuskan surat-surat kepada pembesar-pembesar.

9.

Apakah usaha yang dilakukan oleh para sahabat nabi dalam memelihara sunnah?

a)

Para sahabat mengubah lafaz hadis supaya mudah difahami oleh orang ramai.

b)

Sahabat menolak hadis yang matannya bercanggah dengan nabi.

c)
Meriwayatkan hadis dan mengajarkan ajaran Islam.
d)

Para sahabat hanya menghafaz Al-Quran dan mengabaikan hadis.

10.

Apakah kepentingan pendokumentasian hadith kepada generasi Islam kini?

a)

Menjaga keaslian ajaran Islam dan sebagai panduan hidup.

b)
Untuk mengabaikan ajaran Islam yang tidak relevan.
c)

Pendokumentasian hadis menyebabkan umat Islam keliru kerana terlalu banyak sumber.

d)

Pendokumentasian hadis hanya penting untuk para ulama, bukan untuk umat Islam biasa.